Teman-teman

Sunday, April 19, 2009

..::Diriku Menggapai Cinta::..


Dengan menyerahkan seluruh cintaku buat Ya Wadud, diriku akan pasti mendapat cintaNya, cinta yang tidak ada tolok bandingnya. Ya Wadud akan pasti memasukkan perasaan cinta ini ke dalam orang-orang disekelilingku termasuklah bakal suamiku kerana Dia ingin diriku merasai betapa indahnya cintaNya, walaupun sedikit. Apatah lagi cintaNya di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini. Oleh itu diriku menggapai cintaNya dengan menanamkan cintaNya jauh dihati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain Allah dari hatiku, cinta manusia, makhluk, dunia dan nafsu itu diriku genggam sekuat-kuatnya di genggamanku sebagai amanah Allah.


Diriku sedar cinta makhluk digenggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur kepada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku.

Cinta Allah dihati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan An-Nurnya dan akan menyalakan bintang-bintang dihatiku umpama bintang-bintang dilangit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku disepanjang kehidupan ini. Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya Wadud, Ya Jalil dan Ya Quddus.

6 comments:

mr cekodok said...

cinta Illahi lbh kekal dari cinta insani

rimieilya said...

cinta Ilahi yang melahirkan cinta insani..
dari Dia cinta itu wujud.dari Dia perasaan ingin disayangi hadir dan dari Dia juga perpisahan terjadi

mr cekodok said...

sume yg berlaku ada hikmah
kita merancang Dia yg tentukan
apalah daya kita sebagai hamba
utk melawan sgala qada' qadar Nya

rimieilya said...

qada' qadar Allah telah tersurat sekian lama. Hanya tunggu masa yang ditetapkan tiba. Keredhaan dalam menerima setiap takdir merupakan hikmah yang paling bererti. Sebagai hambaNya, kita dilarang utk mengeluh dengan ketentuan dariNya.ikhlas dalam redha itu yang sebaiknya.

sang sastrawati said...

semangat menggapai ridho ilahi

rimieilya said...

thanks sang sastrawati..