Teman-teman

Thursday, October 23, 2008

..::Perempuan vs Materialistik::..

Kiranya minggu ni dah sampai last week lecture before aku masuk dalam zone merbahaya. Next week dah start study week and after that exam aku pun bermula.

Actually sem ni aku ada 2 paper je. So, taklah rasa takut sangat. Walaupun 2 paper, result kena maintain gak. Kalau boleh aku nak score deanlist lagi utk upgrade CGPA aku yang sekarang ni.

Pada entry yang sebelum ni aku menghadapi tekanan yang melampau. Thanks for him so much coz make my spirit back. Aku dah beransur pulih. Lagipun kerja kerja aku dah banyak yang siap. Cuma tinggal report survey dan juga studio work.

Selepas kelas transport tadi aku pegi lunch dengan baizura. Memang selalu pun aku makan dengan dia. Pastu ada lak dua orang mamat ni nak join aku makan, farhan dan shazni.


Sorylah tak sempat nak capture at the moment. Perut tengah lapar. Apa yang membuatkan aku terfikir sampai sekarang ni adalah perkara yang diungkit oleh farhan masa lunch tadi.


farhan: ko rasa la kan, perempuan ni materialistik tak?


me: kenapa ko tanya soklan cam ni lak time makan ni?

farhan: ko perasan tak, mas kawin yang pihak perempuan mintak terlalu tinggi. Tu menunjukkan perempuan tu pandang harta. Kalau laki tak de 10 ribu, mak bapak tak kasi anak pempuan dia.

baizura: itu bukan brmaksud perempuan tu materialistik tapi zaman sekarang semua benda perlukan duit. Takkanla mak bapak nak lepaskan anak perempuan yang dah dia jaga baik2 pada laki yang tak dapat nak bagi kehidupan yang selesa kat anak dia cam dia bagi. Tak ke macam masuk mulut buaya tu?

me: pempuan pun kalau nk letak harga tinggi pun, kena la cermin diri sendiri gak. cukup lengkap dan serba boleh ke sampai nak letak harga tinggi2 tu?

dan banyak lagi lah yang kami bahaskan sampai 2 jam lunch time aku..


Bagi pendapat aku sebagai perempuan, isu mas kawin mahal tak timbul. Perempuan bukan MATERIALISTIK ok. Kita mengikut peredaran masa yang mana sekarang ni semua benda mesti ada duit. Kalau betul ada niat nak kawin awal, tak salah rasanya kalau perempuan juga turut bekerja selepas kawin sehingga dia rasakan keadaan ekonomi family dah stabil. Mak bapak yang dah bagi keselesaan dan pelajaran yang bagus untuk anak dia,mesti nak juga rasa hasil dari didikan diorang.



Senang faham,takkan seorang petani yang dah tanam dan jaga tanaman dia bertahun tahun tak mahu merasa hasil titik peluh yang dia dah curahkan selama ni? Orang yang tak panjang akal je yang akan buat macam tu. So, fikirlah sendiri sama ada perempuan materialistik or keadaan yang merubah segalanya.Tak kenal maka tak cinta..

No comments: