Teman-teman

Friday, July 30, 2010

..::Buang Tahi Lalat::..

Ada tak sesape yang tahu cara mudah nak buang tahi lalat hidup? Moh ler share kat sini.. Sape yang dah berjaya buang tu lagi dialu-alukan...
 

Thursday, July 29, 2010

..::Cuak Sekejap::.


Hari ni aku naik bas bersama driver dan konduktor baru. Pada awalnya agak cuak gak. Kedua-duanya lelaki, india plak tu. Aku ni penakut skit bila ada orang cakap dengan volume melampau ni. Orang berbangsa india ni kan suke cakap kuat-kuat, so aku jadi tak tenteram la bila bersama dengan dorang.

Aku mesej dengan kawan aku yang jadi konduktor bas kat situ gak. Die gtau abang tu ok je. Die baik, so lega skit rasa hati. Tambah plak ditenangkan oleh En. A bila aku mula ngadu-ngadu kat die. Pepagi dah nak manja-manja. Hehe.. Biarla, aku suke je. En. A pun suke melayan. Ape lagi..amik peluang la kan.

Esok last day aku naik bas tu. Lusa plak dah sambung ngan bas lain plak. Tak sabar rasanya nak abiskan keje-keje outdoor ni. Kulit pun dah berbelang. Ada can kena beli susu banyak-banyak and then berendam setiap ari bagi kulit putih. Haha..

Ok r..nak manja-manja ngan En.A sebentar sebelum tido. Hehe..
p/s: teman tgh belajo loghat peghak skrg ni..ada sesape yg sudi ngajo teman?teman udoh sethn duduk peghak ni..ade ler yg teman reti..hehe..


Monday, July 26, 2010

..::Kena Kacau::..

Cuak gile aku hari ni. Memang betul-betul pengalaman la. Nak nanges pun ada tadi tapi tahan je. Ramai orang tu, takkan la aku nak nanges depan sume orang. Dahla aku sorang je melayu kat situ. Huhu..Tak tertelan rasanya air liur aku time tu..

Suspen tak??? Hehe.. Meh aku nak story mory kat korang ape yang jadi kat aku hari ni. Camni cite die...

Hari ni kan aku wat survey lagi. So, dari pagi sampai la time kejadian sumenya normal. Kejadian ni jadi waktu petang. Aku pun tak pasan bila masa mamat separa tak betul ni naik bas. Mamat India plak tu. Yang aku perasan die wujud dalam bas tu sebab bekas plastik yang die bawa tu terlalu annoying. Keletang..keletung bunyinya. Aku rasala die bawa segala mak nenek bekas aluminium yang selalu orang India pakai time makan tu kot.

Mula-mula aku perasan die duk seat yang sederet dengan seat driver. Aku plak duk sebelah kiri, selang 1 seat dari pintu. Ntah bila mamat tak betul tu dah beralih duduk belakang seat aku. Aku relax lagi time tu. Bila die dah start nyanyi-nyanyi, aku dah rasa pelik. Kuat gile nyanyi, kalah radio dalam bas tu. Kalau nyanyi 1 lagu je takpe, ni tak. Jap lagu India, pastu tukar lagu cina..tak lama pastu nyanyi lagu melayu. Paling tak boleh blah, mamat ni nyanyi lagu ni....."Alhamdulillah,syukur nikmat..kepada tuhan yang memberi rahmat..", dengan pelat India die. Haha..aku dah nak gelak time tu tapi tahan je. Pastu ada 1 lagu ni die nyanyi kalau tak salah aku lagu Isabella. Pandai plak tu...

Tu satu hal. Hal kedua plak, die duduk dekat dengan aku. Dari aku bersandang kat seat aku tu, terus aku beralih duduk hujung kusi. Gile ape mamat ni nak duk dekat-dekat. Siap tangan dah masuk site aku tu. Geram betul. Takut je die pegang or raba-raba aku ke... Huhu

Yang buat aku rasa nak nanges sangat tu, time die nak turun. Sebelum die turun, die siap cakap kuat-kuat, "saya turun dulu ye, bye-bye.." sambil PANDANG AKU. Mana tak meremang bulu roma aku. Sume orang dalam bas tu duk pandang aku. Mak, toollloonnnnggggg!!!!!! Langsung aku tak angkat muka. Die dah turun pun duk lambai tangan kat aku lagi. Serammmmm....

Memang pengalaman tak dapat aku lupakan la ni..Huhu..Pasni kena jaga-jaga lebih la.
 

Sunday, July 25, 2010

.::Sakit Perut::..


Sedih je rasa. Hari ni tak dapat continue survey sampai petang gara-gara sakit perut. Huhu..Ntah apa yang aku makan semalam sampai sekarang ni pun still memulas-mulas lagi perut aku ni. 

Yang lagi pelik tu, taknak plak pegi toilet. Kalau sakit perut terus nak ke toilet, senang skit cite. Takdela aku menahan sakit sampai ke petang. Huhu..Harap-harap esok dah ok. Nanti tak dapat aku nak wat survey aku plak.

Friday, July 23, 2010

..::Kisah Dalam Bas::..

Esok dah start balik keje aku naik turun bas dari pagi sampai petang. Huhu..Malas je rasa nak bersesak dengan orang ramai, bau asap bagai, dapat renungan pelik dari orang...dan macam-macam lagi. Tapi memandangkan hanya tinggal 2 minggu je lagi survey yang harus aku abiskan, aku kuatkan hati. En. A pun selalu bagi semangat supaya aku dapat abiskan survey ni cepat-cepat. Die nak aku abis study on time la tu. Risau sangat kat aku, sorang-sorang buat keje kat tengah bandar.

Ha, cite pasal bas ni..aku nak sambung balik kisah konduktor bas yang aku cite kat korang aritu. Beberapa hari ni aku tak sempat + malas nak berblogging. 2 hari tak buka lappy. Hehe.. 

Aku berhenti setakat mana ek aritu? Ha..camni citenya. Aku start survey hari Isnin, so selama 3 hari la aku dh kenal dengan konduktor bas ni. Kan aku ada cite yang die dh kawen n terjatuh hati kat aku plak. Huhu.. Hari Khamis plak aku tak datang sebab ada hal kat uni..petang tu gak die tanya aku kenapa tak datang. Die cakap die rindu, asyik tengok seat yang aku selalu duduk tu je. Huhu..seram je bunyi. Laki orang memang miang lebih ke? 

Hari Jumaat plak aku datang cam biasa. Dari jauh die nampak aku, dah senyum sampai telinga dah. Cuak seh. Aku buat biasa jela. Dah nama pun keje. Sabtu, Ahad still die layan aku baik. 

Tiap-tiap hari die ajak aku kuar makan dengan die. Aku plak selalu bagi alasan. hehe..Tak mo aku kuar berdua ngan laki orang. Bila dah takde alasan, aku janji ngan die ari Selasa nak kuar, tapi aku bawa teman la kan. Last-last cancel gak sebab die keje. Aku tak mo kuar malam. Hehe.. Selamat lagi aku. 

So, sampai ke hari ni aku masih tak tunaikan janji aku tu. Harap-harap la memang takkan jadi. Dan akhirnya, camtu je kesudahan cite aku ni.. Ada gak die call aku tapi aku tak angkat.

Pasal presentation aku untuk semester 2 ni a.k.a 11th Biannual Postgraduate Symposium, semuanya success. Happy gile aku time dah abis present tu. Mana taknya, examiner yang aku dapat kali ni memang terbaik. Dorang tak complaint pape pun pasal research aku. Salah skit-skit tu normal la kan tapi yang bestnya dorang memang sangat support dengan research yang aku buat ni. Dorang dah tak sabar nak tunggu result dari aku. Siap suh aku continue study lagi 2 tahun sebab nak aku betul-betul kaji pasal public transport kat Malaysia ni. 
 
Actually, aku belum siapkan result aku sepenuhnya. So, tak dapatla dorang nak tengok current situation kat bandar Ipoh ni. Ni yang buat aku bersemangat sangat untuk abiskan master aku ni. Ada rezeki, sambung PhD plak. Hehe..Yeay, tinggal 1 sem je lagi.
 

..::Keistimewaan Berdoa Ketika Sujud::..

 
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA
———————
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Tuesday, July 20, 2010

..::Hari yang Ditunggu Dah Tiba::..


Dah lama plak aku tak cerita tentang survey aku kan? Mesti ada yang nak tahu apa kesudahan cerita aku dengan koduktor bas tu. Hehe.. Aku busy 2,3 hari ni sebab nak fokus pada final presentation aku. Hari ni aku present. Huhu..

Everything was done. Just waiting that time to present all out. Cuak tu memangla cuak, tapi wat relax je (ayat ni selalu En. A guna kalau tengah blur. Hehe..) Tak sabar rasanya nak tunggu giliran aku wat pembentangan. Lepas sesi tu, baru leh rasa hilang berat di bahu. Cewah..

Petang ni plak nak pegi dating kat bandar. Ada orang nak belanja. Sonoknya. Sape nak ikut? Keta aku masih ada 2 seat kosong ni. Hehe..
Hujung minggu ni aku start balik survey aku, tapi naik bas lain la plak. Ada 2 minggu lagi. Hoho..Kulit tangan aku pun dah bertukar tone dah ni. Tak sukanya bila buka jam tangan, nampak jam tangan permanent plak kat lengan ni. Mahu sebulan dua gak nak hilang tu.

Ok, nak bersiap ke bilik pembentangan plak ni. Doakan aku success ye.. Amin.


Friday, July 16, 2010

..::Hari yang Memenatkan::..


Fuh, baru skip survey sehari..dah rasa penat yang amat. Dah la panas melampau. Berpeluh aku duk dalam bas.

Pengalaman hari ni banyak yang best walaupun penat. Awal pagi,tak sedar bunyi jam. Sedar-sedar dah 610. Ligat pegi mandi n solat. Hehe..Selalunya bangun 545. Sempatla bersiap dengan tenang. Padan muka aku sebab bangun lambat.

Sampai Ipoh dalam 45 minit sebab ada excident. Keta masuk juram. Huhu..Tunggu dalam 10 minit, bas yang aku selalu naik tu sampai. Naik je bas, dah kena serang dengan konduktor bas. Aiyak..sibuk nak tau kenapa aku tak datang semalam. Makin stress aku duk dalam bas tu lama-lama. Mujur tinggal 3 hari je lagi.

Tengahari plak bahang yang amat. Aku sampai terlelap. Haha..Sejak aku wat survey ni, aku dah skip makan tengahari. Tak sempat. Aku rehat untuk solat je. Tu pun lewat sejam dari waktu solat. Kulit dah makin gelap..hari-hari kena debu dan asap. Camnila perasaan orang yang keje atas bas ek. 

Waktu petang paling best. Bas rehat setengah jam sebab nak tunggu budak-budak ILP balik. Hehe..Time dorang kuar, dah macam sardin dalam tin dah kami dalam bas. Dengan bisingnya, usikan nakal, suara-suara sumbang yang menyanyi dan tak kurang gak aroma semulajadi yang ntah sape punya. Huhu...Mujur aku duk tepi tingkap. Awal-awal lagi dah buka luas-luas. Haha..Jahat gile aku kan? 

Bila tengok kejadian ni,teringat plak time matrikulasi dulu-dulu. Camnila aku masa naik bas Rahmat Alam dari matrikulasi ke bandar. Sebab tu la aku tak suka kuar time kat matriks. Kalau kuar pun, suka pilih bas yang tak ramai orang dan dapat tempat duduk. Tak suka berhimpit dengan lelaki terutamanya warga asing yang bersepah time tu. Huhu..

Pengalaman-pengalaman. Sume ni hanya akan dilalui time kite belajar je. Kalau tak caye, try tanya orang yang dah keje. Nak ke dorang buat keje camni kalau disuruh? Hampa. Mesti mengelak awal-awal. Yang kena wat sume budak-budak yang nak cari duit lebih. Company akan bayar sape-sape yang nak wat survey ni untuk company dorang dengan bayaran RM50 sehari. Tu pun kalau dorang pemurah la. Kalau tak, lagi sikit.

Tiba-tiba teringat zaman di UTM dulu. Hehe...buat survey tepi jalan, dalam mall, stesen bas. Rindu plak...

(^_^)

Thursday, July 15, 2010

..::Hari yang Tak Berapa Bagus::..


Aku skip survey aku arini. Tak dapatla jumpa konduktor bas yang minat aku tu. hehe.. Bukan saje-saje aku nak skip. Hari ni aku jadi supporter untuk senior aku. Hari ni hari besar dia. Viva for his PhD. Wah, dah ada title Dr depan nama dia dah. Congratulation Pak Wardo, ops..bukan pak Wardo dah tapi Dr Suwardo. (^_^)

Bila tak pegi survey, aku ada masa terluang la hari ni. Plan asal nak settlekan roadtax kereta yang hampir luput. So, lepas tengok Pak Wardo present...aku ke Bt Gajah. Skali orang bank tu cakap tak leh wat selagi aku tak renew insurans aku kat Etiqa. Pe hal plak ni.. Pagi tadi call, elok je orang bank cakap leh tukar guna insurans lain. Alih-alih tak boleh plak. Terus aku memecut ke Ipoh. Jam dah 230. Hari plak nak hujan. Huhu...

Sampai Ipoh aku sesat, tak jumpa kat mana opis Etiqa tu. Semalam dah perasan kat mana, masa wat survey dalam bas. Tapi hari ni boleh plak tak jumpa. Yang aku tahu kat Greentown je. Alahai...rabak duit aku RM1.40 semata-mata masuk parking. Tapi parking tak sampai 5 minit pun. Duit minyak lagi. Aku round tempat yang sama dekat 5 kali tu. Dah puas tanya orang kat situ, tak jumpa gak. Last choice, parking kat tepi CIMB then tanya pak guard kat situ. Ha ko..cepat je pakcik tu gtau aku opis Etiqa tu selang 3 buah kedai dari CIMB. Huhu..nak nanges je rasanya. Jam dah kul 4 pun time tu. Gara-gara round cari opis tak jumpa.

Bila dah masuk, hal lain plak timbul. Ya Rabbi.... Leh plak akak tu cakap agen keta aku dulu wat keje separuh jalan. Dorang tak key in data insurans aku. Thats mean dorang tak dapat proses insurans aku hari ni gak. Hampanya rasa. Dahla aku bizi melampau sekarang ni. Free pun next week.

Tension yang amat. Mujur ada En. A. Dapat gak die cool down kan aku. Huhu..tenkiu my dear.
 

..::Selamat Hari Lahir::..

 
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 55
buat abah tersayang
semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki
we love u...

Wednesday, July 14, 2010

..::Cinta Bas Mini::..


Dah semakin parah dah kali ni. Camne la aku nak ngelak daripada buatkan seseorang jatuh cinta pada aku. Haish..

Konduktor bas yang aku cite semalam tu dah tangkap cintan ngan aku plak dah. Ayok..tak tahu. Takutnya. Tadi die cakap yang die sukakan aku. Dah macam nak gila asyik pikir sal aku. Huhu..apa yang aku dah buat? Rasanya aku duk dalam bas tu dan buat keje aku je. Orang senyum, aku senyum. Orang ajak berbual, aku berbual jela. Orang tak tegur, aku lagi tak layan. Dahla naik kematu punggung aku ni ha, asyik duduk je dalam bas tu dari jam 7 sampai 6 petang. Tak sabar nak tunggu Ahad. Leh rehat seminggu sebelum sambung tempat lain plak.

Takut nak hadapi hari esok. Dak tu dah ajak aku makan-makan, tapi aku tolak lagi hari ni. Selamat. Ada plak ajak aku jalan-jalan ngan die. Huhu..Bini die mana die nak letak. Cian betul.

Ya Allah, jauhkan aku dari cinta suami orang..Aku taknak.

Tuesday, July 13, 2010

..::Cerita Dalam Bas::..


Dah seminggu aku tak up date blog ni. Semalam plak seharian aku tak buka lappy aku. Terlalu busy dengan research survey. Masuk hari ni dah dua hari aku kat Ipoh. Malam baru leh relax kat bilik.

Survey kali ni agak menarik. Buat aku geli hati pun ada. Nak dijadikan cerita, konduktor bas yang aku naik tu seorang lelaki muda. Muda setahun je dari aku. Muka dia ada iras-iras pelakon Fizzow Omar tu. Hehe..Aku kenal dia baru semalam, masa first time aku naik bas yang dia jaga tu. Setakat semalam aku kenal dia, semuanya ok. Dia memang seorang yang baik. Dah kawen pun. Hehe..Muda-muda dah kawen. Salute betul kat dia.

Hari ni plak lain ceritanya. Ni yang buat aku nak tergelak besar ni. Dia cam dah suka kat aku la plak. Haru betul. Aku rasa aku layan dia biasa je. Cam kawan-kawan yang lain gak. Lagipun aku dah ada someone special dalam hati ni. Dia pun dah ada bini. Huhu..camne nak hadapi lagi 5 hari ni? Hari ni pun aku dah berjaya tolak pelawaan dia nak makan sama. Cepatla masa berlalu....Tak mau aku rosakkan rumahtangga orang. Bahaya.

Esok kena sambung survey lagi. Cuaknya..Harap dilindungi dari segala kemungkinan yang tak baik.

Friday, July 2, 2010

..::Tak Rancang Pun::..

Baru je elaun masuk tengahari tadi. Dan dan tu gak aku cakap nak balik rumah. Gile punya plan ni. Memandangkan rumate n housemate aku sume balik, aku pun balik gak la. Hehe.. Mak aku pun terperanjat dengan keputusan aku ni. Lantak la. Janji mak epy. Hehe..

Jom balik kampung...yeay

Thursday, July 1, 2010

..::Tukar URL::..

Di atas sebab-sebab tertentu, blog diari hatiku terpaksa ditutup dan digantikan dengan blog ini.
Maaf di atas segala kesulitan.
Jangan lupa jadi follower saya ye..sedih sebab xblh nak selamatkan followers di blog lama..