Teman-teman

Monday, October 27, 2008

..::Makan::..

Hari minggu yang bosan. Kebetulan esok adalah perayaan Diwali, so ramaila student amik peluang balik rumah. Blok aku teramatla sunyi. Student yang tinggal pun yang jauh jauh dan yang nak cover study untuk exam selain siapkan assignment yang tengah banyak. Aku la salah sorang daripada golongan tu.

Lepas solat subuh pagi tadi aku stay kat depan laptop. AKtiviti rutin aku adalah kemaskini e
mail, view blog dan friendster sambil breakfes. Dah beres sume rutin tu, baru aku buka folder assigment dan teruskan apa yang yang tertangguh. Malam semalam aku dah buat pengiraan untuk kira profit bagi layout aku yang dulu. Ingat lagi tak? Kira punya kira, ada error sikit. Terpaksalah kira semula.

Around 12 aku dah siap siap nak ke
cafe. Isi perut aku yang dah berbunyi dari pukul 10 tadi. Cepat betul lapar. Gemuk, tak juga. Dalam perjalanan, dah terbayang lauk apa aku nak amik nanti.. Sedapnya bila dapat makan makanan yang betul betul kena dengan selera aku. Nyum..nyum..



nasi,sambal kerang,pucuk paku dan cencaluk

Lepas zohor, aku siapkan assignment aku lagi. Time tengah mengira tu, sempat lagi dalam kepala fikirkan pizza hut. Kawan aku cakap ada menu baru untuk couple. Bestnya. Teringat lak hutang aku dengan dia masih berbaki 1. Cuti nanti mesti bayar balik.
Kalau dapat makan ni, syoknya..





Tapi kena hati hati gak. Takut termakan daging khinzir lak ok..

No comments: