Syukur ke hadrat Allah kerana telah memudahkan segala urusanku pada tanggal 19.03.2011..
Tarikh yang akan aku ingati sampai bila-bila. Walaupun hujan mencurah di pagi hari, majlis tetap berjalan dengan lancar. Semua tetamu yang dijemput, hadir dengan gembiranya. Kebanyakan yang hadir adalah di kalangan rakan-rakan abah sebab abah adakan majlis doa selamat di hari pertunanganku. Alhamdulillah. Ambil berkat.
Sehari sebelum majlis, aku dah sibuk mengemas dan menyiapkan apa yang patut. Awal pagi Sabtu pun aku masih bergelumang dengan pinggan mangkuk yang harus dibersihkan sebelum tetamu gunakan.Waima masa mak andam sampai pun aku baru je sudah bersihkan diri. Sempat solat zuhur dulu sebelum tatarias diri berlangsung.
Menanti saat disarungkan cincin di jari manis amat mendebarkan. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap betulkan hantaran, sekejap ke meja solek untuk kemaskan diri. Haha... Selebihnya dihabiskan beraksi di depan kamera.
Segalanya berlaku dengan pantas. Sekelipan mata, aku telah bergelar tunangan orang. Tunang kepada seorang lelaki yang benar-benar aku cintai. Perkenalan selama 12 tahun diakhiri dengan ikatan pertunangan antara kami. Perbezaan umur lebih memberi keserasian kepada kami. Alhamdulillah..akhirnya aku bertemu sang arjuna hati kesayangan. Semoga kami kekal selamanya dalam mengharungi hidup seterusnya...
n.o.t.a.k.a.k.i......terima kasih kepada mak abah, mak ayah, adik beradik, saudara mara dan sahabat-sahabat yang menjayakan majlis pertunangan aku dan si dia. kehadiran kalian menambah berkah kepada ikatan kami. Amin...
2 comments:
wah akak selamat bertunang yah kak...=)
tenkiu dik...hehe
Post a Comment