Teman-teman

Tuesday, October 14, 2008

..::Keletah::..



Suatu petang, aku menerima panggilan dari mak untuk menanyakan hal nombor akaun BSN aku. Tengah asyik berbual, kedengaran suara si kecil Anissa yang mahu bercakap dengan aku. Pantang bila mak aku sedang bercakap di telefon, pasti dia juga mahu bercakap.Bila telefon dah ada dalam genggaman, jangan harapla orang lain boleh bercakap. Aku selalu rindukan keletah si kecil Anissa yang pandai berkata-kata.

Anissa:"Hello, mak de duk mane tu?"

Aku:"Tak de soalan lain ke?"

Aku saje menyakat.Seronok bila dapat berbual dengan kanak-kanak yang sentiasa jujur dalam percakapannya.

Anissa:"Mak de bila nak kawen?"

Anissa:"Mak de nak kawen ngan sape?"

Anissa:"Dengan kawan mak de tu eyh.Sape nama kawan mak de tu eyh? Shukrie eyh"

Tergelak bila aku mendengar pertanyaan dari si kecil Anissa tu. Dalam banyak-banyak soalan, kenapalah soalan tu yang diutarakan.

Pengakhiran perbualan aku dan Anissa biasanya akan berakhir begini:

Anissa:"Ok,bye-bye mak de. I love u. MMuahh".

Aku:"Bye. Love u too".

Pandai betul anak buah aku yang seorang ni. Hilang soal akaun BSN aku.



No comments: