Teman-teman

Saturday, November 22, 2008

..::Balik Kampung::..

Seronoknya..Lagi 4 jam aku akan berada di dalam bas untuk pulang ke kampung halaman dan menghabiskan masa cuti aku di sana. Wah,rindu gile pada family terutamanya pada si kecil Anisa. 11.12 ni merupakan besday dia yang ke 4. Aku rancang nak buat sambutan kecil2 kat rumah.Make a sweet cake for her and invite jiran2 terdekat je..mesti ceria. Awal2 lagi Anisa dah pesan suruh belikan coklat untuk dia bila balik nanti.

Memandangkan rumah aku tak de internet,so mungkin selama sebulan juga aku tak aktifkan blog ni. Maaf ye..Kalau ada masa, aku try up date juga blog kesayangan aku ni.Banyak event yang akan berlaku pada bulan 12 nanti. Rugi tak share..

End of my entry,happy holiday everyone and take care!!!

Thursday, November 20, 2008

..::Kucing Jantan::.

Salam semua..Aku ada baca satu artikel kat email aku pagi tadi. Simple tapi menarik.Aku nak gak share ngan korang terutamanya perempuan la ye..enjoy ok


Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!! ! dont take
seriously...

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...


Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila scroll ke bawah:


1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek
ke, isteri ke, ibu ke...
Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar
anda jika anda mengasarinya. Jadi
berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi,
paham ajelah, bukan setakat makanan
sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu
dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.
Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle
Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari
lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau
tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp
bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,
bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak,
ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi
seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat
tidur. Anda mahu suami anda beralih
tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap
& melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya
kita akan melepaskan kucing kita keluar,
kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak
sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya
di dalam sangkar kan. Cuba kita
lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung
makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya
camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,
sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling
memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat
pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok
kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam
kucing, kita takleh paksa dia tidur,
takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena
cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia
main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk
memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka
mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah
org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana
yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2
kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa
lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow
mari sini", (kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar
kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan
lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari
kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,
lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati
mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu
dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut
kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo
keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend
pertama dia (pls note: secara specificnya bukan
cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan
lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend
dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang
memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak
tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak
ikut perangai kucing la)



** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni
nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

Tuesday, November 18, 2008

..::Tag 7 Perkara::..

Dah lama aku dapat tag ni dari Aie. Tapi tak de masa betul nak buat. Untuk penuhi permintaannya,aku buat juga la..Lagipun tengah bosan ni.Tak tau nak buat apa.



1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.

1.ada ilmu agama 2. punyai sifat penyayang 3. hormat orang tua 4. ada matlamat hidup 5.boleh memimpin aku sebagai seorang isteri 6.bertanggungjawab 7. terima aku seadanya

2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.

minat tak semestinya cinta kan..
1.cikgu sains masa darjah 6 2.kawan aku masa darjah 5 3.rosyam nor 4.adi putra 5.p.ramlee 6.pak guard yg macho kat gate utama (hehe..tapi tak selalu jumpa cz tak tau bila duty die) 7.sape lagi ek?tak de dah kot..

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

1. epy yang amat 2.berdebar 3. make sure the date ending with the happiness thing 4.control mood si dia 5. teruja. 6.tak sabar..sejam awal dah siap.hehe...7.sedih bila nak pisah

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.

1. pulau 2.pantai 3.gunung 4.oversea 5.kampung 6.tembok china 7.tempat sejuk

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

1. cinta 2.kasih 3.sayang 4.kesetiaan 5.kejujuran 6.ketaatan 7.make him happy

6. 7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda

tak nyanyi kot.tujukan je boleh?sore tak sedapla..
1.kau yang satu-wow 2.alway be my baby-mariah carey 3.i love u-celine dion 4.cinta-siti nurhaliza 5.aku masih sayang-ST12 6.tanpa-sixth sense 7.everytime we touch-cascada

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.WAJIB!!mereka musti diberitahu akan perihal ini hehehe

zara,laila,hesty a.k.a kak ima,spiral eyes,aliyannuar,diana,nard..

So, kawan2 kat atas kene la jawab soalan2 yg macam Aie kasi tu sebab dia kata WAJIB..boleh kan???

Monday, November 17, 2008

..::Sekolah::..

Entah kenapa malam ni susah plak nak lelapkan mata walaupun dah penat sangat. Daripada duk paksa mata ni tido, ada baiknya aku kongsikan pengalaman aku masa sekolah dulu dulu.

Korang ingat lagi tak kenangan masa sekolah dari tadika sampai abis belajar? Nama kelas korang, guru kelas, siapa yang duduk sebelah korang, persatuan apa korang masuk dsbnya.

Aku nak start cite aku ni dari tadika sampai form 5 je ok. Bagi aku kenangan masa sekolah ni la kenangan yang paling best dan takkan berulang lagi walaupun korang jadi cikgu kat tempat korang belajar dulu.


TADIKA
Masa ni aku baru mengenal apa itu sekolah. Aku sekolah kat tadika kemas area Segamat. Tapi bukan kat tengah bandar. Nama tempat tu kalau tak silap aku Felda Kemelah. Ermm..waktu ni kecik lagi. Datang sekolah pun hanya belajar mengenal huruf dan main. Paling best skali bila waktu rehat sebab kat tadika kan biasanya makanan disediakan. Aku paling suka makan pulut sambal yang dibuat bulat bulat.

Waktu kat tadika, aku masuk pertandingan nasyid dan menghafal surah al Fatihah dengan makna sekali. Aku just tukang baca surah dan kawan aku yang baca terjemahannya. Kira tahap bagus gakla sebab dapat masuk peringkat antara tadika kemas area segamat tu. Masa aku buat persembahan nasyid untuk majlis perpisahan, aku ingat lagi ada sorang lelaki yang duk nasyid sebelah aku tolong pegangkan mic masa aku tengah nyanyi.

Kenangan yang paling aku tak dapat lupa masa tadika ialah masa selipar aku hilang waktu balik. Huhu..haru cikgu cikgu masa tu tolong carikan selipar aku. Aku lak time tu tau nangis je. Last last cikgu suh aku balik ngan pakai selipar jepun yang ada kat tadika tu. Korang bayangkan aku pakai selipar jepun yang saiznya 2 kali ganda kaki aku waktu tu.Boleh buat sampan..hehe


SEKOLAH RENDAH
Waktu sekolah rendah, aku pernah bersekolah di 3 sekolah yang berlainan disebabkan family aku terpaksa berpindah. Maklumla, abah aku masa tu kerja kerajaan. So, slalu la pindah pindah ni.

Darjah 1 dan 2 aku bersekolah di Sek. Keb. LKTP Kemelah. Sekolah ni berhampiran dengan sekolah tadika aku tadi. Masa perjalanan antara rumah aku ke sekolah, kalau naik kereta dalam 45 minit. Jauh. Rumah aku lak nun dalam ladang getah. Rumah kuarters. Mujur tempat kerja abah aku menyediakan land rover untuk bawa anak anak pekerja ke sekolah. Waktu tu hanya Tuhan je yang tahu macam mana peritnya naik land rover dengan penumpang yang ramai dan melalui jalan berturap tanah merah. Huhu..

Masa exam paling aku suka sebab aku akan ditempatkan di meja pertama dalam kelas. Dah nama aku start ngan huruf A, terpaksala duduk kat meja yang paling depan dan betul2 depan pintu. Bila tak dapat jawab soalan, mula la termenung, tengok pokok, burung dan org yang lalu depan kelas aku.Kalau tak salah aku, sekolah ni menggunakan nama 'warna' untuk nama setiap kelas macam merah, biru, hijau dsb.

Masa sekolah kat segamat dulu ada kelas agama lak pada waktu petang. Disebabkan rumah aku jauh, lepas balik sekolah harian aku akan tunggu driver or abah hantarkan bekalan makanan tengahari untuk aku sebelum kelas agama bermula. Aku terpaksa jalan kaki ke kelas agama. Adalah lebih kurang 15 minit.

Kelas agama ni ada baju seragam sendiri. Jadi aku dah pack siap2 dalam beg. Dengan kata lain, pakai baju kedut la gi kelas agama. Time tak matured lagi. Hehe..Pernah sekali aku terpaksa jalan kaki balik rumah sorang2 sebab abah aku ada hal kerja. Korang bayangkanla, budak berumur 7,8 tahun jalan kaki dalam ladang getah sorang2 waktu petang. Huhu..time tu aku jalan sambil nangis tau sebab terlalu takut. Mujur pertengahan jalan, abah aku datang amik. Kalau orang lain?? Alhamdulillah, syukur..

Darjah 3 aku bersekolah di Sek. Keb. Kem Desa Pahlawan. Kat Kelantan. Aku sekolah kat sekolah ni sampai aku UPSR. Sekolah ni plak guna nama 'burung' bagi nama setiap kelas. Kenari, Merak,..bla..bla..bla..

Waktu rehat, orang lain pegi makan tapi aku ngan kawan2 pegi tepi dewan sekolah main getah or kejar2. Seronok..Kat sekolah ni la aku start jadi macam tomboy skit. Time sekolah je boleh nampak aku pakai baju kurung. Lain lain sume aku pakai seluar n tshirt. Kalau tudung lak, tak abis abis tudung wane hitam.

Aku pegi sekolah naik basikal. Rumah aku lak tepi jalan besar yang 4 lane tu tau. Selalunya abang aku akan tinggalkan aku dan pegi sekolah sorang2. Part yang paling best, masa hari hujan. Sebelum loceng balik berbunyi, aku dah siap tanggal kasut dan letak dalam beg. Balik rumah sambil mandi hujan. Best..best..

Kenangan yang paling aku tak dapat lupa masa kat sekolah ni adalah time kunci basikal aku hilang kat padang masa bersukan. Puas aku cari kat merata tempat. Bila dah putus asa, kawan aku bagitau cikgu sukan and cikgu sukan yang smart lagi handsome tu hantar aku balik naik motor. Hehe..gatal..cikgu tu jadi ayah angkat aku masa darjah 6. Masih tersimpan hadiah kaset Ukays yang cikgu beri pada saya dulu..

Belum sempat keputusan UPSR keluar, aku dah pindah ke terengganu. Sempat bersekolah di Sek. Keb. Durian Mas II. Masa aku mula2 daftar sekolah ni, aku macam pelik skit ngan nama sekolah ni. Tak pernah dengar pun. Tak kisahla. Lagipun tinggal beberapa bulan sebelum abis sekolah rendah.

Masa aku daftar masuk, jiran sebelah rumah aku pun baru pindah dan daftar pada hari yang sama dengan aku. Ayah dia kerja sama tempat ngan abah aku. So, kitorg pegi sekolah ngan driver opis abah. Time ni aku menjadi best student sekolah tu walaupun baru je beberapa hari masuk sebab time aku masuk tu lagi seminggu peperiksaan akhir tahun. Aku lak memang top 10 student masa kat sekolah lama dulu. So, tak heranla bila masuk sekolah kampung, boleh jadi best student kan.

Tamat sekolah rendah..banyak lagi nak cerita ni. Aku sambung part sekolah menengah kemudian la ye. Tetiba je rasa ngantuk..Tunggu sambungannya ok..selamat malam

..::Sakit anugerah Allah::..


Seperti yang tertulis, sakit adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Allah memberi ujian sakit kerna itu petanda Allah menyayangi kita. Bertuah bagi orang yang diberi ujian sebegitu.

Sakit juga adalah penghapus dosa dosa yang telah kita lakukan. Dengan turunnya ujian tersebut, kita sebagai hamba akan lebih mengingati Pencipta dan kematian.

Hidup adalah untuk mati. Selagi kita bernyawa tujuan kita adalah sama iaitu ingin masuk dari mana mana pintu syurga yang sememangnya akan menjanjikan hidup hakiki yang lebih bermakna.

Pernahkah kita terfikir untuk mengingati Allah setiap kali jantung berdegup? Setiap kali nadi berdenyut? Setiap kali hembusan nafas dan udara yang kita sedut?

Betapa banyaknya nikmat yang telah diberi percuma pada kita. Tetapi adakah kita benar benar yakin yang ibadat kita selama ini diterimaNya? Sedangkan yang wajib dibuat pun kadangkala terleka, inikan pula perkara sunat.

Pernahkah kita terfikir bahawa setiap apa yang kita telan itu yakin halalnya? Dari mana datangnya makanan tersebut dan siapa yang menjualnya?

Ya Allah, aku terlalu kerdil untuk menjadi muslimah solehah. Aku terlalu naif untuk layak ke syurgaMu. Hanya doa dan amalanku yang tak seberapa ini sebagai bekalan untuk mati kelak. Bimbinglah diriku, keluargaku, sahabatku dan juga sekalian umat Islam di dunia ini, ya Allah..amin..

Sunday, November 16, 2008

..::Kenapa??? Tak faham betul::..

Geramnya aku rasa. Dah 3 hari friendster tak boleh buka..schedule maintenance konon..

Bila aku try buka tadi,alhamdulillah la boleh..Tapi bila aku check my friends list,korang tau ape yang jadi? Kawan kawan aku yang seramai 300++ tu dah tinggal 17 orang. Ape hal lak leh jadi sampai camtu? Harunye aku rasa..Mana a
ku nak cari balik friends aku yang lama tu????



Nak marah tapi tak tau nak marah pada sape..Tahan dalam hati jela. So, pada kekawan yang view aku nanti n fs korang tak tersenarai dalam friends list aku, aku mintak maaf sesangat. Bukan salah aku ok..Add aku kat email aku ni k..

fizrailyan_miera@yahoo.com

Saturday, November 15, 2008

..::Award & Tag::..




Hari ni aku dapat award lagi..blog award dr my bestfriend, Dear Blog. Seronoknya. Thanks yeah..Aku juga dikehendaki melakukan tag di bawah. Kiranya cam tag berantai la. Ish..ada syarat syarat lak tu. Layan kan je..

Syaratnya:

1.Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now..

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.

3. Post that picture with NO editing.

4. Post these instruction with your picture.

5. Tag 10 people to do this.

Aku akan penuhi syaratnya sebaik mungkin ok..

syrt 1: aku plhn yang first la sb kl plh yg ke2 aku tgh free hair. Tak boleh la nak tunjuk..

syrt 2: aku tak tukar pape pun masa amik gambar ni.

syrt 3: ye, tak edit pun

syrt 4: ok

syrt 5:tag 10 org??huhu..sape ye..yang jadi followers aku dah semestinya kan..zara, cekodok, atikah, spirital eyes,sharp_shooter dan sape2 je yg berminat nak buat k..

ok gambar ni aku amik masa aku pegi cafe utk beli makanan. Ni gambar terbaru stakat ni ok..tak de touch up2 pun..Original ok..

So, sesapa yang telah ditag,sila ambil perhatian ye..


Friday, November 14, 2008

..::SV vs ME::..

Dah lama lak aku tak up date blog aku. Bukan malas tapi tak de masa nak menulis. Walaupun exam dah abis tapi aku still busy. Busy with my studio work.Haih~

Bagi aku la kan, aku lebih rela ada exam lagi daripada bergelumbang dengan studio work yang memang killer subject dalam course aku. Mana taknye, 5 kredit tu..

Semalam group studio aku dipanggil oleh master sv studio. Pehal lak dia panggil kami? Mesti ada yang dia tak puas hati..

Memang betul pun. Lepas jumpa master sv, dia tambahkan keje kami yang dah sememangnya banyak dan yang tak tahannya due date kena submit adalah next week. Haru betul..Macam nak telan je sv tu.

Yang menambahkan geram aku adalah dia memperkecilkan kebolehan kumpulan kami. Bagi dia, his group is a better than others..Huh. Kalau dia dengar keluhan dak group dia, baru dia tahu sape yang lebih bagus kot.Geram betul..aaarrgghhh.....

So, my priority is studio work. Tak boleh wat benda lain dah. Nanti tak sempat siap lak sebelum balik cuti.Cepatla cuti..

Sorry to u all, guys..

Tuesday, November 11, 2008

..::Kak Ima::..

Alhamdulillah, presentation viva aku lulus semalam. Sekarang tinggal projek studio je yang belum siap. Target aku hujung minggu ni mesti siap. Next week dah nak balik cuti.Bestnya..

Pagi pagi lagi aku buka blog kakak angkat pakwe aku. Aku kenal kak Ima melalui si dia. Walaupun aku kenal ka
k ima sekejap je, tapi aku rasa macam dah lama je. Aku dah anggap kak Ima tu macam kakak aku sendiri. Kak Ima sangat baik.



Masa aku baca entri blog dia, ntah camne air mata aku boleh menitis. Ya, mungkin aku begitu rindu pada dia. Aku tahu kak Ima ada masalah sekarang, tapi dia pandai sorokkan masalah dia dari aku. Bila aku tanya, dia takkan bagitau. Hanya mesej kat chatbox je dia balas.

Akak, kalau akak baca blog kte..kte nak akak tahu, kte syg pada akak..rindu pd akak..rindu pd our memory pd kt kuantan dulu.

Sunday, November 9, 2008

..::76 Tips Memikat Hati Wanita::..

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

Saturday, November 8, 2008

..::HaPPy BiRthday Shahureen::..

Tomorrow is my bestfriend birthday..shahureen. Aku panggil dia Ureen. Mula mula kenal dengan Ureen ni masa aku belajar kat matrik. Ureen ni adalah teman sebilik aku. katil dia betul betul depan katil aku.

Ureen ni pelik sikit orangnya. Jarang tido waktu malam. Tapi kalau waktu siang pun sama juga. Tak reti nak ngantuk dia ni. Disebabkan katil aku depan katil dia, lampu meja study dia slalu la terbuka waktu malam. Aku ni jenis tak dapat tido kalau cahaya lampu betul betul kena mata aku. So, aku tido menghadap dinding la..

Antara kawan kawan aku masa matrik dulu, Ureen adalah kawan yang paling rapat selain Laila dan Aina. Aku gembira dapat berkenalan dengan Ureen. Sikap dia yang caring dan epy selalu buat hidup aku ceria je kat sana. Dia la yang paling banyak tahu tentang hidup aku masa kt matrik dulu.

Thanks a lot,Ureen..I wanna wish HAPPY BIRTHDAY to u. May ALLAH always bless ur life. Jangan kuat sangat merajuk. Dah tua pun..

Thursday, November 6, 2008

..::Orang Kurang Siuman::..

Tepat pukul 12 tadi berakhirla exam aku untuk semester 7. Walaupun dah abis tapi still tak rasa lega sebab Isnin depan kena pizen CP tesis lak. As first presenter lak tu.

Petang semalam jadual viva dah tertampal kat papan kenyataan fakulti. Aku, Baizura ngan Edoot pegi tengok time tu jugak..Kalau tak, tak senang
duduk dalam bilik. So, bila masing masing dah tau tarikh viva mula la sume tunjuk muka cuak. Hilang mood nak teruskan study untuk paper terakhir pagi tadi.

Pas solat asar semalam,aku ter
menung sekejap memikirkan macam mana aku present nanti. Lulus ke tajuk aku tu? Handset aku berbunyi menandakan ada mesej masuk..



Ko nak beli makanan tak petang ni? Aku lapa la plak..


Ko nak makan ke? Jomla aku temankan kalau nak beli pape. Aku tak tau lagi nak makan ke tak. Nak pegi mana?

Ntahla..meranti kot..cengal best tak masakan panas dia?



Tunggu jap aku salin baju. Jap lagi aku turun. Engku ada kat bilik aku ni. Nak join skali beli makanan..



Mula tu memang nak beli kat meranti je. Tapi Baizura lak teringin nak makan mee bandung muar. Haih.
.cam mengidam je..Pegi kat N24,nak makan kat sana tapi cam seram je. Last last aku suggest pegi Mama Lin kat Taman U.

Sampai sana, mee bandung lak abis. Tanya kedai sebelah, nasib baik ada. Tunggu makanan siap
dibungkus, sempat lagi snap snap gambar.




Masa nak balik tu ada satu kejadian yang lawak, seram dan cuak terjadi kat kami. Ntah dari mana datangnya orang kurang siuman ni pun tak tau. Sedap je dia duk berdiri belakang keta member aku ni. Kami dah cuak. Camne nak balik? Takkan nak reverse keta camtu je. Nak pegi kat keta pun takot.

Semua orang kat kedai makan tu perasaan dengan kami. Lama lak orang kurang siuman tu duk belakang keta member aku ni. Sempat gak la kami duduk kat kerusi kedai Mama Lin tu. Orang
kurang siuman tu boleh lak pandang ke arah kami sambil tersenyum. Aku rasa cam nak menangis je. Mana la tau kan tetiba je dia datang kat kami. Seram..Dah lama dia duk belakang keta member aku tu, dia gerak ke keta sebelah. Ingatkan dah nak pegi tapi dia pusing balik dan duk kat keta member aku sekali lagi. Kami bertiga dah naik geram. Bila la orang ni nak pegi dari situ.





Tak lama lepas tu barula orang kurang siuman tu pegi. Lega.. Dalam keta kami duk gelak je bila ingat balik kejadian tadi. Hahaha..siap bayangkan lak kalau kami main redah je masa orang kurang siuman tu kat belakang keta tadi and then tetiba dia buka pintu keta sesama ngan kami..Mau dengar satu Taman U tu jeritan kami bertiga.

Tapi disebabkan orang kurang siuman tu gak kami leh release tension dan rasa cuak.Bagus,bagus..

Petang dan malam ni aku rasa nak rest dulu and then pagi esok baru fikir tentang viva aku hari Isnin depan.

..::Exam dan Cuti::..

Esok pagi kertas peperiksaan terakhir aku untuk semester ni. Lepas tu boleh enjoyy!!

Exam start pukul 9 pagi kat DSI yang merupakan dewan utama di UTM. Konvo UTM buat dalam dewan ni la. Tak sabar nak abiskan study. Nak rasa alam pekerjaan lak. Pastu bolehla kawen..

Sebut pasal kawen, rasa berdebar lak nak tunggu bulan 12 nanti. Risau dan gembira. Nak tau kenapa? Kena tunggu after that day la. Kalau bagitau sekarang, rasanya tak molek kot.

Hujung minggu ni rasanya nak keluar jalan jalan untuk hilangkan tension dan dapatkan mood baru untuk siapkan projek studio yang belum siap lagi. Masa exam kena stop dulu kerja kerja tu sume. Tak dapat fokus lak nanti. Mujur dapat supervisor yang baik hati. Dia beri kebenaran nak extend sumenya lepas abis exam.

Ok la.. jumpa next entry

Tata..

Monday, November 3, 2008

..::Aku Paling Tak Suka..::..

Alhamdulillah, petang tadi aku dah selesai jawab kertas peperiksaan aku yang pertama. Walaupun kurang berkeyakinan, aku dah berusaha sehabis baik bila menjawab tadi.

Thanks to my mum and dad yang sangat supportive dan tak lupa juga terima kasih aku buat si dia yang banyak bagi semangat time aku rasa down dan tak ada mood nak study.

Aku sebenarnya nak luahkan ketidakpuasan hati aku yang dari semalam lagi dah membengkak dalam hati.

Aku ni bukan orang yang senang nak lepaskan kemarahan depan depan. Selalunya aku akan ceritakan rasa marah aku tu pada orang yang tak ada kena mengena dan yang bukan buat aku marah tu.

So, semalam yang kena dengar rungutan aku adalah si dia. Kesian lak aku rasa sebab merungut kat si dia. Yela, si dia tengah sibuk study aku lak duk kacau dia.

Aku paling tak suka orang yang ambil mudah or sambil lewa dalam hal hal yang penting macam exam ke, plan nak pergi sumwhere ke, or kerja kerja yang patut dia selesaikan.

Dalam study week ni la orang orang berkenaan baru sibuk nak cari nota. Aku tak suka orang yang tak bersedia dari awal. Itu boleh diterima lagi la kan sebab ada masa 1 week..Ada lak tu nak pinjam note yang aku buat sendiri untuk fotostat. Dah kalau pinjam, bila lak aku nak study? Haih..

Yang paling aku bengang sangat sangat, malam sebelum exam lak baru nak tanya exam kat mana esok dan jam berapa. Haih..kenapala ada juga orang macam ni. Diorang ni tak alert ke tentang tarikh tarikh penting camni? Takkanlah asyik nak harapkan orang je yang bagitau. Kalau aku wat senyap je dan tak bagitau bila, apa reaksi diorang agaknya?

Bukannya tak boleh nak buat macam tu tapi aku tak sampai hati. Dah nama pun kawan. Jaga hati la katakan. Last last aku sendiri yang bengkak hati.

Lepas ni aku dah serik dah nak tolong golongan macam ni. Dah besar pun masing masing dan boleh fikir apa yang patut buat or tak. Itukan tanggungjawab sendiri. Bukan jauh sangat pun fakulti tu kalau setakat nak tengok jadual exam. Aku pun pergi tengok sendiri. Sorang sorang pulak tu..

Sory la kalau ada yang terasa bila baca entri ni. Aku cuma nak legakan hati aku yang masih rasa bengang ni. Lain kali hope tak jadi dah la macam ni. Kalau nak tanya pun, tanya seminggu sebelum exam. Dengan senang hati aku balas pertanyaan tu..

Kalau macam ni la kan, aku tak taula macam mana agaknya masa bekerja nanti. Ntah ntah kena lantik setiausaha peribadi untuk bagitau sume perkara walaupun hanya bekerja sebagai kerani..(",)

Sunday, November 2, 2008

..::A.B.C::..

Petang semalam aku dan x-roomate aku msa 2nd year,Zara kuar pi Jusco semata mata nak makan ABC. Pelik kan?? Macam la kat dalam U ni tak ada ABC. Memang tak ada pun. Abang cafe tempat yang kami biasa makan dulu dah malas nak buat. So, nak tak nak kena cari kat luar la.

Perangai aku dan Zara ni pelik skit. Kalau kami tension, emo dan sewaktu dengannya, first thing yang kami cari ialah ABC. Kalau tak dapat, barulah cari aiskrim..Macam mengidam lak.





Setiap sem aku akan kuar makan dengan Zara. Sem ni kurang masa skit nak makan makan dan luang masa berborak. So, petang semalam adalah kali pertama kami
makan bersama dan keluar. Masing masing dah penat study, saje release tension kat Jusco, makan ABC sambil borak borak. Dah lama tak jumpa walaupun satu U, banyaklah cite yang keluar.

ABC kat Jusco ni boleh tahan mahal gak la bagi kami sebagai student ni. Tapi tak pe sebab puas hati makan. Tengok dari atas memang tak menarik pun. Bila dah cedok sampai bawah, macam macam ada. Koktel, buah kabung, cincau, jagung..best best...

Satu benda yang aku jumpa kat Jusco semalam adalah telur pindang. Tahu tak ape kebenda ni?? Telur rebus je tapi direbus dengan rempah ratus. Aku pun tak tahu sangat apa bahan bahannya. Tapi selalunya time orang kawen je dapat makan telur pindang ni. Tu pun kat area Johor. Susah nak dapatkan telur pindang ni sebab proses membuatnya adalah rumit. Yang bestnya kat Jusco ni ada 1 gerai je yang jual telur ni. So, tak ada la aku kena tunggu ada orang kawen baru leh makan telur pindang ni. Memang favourite aku la.Nyum,nyum..



Around 5pm dah puas merayau. Tunggu bas kat tempat biasa. Mak ai..lama sesangat menunggu. Dalam sejam baru bas sampai. Hari minggu selalunya ada bas U yang akan hantar student pegi Jusco. Dah nama pun free, ikut sesuka hati dia je nak datang pukul berapa. Dari buang duit kat pakcik teksi, tunggu jela sampai bas datang..

Dah abis pun cerita..sila sambung kerja kerja anda.
Daa...

Saturday, November 1, 2008

..::Weekend Datang Lagi::..

Weekend datang lagi..ish,asyik mengira hari je aku ni. Dah tak sabar sangat nak balik umah. Rindu family, rindu baby comel, rindu adik alia..the most thing that i miss so much is masakan mak..sedap sehingga menjilat jari tu..

Teringat lak rendang masa raya lepas. Sampai 2 kali mak aku masak semata mata nak penuhi kemahuan anak anak..alahai,terharunya dan beruntungnya dapat mak camtu..

So, ari ni aku nak stop study and continue wat assignment aku yang masih berlambak lagi. Alhamdulillah, LCP aku dah siap. Sekarang just fokus pada landscape plan, drainage plan, sketch up plan dan master plan..Serabut seyh bila kena buat sume plan plan ni.

Okla..entri kali ni pendek je..i have no idea

Nak pi basuh baju lak..have a great weekend!!

Thursday, October 30, 2008

..::Bicara Kasih::..

Uwaa..tengah study transportation subject tetiba radio Best104 putarkan lagu sedih lak. Dahla ari ni aku memang dalam kesedihan. Bertambah tambah kesedihan aku bila dengar lagu dari elly mazlein ni. Rasa nak menitik airmata. Padahal bengkak kat mata ni belum surut lagi. Of course la sebab nangis petang tadi.

Lirik lagu ni betul betul wat aku touching..Korang bacala sendiri ek..




Haruskah aku yang meminta
Noktah hubungan cinta kita
Sedang masa berlalu pantas
Menelan waktu usiaku

Cinta yang kita bina bersama
Belum ada penghujungnya
Menghitung detik perjalanan
Mencengkam perasaan
Cinta dalam kedukaan

Bicara pada malam
Seakan mengerti apa kurasakan
Dalam keliru
Masih lagi mencari jawapan

Bicara pada sepi
Seakan memujuk hati
Kau tahu ku amat menyintai
Tak mungkin cari pengganti

Apakah aku hanya sandaranmu
Kau datang dan pergi sesuka hati
Kau hilang kala ku memerlukan
Tinggal keseorangan

Setitik kasih yang engkau berikan
Tak mampu lagi untuk ku bertahan
Izinkan ku mengundur diri
Pergi bersama hati yang terluka

*uwaaa..xmo dengar dah..kang banjir laptop aku ni..adios

..::Masak vs Imam::..

Semalam aku terbaca satu artikel di email aku. Artikel ni simple but menarik. Mula mula baca tu aku rasa, alah..benda biasa je. Tapi bila fikirkan balik, ada betulnya apa yang tertulis dalam artikel tu.

Tajuk artikel tu "salah ke perempuan tak tahu masak?" Biasa je kan. Memang sekarang ramai dikalangan perempuan kurang mahir memasak. Bukan tak tahu langsung. Ramai perempuan kurang mahir memasak sebab dari kecil tak diajar untuk turut serta di dapur. Alasannya? Fokus pada pelajaran dulu. Bukan tanggungjawab perempuan yang masih kecil untuk memasak. Lagi haru sekiranya perempuan tu dari awal persekolahan hingga ke peringkat tertinggi asyik duk kat asrama je. Masa bila nak praktik masak kan?

Bila soalan ni diajukan pada lelaki, for sure mereka akan memilih jawapan "SALAH". Kalau tanya bab calon isteri pun mesti akan cakap "nak cari yang pandai masak". Penting sangat ke?

Cuba kita tanya pula soalan ini pada lelaki, "salah ke kalau lelaki tak pandai jadi imam?" Ha, camne jawapan korang?

Walaupun keduanya adalah perkara yang berlainan, tapi mempunyai satu point yang sama iaitu KEMAHIRAN.

Kalau perempuan tak tahu masak, kenalah belajar. Bila dah belajar, mesti kena mahir. Bukan setakat masak untuk satu family tapi boleh masak untuk satu rombongan bas. Sama juga dengan jadi imam. Kalau tak tahu, boleh belajar. Dari mejadi imam untuk sebuah family, bila dah mahir boleh jadi imam untuk satu jemaah kat masjid pulak kan?

Moralnya, jangan salahkan perempuan bila mereka tak pandai memasak dan jangan salahkan lelaki bila mereka tak pandai jadi imam. Yang penting, niat ingin belajar tetap ada. Jangan menunding jari pada orang lain selagi tak cermin diri sendiri dulu..Salam.



*alhamdulillah, aku xla dikategorikan dalam kategori perempuan yang tak tahu masak walaupun hidup aku tak lari dari perkataan "tinggal di asrama"..

Wednesday, October 29, 2008

..::My 1st Award::..

Bangun pagi pagi,macam biasa rutin aku pas solat subuh adalah breakfast sambil menghadap laptop. Masa aku view blog aku, zara as my follower merangkap xroomate aku masa 2nd year dulu give me sumthing cute that can i put it here..

Tak sangka baru berapa bulan aku create blog ni, aku dah dapat award. Jangan salah faham ok. Ni award sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan aku yang slalu view blog si zara ni. Tak delah selalu sangat pun.hehe..So, guys..good morning!!!have a good day and take care always..



suke aku dapat award yg cute2 camni..thanks zara

Tuesday, October 28, 2008

..::Kisah April FOol::..

Hari ni aku nak cite pasal dari mana aku dapat nama RIMIEILYA yang slalu aku guna tu kat korang sume. Walaupun hari ni bukan April FOol.

Semalam aku tak dapat tido. Puas aku pujuk mata aku ni tido cz ari ni aku ada kelas yang begitu membosankan dan susah nak faham. Sambil sambil nak tido tu aku kenang balik masa zaman persekolahan aku dulu. Kelakar, sedih, takut, sume ada. Ok2 aku dah lari tajuk ni.

Nak mula kan cite,tahun 2002 or 2003 masa aku sekolah teknik dulu aku sertai kadet polis. Dapat pangkat sarjan lagi tau. Bukan nak riak ok.. Aku ada 3 orang sahabat baik masa sekolah dulu. Ke mana aku pergi mesti berempat. Apa apa projek,mesti buat sama sama. So, hujung bulan Mac, aku dan kawan kawan aku ni dah rancang satu plan baik punya untuk kenakan 1 student laki kelas mekanikal ni. Aku bagi nama Z je k. Z ni pun anggota kadet polis gak tapi ala-ala control macho.hehe..

Dalam seminggu before April Fool, aku ngan kawan kawan dah pakat buat surat cinta kat Z ni. Kami gunakan nama RIMIEILYA tu sebagai empunya surat tu sempena nama belakang kami berempat,(RI-nama aku, MIE- fizieyatul aMIEra,IL-ezatil atILla dan YA-surYAntie). So, dapatla nama RIMIEILYA.

Masa sekolah dulu, meja kami kena balut dengan plastic wrap. So, salah sorang dari kawan aku ni akan selitkan surat cinta warna pink kat meja Z ni. Adalah dalam 4,5 pucuk surat kot. Ayat berbunga bunga lagi. Setiap hari mesti ada surat warna pink dari kami. Sampaikan 1 hari sebelum April Fool,kami stop bagi surat tu. Si Z ni ada cite kat kami masa latihan kawad kadet polis tapi kami buat buat tak tahu je. Tapi dalam hati dah gelak sakan kat Z ni.

Tertunggu juga Si Z sebab sehari tak ada surat dari peminat misteri. Masa April Fool tu la kami bagitau perkara sebenar melalui surat berwarna pink dan niat kami hanya nak kenakan dia sempena April Fool. Si Z ni marahkan kami, seminggu tak tegur. Hihi..nakal kan? Kami suka sakat Z ni sebab dia control macho sangat, konon tak layan perempuan yang dia tak kenal tapi best berkawan dengan dia.

Apapun, aku dah mintak maaf sebelum persekolahan aku tamat dulu. That memory yang buat aku rindu nak bersekolah balik tau. Kepada Z, u r the best buddy. Sekarang dah lost contact ngan Z. I miss u, all my friends

Monday, October 27, 2008

..::Makan::..

Hari minggu yang bosan. Kebetulan esok adalah perayaan Diwali, so ramaila student amik peluang balik rumah. Blok aku teramatla sunyi. Student yang tinggal pun yang jauh jauh dan yang nak cover study untuk exam selain siapkan assignment yang tengah banyak. Aku la salah sorang daripada golongan tu.

Lepas solat subuh pagi tadi aku stay kat depan laptop. AKtiviti rutin aku adalah kemaskini e
mail, view blog dan friendster sambil breakfes. Dah beres sume rutin tu, baru aku buka folder assigment dan teruskan apa yang yang tertangguh. Malam semalam aku dah buat pengiraan untuk kira profit bagi layout aku yang dulu. Ingat lagi tak? Kira punya kira, ada error sikit. Terpaksalah kira semula.

Around 12 aku dah siap siap nak ke
cafe. Isi perut aku yang dah berbunyi dari pukul 10 tadi. Cepat betul lapar. Gemuk, tak juga. Dalam perjalanan, dah terbayang lauk apa aku nak amik nanti.. Sedapnya bila dapat makan makanan yang betul betul kena dengan selera aku. Nyum..nyum..



nasi,sambal kerang,pucuk paku dan cencaluk

Lepas zohor, aku siapkan assignment aku lagi. Time tengah mengira tu, sempat lagi dalam kepala fikirkan pizza hut. Kawan aku cakap ada menu baru untuk couple. Bestnya. Teringat lak hutang aku dengan dia masih berbaki 1. Cuti nanti mesti bayar balik.
Kalau dapat makan ni, syoknya..





Tapi kena hati hati gak. Takut termakan daging khinzir lak ok..

Sunday, October 26, 2008

..::18 Petua Mengasihi Teman Hidup::..

1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.

3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)

5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.

6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)

7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.

8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.

9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.

10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.

11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.

12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.

13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.

Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..

14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.

15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.

17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.


copy from http://isteri.blogmas.com/