Teman-teman

Thursday, April 30, 2009

..::Semangat::..

Puisi yang perolehi dari seorang teman blogging dari Indonesia,Sastrawati. Karya yang amat bagus pada pandangan aku..

Semangat...........
kata itu seakan mati dalam relungku
aku hampa tak bermakna
tak berasa pada ajaibnya
aku ingin merunduk
bukan sesal namun sejenak perlahan memejam
aku goyah dalam terpaan secuil pasir
yang menenggelamkan dirinya di kakiku
onak duri terasa bagai raksasa
memberatkan langkahku tuk berpacu
aku takut..........
aku memar........
tak berdaya
bagai atap yang kan jatuh
bagai pohon yang tertumbang
aku gila................
gila dalam angan
yang sakit meraung
menghabisi seluruh semangatku

Wednesday, April 29, 2009

..::Aku bukan diriKu::..


Aku penat.

Lelah dengan hidup yang tak menggembirakan.


Aku bagaikan boneka yang mengikut arahan sang pencipta.

Ke kiri ku digerakkan, ke kiri ku pergi.

Ke kanan ku diusung, ke kanan jua aku berdiri.

Bila akan tiba saat yang benar-benar membuat hati aku rela

dengan perlakuanku sendiri?





.....................................................

(-_-)

..::Untukmu::..


Angin bayu membawa diriku

Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama ku simpan selamanya

Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi dihati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati

Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah...
Untukmu

Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu disana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan dijiwa menjadi penawar

Rinduku padamu
Tak dapat kuterkata
Setiap saat waktu
Bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Menghidupkan semula
Janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara kupasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar ditaman hati

Walaupun jauh dimata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan dijiwa
Dan cintaku hanyalah...
Untukmu

Tuesday, April 28, 2009

..::Its Over::..


Akhirnya selesai semua task hari ni. Alhamdulillah..Semua b
erjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Sekarang hanya tinggal pembaikan psm sebelum final submittion. Lega sangat viva presentation pagi tadi berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa halangan yang berlaku. 5 minit sebelum aku pizen, lab transport masih belum dibuka. Ntah mana abg shahril tu pegi agaknya.






Selepas semua pembentangan selesai dan the examiner give my psm back to repair certain thing, aku, baizura, shaz dan farhan pegi celebrate kat JJ Bukit Indah.


Actually bukan celebrate sangat pun. Just to let our stress yang saki baki tu hilang. Ada la dalam 3 jam gak kami bersantai kat JJ tu. Macam-macam cite kuar. Baizura akan sambung PhD after this, Shaz further study wat master in civil engineering, Farhan go on with his bisnes and me, lepak kat rumah je. Heheh..Tak de la. Sambung master gak kot. InsyaAllah..tapi lambat skit rasanya..



Untuk beberapa hari ni blog diaRi_haTIku akan sunyi buat seketika sebab aku nak rest kat rumah until Sunday. Pastu come back to UTM for external examiner on 11 n 12 of April 2009.



Wah, cam tak caye lak dah nak abis pun perjalanan hidup aku di UTM ni sebagai undergraduate student.

Monday, April 27, 2009

..::BBQ Nite 2009::..

Bbq Nite 2009.

Sepatutnya dah lama aku up date entri ni.Tapi belum ada masa nak transfer gambar dan wat editing. Hari Sabtu lepas, kelas aku adakan bbq a.k.a last gathering before we all sume grad kat tasik utm. Dari petang girls sume dah busy potong ayam dan perapkan ayam tersebut. Credit to Shida yang bagi resepi ayam bbq. sedapp..

After Isyak, kami sume berkumpul kat tasik sambil bakar-bakar ayam, otak-otak, sosej. Ada yang karaoke la, sembang-sembang, capture sana sini. Memang happening la malam tu. Thanks to Lan dan Yumi yang organised benda ni. Enjoy the picture k..






yanie,far,yumi,tumi(pesal tutup muka tu),kembar(smpai last sem pn xknl mana 1 chak ng chik)


fahmi,jamil,john


pya,mira,edot,kak as


aku suke sgt gambar ni.angle yg cantik.dr depan:far,nana,tumi,lean


siow wei dan mira


with michealle


last pic. Opie,juju,mira,yumi

Good luck untuk last paper petang nanti...

Sunday, April 26, 2009

..::Sewel::..


Dalam beberapa hari ni di dada-dada akhbar memperkatakan mengenai seorang wanita menjadi sewel gara-gara tuntutan fasakh yang dilakukannya masih dalam timbangan mahkamah walaupun sudah berbelas tahun perkara tersebut berlalu.

Aku turut simpati dengan apa yang terjadi pada wanita tersebut. Kenapa la si suami tu mendera perasaan si isteri sekiranya rasa cinta dan sayang tu dah tak ada? Mahkamah lak sampai sekarang tak dapat buat keputusan kerana si suami yang selalu memberi alasan pelbagai untuk mengelak diri.

Aku tak pasti apa yang sebenarnya lelaki tu mahukan dari wanita tersebut. Sekiranya dah tak suka, lepaskan jela. Janganla digantung tak bertali sehingga emosi wanita tersebut terganggu. Lelaki boleh berpoligami jika yang pertama dah tak ada taste untuk dia, tapi apa yang wanita boleh buat selagi penceraian tak berlaku? Wanita mana boleh berpoligami..Fikirlah sikit. Jangan terus menganiaya kaum yang lemah bila kuasa cerai ada pada lelaki.

Tak faham dengan dunia sekarang. Suka ke ramai wanita jadi sewel kerana lelaki??

Saturday, April 25, 2009

..::Aku Dibius Cinta::..


[sticky mode]
Nak share something ngan korang sume. Disebabkan aku tak dapat join forum ni, so sesape yang dekat tu boleh la pegi dengar k. Cam menarik je..
FORUM
AKU DIBIUS CINTA





..::Tersentuh::..

Aku sedang menyiapkan slide presentation viva yang tinggal 2 hari lagi. Menjadi pembentang pertama memang kesukaan aku sebab time tu panel-panel tengah fresh dan kosong lagi. Credit to Abah sebab bagi nama yang cantik kepada aku.


Tengah search picture lalulintas di Kuantan kat google. Terjumpa satu laman yang menarik minat aku untuk terus membaca. Sempat lagi tu. Aku teruja dengan kata-kata dalam laman tu. Tersentuh hati kecilku. Nak berkongsi juga dengan teman-teman untuk dijadikan panduan. Selamat membaca....


AL NUR
Sebuah karya untuk semua…
Bagi yang bujang suatu i’tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran.
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar


Wahai SUAMI… .
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH… .
Amin…

Wahai ISTERI pula…
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh…
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekira suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya…

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita,
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin…

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah…

==>>semoga aku bisa menjadi isteri solehah buat 'si dia' yang bakal menjadi pembimbing ke syurga Allah kelak.Amin


Friday, April 24, 2009

..::Budi Bahasa Budaya Kita::..


Since 230pm tadi aku mencari mood untuk study. Last paper on Monday 230pm.

Ya Allah, kenapa la malas sangat nak study ni. Ke sebab kepala aku pening-pening?Haih..pe hal lak ngan diri aku sekarang ni. Since malam tadi lagi kepala ni pening. Awal tak awal, kul 12 gak la tido semalam.

Aku nak cite la skit hal pagi tadi yang terjadi kat aku n my bestfriend. Aku dah buat temujanji ngan sv aku untuk tunjuk slide viva aku. Baizura ni lak nak ikut sebab dia nak tanya pasal PhD offer tu. So, borak-borak ngan sv sampai la jam 1030. Ada la dekat sejam kami dalam office dia.

Baizura dah confirm nak sambung PhD. Aku? Ntahla..belum dapat alamat lagi.

Lepas tu kami ke department office untuk amik sijil-sijil yang dah berzaman kat sana. Terasa la nak komen sikit pasal service kat department tu. Lembab dan tak mesra pelanggan. Nak je aku capture akak yang jaga kaunter tu. Kami yang lapar ni boleh lagi senyum dan berbudi bahasa. Akak tu baru je balik makan, sikit pun taknak senyum kat kami. Bukan mahal pun, kak..Tak rugi pun kalau senyum. Dahla kami tunggu akak makan lama sesangat.

Huhu..Nak boikot leh tak? Dan sebab akak gakla kami2 dari fakulti ..... lambat dapat info dan surat tawaran kami sume.

Bukan apa la kan. Masa kami ke SPS after ke department tu, orang lain di sana sume dah ready nak bayar dan settlekan sume pasal tawaran master+PhD tu. Yang kami berdua ni datang baru nak tanya-tanya dan dapatkan maklumat. Terasa diri ini terlalu ketinggalan. Kan Baiz kan???huhu..

Settle sume-sume, pegi kedai mamak isi perut yang dah berkeroncong ni..

Still in confius to further study or not.Allah, please help me to make a right choice for my future. Amin.

..::Putus Cinta::..


Pepagi buta lagi aku dah start rutin harian aku. Pas solat subuh, baca online paper sambil breakfast dan lawat blog orang.Hik..hik..Dah siap sume-sume baru aku study or siapkan keje-keje yang tertangguh semalam. Hari ni nak share dengan korang sume mengenai tips camne nak putus cinta. Bukan mengajak korang putus cinta beramai-ramai, tapi sebagai tips kepada mereka-mereka yang nak putuskan cinta mereka tapi tak tahu camne nak buat..So, sile la teruskan pembacaan anda ye..


# Adakah sebab tetap atau sebab berubah? Sebab tetap antaranya adalah berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakuan, pendidikan dan kerjaya.

Anda mesti memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda belum begitu yakin, biarlah cinta itu diteruskan dulu.

# Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak, barulah buat keputusan mengenai cinta anda itu. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau apa yang berlaku.

Kebiasaannya apabila anda sudah tiada rasa cinta, sifat ini akan muncul sendiri tetapi jangan sampai menyakiti si dia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan kata putus.

# Biarlah dia dulu mengucapkannya kecuali apabila tiada cara lain, berterus teranglah. Putus cinta cara ini tinggi risikonya.

# Bagaimana anda mengurus cinta, begitulah anda mengurus diri anda. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan serta kebahagiaan yang serupa sekalipun cara mengendalikannya berbeza.

# Sekiranya anda bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri anda dan tiba-tiba, cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakan cinta itu pergi.

Ini kerana, setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.

# Jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati.

Nikmatinya, sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia dan bebaskan ia.

# Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia pernah singgah di hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Tidak semua cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan tetapi percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama untuk diperoleh.

# Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya kerana yang penting kita tetap percaya kewujudannya. Jangan pula terlalu menghambakan diri kepada cinta.

# Cinta bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang memperkecilkan cinta. Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan yang dicipta untuk mencari seorang lagi.

Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.

Pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran. Kadang-kadang, unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.

# Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu pasangan yang sehati sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka yang sering disebut cinta pandang pertama.

Mereka yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan yang begitu mengelirukan.

# Jangan terlalu terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya lebih baik adalah tinggi.

Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di tepi jalan, pasar malam mahupun akibat sesuatu perlanggaran atau kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan berlangsung secara tidak sengaja.

# Jangan sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot apabila cuba mencari pasangan untuk kita.

Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur tangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.

# Sebenarnya, konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama adalah pencarian yang membawa maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan cinta yang buta seperti cinta pandang pertama.

Melalui kaedah 'cuba jaya', mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula, akhirnya akan bertemu dengan cinta sejati.

# Sekiranya semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta seperti ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.

Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur kerana putus cinta.

# Untuk mereka yang pernah putus cinta, anggaplah peristiwa itu sebagai peristiwa biasa. Bercintalah lagi dan lagi, teruskan mencari sehingga menemui cinta sejati seperti kisah Laila Majnun - mencintai Laila seluruhnya, segala kekurangan dan kelebihan secara pakej.

Thursday, April 23, 2009

..::Konfius..Konfius::..


Konfius 1:
BM or BI. Actually dalam BM je sebab psm pun wat dalam BM. Tapi disebabkan salah seorang panel aku Selasa depan adalah lecturer India yang baru ditukarkan ke sini, major in transport. So, aku tak pastila sama ada aku
kena pizen in BI or BM nanti. Dari apa yang aku tau, Dr ni tak faham dan tak boleh speak in MALAY.huhu..

Konfius 2:
Hidung aku berdarah lagi hari ni. Sejak balik dari Langkawi dulu, hidung aku kerap berdarah. Aku pernah terbaca 1 artikel ni..lupa lak dari
mana. Dalam artikel ni ada cakap salah satu tanda-tanda penyakit darah seperti leukemia (rujuk di sini) (atau disini) adalah kerap berdarah hidung. Barah hidung pun boleh jadi gak (lihat ini) Betul ke? Risau lak kalau betul...Semoga aku dijauhkan dari segala penyakit berbahaya.Amin..

Konfius 3:
Baru tadi Jabatan edarkan surat-surat TAWARAN untuk la
njutan belajar a.k.a MASTER or PHD. Aku ni dapat offer wat master jela kan. Sah-sah la sebab cgpa tak sampai 3.50 pun. My bestfriend, Baizura lak dapat tawaran wat PhD. Bestnya...So,aku ada masa 3 hari je untuk fikirkan sama ada nak sambung atau tak..



Konfius 4:
Trade in or simpan dan beli baru? Hp lama aku dah start wat perangai balik. Kalau ada call masuk or aku nak call keluar, sure tak dengar dan susah nak sambung. Kalau mesej, 2,3x kadang-kadang berkali-kali send baru lepas. Sayang nak trade in sebab ni la hp pertama aku. Banyak kenangan tu..berjasa lagi. Tapi tak kuasa lak nak simpan benda yang tak boleh digunakan lagi.


key pad pun dah hilang..gile mesej nih

Wednesday, April 22, 2009

..::Dia yang Menghiasi Mimpi::..


Esok 2nd paper aku untuk final exam, Method of Planning Analysis. Ada 5 soalan dan wajib jawab 4 soalan. 1 je soalan essay dan yang lain tu sume pengiraan. Aku memang suka soalan-soalan camni. Tapi kena ingat step la. Kalau tak, hancuss...

Dua hari kebelakangan ni aku banyak abiskan masa aku di atas katil. Kurang mood untuk study. Ntahla. Asal nak study, ada je gangguan. Serabut sangat. Rasa cam nak jerit kuat-kuat lak.

Cuaca yang beberapa hari ni terlalu panas, membuatkan aku lagi malas. Lebih suka menghabiskan masa dengan kemas bilik, cuci toilet, basuh baju and of course la up date blog. Dah jadi addicted je rasanya.

Actually, aku rindukan seseorang. Selalu je datang dalam mimpi-mimpi malamku. Kadang-kadang dia tersenyum manis pada aku, kadang-kadang bergaduh, kadang-kadang terlalu mesra. Bila agaknya aku dapat jumpa dia. Dah lama sangat aku tak tatap wajah tenang itu. Terlalu rindu.

Nak sambung study balik la. Just amik mood untuk study je ni. Baru je lepas berbual dengan abah dan mak di telefon. Satu pertanyaan daripada mereka yang aku sendiri tak tahu jawapannya. So, better senyap jela dan cuba alih tajuk.hehe..

Wish me luck for tomorrow ya!!

Adios..

..::Luahan Cinta untuk Bakal Suamiku::..



.....sambungan daripada 'Diriku Menggapai Cinta'





Bakal suamiku yang ku sayangi,
diriku sesungguhnya tidak memilikimu, dan tidak wajar bagiku merasa kau milikku dan merasa kau tidak akan diambil oleh Allah.



Bakal suamiku yang ku sayangi, sesungguh kau diciptakan oleh Allah Ya Muhaimin Yang Maha Memelihara untuk mewakiliNya bagi melindungi bakal isterimu ini. Kau diciptakan oleh Ya Haadi, Yang Maha Memberi Petunjuk agar kau mampu memberi petunjuk, memimpin dan membimbing bakal isterimu ini ke arah Jalan Allah. Kau juga diciptakan oleh Ya Mani’ yang Maha Mencegah dan Ya Roqib, yang Maha Mengawasi agar kau mampu menjaga, mengawasiku dan mencegahku daripada dosa agar diriku sentiasa taat kepada Engkau Ya Afuw Ya Maha Pemaaf.











Bakal suamiku yang ku sayangi, sesungguhnya kau diciptakan oleh Ya Razak Yang Maha Memberi Rezeki, Ya Ghoniy Yang maha Kaya, Ya Mughni Ya Maha Memberi Kekayaan, Ya Nafi’ Yang Maha Memberi Manafaat untuk kau berusaha bagi mendapatkan kebaikan dan manafaat dunia ini untuk menampung kehidupan keluarga kita agar dengan kehidupan yang sejahtera dapat mewujudkan rasa aman dan bahagia bagi membolehkan kita sekeluarga mengabdikan diri kepada Ya Wahid yang Maha Esa dan kepada Ya Mutakabbir yang Maha memiliki segala kebesaran.



Bakal suamiku sayang, Dia Ya Mumit yang Maha Mematikan mungkin akan mengambil nyawamu pada bila-bila masa. Dia Ya Waaliy yang Ma
ha Mengatur segala urusan mungkin akan mengambilmu dan diserahkan kepada wanita lain dan sekiranya itu ketentuanNya yang Maha Menentukan, diriku tetap redha kepadaMu Ya Muqtadir seperti redhanya Nabi Ismail ketika ingin dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim, kerana sesungguhnya redha kepada ketentuanMu adalah bukti kecintaan sepenuhnya kepada Engkau Ya Dzal Jalali Wal Ikram Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Namun, diriku tidak perlu bimbang dan gusar sama sekali, kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud sesungguhnya sentiasa ada disampingku, sentiasa mengatur urusanku dan melindungiku dengan sifat Ya Waaliy dan sifat ya MuhaiminMu.



Ya Rahman Ya Rahim, Kau mungkin mengambil bakal suamiku daripada diriku hanya kerana ingin membuktikan kasih dan sayangMu kepada diriku, kerana diriku pasti akan menadah tangan memohon, merayu dan merintih kepadaMu Ya Hafidz yang Maha Melindungi, Ya Muhaimin ya Maha Memelihara agar membantuku dan melindungiku dan menyerahkan seluruh harapan dan pergantungan kepadaMu Ya Ghoniy Yang Maha Kaya dan diriku pasti akan memohon kepadaMu Ya Basith yang Maha Melapangkan hidup agar Engkau melapangkan hidupku. Sesungguhnya Engkau mencintai hambaMu yang menadah tangan memohon kepadaMu kerana Engkau mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan itu.



Tetapi Ya Rahman, Ya Rahim dan Ya Wadud, diriku yakin dengan kasih sayang dan cintaMu yang melimpah ruah, Kau mampu mencurahkan sedikit cintaMu dari sifat Ya wadudMu kepada bakal suamiku agar dia tetap menyayangiku didunia ini, walaupun diriku sudah tidak menawan lagi dimata kasarnya, kerana keindahan dan kecantikan
itu sesungguhnya lahir daripada Engkau Ya Badi’ Yang Maha Mencipta Keindahan dan Ya Barr Yang Maha Baik dan Ya Halim yang Maha Penyantun.











Diriku mohon kepadaMu agar kau curahkanlah sedikit sifat Badi’Mu, BarrMu dan HalimMu kepada ku agar diriku dapat mengindahkan dan menyantunkan diri dan akhlaqku disisi bakal suamiku kelak. Diriku memohon kepadaMu ya Hafidz dan ya Muhaimin agar dia tetap melindungiku dan tidak meninggalkanku di dunia ini.



Dan diriku yakin, kau Ya Mujib yang Maha Mengabulkan akan mengabulkan doa dan rayuan hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini. Sesungguhnya Engkaulah Ya Matin, tempat yang paling teguh yang diriku bergantung sepenuhnya dan Engkaulah Ya Samad, tempat meminta dan t
empatku curahkan dan luahkan permintaanku didunia ini.