Teman-teman

Friday, March 4, 2011

..::Asyik Cite Pasal Birthday Je Kan::..


Hehe...Mesti korang dah bosan bila buka blog cik rimie. Maafla ye.. Nak buat camne. Memang bulan 2 dan bulan 3 asyik berderet je hari lahir dalam family cik rimie. Ok, lepas ni dah takde dah. Kena tunggu bulan 7 pulak ye.

Ni aku nak cite pasal semalam. Aku ke Ipoh...shopping sikit, tengok wayang dan cuci mata dengan housemate. Maklumla duit gaji dah masuk. Tu yang laju je ke sana.

Actually nak pegi malam tapi roomate plak nak tonton cite I AM NUMBER 4. So, kalau tengok sebelum jam 6 leh la guna student card. Hehe..

Bagi pendapat aku,  movie ni sangat best. Aku boleh bagi 9/10 tau. Serius tak tipu. Pegi la tengok kalau berkesempatan. Aku yang tengok ni pun sampai nak je movie tu berlanjutan sampai dia jumpa lagi nombor 6, 7, 8...... Jalan cerita yang menarik. Pastu ada plak second heroin yang memang hot gile. Haha.. Walaupun aku perempuan, aku pun tergoda tau tengok bentuk badan pelakon tu. Sangat cantik. Lebih-lebih lagi masa dia tunggang motor besar tu. Rasa macam nak je mengaku dia tu kakak aku. Hihihi...

Tu jela yang aku nak bagitau. Mahu siap-siap ke kelas plak. Nanti continue lagi ye... Salam Jumaat

No comments: