Teman-teman

Sunday, April 26, 2009

..::Sewel::..


Dalam beberapa hari ni di dada-dada akhbar memperkatakan mengenai seorang wanita menjadi sewel gara-gara tuntutan fasakh yang dilakukannya masih dalam timbangan mahkamah walaupun sudah berbelas tahun perkara tersebut berlalu.

Aku turut simpati dengan apa yang terjadi pada wanita tersebut. Kenapa la si suami tu mendera perasaan si isteri sekiranya rasa cinta dan sayang tu dah tak ada? Mahkamah lak sampai sekarang tak dapat buat keputusan kerana si suami yang selalu memberi alasan pelbagai untuk mengelak diri.

Aku tak pasti apa yang sebenarnya lelaki tu mahukan dari wanita tersebut. Sekiranya dah tak suka, lepaskan jela. Janganla digantung tak bertali sehingga emosi wanita tersebut terganggu. Lelaki boleh berpoligami jika yang pertama dah tak ada taste untuk dia, tapi apa yang wanita boleh buat selagi penceraian tak berlaku? Wanita mana boleh berpoligami..Fikirlah sikit. Jangan terus menganiaya kaum yang lemah bila kuasa cerai ada pada lelaki.

Tak faham dengan dunia sekarang. Suka ke ramai wanita jadi sewel kerana lelaki??

No comments: