Teman-teman

Thursday, July 16, 2009

..::Please::..


Alhamdulillah, syukur. Hari ni selesai segala hutang pose aku untuk tahun lepas. Fuh, lega rasanya. Takdela kena pose masa kat tempat baru nanti sebelum Ramadhan tiba. Epy sangat. Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat, aku gagah juga pose ari ni. Kalau tak, terpaksala pose kat perak nanti.hehe..


Lagi 3 ari nak tinggalkan rumahku syurgaku. Sayang lak. Berat je hati nak berpisah ngan sume termasuklah tempat tido kesayanganku yang selalu menjadi peneman setia. Cewahh..bermadah lak. hehe..


Barang-barang masih ada yang belum kemas. Biasala, mood nak berpisah dah start ni packing pun lambat-lambat la. Mak lak tiap-tiap ari bising suh kemas awal-awal. Nanti adala yang tertinggal itu ini. Tehee..Biasala mak, anak mak sorang ni slalu camtu. Sebenarnya nak bermanja ngan mak. Nak suh mak tolong temankan time die kemas. Tak gitu cik mira? hehe..


Malam ni rasa malas nak buat apa-apa selain on9. Nak share cerita pasal petang tadi. Aku dapat mesej dari seorang kenalan lama. Pelik gak tetiba je dia mesej aku. Kat mana dia dapat nombor tepon aku tu aku tak kisah sangat la sebab dia ni kawan perempuan aku masa kat matriks. Nak jadikan cerita dia tanya aku pasal ex-bestfriend aku dulu. Kenapa jadi ex-bestfriend, aku tak dapat cite la kat sini. Hanya orang tertentu je yang tau cite ni. Aku pun malas nak ungkit lagi.


Kawan lama aku tu tanya pasal one guy ni yang tetiba je ym dia. Guy tu cakap dia kawan aku. Pelik. Masa bila aku kawan ngan guy tu pun aku tak tahu. Seingat aku la, aku cuma add dia dalam fs je. Tu pun sebab dia yang add dulu. Yang aku tak puas hati tu, ngan kawan lama aku tu pun dia nak bawa cite yang bukan-bukan pasal apa yang terjadi antara aku ngan ex-bestfriend aku yang dah jadi sejarah pun tu. Aku tau that guy selalu follow blog aku ni. Lantak la kalau dia nak terasa pun. Apa yang aku nak pesan, please jangan kacau kawan-kawan saya lagi. Saya tak mau awak kaitkan diorang dalam masalah awak yang 'satu' tu ye..Saya dah serik ok..


Ter'emo' lak aku malam ni. Haish..ni sume gara-gara cerita petang tadi. Thanks pada kawan lama aku tu kerana bertanya pada aku dulu sebelum membuat spekulasi sendiri n tak sebarkan pape yang tak betul. Ni la baru namanya sahabat.


Manusia sekarang ni kadang-kadang pelik kan? Aku akui aku sendiri pun tak sempurna. Tapi selagi kita sedar apa yang kita buat tu akan mendatangkan mudarat, cepat-cepatla jauhkan diri. Hope aku tak terlibat dengan perkara yang seumpamanya lagi.


No comments: