Teman-teman

Tuesday, October 14, 2008

..::Anugerah 'Datuk' untuk Shah Rukh Khan::..

Seperti biasa, sebelum aku memulakan apa-apa tugasan aku akan kemaskinikan email aku yang selalunya penuh dengan email-email dari website kesukaan aku yang sentiasa up date ngan cerita-cerita baru. Sedang aku semak, aku tertarik dengan satu isu yang ditulis. Isu ni bukan isu baru, ia petikan dari akhbar tempatan hari Sabtu lepas. Isu tersebut adalah mengenai penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

Bagi pendapat aku la kan, penganugerahan ni tak sepatutnya diberi kepada orang luar sedangkan ramai lagi seniman tempatan negara kita yang berbakat yang berhak dengan penganugerahan ini. Bagi sesiapa yang kurang berminat dengan filem or drama tempatan, for sure dorang boleh terima benda ni. But not for me.

Menurut akhbar tempatan tu lagi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis. Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) sebagai tanda protes.

Penganugerahan ni bagaikan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia amnya dan artis tempatan khususnya yang banyak bertungkus lumus menerbit sebuah filem yang bagus.

Moral: takkanla sebab filem One Two Ka Four dibikinkan kat Melaka, terus boleh dapat anugerah sebagai tanda mempromosikan Malaysia?
Sokonglah filem tempatan.

No comments: