.....sambungan daripada 'Diriku Menggapai Cinta'
Bakal suamiku yang ku sayangi, diriku sesungguhnya tidak memilikimu, dan tidak wajar bagiku merasa kau milikku dan merasa kau tidak akan diambil oleh Allah.
Bakal suamiku sayang, Dia Ya Mumit yang Maha Mematikan mungkin akan mengambil nyawamu pada bila-bila masa. Dia Ya Waaliy yang Maha Mengatur segala urusan mungkin akan mengambilmu dan diserahkan kepada wanita lain dan sekiranya itu ketentuanNya yang Maha Menentukan, diriku tetap redha kepadaMu Ya Muqtadir seperti redhanya Nabi Ismail ketika ingin dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim, kerana sesungguhnya redha kepada ketentuanMu adalah bukti kecintaan sepenuhnya kepada Engkau Ya Dzal Jalali Wal Ikram Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Namun, diriku tidak perlu bimbang dan gusar sama sekali, kerana Engkau Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud sesungguhnya sentiasa ada disampingku, sentiasa mengatur urusanku dan melindungiku dengan sifat Ya Waaliy dan sifat ya MuhaiminMu.
Ya Rahman Ya Rahim, Kau mungkin mengambil bakal suamiku daripada diriku hanya kerana ingin membuktikan kasih dan sayangMu kepada diriku, kerana diriku pasti akan menadah tangan memohon, merayu dan merintih kepadaMu Ya Hafidz yang Maha Melindungi, Ya Muhaimin ya Maha Memelihara agar membantuku dan melindungiku dan menyerahkan seluruh harapan dan pergantungan kepadaMu Ya Ghoniy Yang Maha Kaya dan diriku pasti akan memohon kepadaMu Ya Basith yang Maha Melapangkan hidup agar Engkau melapangkan hidupku. Sesungguhnya Engkau mencintai hambaMu yang menadah tangan memohon kepadaMu kerana Engkau mempunyai segala kebesaran dan kemuliaan itu.
Diriku mohon kepadaMu agar kau curahkanlah sedikit sifat Badi’Mu, BarrMu dan HalimMu kepada ku agar diriku dapat mengindahkan dan menyantunkan diri dan akhlaqku disisi bakal suamiku kelak. Diriku memohon kepadaMu ya Hafidz dan ya Muhaimin agar dia tetap melindungiku dan tidak meninggalkanku di dunia ini.
Dan diriku yakin, kau Ya Mujib yang Maha Mengabulkan akan mengabulkan doa dan rayuan hambaMu yang lemah dan tidak berdaya ini. Sesungguhnya Engkaulah Ya Matin, tempat yang paling teguh yang diriku bergantung sepenuhnya dan Engkaulah Ya Samad, tempat meminta dan tempatku curahkan dan luahkan permintaanku didunia ini.
2 comments:
huh, bukan calang2 org ley buat ayat camtu.. huhu...
hehe..xpe.jnji pya fhm apa yg mira tulis..buat renungan
Post a Comment