Teman-teman

Saturday, October 31, 2009

..::Jom Jalan::..


Aku dengar ramai kawan2 satu universiti aku dulu mengalami krisis hidup. Aku ingatkan aku sorang je yang ada rasa camtu. Rupanya kami serupa. Musim orang berkrisis ke?


Hari minggu yang bosan. Walaupun duit dah penuh purse *tipu je*, tapi duk terperap kat bilik sesorang sambil menghadap journal yang bertimbun. Dah bosan membaca, hadap series kejap sambil makan-makan megi. Aik, kata duit dah kembung purse, tapi makan megi je. Ye, aku makan megi je untuk lunch arini. Kes malas nak turun kafe sorang2 n makan sorang2. Ala..makan megi kat bilik pun sorang2 gak. Ape aku melalut ni??


Ni la perangai orang yang bosan. Kalau turun beli lunch kat kafe, sure takde choice. Maklumla hari minggu. Banyak kafe tutup. Tak bestnya. Tak macam kat UTM dulu. Macam-macam ada. Kalau aku bosan hujung minggu pun, paling tidak aku akan merayau sorang2 window shopping sampai lenguh kaki. Hari untuk merelakskan diri. Itu istilah aku. Pelik ke jalan sorang2 kat shopping complex? Maybe bagi orang lain, tapi aku ok je. Walaupun berulangkali dan tempat yang sama,aku tak pernah bosan pun.


Nak kuar!!!! Bosan duk bilik sorang2. Jom main bowling *macam pandai je.hehe..* Aku rasa nak g pantaila petang ni. Boleh tak?? Jomla..jomla..best tau main air laut. Tenang je..Ada sesape nak ikut tak? Boleh jadi teman aku berceloteh sepanjang jalan. Woah,best2.



Thursday, October 29, 2009

..::Siapa KAWAN dalam Hidup Lelaki::..

Dua malam lepas (baca : tengah malam), saya menikmati makan malam (baca : supper) berseorangan di Kedai Mamak Ayub di Taman Universiti. Tempat yang saya tuju untuk menikmati sotong berempah (baca : kari) yang sedap dan agak murah.

Sedang asyik makan dan hanyut dengan bacaan Mastika, tiba tiba datanglah dua manusia, lelaki dan perempuan.

“Aku dahagalah. Nak sikit boleh?”

Tak sempat nak kata apa, sudah diteguknya air nescafe tarik saya. Eishhhh. Kawan saya, KC dan bakal tunangannya.

Selepas itu bermulalah cerita antara lelaki dan lelaki. Saya suka cara penerimaan si wanita, dalam kelembutan dan kemanjaannya dia berkata

“Memang menjadi lumrah lelaki, bila bertemu
kawan, lupa segalanya. Kita ni, orang perempuan, kenalah pandai
sesuaikan diri. Tak gitu abang?”

Sambil tersenyum manis pada si KC.

Argkhhh, hancur luluh hatiku ini, bila melihat kemesraan mereka. Aduhhhh, kena kahwin nih…

—–

Apapun, benar apa yang dikatakan oleh bakal tunangan si KC itu. Lelaki akan jadi lemah dan kosong tanpa teman-teman sekepala, malah menjadi cepat bosan. Betul tak lelaki?

Seperti perempuan juga, jika bertemu kawan perempuannya, memanglah satu atau dua jam duduk berbual. Namun, tanggungjawabnya sebagai perempuan, anak, isteri., dan kekasih orang tetap tak terabai. Hebatkan perempuan ni?

Pernah lihat tak dikampung-kampung, mahupun di bandar. Lelaki-lelaki banyak menghabiskan masa di kedai-kedai kopi, atau nama inggerisnya cofee house di bandar-bandar. Nak pula, jumpa rakan sekepala, menonton pula Barclays ataupun Kelayakan Euro, dengan air panas yang dihirup, ia umpama candu yang melalaikan. Tak sedar dengan masa dan sebagainya. Bagi seorang lelaki, inilah masanya untuk mententeramkan jiwa.

Bukan tidak boleh berada dirumah. Bahkan di rumah, ada yang pasang segala hifi, Astro berpuluh-puluh saluran, sistem teater rumah, cumanya, di rumah, keghairahan untuk menonton kurang. Tiada siapa yang boleh di ajak bertukar pandangan. Agak-agaknya, bila di tanya si isteri sebegini apa jawabnya?

“Agak-agaknyalah, dengan formasi 4-4-2 yang Sir Erickson buat dahulu, mampu atau tidak pasukannya menang?”

Mungkin jawapan si isteri.

“Alah, abang ni, manalah kita tahu benda tu”

Jika dalam keadaan manja. Tetapi, jika dalam emosi yang menguasai.

“Tu dah mula dah tu. Nak buat alasan pergi kedai mamak la tuhhh”

Hummm…

Begitu juga dengan topik perbincangan. Jika sesama lelaki, banyak sungguh topik yang dapat diutarakan, politik, agama, kehidupan, sukan, informasi terkini, teka-teki… dan banyak lagi….

Manakala sesama perempuan pula, banyak diceritakan mengenai perihal keluarga, masakan, gossip panas, banding-banding (anak, baju, dsb.), dan 1001 macam lagi.

Cuma satu sahaja yang lelaki tiada, umpatan yang berevolusi. Daaaaa…. Istilah baru ni. Ia membawa maksud, lelaki dan perempuan suka juga mengumpat ni. Tetapi, sesama lelaki, benda tu diterima dalam banyak keadaan, dan jarang ianya berkekalan. Bila habis umpatan, senyaplah..

Tetapi, antara perempuan. Tu dia aihhhhh!!!! bak kata orang Kedah. Selagi boleh disebut salasilah keturunan suku sakat susur galur cerita, selagi tu lah tak pernah habis… Pernah dengar atau tidak pernyataan di bawah….

“Patutlahhh, dulu kau tahu tak, anak si Tijah
tu macam bohsia dah aku tengok, sekarang masa nak kahwin baru tahu nak
cari ubat pulih dara!”

Walaupun tak sama, lebih kurang bukan? Hehhehe…

Apapun, berilah masa untuk lelaki bertemu dengan kawan-kawan sekepala mereka. Kawan sepejabat, tak semestinya sekepala. Kalau perempuan yang jadi suri rumah, banyak masa untuk berbual sebenarnya. Masa beli sarapan di kedai, masa sidai baju, masa lepak-lepak petang bawah pokok, masa ambil anak dari sekolah, masa tunggu suami balik rumah, dan banyaklah masa lagi…

Ada akak tu siap boleh main game lagi…. Kalaulah suami balik, muka macam Mario Bros. baru tahu….

Akhir kata, perlu ada timbal balik dalammemahami sikap lelaki ini. Lelaki hidupnya mudah, apa yang dia suka, cubalah fahami. Bukan semuanya perlu dipenuhi, cukup sekadar faham, jantina lelaki ini lain sifatnya dengan wanita. InsyaAllah, dia akan bertambah sayangkan si perempuan. Jika ingin menegur hobinya bertemu rakan-rakan, pandai-pandailah menuturkan bahasa yang tidak menyakitkan hatinya.

Yang lelaki pula, perlulah faham si perempuan, berilah masa bersama si perempuan, sekurang kurangnya 1 atau 2 jam sehari, mendengar kisahnya. Perempuan juga mudah dikasihi. Percayalah, lelaki yang mampu menjadi seorang pendengar yang baik, adalah lelaki yang amat disanjungi wanita. Percayalah! Mereka bukan perlukan penyelesaian, mereka hanya perlukan perhatian..



..::8 Cenderahati Paling Berharga::..

Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.


1)Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.


2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.


3)Diam.
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.


4)Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.


5)Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.


6)Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.


7)Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.


8 ) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??


Hadiahkan lah cenderahati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan…

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.



Wednesday, October 28, 2009

..::Ulser::..


Hari Rabu dah pun. Petang ni kena jaga test untuk subjek transportation. 5pm-7pm. Soalan test pun belum amik lagi. Semalam malas nak kuar + tak berapa sihat. Hari ni nak tak nak kena gi amik gak. Malasnya. Camne nak bercakap ngan sv nih?


FYI, dah 3 ari aku tak dapat cakap banyak. Sebabnya...ada ulser yang besar kat lidah aku. Wuu..sakit tu. Hanya bubur nasi je yang aku leh telan semalam. Arini tak tahu lagi. Masa breakfast pagi tadi pun punyala seksa nak telan sekeping roti. Tu pun dah cicah ngan air tu. Rasa cam nak nanges je. Sadis betul makan sambil kuar air mata kan? Nak,nak kalau ulser tu bergesel dengan gigi. Ya ampun...sakit sangat. Semoga dengan kesakitan ni dapat menghapus dosa-dosa kecil aku. .amin.


Hope sakit ni tak lama. Yela, yang kenanya kat dalam mulut tapi 1 badan tanggung sakit. Mulala nak guling je. Ehe..alasan. Takdela sampai terbaring je kan. Sakit-sakit pun kena wat keje. Due date dah dekat ni. Nanti tak sempat siap plak.



Tuesday, October 27, 2009

..::Makan untuk Hidup, bukan Hidup untuk Makan::..


Waa..tak bestnye rasa. Bila elaun nak masuk ni. Dah hujung bulan pun. Camne nak survive untuk 5 ari lagi ni? Terpaksa korek tabung la jawabnya kalau camni. Ish, tak suke la korek2 tabung ni. Sampai bila nak penuh kan kalau asyik korek je. Baru nak penuh, dah surut balik. Ehe..Buat masa sekarang ni kena berpegang pada motto "makan untuk hidup", bukan "hidup untuk makan" okey..


Ntah pape je aku tulis kan? Korang layan jela ek. Aku jadi ting tong sekejap nih. *padahal tak tahu nak up date apa..hehe*


Macam mana dengan misi aku?? Jeng..jeng..jeng.. Mesti korang tertanya tanya kan. Yela, aku dah up date blog ni, mesti dah berjaya misi aku tu. Betul tak?? Hahaha..salah2. Misi aku tu masih belum selesai. Terpaksa ditangguhkan sehingga pertengahan bulan depan kerana ada masalah skit. Nevermind. Wat masa ni aku leh la fokus pada benda lain dulu.


Sekarang ni tengah addict dengan COFFEE PRINCE la plak. Tak sabar nak tau ending dia. Walau dah mengantuk sekali pun, sanggup teruskan sampai abis. Tinggal 5 episod lagi nak khatam.haha..


Study?? So far, ok je. Ada gakla progress walaupun tak banyak. Kena siapkan sebelum pertengahan bulan depan. Chayok2..
Ada masa 2 bulan je lagi sebelum symposium. Waa..ngerinya dengar. Takleh main-main dahla.


Tu je aku nak kongsi. Nanti aku up date lagi k. Ada yang aku nak kongsi dengan fellas sume. stay tune..



Friday, October 23, 2009

..::Zodiak Cinta::..


Januari
- Mudah jatuh cinta. – Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya. – Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadapindividu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Sumber : PreetyPreetyWow


rimieilya say: hanya untuk renungan bersama. Mungkin tepat bagi diri anda, mungkin tidak. Just for fun. Buat masa ni, entri-entri sebegini yang akan dipaparkan ok. Selagi mission tak tercapai, takdela entri about tuan punya blog. Kalau tak update,nanti berabuk plak..ehe



..::Tertangguh::..


Mission tak jadi semalam. Terganggu kerana technical problem di saat-saat akhir. Tak ape, cuba lagi malam ni. Tapi....malam ni nak g tengok TALENT SEARCH FINALE. Ada sesiapa nak ikut tak? Jom..jom..kite meronggeng!!



Thursday, October 22, 2009

..::Mission Impossible::..


I will up date this blog until my mission is successful.



Sunday, October 18, 2009

..::Susah untuk Dimengerti::..


Suatu ketika dulu
aku menerima kamu kerana aku yakin
kebahagiaan, kegembiraan, keceriaan,
akan selalu disampingku..

Suatu ketika dulu
janji-janji bagaikan gula-gula manis
yang menyelerakan
aku..gembira seperti kanak-kanak

Suatu ketika dulu
hari yang dilalui terlalu cepat berlalu
masa seperti mencemburui aku
hinggakan setiap saat manis berlalu tanpa rasa

Hari ini
kebahagiaan,kegembiraan,keceriaan itu
hampir hilang
hilang ditelan kelukaan hati
yang ada hanya kesedihan, kekesalan..
remuk hati yang sudah sedia tercalar

Hari ini
tiada rasa yang menyelubungi diri
yang ada hanya tinggal sisa
cuba menggapai sirna bahagia yang semakin menjauh
mungkinkah ia milik aku?
atau hanya singgah berteduh sebelum mencari pemilik hakiki

Hari ini
aku cuba bangkit
mengharungi kembali liku hidup yang kian menyesakkan
di mana semangat ITU?
di mana sokongan ITU?
di mana kasih ITU?

Hati..bersabarlah
pengorbananmu akan dibalas
keperitanmu akan dikenang
kesedihanmu akan terhapus
di suatu masa yang belum pasti..




..::Penyesalan::..


Aku rasa aku dah tersalah langkah. Benar kata orang, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya.

Baru sekarang aku rasa perasaan kesal itu timbul. Tapi dah tak guna kot sebab aku dah pilih pilihan yang ini sedangkan dulu aku bebas membuat sebarang keputusan.

Patut ke aku lepaskan apa yang aku ada sekarang ni? atau mungkin boleh aku menduakannya?

Keliru.

~sigh~

Mohon petunjukNya lebih baik.



Friday, October 16, 2009

..::Percayalah Sayang::..

Mungkinkah kita terus bersama
Menjalin cinta,hidup bahagia

Engkau dan aku
Menjadi satu
Bagaikan bulan dan matahari

Telah kuserahkan segala jiwa dan ragaku
Cintaku hanyalah tercipta untukmu

Percayalah sayang
Setiap kata-kata ku ini
Pastiku kotakan
Segala janjiku padamu

Marilah kita bersama-sama
Bersumpah setia hingga ke akhirnya



Tuesday, October 13, 2009

..Kekasih Tak Jadi::..


Suatu hari aku ke kedai, aku terserempak dengan dia. Dia pandang aku sama seperti selalu semasa aku masih di alam persekolahan. Tapi pandangannya kali ini agak berlainan. Seakan ingin memberitahu aku sesuatu. Aku cuba tersenyum tapi sumbang. Pertemuan kami berakhir di situ.


Selang beberapa hari dia datang ke rumah. Sekali, aku biarkan. Dua kali, juga aku biarkan dia menunggu di luar. Dah masuk beberapa hari dia tunggu aku di luar pada waktu yang sama setiap hari, aku terpaksa juga jumpa ngan dia. Malas nak dengar mak membebel..


Seperti yang telah aku jangka, dia meluahkan rasa cinta padaku. Tak pernah putus asa.
Acapkali dia menyuarakan rasa cintanya tapi aku hanya berdiam diri. Berpucuk surat cintanya aku biarkan sepi.Sejak dibangku sekolah lagi dia selalu memerhatikan aku. Kebetulan kelasnya berada di atas kelas aku. Setiap kali dia ke kelas, pasti melalui kelas aku dan setiap kali itu juga renungan tajamnya jelas ditujukan untukku. Debar hati hanya Tuhan yang tahu..


Kali ini aku juga menolak cintanya dengan baik. Dia tak pernah putus asa untuk meraih cinta dariku. Pertemuan terakhir kami, dia memberi sekeping surat dan juga sebuah buku. Aku terkesima. Nak terima atau tidak. Akhirnya aku terima juga sebab tak sampai hati nak lukakan hatinya setelah aku tolak cintanya.


Aku buka surat yang dia beri. Aku baca. Sedih, pilu rasanya jika aku berasa di pihak dia. Aku kagum kerana cintanya masih untukku. Dia sertakan no hp dan juga emelnya sekali. Berharap aku akan menghubunginya nanti.


Tiba-tiba aku tersedar...arghh,mimpi rupanya. Tapi nombor itu???


Ntah macam mana aku boleh teringat balik kat this guy.
Ni sume gara-gara mimpi yang aku alami malam tadi. Haish..mainan tido je pun. Kisah aku dan dia ni pun dah lama terjadi. Kalau tak silap aku masa tu aku baru form 2 and that guy dah form 5. Waktu tu budak-budak lagi. Setiap kali dia bagi surat cinta, aku baca pastu aku simpan. Takdenye nak balas-balas. Tapi serius, nombor hp yang dalam surat tu aku ingat sampai sekarang. Ntah betul ntah tak tu nombor dia. Aku cerita pada rumate. Dia dail nombor tu, ada pemilik tapi tak diangkat. Ah sudah..kalau betul dia, mati la aku. Huhu..mintak dijauhkanla.


Apakah???


Selalu je nampak dia kat kedai mak dia bila aku balik rumah. Setiap kali dia nampak aku, mesti dia tengok je. Senyum tak, masam pun tak. Cam selalu dia wat masa kat sekolah dulu tu la. Seram gak. Tapi aku buat tak tahu jela..Hope kalau balik rumah nanti, takla terjadi seperti mimpi aku semalam tu. Haha..cuak2.




Monday, October 12, 2009

..::Sakit Itu Nikmat::..


Malam ni rasa amat letih. Lepas berbuka tadi, kepala dah hanyut. Badan dah mula seram sejuk. Macam petanda nak demam je. Bila dah rasa camni, mulala dah terbayang tilam dan bantal. Kerja berlambak lagi. Pagi tadi je aku dah print jurnal2 yang berkaitan. Tapi satu apa pun tak sentuh.


Dah 2 hari kena sakit mata. Ntah virus mana la yang tersangkut kat mata aku ni. Huhu..Bakteria2..Seksanya masa nak tunduk. Rasa cam nak terkeluar bijik mata ni. Berdenyut-denyut.


At last, amik keputusan pegi klinik tadi. Tak tahu plak klinik UTP ni dah tukar owner. Dua kali tersalah faham. Mula-mula tu ngan akak kat kaunter klinik. Aku cakap dah pernah datang, tapi dia cakap rekod takde pun. Pelik gak. Tanya punya tanya, baru tau yang sebenarnya dah tukar onwer. Hikhik..Yang kedua plak, tersilap tengok doktor. Aku ingatkan doktor muslim, aku pun berila salam *Memang dah tabiat aku setiap kali masuk nak jumpa doktor, aku akan beri salam*. Sekali bila dia bercakap, dah ada loghat India plak dah. Haih..salah lagi..Sory ya doc..


Time aku tulis ni pun, kepala dah stat ting tong. Tindakbalas ubat yang aku makan. Tido awal la malam ni.


Hope cepat sembuh..Tak sanggup nak jumpa orang dengan keadaan mata camni. Huhu..



Sunday, October 11, 2009

..::Ilmu Kekeluargaan::..


Beberapa hari kebelakangan ni aku addicted pada satu blog ni. Blog ni pun aku jumpa semasa aku tengah mencari jawapan bagi suatu persoalan yang agak memusykilkan aku. So, daripada aku buat spekulasi sendiri lebih baik aku tanya pada yang lebih pakar. Betul tak?


So, bila dah mula baca terus jadi minat untuk mengetahui isi kandungan blog ni. Pemiliknya seorang perunding psikologi keluarga a.k.a peguam syarie. Hebat dalam berkata-kata. Seorang isteri, ibu kepada sepasang cahaya mata. Kebanyakan isi kandungan blognya adalah berkisarkan wanita, lelaki, suami, isteri, anak, mak..senang cerita tentang masalah keluarga la. Aku suka baca bacaan sebegini untuk tambah ilmu yang kompleks ni. Lain orang, lain ragamnya. Setiap orang ada masalah sendiri. Jenis masalah yang sama tapi dalam situasi yang berbeza. For sure, nak tangani masalah pun dalam cara yang berbeza kan.


Dari satu tajuk ke satu tajuk aku terjah. Bila penat study, blog ini yang akan jadi pilihan aku lepaskan lelah. Bila dah start baca tu, mestla nak teruskan baca sampai abis. Camtula sifat aku. Sifat ingin tahu yang terlalu tinggi.


Satu hal yang buat aku terfikir sekarang ni, bukan senang untuk berkongsi hidup dengan orang lain walaupun dalam ertikata kawan. Aku jadi takut untuk berkahwin bila ada saja kes yang melibatkan penderitaan seorang wanita bernama isteri. Seolah2 hanya wanita yang perlu berkorban untuk hidup bahagia. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku tapi percayala, bila korang baca blog ni sure korang sendiri rasa seram untuk berumah tangga. Bukan untuk menakutkan korang tapi untuk pesanan. Siapa yang dah rasa diri dia dah cukup tahap kesabaran untuk menjadi seorang isteri, takpela. Kamu boleh teruskan niat untuk mendirikan rumah tangga. Tapi pada sesiapa yang rasa dia ni jenis yang tak tahan sabar, eloklah fikir semasak2nya sebelum buat keputusan untuk berkahwin ya.


Dalam perkahwinan banyak dugaan. Pengorbanan yang jitu diperlukan bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Bukan hanya wanita yang perlu berkorban, tapi lelaki yang akan bergelar suami juga perlu berkorban untuk kesenangan bersama.

Cinta itu merupakan penerimaan seseorang terhadap seseorang yang lain. Maksud penerimaan di sini adalah sanggup terima baik dan buruk pasangannya dalam apa jua keadaan. Bukan untuk merubah pasangan menjadi apa yang dia idamkan.

Dalam suatu hubungan tak kira dah berkahwin atau tidak, komunikasi AMAT PENTING. Perbaikilah komunikasi anda bersama pasangan sekiranya anda merasakan ada yang tak kena dalam perhubungan anda. Sentiasa bersikap berterus terang dan saling menggilap rasa cinta antara satu sama lain supaya rasa cinta itu sentiasa mekar walaupun dah seabad berkahwin.Macam tu barula bahagia akan datang melingkari rumah tangga.



Wah, dah macam ahli motivasi la plak aku ni. Hehe..Ni yang apa aku dah baca la. Kata nak tambah ilmu kan.. Aku pun cetek gak dalam ilmu kekeluargaan ni. Sementara ada masa, saja la nak isi kekosongan tu. Untuk diri aku sendiri juga. Sekurang2nya apa yang aku pelajari, aku akan praktikkan jika aku dah berkahwin kelak..Masih banyak yang perlu dituntut untuk menjadi seorang isteri yang solehah.



..::Teluk Senangin::..


Rasa penat sangat hari ni. Baru je balik dari fieldwork. Terpaksa berjemur tengah panas memerhatikan students wat keje. Huhu..


Nak cite pasal aktiviti semalam. Semalam pun ada fieldwork gak. Maknanya dua hari dah kena berjemur. Sunburn? No hal la..sebab dah terbiasa kan. Dan untuk menambahkan sunburn kat kulit aku ni, petang semalam gak aku ngan rumate jalan-jalan cari tempat. Ehe.. Perkelahan tanpa dirancang.


Mula-mula tu just aku je yang nak g sebab nak release tension. Yup..agak tertekan akhir-akhir ni. Salah satu cara nak hilangkannya adalah dengan ke pantai or window shopping. Best-best..Nak ajak Yie temankan, dia plak sibuk. Huhu..


So, ke Teluk Senangin la kami semalam. Drive ikut kata hati sebab masing-masing tak pernah sampai ke sana. Agak cuak gak masa on the way tu, kiri kanan sume kelapa sawit..Tapi alhamdulillah, tempatnya tak menghampakan. Cuma agak kurang gerai-gerai kecil. Kalau gi sorang, sah2 tak kuar keta ni..



Cantik..Tenang..Damai..


me n my rumate


masa sampai tu ada kapal terbakar plak..siap berapi2 lagi tapi time snap gambar ni tak nampak sangatla..kamera hp je pn






Matahari terbenam..tak nampak sangat sebab hujan turun sebelum tu


Tak pela. Janji hati dah epy dan tenang kembali. Bestnya kalau tempat ni dekat2. Boleh pegi tiap2 petang.



Friday, October 9, 2009

..::CINTA..Benarkan Aku Pergi::..


Hancur luluh hati yang makin pulih.

Di mana silapnya?

Tak seharusnya aku tahu tentang perkara itu. Tapi mungkin Tuhan lebih mengetahui mengapa aku harus tahu. Sebolehnya aku akan simpan sendiri benda ni. Mungkin suatu ketika nanti akan aku luahkan juga. Tak tahu bila..

Perasaaan aku? Ntah..Masa ni syaitan banyak menghasut. Aku sedar aku harus melawan. Ya, terus melawan agar mereka kalah. Aku perlukan masa untuk berfikiran rasional. Mungkinkah ini juga satu petunjuk dariNya? Aku sendiri keliru. Yang pasti hati aku telah berdarah kembali.

Kosong. Itu yang aku rasakan. Marah bukan lagi satu kepentingan di sini. Inikah saatnya hati aku bertukar menjadi hati kering? Ya Allah...ampuni aku kerana menyimpan dendam. Aku benci dengan kelemahanku ini. Bersihkan hatiku dari sifat keji ini ya Allah, kerna manusia sememangnya lemah..



Thursday, October 8, 2009

..::Allah Maha Besar::..


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”



17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “
Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”


8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutny a. Ini tentu sangat menarik.


sumber:eramuslim

semoga kita yang lain ni tergolong dalam hambaNya yang diperihara selalu.Amin.



Wednesday, October 7, 2009

..::Hari Rabu Dah Pun::..


Kejap je masa berlalu. Huhu..Research aku lak asyik stuck kat situ je. Parah dah ni. Camne nak pizen kalau satu ape pun tak membantu. Serabutnya.. Kalau kat UTM dulu leh gak nak share or discuss ngan member2 coursemate. Sekarang ni? Sorang pun aku tak kenal. I mean yang sama bidang ngan aku la. Tak dapat nak tukar-tukar pendapat sangat. Huhu.. Ni la agaknya cabaran duk kat tempat baru.


Kadang-kadang jeles gak ngan researcher lain. Projek dorang cam lagi senang berbanding apa yang aku buat sekarang ni. Just duk depan lappy, design material, cite skit2, baca skit2 n then siap. Aku lak kene kuar. Jumpa orang tu, jumpa orang ni. Kena hari elok, elok la layanan. Kalau tak, mau sakit dada ni tahan cemuhan. Tu belum lagi masuk part survey2 ni. Time tu lagi banyak dugaan. Perit. Dah rasa pun masa wat fyp dulu. Hope kali ni lebih baik dari yang sebelum ni.


Ish, tak baik plak membebel pagi2 ni kan. Kena ingat balik aim aku masa nak masuk sini. Ok,ok..dah ada semangat balik. Jom study..lalala



Tuesday, October 6, 2009

..::Tuhan, berikan aku CINTA::..


Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta




Monday, October 5, 2009

..::Bila Akan Berakhir::..


Perasaan itu datang lagi.

Benci..

Tak suka bila ia hadir..

Kenapala takde jalan penyelesaian yang baik ketika ini. Puas aku fikir. Puas aku mencuba. Kat mana semangat aku tu?

Serabutnya..



Sunday, October 4, 2009

..::Gerimis Hati::..


Saat kebosanan melanda, gerimis bagaikan penghibur..

Indah dan nyaman.

Sejuk.

Saat ini tenang menyentuh hati..
Kenangan terlayar kembali, menggamit memori lalu..
Mengukir senyuman yang bermakna..

Ciptaan Tuhan sungguh ajaib
Aku bagaikan tenggelam dalam perasaan sendiri
Jauh belayar menerokai alam khayalan..

Terima kasih
kerana hadirnya gerimis..



Saturday, October 3, 2009

..::Give me a water::..


Tension betul bila apa yang kite perlukan tak de or banyak halangan untuk dapatkannya.


Ni sume sebab air..ye,air. Air nak mandi, nak wudhuk, nak minum dan sewaktu dengannya la. Dahla duk level 5 pastu 1 blok plak tu takde air. Sehari, ok lagi..ni dah masuk 3 hari tau. Penat dah duk angkut air memanjang. Lengan ni dah naik muscle dah pun. Huhu..Bila nak ada air ni????