Teman-teman

Friday, December 10, 2010

..::Today is That Day::..

Salam Hari Jumaat...

Entah mengapa hari ni rasa berdebar sangat. Maybe sebab hari ni adalah hari yang super besar bagi aku. Apa dia ek? Hari ni ada symposium presentation. Sebenarnya dah start dari hari Rabu lagi. Tapi turn aku hari Jumaat jam 2.15 petang. Examiner yang aku dapat kali ni pun agak menggerunkan urat perut aku. Memang dah rasa macam ada kupu-kupu besar dalam perut ni. Cuma saja buat-buat tak tahu dan slumber je.

ada besar cam kupu-kupu ni tak??

InsyaAllah ni merupakan presentation kat department yang terakhir sebelum aku melangkah untuk viva voce. Yang itu rasanya lagi cuak kot. Kena well prepare dari awal supaya orang tak boleh nak bangkang setiap apa yang aku dah buat sepanjang dua tahun di sini.

Untuk hari ini, dengan izin Allah aku dah bersedia menerima sebarang apa jua feedback pada petang nanti. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik sekali. Amin