Teman-teman

Wednesday, March 9, 2011

..::5 Bulan Bersama::..


[entry mode: romantika]

Alhamdulillah. Hubungan yang terbina sejak 5 bulan lepas masih hangat buat kita berdua. Tuhan itu Maha Penyayang. Dia telah memberi ruang untuk kita merasai apa itu CINTA. Setelah sekian lama aku dilukai oleh insan yang bernama lelaki, kini aku juga bahagia dengan insan yang bernama lelaki.

Bagi sesetengah orang, 5 bulan bukan jangka waktu yang lama untuk kita memikirkan soal perhubungan yang lebih serius. Tapi bukan kita, sayang. Kau membuktikan ketulusan cinta dan sayangmu dengan ikatan pertunangan antara kita. 10 hari lagi menjelang saat bahagia itu.

Sukar untuk aku luahkan tentang perasaan hati ini. Hanya ucapan terima kasih yang bisa aku lafazkan untuk semua yang kita lalui selama ini. Aku bahagia bersama kamu.

Semoga Tuhan lebih memberkati hubungan kita selepas tersarungnya cincin di jari manisku nanti.

Aku sayang kamu selamanya....Emran Mohamad.
 

No comments: