Teman-teman

Friday, July 31, 2009

..::Ciuman Terakhir::..


Entri ni just nak share satu cerita yang menyedihkan..Kepada sesiapa yang masih memiliki seorang insan yang bergelar bapa, hargailah mereka sebelum terlambat..Selamat membaca..


Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....

sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat..dah selera makan.

Pastu...

abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer.Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali..... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.

Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...

aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.

Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam..... . sabar... dan alim....Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa berterus terang....seringkali tidur di peha.

Kelmarin,

aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll...Abah catat Kak Se keguguran...Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya...tak pernah tunjuk sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".

Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik.

Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur"

abah gariskan perkataan ingat kubur....dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.

YaALLAH....

aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. .. abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...pastu ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah....sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja apa sekali pun....

YaAllah...

sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....Talkin buat abah masih segar...

"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan,kita yang hidup akan pergi juga....

Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
insyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah...saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan..


Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan iktibar.....Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan....



..::A Week Holiday::..


Yippi..UTP cuti seminggu. H1N1 punya pasal.


Actually, aku memang nak balik pun malam ni. Just for a couple of day. Tapi tak sangka lak boleh panjangkan cuti sampai next week. Leh r top up kasih sayang banyak2 sebelum balik UTP semula. hehe..


Bukanla nak berseronok pun. Perasaan takut dan simpati tetap menyelubungi. Ntah sampai bila agaknya virus ni akan terus merebak dan mangsa yang kena makin bertambah. Serius takut. Aku pun nyaris2 kena tau. Alhamdulillah Allah masih jauhkan aku dengan virus ni.


Ke mana-mana kena pakai mask. Agak rimasla. Untuk keselamatan, pakai je. Ke kelas tadi pun sv aku sendiri dah tak cam aku. If aku tak introduce myself, sah2 die ingat aku budak undergraduate.hihi..muda sangat plak rasanya. Rata-rata dalam kelas tu umo 20 tahun.


Papepun hope this virus gonna be terminated soon. Agaknya ni salah satu petunjuk dari Allah kot untuk sedarkan something yang aku sendiri kurang pasti. Tu la, dah kata khinzir tu haram nak juga diternak. tak pasal2kan.hehe.. Eh, betul ape. 1 apa pun binatang tu tak berguna. Watpela nak biakkan juga.


Holiday study seminggu = holiday blogging seminggu

Maaf ye..No entries for 1 week..
Take care uoll




Thursday, July 30, 2009

..::Detik Hati::..


Detik hati..tiada siapa yang mengerti kata hati yang seringkali membangkitkan suatu perasaan yang unik. Kadangkala kita salah menafsir kata hati kita sendiri kerna tertipu dengan kata nafsu yang menghasut.

Pelik.

Dalam hati..terbit suatu perasaan yang aku sendiri biarkan. Semakin lama semakin dalam. Semakin lama semakin kuat.

Ntah. Keliru dengan rasa.

Mohon pada yang Satu agar diberi petunjuk. Masih dalam samar. Kata hati menang atau kata nafsu yang lebih kuat.

Yang pasti, aku tahu pada siapa hati ini mahukan..


Wednesday, July 29, 2009

..::Ahli Baru::..


Yehaa..tak lama lagi bertambahla ahli keluarga aku. Kalau campur yang akan datang ni, dah 5 orang la anak buah. Selamat aku tak keje lagi. Tak perlula nak sediakan duet raya untuk tahun ni dan 2,3 tahun akan datang. hehe..

My oldest sister yang tengah sarat pregnant sekarang ni hanya tunggu hari je. Wiwi..aku lak yang tak sabar. Dijangka 5hb Ogos ni. Maknanya next week la. Hurm..apekah jantina anak beliau ye?

lelaki..
perempuan..
lelaki..
perempuan..

lelaki la...biar fahmi ada geng nak main lasak2 skit. asyik buli kakak2 die je kan.hehe..nanti leh ajar adik baru main kunci juge ye


^__^


nak comel camni leh tak Long?hehe..demand lak aku ni


Cant wait for this saturday..



..::Dah Baik >__<::..


Yes...baru arini aku dapat makan dengan betul. 2,3 ari lepas selalu je tak abis. Dah amik nasi separuh pun tak abis gak. Ada tu, baru 2 suap dah muntah balik. Alhamdulillah..tu tandanya aku dah sihat.hehe..

(^____^)

Pasni leh r makan ape pun. Dah tak rasa loya lagi. Selera dah makin pulih. Nak suh Long masak sedap2 la ari sabtu ni. Leh makan banyak2.Lalala..



..::Seminggu::..


Alhamdulillah,dah seminggu pun kat sini. Macam2 hal yang berlaku. So far aku happy je kat sini. Agak homesick, tapi leh control lagi la. Jauh sangat dengan family. Dulu masa kat JB, dekat gak nak balik umah. Kat sini, maunye seharian aku dalam bas kalau nak balik. This Friday my first experience balik umah naik bas. Huhu..Pasni tak payah dahla naik bas. Kan dah ada keta baru.hehe..


Untuk minggu pertama ni takde la busy sangat. Just settlekan a bit procedure as postgraduate student. Letih gak nak berjalan sana sini. FYI, kelas aku hanya pada hari Khamis dan Jumaat. Boring kan? Nak wat camne. Hari2 lain leh r fokus pada research. Tapi satu ape pun tak start lagi. Baru je gi pinjam buku kat IRC semalam. Ada la baca skit2.


As a GA, aku perlu penuhkan 5jam seminggu sebagai pembantu sv aku kat sini dan 22 jam sebulan untuk progress research. Setakat ni baru je masuk 1st class yang sv aku ajar (transportation eng.). Esok plak ada tutorial. Agak2 cukup ke nak penuhkan 5jam seminggu tu ek kalau dah kelas 2kali seminggu je? Cukup kot. Ntahla..tutorial (sejam), marking paper (3minit/paper), field work lagi. Tapi tu bukan tiap2 minggu. Cam nak mintak kat sv la nak marking paper untuk kelas GIS or Land Use. Boleh la ye..


Owh ye, korang mesti baca nota kecil aku yang kat sebelah kiri atas tu kan? Mesti tertanya2 kenapa ek aku kena duk dalam bilik je.hehe..Panjang citenye. Ok..ok..aku pendekkan.


Hari Ahad lepas aku tak berapa sihat. Gi klinik, check2 sgala. Mula2 doc cakap just sakit biasa. Demam pun tak kuat sangat. Just 35dc je. Bila dah sampai kat blok je, kesihatan bertambah buruk. Aku sesak nafas. Hantar ke klinik semula and then terus bawa ke Hospital Bt Gajah.huhu.. Nasib baik ada Yie dan kawan2 yang lain. Thanks uoll..Dah masuk air sume, doc suh kuarantin dalam bilik seminggu. Tapi aku kuar gak.hehe..bosan yang amat. Doc just suspek aku kena H1N1 je. Yela,Uitm kan dah cuti sebab virus ni. Mana tau UTP pun kena gak. Kalau ye, akulah pembawa wabak tu.h0h0..Alhamdulillah, aku tak pape. Dah sihat pun.


Hari ni masih berkurung dalam bilik. Takde pape nak buat kat luar. Nak study2 skit..layan muvie..tido..hehe..


Tak sabar nak balik Jumaat ni.

Saturday, July 25, 2009

..::Weekend Di UTP::..



Jerebu menyerang UTP arini. Seharian cuaca nampak kelam je. Ingatkan ada pembakaran terbuka ke apa kan..



Just stayed at room. Keluar makan je tengahari tadi. Banyak kafe yang tutup arini. Sama je ngan arked meranti kalau time hujung minggu mesti tak banyak yang buka. So, no more choice la. Makan je apa yang ado


Petang lak sesaje la kuar gi taman maju merangkap bandar universiti kat sini. Beli tiket balik Kuantan. Yahoo..next week balik. Kebetulan ada lak orang jual2 kat sebelah terminal bas tu, ntah sempena apa. kalau tak salah pasal 1 Malaysia kot. Round2 sana jap. Beli pisang..my feveret fruit.hehe..Pekena cendol gak. shedap...


housemate baru, dayah


housemate baru juge, kak sya (rumate dayah)



sangat shomel baby tu tdo.geram nak picit2 pipi die..


Epy dapat kuar petang ni. Hilang skit bosan. Yang pasti mood ku sudah kembali okies..Rasanya aku moody2 ni sebab dah dekat due kot. Tu yang hangen satu badan tu. Salah skit je, dah tersentap. Sensitif naw..Cian si dia kena tempias. Selalu pun memang dia la yang kena. Cowie...



Jumaat lepas sempat gi swimming. Bukan aku pun yang swimming. Temankan kakak2 yang excited nak bersukan tu. Aku lak duk membaca je tepi kolam tu. Sakit gak hati ni sb ada one lady ni berenang kocak2 air sampai kena kat aku. Padahal aku dah duk jauh pun. Abis basah buku aku. Taula pandai berenang, tapi jangan la sampai cenggitu skali. Kak Sya pun cakap dia sampai terlambung2 lagi dek kocakan air dari budak tu. Haih..

pemandangan dari atas V5H


Saya rindukan dia....




Tak sabar nak balik jumpa budak nakal sorang ni. Rindu dengan keletah dia. Aritu sepanjang jalan dari Terengganu sampailah ke Perak ni, mulut dia tak berhenti2 cakap. Cam bertih jagung je. Dia akan senyap bila tido.Hee..sangat manja ngan Pok De dia. Jeles tau..Bila dah ada Pok Teh, manja2 ngan pok teh lak..sebenarnya ada udang disebalik mee..(mahukan kamera DSLR pada pok teh dia) Hikhik..pandai ek

..::T__T::..


Mood pagi yang tak besh.
Rasa cam sedih n keciwa.

Hilang semangat nak start research..
Tutup lampu, tarik selimut n tdo..

Sendiri mungkin lebih baik




Friday, July 24, 2009

..::Registration Day::..


Entri basi. hehe..Tadi baru dapat link blog seseorang merangkap cameraman masa hari pendaftaranku di UTP..Haruslah update kan walaupun dah basi cite ni. Siap ada cameraman tu..










Credit to Ateh. Comel gambar yang dia amik. Nak booking hasil kerja tangan dia untuk konvo aku nanti dah tak dapat sb si abang telah menge'chop' terlebih dahulu.huhu..terpaksala guna cameraman UTM ajo..nak lebih gambar sile klik sini.



..::After 1st Class::..


1) Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?

dahi..romantik banget.. *blushing*

2) How did you feel when you woke up this morning?
excited to attend my 1st class with Dr Madzlan n undergraduate students

3) Who was the last person / people you took photo with?
baby annisa comel..cian kena tinggal jauh2.really miss her.

4) Would you consider yourself spoiled?
spoil? i don't think so.....maybe...

5) Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
yes..when secondary school n university..just friend now..no more opposite sex bestfriend

6) Do you want someone to be dead?
kalau boleh elakkan, baik elak..tapi sape leh sangkal takdir yang ditentukan Nya kan..redha jela

7) What does your last text message say?
"u have one missed call from 038....... " dari INFRA

8) What are you thinking right now?
"nak accept ke tak jemputan INFRA tu?"

9) Do you want someone to be with you right now?
yup..sepanjang masa pn xpe

10) What was the time you went to bed last night?
pas solat isyak.penat sangat,kena tido awal.tapi lelapnye dalam kul 11 gitu..

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
if i not mistaken, kat skudai parade kot..eh x,kat pesta konvo la.ehe..

12) Is someone on your mind right now?
my family..homesick lak..

13) Who was the last person who text you?
mr rafi..guna no celcom

Ten LUCKY person to do this quiz.
i- mr cekodok
ii- zara
iii- apai
iv- chopie
v- Opiya Onel
vi- Lady Dda
vii- Miss Izah
viii- lea
viiii- nana
x- anyone yg nak,wat jela

14) Who is no.2 having a relationship with?
dulu ada, skrg xtau la

15) Is no.3 a male or a female?
F.e.m.a.l.e

16) If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
nope..dah berpunya la

17) What is no.1 studying about?
Msc in Mechanical Eng..major energy

18) When was the last time you chatted with them?
selalu pun..everyday

19) Is no.4 single?
not available n hv relationship with sumone yg I kenal juge..

20) Say something about no. 2.
ex roomate+cheerfull+good as advisor+very caring person

21) What do you think about no.3 & no.6 being together?
dalam dunia blog bleh la kot..tapi yg no 6 tu dah berkeluarga pn..lagi plak 2,2 pmpuan.

22) Describe no.9.
ex coursemate+hv her own clique+good friend

23) What will you do if no.6 and no.7 fight ?
tak mungkin la kan dorang nak gaduh.kenal pun dalam blog..jmp pn xlagi..no 6 lembut, no 7 dah jadi mak org pn..tak mungkin..

24) Do you like no. 8?
yup..sangat comel

25) How about no. 10?
tak tahu sape yg LUCKY jadi no 10 ni.hehe..



..::Tutor::..


Hari ni hari pertama aku start mengajar. Menjadi tutor bg pelajar undergraduate highway and trasportation. Takutnya..Apa 1st impresion diorang yang seramai 50 orang tu pada aku nanti.


Hope ari ni just relax2 je berkenalan ngan bakal anak murid baru. Tak sangka lak aku leh jadi seorang pengajar. Cam mimpi plak kan. Ada bakat ke? hehe..


So, mira..just do it all ur best. Yakin pada diri sendiri.



Thursday, July 23, 2009

..::Tiada Yang Sempurna::..

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup


Begitulah juga……


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja


Begitulah juga


Jika kamu sedang memiliki seseorang
TERIMALAH dia seadanya

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL


Begitulah juga……


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA
itu lebih BERMAKNA !





..::Saje Nak Buat::..


1. What have you been doing recently?
- blog hopping n take a breakfast n reading e-news


2. Do you ever turn your cellphone off?
- nope..just in case


3. What happened at 10 am today?
- wat matrik kad baru..yea


4. When did you last cry?
- 2 month ago


5. Believe in fate/destiny
- fate


6. What do you want in your life now?
- success in what im doing now


7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
- Dah hujan, mesti la pakai payung..lain la kl tengah2 jln tetiba hujan.


8. What’s your favourite thing to do on the bed?
- reading


9. What bottoms are you wearing now?
- kain batik sajork


10. What’s the nicest thing in your inbox?
- love letter..ehe


11. Do you tend to make the relationship complicated?
- of course not. anyone want to make a simple relationship kan..susahkn hidup je kl dah complicated bagai


12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
- nope..not like pinjam2 neh


13. What was the last movie you caught?
- forgot already..bleh ek camtu


14. What are you proud of?
- my strength to make a better life as i can


15. What does the oldest text message in your inbox say?
- secret


16. What was the last song you sang out loud?
- tak suke la nyanyi kuat2 neh..


17. Do you have any nicknames?
- yup..


18. What does the newest text say?
- gud bye


19. What time did you go to bed last night?
- around 1030..so tired.


20. Are you currently happy?
- normal happy..not so happy n not so sad.


21. Who gives you the best advise?
- my family n the oldest people than me


22. Do you eat whipped cream straight from the can?
- Never


23. Who did you talk on the phone last night?
- my dad n en zaki yang baik hati


24. Is something bugging you now?
- Nope


25. Who was the last person to make you laugh?
- Yie..pepagi dah wat joke


26. Choose your lucky friends and tag them.
- I would like to tag anyone who read this. No excuse!

*pinjam ayat ko jap ye apai*

Wednesday, July 22, 2009

..::Life as Master Student::..


Second day at UTP..I take master by research in highway and transportation design now. Already seen my sv for the 1st time. He's a good lecturer and very supportive person. Thanks God coz give me chance for continuing my study.


Pas je abis taklimat kat MPH, aku round2 department ngan member2 civil. Nak kenal UTP ni leh mendalam. Cewah..Sekarang dah tau la serba sedikit area yang sepatutnya aku tau dalam U ni like fakulti aku of course, pusat kesihatan, cafe, book store, lab, lecture hall n so on. Penat juga la berjalan keliling department.


Sangat suka sebab dapat kawan2 baru ~ kak su, asiah, chin, mahmod, rafi, megat, nabil,sorang lagi tak ingat plak nama abang tu. Nanti tanya la..Sume skali 9 orang, 8 Malaysian + 1 Nigerian..


Esok takde pape taklimat. Just nak kuar gi buat kad matrik. Nanti kena saman lak sebab tak pakai kad matrik. huhu..


Petang tadi sempat gak la gi swimming pool ngan sha n dayah, my new housemate. Masa tu hujan rintik2. Tapi bantai je mandi. Pas balik mula la. Asyik bersin je. Jangan sampai demam sudah.


Nak rehat2 dulu la.. to be continued....



Tuesday, July 21, 2009

..::1st Day @ UTP::..


Finally, today I was done everything. Registered my master at UTP. So tired.


Nak story tentang perasaan masa mula-mula sampai kat sini pagi tadi. Bercampur baur. Yang paling ketara adalah rasa nervous. Ntah apa yang tak kena pun aku tak tahu. Dah tua-tua pun nak nervous2 segala. Cam dak tadika baru 1st day kat skull je. Haish..


Lepas register sume, ke RV lak..RV means Residential Village. Macam2 istilah baru diorang gunakan kat sini. Masih baru untuk ingat sume tu. Slow2 la. InsyaAllah nanti sumenya akan terbiasa. Berbalik smula tentang hostel..Aku ditempatkan di tingkat 5..ye kawan2, TINGKAT 5. Hanya Tuhan je yang tahu betapa penatnya turun naik. Mungkin sebab dah lama tak excersice kot. ehe..


Alhamdulillah, dapat housemate yang baik2 sumenya. Roomate belum kenal sepenuhnya memandangkan dia dah pun berada di Putrajaya untuk abiskan keje2 dia di sana sehingga hujung bulan ni. Terpaksalah tido sorang kat tempat baru.Huhu..Dalam rumah ni ada adik dan juga kakak. Tapi dah rasa cam sebaya je. Tadi pun baru lepas attend 1st miting. Dah kenal sumenya cuma belum ingat certain nama yang tak lekat diingatan.


Cukupla untuk kali ni. Penat. Nak tido awal malam ni. Esok kul 830 ada briefing psl scholarship segala lak..harus tido awal..Tapi rasanya lewat gak sb chatting ngan sumone.ehe..

Mulai hari ni, tetapkan azam dan tekad untuk capai apa yang aku impikan. Semoga terus kuat di sini. Amin.

*belum sempat amik gambar persekitaran lagi



Sunday, July 19, 2009

..::Hari Yang Memenatkan::..


Tomorrow, I'll take a long journey maybe. But I don't care about it coz since there is sumone will join us for that journey, its not so bored to me anymore. On Tuesday, I will register for my master at UTP. So excited to become one of their student.


+__+ lalala


Petang tadi lak, I got some good news from mr postman. Thank you. Terima surat konvokesyen dari UTM. Teruja yang amat. Dah lama tertunggu2 surat ini. Akhirnya..


Tarikh penganugerahan: 17 Ogos 2009 (Isnin)
Masa pendaftaran: 12.00 - 1.00 petang


Tak sabarnya nak jumpa kawan-kawan sume. Rindu sangat. Banyak cerita nak kongsi neh. Hope dapat pelepasan dari supervisor baru, Dr Madzlan untuk turun JB. Nak settlekan hal konvokesyen nanti.


>__<


So, sebelum wat perjalanan yang jauh esok haruslah check overall supaya kondisi kenderaan yang nak dipandu dalam keadaan baik. Dari dalam sampai luar kena cek. Cuci segala. Sungguh memenatkan. Fuh..camnela bila ada keta sendiri nanti ek. Ehe..


Can't wait for tomorrow. Hope always in God bless. Amin.





Saturday, July 18, 2009

..::Saat Manis Itu::..


Selamat hujung minggu semua!! Ceria je rasa pagi2 ni. Dapat hirup udara segar. Tenang. Hujung minggu terakhir aku di rumah. Huhu..


Perasaan aku? Bercampur baur.

Gembira + teruja + cuak + sedih + happy = macam macam ada.

Bagaimana kehidupan aku kat tempat baru tu nanti ek. Dari mula aku dapat tahu aku diterima untuk wat master kat UTP, aku asyik fikirkan soalan ni. Time nak tido je, mesti berangan camne kehidupan aku kat sana. Tak salah kan kalau kita berangan. Jangan angan kosong sudah.


Target aku kat sana nanti untuk belajar sehabis baik. Cuba buktikan kemampuan diri sendiri dan capai impian aku untuk menjadi seorang transport engineer yang berjaya. Paling tidak untuk mnjadi seorang pensyarah dalam bidang kejuruteraan pengangkutan seperti Dr Zaly. Walau tak sehebat dia, mungkin hampir seperti dia.



Itu la die the best lecturer yg menjadi idola aku


Rindu lak dengan kenangan di UTM. Kawan2 yang best, suasana kat sana, lecturers yang baik. Paling tak boleh lupa adalah kolej yang banyak menyimpan pahit manis aku di sana, Kolej Tun Fatimah. Dari first year until forth year aku menetap di kolej tu. Dari double room sampai single room aku dah rasa. Memang best. Lebih-lebih lagi dapat pengetua yang very the sporting. Cayalah, Puan K. Masih jadi pengetua kat kolej tu lagi ke?



masa dalam Senat Hall



ni la die pemandangan blok aku dari jauh..windunye



pemandangan dari atas sekitar fakulti..tempat jatuh lagi dikenang..ahaks



tempat berhibernasi a.k.a sarang aku kalau tak ke mana2..


Hope dapat kawan-kawan baru yang leh go on dan mau epylife je kat sana. Amin.



Friday, July 17, 2009

..::Masak Memasak::..


Ingat tak aku pernah wat entri pasal puding karamel tu? Masa besday adik aku tu tak sempat nak buat untuk dia. Memandangkan dia kini berada di asrama, aku ingat aku nak buat untuk dia sempena kali terakhir aku jumpa dia sebelum aku pegi perak isnin ni. Mesti dia akan merindui kakaknya yang baik hati ni. Chewahh..hehe


Petang ni menu minum petang adalah karipap. Tak puas makan karipap yang dijual oleh seorang makcik tu. Mahal giler. $4 untuk 10 biji karipap. Kalau aku buat sendiri, lagi banyak boleh dapat. Sedap pun sedap. Huh..silap pi beli kat makcik itu. Dulu dia jual $3 je. Dah naik harga plak sekarang. Inti dia pun tak cukup perisa. Tak best langsung. Hilang mood nak makan karipap.


Thursday, July 16, 2009

..::Please::..


Alhamdulillah, syukur. Hari ni selesai segala hutang pose aku untuk tahun lepas. Fuh, lega rasanya. Takdela kena pose masa kat tempat baru nanti sebelum Ramadhan tiba. Epy sangat. Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, aku gagah juga pose ari ni. Kalau tak, terpaksala pose kat perak nanti.hehe..


Lagi 3 ari nak tinggalkan rumahku syurgaku. Sayang lak. Berat je hati nak berpisah ngan sume termasuklah tempat tido kesayanganku yang selalu menjadi peneman setia. Cewahh..bermadah lak. hehe..


Barang-barang masih ada yang belum kemas. Biasala, mood nak berpisah dah start ni packing pun lambat-lambat la. Mak lak tiap-tiap ari bising suh kemas awal-awal. Nanti adala yang tertinggal itu ini. Tehee..Biasala mak, anak mak sorang ni slalu camtu. Sebenarnya nak bermanja ngan mak. Nak suh mak tolong temankan time die kemas. Tak gitu cik mira? hehe..


Malam ni rasa malas nak buat apa-apa selain on9. Nak share cerita pasal petang tadi. Aku dapat mesej dari seorang kenalan lama. Pelik gak tetiba je dia mesej aku. Kat mana dia dapat nombor tepon aku tu aku tak kisah sangat la sebab dia ni kawan perempuan aku masa kat matriks. Nak jadikan cerita dia tanya aku pasal ex-bestfriend aku dulu. Kenapa jadi ex-bestfriend, aku tak dapat cite la kat sini. Hanya orang tertentu je yang tau cite ni. Aku pun malas nak ungkit lagi.


Kawan lama aku tu tanya pasal one guy ni yang tetiba je ym dia. Guy tu cakap dia kawan aku. Pelik. Masa bila aku kawan ngan guy tu pun aku tak tahu. Seingat aku la, aku cuma add dia dalam fs je. Tu pun sebab dia yang add dulu. Yang aku tak puas hati tu, ngan kawan lama aku tu pun dia nak bawa cite yang bukan-bukan pasal apa yang terjadi antara aku ngan ex-bestfriend aku yang dah jadi sejarah pun tu. Aku tau that guy selalu follow blog aku ni. Lantak la kalau dia nak terasa pun. Apa yang aku nak pesan, please jangan kacau kawan-kawan saya lagi. Saya tak mau awak kaitkan diorang dalam masalah awak yang 'satu' tu ye..Saya dah serik ok..


Ter'emo' lak aku malam ni. Haish..ni sume gara-gara cerita petang tadi. Thanks pada kawan lama aku tu kerana bertanya pada aku dulu sebelum membuat spekulasi sendiri n tak sebarkan pape yang tak betul. Ni la baru namanya sahabat.


Manusia sekarang ni kadang-kadang pelik kan? Aku akui aku sendiri pun tak sempurna. Tapi selagi kita sedar apa yang kita buat tu akan mendatangkan mudarat, cepat-cepatla jauhkan diri. Hope aku tak terlibat dengan perkara yang seumpamanya lagi.


Wednesday, July 15, 2009

..::SELAMAT HARI LAHIR::..


SELAMAT HARI LAHIR YG KE 54
buat abah yang disayangi
semoga Allah sentiasa melimpahi
rahmat dan inayah kepadamu
panjang umur dan murah rezeki


I LOVE U SO MUCH, DAD.
THANKS FOR BEING MY BEST DAD IN THE WORLD



Tuesday, July 14, 2009

..::Demam Lagi??::..


Hari-hari terakhir di rumah. Mood malas datang lagi. Aku belum prepare pape barang yang aku akan bawa kat sana nanti. Asyik tangguh je. Salah satu habit yang agak susah nak buang. Haih..


Yie dah kuar dari hospital semalam. Alhamdulillah. Mujur tak teruk sangat demam dia. Sekarang ni aku lak yang rasa tak ok. Dari semalam kepala dah rasa pusing-pusing. Hari ni lak hidung dah mula berhingus. Selsema. Tak suka. Rimas. Hope tak lama.

Sunday, July 12, 2009

..::Bad News::..


Hari ni je aku terima 2 berita yang agak menyedihkan aku. Tak tahu nak share ngan sape..


1st ~ my mum dah pegi checking pagi tadi n u know what doctor said? My mum kena operate. Huhu..untuk buang ketumbuhan yang ada. Not really sure ketumbuhan tu bahaya or tak tapi doc nak buang untuk dibuat ujikaji. Alahai, tak sanggup aku nak terima berita tu. Ingatkan dah tak perlu bedah2 segala. Semoga mak aku terus tabah.


2nd ~ My friend, Yie ditahan dalam wad gara-gara demam yang terlalu tinggi. Aku pun tak sure bape darjah suhu badan dia tapi yang dia bagitau aku tekanan darah dia tinggi. Sebab tu doc tahan dia. Huhu..Dah dekat2 nak sambung study, sakit lak. Tu la, mintak sangat nak masuk wad. Kan dah dapat. Saya doakan awak cepat sembuh ye..Rajin2 makan ubat k.




Saturday, July 11, 2009

..::Special Entry for mrCekodok::..


Kenapa aku tetiba je buat entri khas untuk salah sorang followers aku, mr Cekodok? Hehe..>__< Aku kira malam ni adalah malam bertuah aku la. Nak tau kenapa? Sebab akujadi pengunjung yang ke 1302 kat he's blog.

klik gambar kalau tak nampak ek



Apa yang istimewanya nombor '1302' tu ek? Actually, nombor tu amat bermakna bagi tuan punya blog tu coz tu adalah nombor besday dia. Wah, tak sangka aku yang dapat jadi pengunjung yang ke 1302..


Kalau ada hadiah ni, mesti best. Boleh request tak, mr Cekodok? *sambil kelip-kelip mata*..Theehee..

..::Once Again::..


Salam hujung minggu sume. Ari ni ari sabtu kan. Esok plak ari ahad..eh, apa aku nak cakap sebenarnya ni.Tehe..


Sebenarnya nak gtau yang esok aku akan berkampung di K.Trg. Untuk apa? For medical check up. Bukan untuk aku tau, tapi mak aku yang tercinta tu la. Dalam 2 hari kat sana. If my mum kne tahan, mungkin lebih lama aku kat sana kot. Tapi memikirkan si kecik yang nakal tu masih bersama kami, rasanya aku kena stay kat rumah jaga dia kot if mak kne tahan. Huhu..


Sedih lak bila dah dekat nak sambung belajar ni mak sakit. Nanti sape nak jaga mak, nak uruskan rumah bila mak tak de, sape nak jaga makan pakai abah. Aku lak dah jauh dari mereka. T__T


Dulu masa mak kena operate, sempat juga aku jaga dia. Kebetulan masa cuti sem. Tapi sekarang? Aku cuma ada masa seminggu je lagi kat rumah. Waa..xmo cakap dah pasal ni. Kang ada hujan turun lak pagi-pagi yang ceria ni.


To my mum, be strong for our family k. I know u r the best mum in the world. Love u so much..

Friday, July 10, 2009

..::Rindu itu adalah...::..


rindu adalah satu perasaan yang dianugerahkan Allah
ia seharusnya dihargai apabila ia hadir
kerna perasaan itu pasti wujud
bagi mereka yang benar-benar sedar dan tahu menghargainya..


rindu adalah satu perasaan yang tak bisa dihalang apabila ia hadir
tak bisa dipadam apabila ia membara dan
tak bisa menyapa jika ia berlalu..


rindu melahirkan sayang
rindu menerbitkan kasih
rindu kerna cinta..



Thursday, July 9, 2009

..::Tag Lagi::..

Tengah wat blog hopping kat blog followers, ternampak task yang mempunyai nama aku juge sebagai salah sorang yang di 'tagged'. Ish Pya ni, ada je die ni tau. Takpela, aku ngah rajin nak buat ni. Layan nantok mata. bagi aku selesaikan dulu benda alah ni ye..


Four Names That Friends Call You:
1.Mira ~most of my friends call me like this
2.Amirah ~certain org je panggil aku camni
3.Suriati ~cikgu2 slalu la guna my last name ni
4.Mirae ~time kena sakat.hehe


Four Most Important Dates in Your Life:
1.My besday la of course
2.Besday org2 yang rapat ngan aku..even kekdg tu ada gak yg lupa besday aku pn
3.07/12/every year
4.besday kawan2 yang selalu dihati..


Four Things You've Done in the Last 30 Minutes:
1.Makan kueh tiaw goreng kat kedai
2.Gosok gigi
3.Pakai losyen + krim malam
4.Blogging sambil guling2.hehe..


Four Ways to be Happy:
1.Wat benda yang menyeronokkan
2.Memasak
3.Pegi pantai
4.Kuar jalan2 ngan 'dia'


Four People You Miss From Your Past:
1.Eja ~my bestfriend dari kecik
2.Laila ~my bestfriend masa matrik
3.Ureen ~sama ngan no. 2
4.Atuk ngan nenek


Four Gifts You Would Like to Receive:
1.Iphone
2.Tiket gi melancong kat Bali
3.DSLR
4.Doa kesejahteraan dunia akhirat


Four of Your Favourite Hobbies:
1.Pegi pantai or pulau
2.Window shopping
3.Tengok bintang
4.Memasak


Four Places or Country You Want to go for Vacation:
1.Pulau
2.Makkah
3.Dubai
4.Paris


Four Favourite Drinks:
1.Air Nano.hehe
2.Jus Tembikai
3.Nescafe
4.Air mineral


Four Things Always Found in your Purse/Wallet:
1. Ic
2.Lesen Keta
3.Kad ATM
4.Duit


Four Favourite Colors:
1.Merah
2.Putih
3.Coklat
4.Purple


Top Four Hangouts:
1.
KP
2.Megamall
3.JJ Taman U
4.Angsana


Top Four U Love so Much:
1.My family
2.My sweetheart
3.Mama abah
4.Kawan2


Top Four 'Things' Special to You:
1.Diari
2.Chubbymun + bantal busuk
3.Lappy
4.Handphone


Top Five Who You Will Tagged:
1.Mr cekodok
2.Laila
3.Zara
4.Kak Dda
5.Opie


Top Four Reasons Why You Answered This Survey:
1.Nak hilangkan nantok
2.Suke je buat benda ni
3.Nanti org yg bagi tag ni taknak buat bila saya lak kasi
4.Salah satu cara nak luahkan tekanan

Dah selesai pun. Pasni ada tugasan lain lak. Nak kena make up blog seseorang lak ni..

Wednesday, July 8, 2009

..::News::..


Sory sebab lama dah tak up date blog ni. Bukan malas (walaupun ada sedikit sifat itu), tapi banyak hal yang belum settle perlu diselesaikan segera.


Selamat berjuang buat kekawan yang dah mula sambung pelajaran masing-masing dalam bidang yang dipilih. Semoga terus berjaya. Bagi yang dah dapat kerja tu, tahniah ok. Kerja rajin-rajin. Biar jadi anak emas bos ye.hehe..


Lagi 13 hari aku juga akan melanjutkan pelajaranku. (ayat skema). Mengira hari je sekarang ni. Perasaan bercampur baur je. Tak tau nak described camne. Hanya Allah je yang tahu. Sekarang ni urusan pembelian kereta sudah selesai. Tunggu kereta yang dah di 'booked' je sampai. Wah, tak sabar ni! Excited terlebih.hehe..Nanti leh r turun JB jumpa kawan2 naik keta baru.Lalala..


Baru-baru ni ada terbaca dalam paper tentang kematian seorang pelajar siswi dan anak dalam kandungannya di UTM.huhu..horror nya. Dapat info dari kawan kat sana kejadian tu berlaku kat K9. Dahla kolej tu jauh dan berdekatan hutan, ditambah lak dengan berita kematian plak. Lagi menakutkan la..huhu..Hope takde kejadian aneh yang berlaku nanti.


Sekian saja entri kali ni. No more ideas....

Wednesday, July 1, 2009

..::Ketulusan Hati::..


Sedihku sakitku ku terima

Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu ku memohon


Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah


Hanya Dia yang mengerti isi hatiku..fikiran kembali tenang bila dengar lagu ni. Terlalu menyentuh hati kecilku, memberi semangat baru untuk terus bangkit.