Cuaca di Malaysia sekarang tidak dapat diramal lagi. Musim hujan bukan lagi hanya pada penghujung tahun. Malaysia mengalami perubahan cuaca yang tak menentu. Mungkin dunia sudah akhir zaman dan ini adalah antara petandanya. Dengan keadaan cuaca sekarang, kesihatan mudah terganggu. Kesihatan aku juga tak berapa baik. Hampir seminggu demam yang aku alami tidak pulih-pulih.
Dalam menanggung kesakitan, aku gagahkan jua diriku untuk mengemaskini proposal research aku yang dah lama tak terusik. Sedang aku asyik mencari maklumat berkenaan PSM (Projek Sarjana Muda), telefon di atas mejaku berdering. Waktu itu aku leka dengan laptop aku yang sentiasa setia bersama aku dari pagi sampai ke malam. Dalam hati ni bertanya siapa pula yang menelefon aku tengah malam begini. Dari nada deringan yang telah aku setkan, dengan senang aku dapat mengagak siapakah gerangan si pemanggil. Rupanya dari si dia. Ah..rindu lagi.
Aku menangguhkan kerja-kerja aku sebentar. Tanpa sedar, aku dan dia telah berbual melebihi satu jam. Banyak yang kami bualkan. Dari satu topik ke satu topik. Sudah lama aku tidak berbual dengan dia seperti malam ini. Gembira dan bahagianya aku waktu itu. Dari suaranya aku dapat meneka yang dia pun merasai perasaan yang sama seperti aku. Kami akan melalui hari-hari mendatang dengan bahagia.
Dia yang kukenali 3 tahun lepas adalah orang yang sama pada hari ini. Bagaimana aku mengenalinya dulu, begitulah dia pada hari ini. Rasa sayang dan cinta pada si dia sentiasa mekar menyelubungi naluriku. Aku bertuah kerana mengenalinya.
Jarak dan masa yang memisahkan aku dan dia, aku anggap seperti satu cabaran buat aku untuk menguji sejauh mana kesetiaan, kejujuran dan keikhlasanku dalam percintaan.
Andai Tuhan mengizinkan, aku akan menyintaimu sehingga hujung nyawaku. Itu janjiku pada dia.

No comments:
Post a Comment