Teman-teman

Thursday, July 15, 2010

..::Hari yang Tak Berapa Bagus::..


Aku skip survey aku arini. Tak dapatla jumpa konduktor bas yang minat aku tu. hehe.. Bukan saje-saje aku nak skip. Hari ni aku jadi supporter untuk senior aku. Hari ni hari besar dia. Viva for his PhD. Wah, dah ada title Dr depan nama dia dah. Congratulation Pak Wardo, ops..bukan pak Wardo dah tapi Dr Suwardo. (^_^)

Bila tak pegi survey, aku ada masa terluang la hari ni. Plan asal nak settlekan roadtax kereta yang hampir luput. So, lepas tengok Pak Wardo present...aku ke Bt Gajah. Skali orang bank tu cakap tak leh wat selagi aku tak renew insurans aku kat Etiqa. Pe hal plak ni.. Pagi tadi call, elok je orang bank cakap leh tukar guna insurans lain. Alih-alih tak boleh plak. Terus aku memecut ke Ipoh. Jam dah 230. Hari plak nak hujan. Huhu...

Sampai Ipoh aku sesat, tak jumpa kat mana opis Etiqa tu. Semalam dah perasan kat mana, masa wat survey dalam bas. Tapi hari ni boleh plak tak jumpa. Yang aku tahu kat Greentown je. Alahai...rabak duit aku RM1.40 semata-mata masuk parking. Tapi parking tak sampai 5 minit pun. Duit minyak lagi. Aku round tempat yang sama dekat 5 kali tu. Dah puas tanya orang kat situ, tak jumpa gak. Last choice, parking kat tepi CIMB then tanya pak guard kat situ. Ha ko..cepat je pakcik tu gtau aku opis Etiqa tu selang 3 buah kedai dari CIMB. Huhu..nak nanges je rasanya. Jam dah kul 4 pun time tu. Gara-gara round cari opis tak jumpa.

Bila dah masuk, hal lain plak timbul. Ya Rabbi.... Leh plak akak tu cakap agen keta aku dulu wat keje separuh jalan. Dorang tak key in data insurans aku. Thats mean dorang tak dapat proses insurans aku hari ni gak. Hampanya rasa. Dahla aku bizi melampau sekarang ni. Free pun next week.

Tension yang amat. Mujur ada En. A. Dapat gak die cool down kan aku. Huhu..tenkiu my dear.
 

3 comments:

velasrizal said...

ari ni pn tensen gak..mujur de cik B..

Harga Petrol, Diesel, Gula Dan Gas Naik Mulai 16 Julai 2010

semut lelabah said...

owhh.. bestnya ada teman buat cool down. :)

rimieilya said...

velasrizal~sape cik b tu?hehe

hapiz~teman dr jauh je..cinta jrk jauh..