Teman-teman

Thursday, October 30, 2008

..::Masak vs Imam::..

Semalam aku terbaca satu artikel di email aku. Artikel ni simple but menarik. Mula mula baca tu aku rasa, alah..benda biasa je. Tapi bila fikirkan balik, ada betulnya apa yang tertulis dalam artikel tu.

Tajuk artikel tu "salah ke perempuan tak tahu masak?" Biasa je kan. Memang sekarang ramai dikalangan perempuan kurang mahir memasak. Bukan tak tahu langsung. Ramai perempuan kurang mahir memasak sebab dari kecil tak diajar untuk turut serta di dapur. Alasannya? Fokus pada pelajaran dulu. Bukan tanggungjawab perempuan yang masih kecil untuk memasak. Lagi haru sekiranya perempuan tu dari awal persekolahan hingga ke peringkat tertinggi asyik duk kat asrama je. Masa bila nak praktik masak kan?

Bila soalan ni diajukan pada lelaki, for sure mereka akan memilih jawapan "SALAH". Kalau tanya bab calon isteri pun mesti akan cakap "nak cari yang pandai masak". Penting sangat ke?

Cuba kita tanya pula soalan ini pada lelaki, "salah ke kalau lelaki tak pandai jadi imam?" Ha, camne jawapan korang?

Walaupun keduanya adalah perkara yang berlainan, tapi mempunyai satu point yang sama iaitu KEMAHIRAN.

Kalau perempuan tak tahu masak, kenalah belajar. Bila dah belajar, mesti kena mahir. Bukan setakat masak untuk satu family tapi boleh masak untuk satu rombongan bas. Sama juga dengan jadi imam. Kalau tak tahu, boleh belajar. Dari mejadi imam untuk sebuah family, bila dah mahir boleh jadi imam untuk satu jemaah kat masjid pulak kan?

Moralnya, jangan salahkan perempuan bila mereka tak pandai memasak dan jangan salahkan lelaki bila mereka tak pandai jadi imam. Yang penting, niat ingin belajar tetap ada. Jangan menunding jari pada orang lain selagi tak cermin diri sendiri dulu..Salam.



*alhamdulillah, aku xla dikategorikan dalam kategori perempuan yang tak tahu masak walaupun hidup aku tak lari dari perkataan "tinggal di asrama"..

4 comments:

razzi said...

Banyak salah ooo..daku tak rela makan maggi kari berapi setiap hari.. :)

rimieilya said...

ala,ape slhnye..ari ni mk megi kari,esok megi sup,lusa megi ayam lak..hehe

razzi said...

pas tu kepala jadi botak macam Zaibo atau Hamid Belebab...wakakaka

rimieilya said...

pakai la rambut palsu..ahaks