Teman-teman

Tuesday, March 22, 2011

..::19032011..Alhamdulillah Segalanya Selamat::..


Syukur ke hadrat Allah kerana telah memudahkan segala urusanku pada tanggal 19.03.2011..

Tarikh yang akan aku ingati sampai bila-bila. Walaupun hujan mencurah di pagi hari, majlis tetap berjalan dengan lancar. Semua tetamu yang dijemput, hadir dengan gembiranya. Kebanyakan yang hadir adalah di kalangan rakan-rakan abah sebab abah adakan majlis doa selamat di hari pertunanganku. Alhamdulillah. Ambil berkat.

Sehari sebelum majlis, aku dah sibuk mengemas dan menyiapkan apa yang patut. Awal pagi Sabtu pun aku masih bergelumang dengan pinggan mangkuk yang harus dibersihkan sebelum tetamu gunakan.Waima masa mak andam sampai pun aku baru je sudah bersihkan diri. Sempat solat zuhur dulu sebelum tatarias diri berlangsung.

Menanti saat disarungkan cincin di jari manis amat mendebarkan. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap betulkan hantaran, sekejap ke meja solek untuk kemaskan diri. Haha... Selebihnya dihabiskan beraksi di depan kamera.

Segalanya berlaku dengan pantas. Sekelipan mata, aku telah bergelar tunangan orang. Tunang kepada seorang lelaki yang benar-benar aku cintai. Perkenalan selama 12 tahun diakhiri dengan ikatan pertunangan antara kami. Perbezaan umur lebih memberi keserasian kepada kami. Alhamdulillah..akhirnya aku bertemu sang arjuna hati kesayangan. Semoga kami kekal selamanya dalam mengharungi hidup seterusnya...

n.o.t.a.k.a.k.i......terima kasih kepada mak abah, mak ayah, adik beradik, saudara mara dan sahabat-sahabat yang menjayakan majlis pertunangan aku dan si dia. kehadiran kalian menambah berkah kepada ikatan kami. Amin...

Thursday, March 17, 2011

..::Makin Hampir Ke Situ::..


Woh...berdebarnya rasa. Macam ni ke perasaan bila saat ini hadir dalam hidup kamu, kamu dan kamu???
 

Wednesday, March 16, 2011

..::Sudah Sampai::..


Dah selamat sampai pun di kampung halaman tercinta. Alhamdulillah..

Setelah penat seharian dalam perjalanan, akhirnya sampai juga. Ops, entri semalam tu hanya kronologi. Sebetulnya memang semalam aku dah bertolak pulang. Tapi singgah bermalam semalaman di rumah my aunt di Rawang. Yela kan. Balik bersama yang tersayang, kena la tunggu dia abis keja dulu baru leh balik. 

Actually si dia kerja malam. So, tadi aku la yang drive sementara bagi dia rest dan tido secukupnya sebab lepas sampai di Kuantan kami pegi membeli belah barang-barang keperluan untuk majlis Sabtu nanti.

Maybe esok kami akan keluar lagi untuk beli beberapa lagi barang yang tak boleh simpan lama. Or maybe this Friday kot. Tengokla dulu camne..

Ok. Cukup setakat ini. Penat sudah.. Mau tido dalam bilik yang serba baru.. Wiwi..
 

Tuesday, March 15, 2011

..::Perak:Selangor:Pahang:Terengganu::..


Saat anda membaca entri ini, aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman tercinta.

(^__^)   Seronoknya...

Aku pulang ke kampung dalam seminggu juga la. Maybe aku akan up date blog Cerita Hatiku ni di rumah atau tak up date langsung. Bergantung pada keadaan dan kelapangan.

Hope anda semua tak jemu menunguu entri berikutnya dari cik rimie ye...

Selamat Bercuti ye murid-murid...Hehe..

Monday, March 14, 2011

..::Pertukaran Ujrah PTPTN::..


Weehuu...

Happynya..Happynya...

+_____+


Tuan / Puan, Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian. Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata:- No KP: 860301XXXXXX Kata Laluan : xxxxxxxx Sekian terima kasih.  


Baru je dapat email ni beserta surat tawaran tersebut.

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga tawaran penukaran ujrah PTPTN dari 3% kepada 1%. Walaupun nampak kecik dalam peratus tapi cukup besar dalam matawang ringgit Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi aku yang belum buat sebarang pembayaran.

Syukur ya Allah. Aku akan pos kembali surat tawaran tu laju-laju. Hehe...

..::Sehari Sebelum Pulang Ke Kampung::..


Settlekan semua kerja yang tertangguh dan bakal tertangguh gara-gara pulang ke kampung.

Alhamdulillah semalam aku berjaya juga siapkan data analysis yang super banyak. Walaupun baru siap transfer ke dalam lappy, sekurang-kurangnya siap juga. So lepas ni tak perlu dah aku belek segala data yang dah sama tinggi dengan drawer bilik aku. Hehe..

Awal pagi tadi aku dah keluar. Jumpa sv kesayangan sebelum dia ke Istanbul hujung minggu ni untuk dapatkan signature beliau. Kite sama-sama bercuti ye,sir. Hehe.. 

Settle.

Lepas tu misi kedua adalah isi minyak keta full, pam tayar dan cuci keta. Dah sebulan kot aku tak cuci keta. Sian kat CeCiL. Mujur tak merajuk. Sekarang dah bersinar-sinar dah.

Settle.

Kerja yang masih tertangguh adalah mengemas baju dan juga kelengkapan untuk pulang ke kampung. Seronoknya...Wiwi..
 

Saturday, March 12, 2011

..::7 Hari Dari Sekarang::..


Ceh...macam tak boleh tulis title seminggu dari sekarang. Padahal Sama je. Haha.. Biarla. Nampak macam banyak sikit kalau tulis angka. Kalau tulis seminggu sama macam satu je. Kan..kan...

Kenapa dengan 7 hari lagi?

+____+

Aku akan berada di rumah ketika itu. Yeay.. Balik bercuti selama seminggu bersama insan tersayang.

Aku tak pasti bila aku kat rumah nanti aku leh up date blog ni ke tak. Kita tungu dan lihat je nanti ye. Rasa-rasa macam boleh sebab bb aku kat rumah. Tapi aku rasa cam malas nak bawa balik lappy. 

Hurm.....fikir fikir..

Ok...jom start cuak bersama-sama sambil kira detik waktu bergerak ye...
 

Friday, March 11, 2011

..::Kau Penyelamat Cintaku::..

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

..::Tinggal Seminggu Je Lagi::..


Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar lagi seminggu majlis pertunangan itu akan diadakan. Banyak lagi yang belum settle. But almost every items dah beli. Decoration pun dah hampir siap kata mak aku. Hehe...

Aku plak yang tak sabar nak tengok ghupa rumah aku camne sekarang. Yela. Kalau takde kenduri kendara ni mana nak berubah rumah aku tu. Cam tu jela. Yang selalu berubah adalah dekorasi bilik tidur. Tu je. Hehe..

Mak cakap set bilik tidur dia dah sampai dan dah rasmi pun. Katil kelamin yang lama tu mak dah letak dalam bilik aku. Hoorey.. Pasni memang syok la melepak kat atas. Dah tak perlu tidur atas tilam yang takde katilnya. Hehe.. Normal bagi family yang selalu berpindah randah kan. Perabot semua disediakan company. So, memang perabot sendiri tak lengkap la. But, my new family nanti rasanya memang stay sampai bila-bila la. Dah tak berpindah randah. Huhu..

Selasa ni aku akan stay kat rumah makcik aku satu malam and then esok pagi-pagi terus balik kampung dengan dia. Mahu singgah di Kuantan untuk beli beberapa barang yang belum lengkap. 

Semoga dipermudahkan..

Wednesday, March 9, 2011

..::5 Bulan Bersama::..


[entry mode: romantika]

Alhamdulillah. Hubungan yang terbina sejak 5 bulan lepas masih hangat buat kita berdua. Tuhan itu Maha Penyayang. Dia telah memberi ruang untuk kita merasai apa itu CINTA. Setelah sekian lama aku dilukai oleh insan yang bernama lelaki, kini aku juga bahagia dengan insan yang bernama lelaki.

Bagi sesetengah orang, 5 bulan bukan jangka waktu yang lama untuk kita memikirkan soal perhubungan yang lebih serius. Tapi bukan kita, sayang. Kau membuktikan ketulusan cinta dan sayangmu dengan ikatan pertunangan antara kita. 10 hari lagi menjelang saat bahagia itu.

Sukar untuk aku luahkan tentang perasaan hati ini. Hanya ucapan terima kasih yang bisa aku lafazkan untuk semua yang kita lalui selama ini. Aku bahagia bersama kamu.

Semoga Tuhan lebih memberkati hubungan kita selepas tersarungnya cincin di jari manisku nanti.

Aku sayang kamu selamanya....Emran Mohamad.
 

Tuesday, March 8, 2011

..::Sekali Lagi..Haish::..


Apala yang tak kena dengan aku ni. Eh, aku ke pintu bilik aku yang tak kena? Huhu.. Mana-mana jela..

Buat kali kedua bilik aku terkunci lagi. Kejadian terjadi pada sebelah malam plak. Haru betul. Lepas aku amik housemate aku kat ktm, aku dah masuk bilik, buka tudung and simpan purse sebab aku nak pegi tengok tv cite Trilogi Cinta. Hehe.. Aku dah rasa yang aku memang tak kunci pintu bilik aku tu.

So, syok-syok tengok cite sampai abis aku pun balik la bilik aku. Sekali terkunci. Uwaaaa.... Tension beb. Dua kali dalam satu hari terkena. Memang TERBAIK la. 

Conclusionnya, aku tido bilik housemate aku malam tu dengan tshirt dan jeans. Haha.. Mujur housemate aku tu takde roomate. Layan cite DoReMi sampai tertido.

Pagi-pagi aku dah menapak ke ofis admin dengan baju semalam dan yang paling bagus, tak mandi. Hehe..Lepas ni memang kena buat kunci spare la. In case terjadi cam semalam lagi kan, leh amik kunci spare kat tempat yang aku simpan tu.
 

Monday, March 7, 2011

..::Kejadian Yang Tak Diingini Di Pagi Hari::..


Bilik terkunci.

Memang terbaikla. Kunci plak aku tinggalkan dalam bilik. Macam confidence je dah amik kunci sebelum keluar bilik. Aku nak ke bilik sebelah untuk tengok tv sambil buat homework sikit.

Dah 2 hari pun aku ulang alik ke bilik housemate aku tu memandangkan aku keseorangan di rumah. Dia tinggalkan kunci bilik dia dekat aku sebelum dia balik. Ntah macam mana pagi ni aku boleh terlupa nak amik kunci bilik aku sebelum kunci dan keluar.

Tengah-tengah layan fb aku rasa macam ada yang tak kena. Aku toleh belakang, memang betul perasaan aku tu. Kunci bilik aku takde. Ah sudah.. Aku keluar pegi cek bilik aku memang sah dah berkunci. Adoyai..

Kepala dah fikir nak masuk ikut tingkap. Sekali jenguk kat luar beranda punyalah jauh antara bilik aku dengan bilik housemate aku ni. Pulak tu bilik kami menghadap ke jalan. Takkanla aku nak panjat time orang ramai lalu lalang nak pegi kelas. One more thing yang sangat terbaik adalah aku BERKAIN BATIK. Memang bagus pun kan..

Last choice yang aku ada adalah ke ofis admin village. Huhu.. Tapi camne aku nak pegi kalau dengan berkain batik? Kalau aku tak pegi dan tunggu sampai petang, camne plak aku nak amik housemate aku malam ni kat ktm?

Terpaksala aku pinjam baju housemate aku yang ada. Tak mungkinla aku nak ke sana dengan kain batik semua kan. Hehe.. Mau semua orang tengok aku semacam je.

So sekarang alhamdulillah. Aku dah boleh masuk bilik aku lepas amik kunci spare tadi. Maaf ye housemate, kite pinjam baju, seluar ngan tudung kamu tadi. Huhu.. 

Kalau roomate ada,takdelah aku jadi camni. Good lesson ye cik rimie. Lain kali jangan kalut sangat. Pastikan betul-betul sebelum kunci pintu.

Sunday, March 6, 2011

..::Penat:Excited:Cuak::..

Macam takde mood je nak update blog. Tapi tangan ni gatal nak update gak.

Actually aku baru je balik dari handle fieldwork. Sangat PENAT. Berjemur tengah panas dari jam 830 hingga jam 12, ditemani debu-debu jalanan. Huhu. 32 pelajar, dengan keselamatan mereka di bawah tanggungjawab aku. 

Akhirnya berakhir juga dengan sambutan hari lahir aku di KFC. Hehe. Tenkiu to my work team yang belanja KFC dan bagi hadiah. Pastu nyanyi ramai-ramai dengan students. Terharu tau. Kenyang perut aku.

Dah selesai pun tugasan utama untuk sem ni. Alhamdulillah. Sekarang dah boleh fokus pada study dan juga majlis 19 hb nanti. EXCITED sangat. Hehe..Semoga segalanya dipermudahkan. Tadi mak call, dia bagitau yang dia dah beli set bilik tido untuk bilik yang akan aku gunakan nanti. Wah, semangat betul mak abah aku. Hehe.. Love u la..

Menunggu detik 19 March sangat buat aku CUAK. Aku dahla dekat hostel. Majlis plak dekat rumah. Aku ni rasa tak tentu arah sebab fikir pasal persiapan yang tak nampak depan mata. Tak sabar nak balik 16hb ni. 

Nanti aku update lagi pasal majlis 19hb tu ye... Salam Ahad....

Saturday, March 5, 2011

..::Bila Ditinggalkan::..


Sunyi je rasa. Bosan. Hilang semangat. Asyik fikir, tido lagi baik. Betul tak? Barulah terasa yang dunia ni macam tak lengkap je. Dah takde teman berbual, bergaduh(berdebat), bergelak ketawa, bergosip.. Haih..

Ini bukan kes kena tinggal oleh bf or gf tau. Ini sume yang aku rasa lepas aku hantar roomate dan housemate aku balik semalam. Aku je yang masih di rumah. Sorang-sorang, buat hal sendiri. Rasa nak pecah kepala pun ada. Bosan yang amat..

Seronoknya dorang boleh holiday. Di Sabah lagi tau. Aku yang nak pegi ni tak terjangkau lagi kaki ke sana. Sedihnya.. Takpe, takpe. Aku tunggu time honeymoon nanti. Hoho..

Aku doakan kawan-kawan aku pergi dan kembali dengan selamat ye. Jangan lupa tau apa yang kite mintak dari kamu semua. Kite nak CENGKERANG paling cantik kat sana. Kalau tak de, kite tak bagi masuk rumah. Hehe..Jahat plak rasa. =P

Friday, March 4, 2011

..::Asyik Cite Pasal Birthday Je Kan::..


Hehe...Mesti korang dah bosan bila buka blog cik rimie. Maafla ye.. Nak buat camne. Memang bulan 2 dan bulan 3 asyik berderet je hari lahir dalam family cik rimie. Ok, lepas ni dah takde dah. Kena tunggu bulan 7 pulak ye.

Ni aku nak cite pasal semalam. Aku ke Ipoh...shopping sikit, tengok wayang dan cuci mata dengan housemate. Maklumla duit gaji dah masuk. Tu yang laju je ke sana.

Actually nak pegi malam tapi roomate plak nak tonton cite I AM NUMBER 4. So, kalau tengok sebelum jam 6 leh la guna student card. Hehe..

Bagi pendapat aku,  movie ni sangat best. Aku boleh bagi 9/10 tau. Serius tak tipu. Pegi la tengok kalau berkesempatan. Aku yang tengok ni pun sampai nak je movie tu berlanjutan sampai dia jumpa lagi nombor 6, 7, 8...... Jalan cerita yang menarik. Pastu ada plak second heroin yang memang hot gile. Haha.. Walaupun aku perempuan, aku pun tergoda tau tengok bentuk badan pelakon tu. Sangat cantik. Lebih-lebih lagi masa dia tunggang motor besar tu. Rasa macam nak je mengaku dia tu kakak aku. Hihihi...

Tu jela yang aku nak bagitau. Mahu siap-siap ke kelas plak. Nanti continue lagi ye... Salam Jumaat

Thursday, March 3, 2011

..::Greeting For My Sweetheart Forever::..


For my lovely mom...

I would like to wish u Happy Birthday and always in His blessing. I love u mom. U are really mean to me. I really happy I have such a beautiful, wonderful and caring mother like u.

Semoga Tuhan masih panjangkan umur dan beri kesihatan yang baik untuk mak.

Selamat Hari Lahir, mak...

Lot of Love,
Ur daughter....

Tuesday, March 1, 2011

..::Its My Birthday::..


Happy Birthday to me...
Happy Birthday to me...
Happy Birthday to cik rimie....
Happy Birthday to me.....


Hehe..Excited je nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri. Rasa macam nak jadi kanak-kanak ribena semula je... So sweet.

Alhamdulillah. Syukur pada Ilahi kerana masih memberi aku kesempatan untuk terus menghirup setiap oksigen di muka bumi ini selain menyaksikan keindahan ciptaanNya dan merasai setiap liku kehidupan.

Terima kasih kepada mak yang melahirkan aku 25 tahun yang lepas dan masih menjaga aku dengan baik disamping kehadiran abah. Aku bahagia dilahirkan dalam keluarga kalian. Menjadi anak yang insyaAllah sentiasa patuh pada ajaran kalian.

Terima kasih juga untuk yang tersayang sebab sambut my birthday in advance 3 hari lepas. Suka sangat hadiah ni...

seperti yang aku inginkan...pandai die pilih

Love u more,sayang...

Terima kasih juga buat kalian yang mengingati my birthday dengan ucapan-ucapan dorongan dan doa yang tak putus.

I LOVE U ALL Forever....