Teman-teman

Tuesday, July 13, 2010

..::Cerita Dalam Bas::..


Dah seminggu aku tak up date blog ni. Semalam plak seharian aku tak buka lappy aku. Terlalu busy dengan research survey. Masuk hari ni dah dua hari aku kat Ipoh. Malam baru leh relax kat bilik.

Survey kali ni agak menarik. Buat aku geli hati pun ada. Nak dijadikan cerita, konduktor bas yang aku naik tu seorang lelaki muda. Muda setahun je dari aku. Muka dia ada iras-iras pelakon Fizzow Omar tu. Hehe..Aku kenal dia baru semalam, masa first time aku naik bas yang dia jaga tu. Setakat semalam aku kenal dia, semuanya ok. Dia memang seorang yang baik. Dah kawen pun. Hehe..Muda-muda dah kawen. Salute betul kat dia.

Hari ni plak lain ceritanya. Ni yang buat aku nak tergelak besar ni. Dia cam dah suka kat aku la plak. Haru betul. Aku rasa aku layan dia biasa je. Cam kawan-kawan yang lain gak. Lagipun aku dah ada someone special dalam hati ni. Dia pun dah ada bini. Huhu..camne nak hadapi lagi 5 hari ni? Hari ni pun aku dah berjaya tolak pelawaan dia nak makan sama. Cepatla masa berlalu....Tak mau aku rosakkan rumahtangga orang. Bahaya.

Esok kena sambung survey lagi. Cuaknya..Harap dilindungi dari segala kemungkinan yang tak baik.

2 comments:

Aleen Aiden said...

wah,cam menarek je keje kamoo.bley tengok macam2 pesen org.hu3

rimieilya said...

aleen~

mmg seronok pun tp byk bahayanya.huhu