Teman-teman

Tuesday, December 14, 2010

..::Adikku Sayang::..

Hari ni tukar topik sikit. Nak bercerita mengenai adik-adikku yang comel dan hensem. Even aku ni bukan jenis seorang kakak yang menunjukkan kasih sayang straight-to-face, tapi dalam hati aku tetap taking care dan sayang adik-adik aku.

Terlintas nak bercerita lepas dapat mesej dari salah seorang dari mereka. Seronok sangat bercerita tentang gaji pertama yang bakal diambil esok. Baru masuk semester pertama dah sibuk nak kerja. Dah puas bebel pun, tak jalan juga.

Ok, adik aku yang pertama muda 3 tahun dari aku. Atirah. Bakal bergelar seorang nurse. Pada mulanya aku sendiri tak yakin yang adik aku ni boleh go on dengan course ni sebab dia ni jenis cerewet, keras hati, pembersih (tak suka benda yang kotor-kotor) dan suka buat hal sendiri. Tapi bila dah final semester ni dan dari 1st sem dia duk bercerita tentang itu ini pesakit yang dia dah rawat, aku percaya dah. Hehe.. Sangat suka nak melawa even pegi kedai sekejap pun. Yang paling aku terharu, time aku tengah kecewa dulu dia la yang banyak bagi support kat aku. Tapi yang peliknya time dia tengah frust, tak leh nak praktikkan apa yang dia dah nasihatkan kita dulu. Haiyak....

Adik kedua aku ni plak lain sikit. Adawiyah. Seorang yang sangat lembut, sensitif, manja, teliti tapi cepat kalut. Maybe sebab dia ni anak bongsu perempuan dalam keluarga kami. So, agak dependence la skit.Sekarang dah kurang sikit la. Sejak masuk kolej ni kan. Dia amik bidang perhotelan dan pelancongan. Minat dia dari dulu. Alhamdulillah dia suka. Adik aku yang ni suka tunjuk kasih sayang dia pada kami sume tau. Hehe.. Tak mudah bantah pape je yang kami mintak tolong. Dan selalu mengalah bila kena buli dengan adik bongsu kami. Aku suka tengok muka dia yang bersih dan licin je. Jeles. Haha..

Last skali, adik bongsu yang amat manja walaupun tak ditunjukkan. Akim. Sedang menduduki SPM sekarang ni. Boleh diharap untuk jaga kakak-kakak dia tapi selalunya kalau kena suruh buat sesuatu terpaksa dengar dia merungut dulu la baru keje tu siap. Suka sangat merajuk kalau nakkan sesuatu. Ini la perangai yang paling buat mak abah kami lemah semangat. Haish..

Apapun aku bersyukur kerana dikurniakan family yang full of happiness. Semoga kamu sekeluarga akan terus dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan.
adawiyah,cik rimie, atirah
akim...

n.o.t.a.k.a.k.i: nanti aku buat entri pasal kakak dan abang aku plak ye.

No comments: