tuhan tidak menguji dengan ujian yang tidak dapat dipikul hambaNya
Teman-teman
Wednesday, April 8, 2009
..::Mana Lebih Penting::..
Pakaian atau peribadi?
Aku tertarik untuk berdiskusi mengenai dua perkara ni. Mana yang lebih penting korang rasa? Pakaian seseorang atau peribadi seseorang yang menjadi pilihan apabila kita mahu menjalinkan sebuah hubungan tak kira la sebagai sahabat, kekasih, teman hidup atau sebagainya.
Aku tak nafikan dari pakaian kita dapat menilai peribadi seseorang. Ada benarnya kenyataan tersebut. Tapi adakah kita benar-benar yakin pakaian mencerminkan peribadi seseorang? Zaman sekarang sudah berubah. Cara pemakaian juga turut berubah. Yang perempuan bagaikan tak cukup kain untuk melitupi tubuh badan mereka. Yang lelaki pun apa kurangnya kan? Pakai shortpant yang melebihi paras lutut or pakai pakaian yang boleh menarik wanita untuk berasa ghairah apabila melihatnya.
Bagi aku, kita tak boleh menilai seseorang berdasarkan pakaian yang dipakainya. Aku punyai pengalaman di mana orang yang aku sangka baik, bertudung litup, pakaian menutup aurat rupanya lebih dahsyat dari perempuan yang terdedah sana sini. Lelaki yang alim, baik rupanya suka ambil kesempatan pada perempuan. Aku bukan mahu mengaibkan sesiapa. Maaflah kalau ada yang tersinggung. Bagi aku peribadi yang baik datangnya dari asuhan atau didikan yang baik dari ibubapa. Bukan datang dari pakaian yang dipakai.
Aku paling pantang kalau orang nilai aku dari segi pemakaian aku. Mesti korang pun sama kan? Masing-masing pun dah besar dan tau mana baik buruknya. Bukan bererti aku setuju dengan cara pemakaian yang terdedah sana sini tu. Aku pun cukup meluat kalau perempuan yang tak reti jaga perhiasan diri mereka.
Tapi apabila seseorang tu berubah bukan bererti peribadinya turut berubah...
Kalau perempuan yang terdedah sana sini tiba-tiba pakai baju kurung ke apa..mesti korang kata..owh, budak ni dah jadi baik rupanya. Betul ke? Atau dia saja nak beritahu orang yang dia dah jadi baik sebab pakai baju kurung? Ataupun perempuan yang selalu berbaju kurung tiba-tiba pakai jeans, tshirt yang muat2 gitu..mesti orang cakap budak ni dulu baik, sekarang dah tak senonoh..Anda betul-betul tahu ke apa yang ada dalam hati mereka? Anda tahu ke apa motif mereka berubah? Anda dapat baca fikiran mereka ke?
Please la..semakin ramai kita kenal, semakin kita faham tentang erti hidup. Nilai la seseorang berdasarkan siapa mereka sebenar, kenali hati budi mereka, lihat tingkah laku dan pergaulan mereka. Bukan melihat apa yang mereka pakai. Tuntutan kerja juga kadang-kadang memaksa kita untuk berpakaian begitu walaupun kita tak suka.
==>>selagi kita pandai jaga maruah diri, orang takkan tunding jari pada kita..mulut orang tak sama dengan mulut tempayan..
Labels:
fikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment