Hari ni aku nak cite pasal dari mana aku dapat nama RIMIEILYA yang slalu aku guna tu kat korang sume. Walaupun hari ni bukan April FOol.
Semalam aku tak dapat tido. Puas aku pujuk mata aku ni tido cz ari ni aku ada kelas yang begitu membosankan dan susah nak faham. Sambil sambil nak tido tu aku kenang balik masa zaman persekolahan aku dulu. Kelakar, sedih, takut, sume ada. Ok2 aku dah lari tajuk ni.
Nak mula kan cite,tahun 2002 or 2003 masa aku sekolah teknik dulu aku sertai kadet polis. Dapat pangkat sarjan lagi tau. Bukan nak riak ok.. Aku ada 3 orang sahabat baik masa sekolah dulu. Ke mana aku pergi mesti berempat. Apa apa projek,mesti buat sama sama. So, hujung bulan Mac, aku dan kawan kawan aku ni dah rancang satu plan baik punya untuk kenakan 1 student laki kelas mekanikal ni. Aku bagi nama Z je k. Z ni pun anggota kadet polis gak tapi ala-ala control macho.hehe..
Dalam seminggu before April Fool, aku ngan kawan kawan dah pakat buat surat cinta kat Z ni. Kami gunakan nama RIMIEILYA tu sebagai empunya surat tu sempena nama belakang kami berempat,(RI-nama aku, MIE- fizieyatul aMIEra,IL-ezatil atILla dan YA-surYAntie). So, dapatla nama RIMIEILYA.
Masa sekolah dulu, meja kami kena balut dengan plastic wrap. So, salah sorang dari kawan aku ni akan selitkan surat cinta warna pink kat meja Z ni. Adalah dalam 4,5 pucuk surat kot. Ayat berbunga bunga lagi. Setiap hari mesti ada surat warna pink dari kami. Sampaikan 1 hari sebelum April Fool,kami stop bagi surat tu. Si Z ni ada cite kat kami masa latihan kawad kadet polis tapi kami buat buat tak tahu je. Tapi dalam hati dah gelak sakan kat Z ni.
Tertunggu juga Si Z sebab sehari tak ada surat dari peminat misteri. Masa April Fool tu la kami bagitau perkara sebenar melalui surat berwarna pink dan niat kami hanya nak kenakan dia sempena April Fool. Si Z ni marahkan kami, seminggu tak tegur. Hihi..nakal kan? Kami suka sakat Z ni sebab dia control macho sangat, konon tak layan perempuan yang dia tak kenal tapi best berkawan dengan dia.
Apapun, aku dah mintak maaf sebelum persekolahan aku tamat dulu. That memory yang buat aku rindu nak bersekolah balik tau. Kepada Z, u r the best buddy. Sekarang dah lost contact ngan Z. I miss u, all my friends
No comments:
Post a Comment