Esok dah start balik keje aku naik turun bas dari pagi sampai petang. Huhu..Malas je rasa nak bersesak dengan orang ramai, bau asap bagai, dapat renungan pelik dari orang...dan macam-macam lagi. Tapi memandangkan hanya tinggal 2 minggu je lagi survey yang harus aku abiskan, aku kuatkan hati. En. A pun selalu bagi semangat supaya aku dapat abiskan survey ni cepat-cepat. Die nak aku abis study on time la tu. Risau sangat kat aku, sorang-sorang buat keje kat tengah bandar.
Ha, cite pasal bas ni..aku nak sambung balik kisah konduktor bas yang aku cite kat korang aritu. Beberapa hari ni aku tak sempat + malas nak berblogging. 2 hari tak buka lappy. Hehe..
Aku berhenti setakat mana ek aritu? Ha..camni citenya. Aku start survey hari Isnin, so selama 3 hari la aku dh kenal dengan konduktor bas ni. Kan aku ada cite yang die dh kawen n terjatuh hati kat aku plak. Huhu.. Hari Khamis plak aku tak datang sebab ada hal kat uni..petang tu gak die tanya aku kenapa tak datang. Die cakap die rindu, asyik tengok seat yang aku selalu duduk tu je. Huhu..seram je bunyi. Laki orang memang miang lebih ke?
Hari Jumaat plak aku datang cam biasa. Dari jauh die nampak aku, dah senyum sampai telinga dah. Cuak seh. Aku buat biasa jela. Dah nama pun keje. Sabtu, Ahad still die layan aku baik.
Tiap-tiap hari die ajak aku kuar makan dengan die. Aku plak selalu bagi alasan. hehe..Tak mo aku kuar berdua ngan laki orang. Bila dah takde alasan, aku janji ngan die ari Selasa nak kuar, tapi aku bawa teman la kan. Last-last cancel gak sebab die keje. Aku tak mo kuar malam. Hehe.. Selamat lagi aku.
So, sampai ke hari ni aku masih tak tunaikan janji aku tu. Harap-harap la memang takkan jadi. Dan akhirnya, camtu je kesudahan cite aku ni.. Ada gak die call aku tapi aku tak angkat.
Pasal presentation aku untuk semester 2 ni a.k.a 11th Biannual Postgraduate Symposium, semuanya success. Happy gile aku time dah abis present tu. Mana taknya, examiner yang aku dapat kali ni memang terbaik. Dorang tak complaint pape pun pasal research aku. Salah skit-skit tu normal la kan tapi yang bestnya dorang memang sangat support dengan research yang aku buat ni. Dorang dah tak sabar nak tunggu result dari aku. Siap suh aku continue study lagi 2 tahun sebab nak aku betul-betul kaji pasal public transport kat Malaysia ni.
Actually, aku belum siapkan result aku sepenuhnya. So, tak dapatla dorang nak tengok current situation kat bandar Ipoh ni. Ni yang buat aku bersemangat sangat untuk abiskan master aku ni. Ada rezeki, sambung PhD plak. Hehe..Yeay, tinggal 1 sem je lagi.
No comments:
Post a Comment