Teman-teman

Saturday, October 18, 2008

..::Matrikulasi::..

Zaman persekolahan merupakan zaman yang paling menyeronokkan. Walaupun aku sering bertukar sekolah, aku tetap mengingati semua kenangan pada zaman itu dan alhamdulillah, sehingga kini aku masih lagi berhubung dengan kawan-kawan aku dari sekolah lama.

Kiranya aku adalah antara orang yang bertuah kerana Allah mempermudahkan setiap urusanku dalam meniti alam kedewasaanku kini. Dari tadika, aku melangkah ke sekolah rendah. Tamat sekolah rendah,aku ke sekolah menengah. Kemudian aku menerima tawaran matrikulasi dan akhirnya aku berjaya menyambung pelajaranku ke peringkat universiti. Terima kasih mak, abah kerana ketabahan kalian menyekolahkan aku dan menjadikan aku seorang anak yang berpelajaran.

Di antara kenangan persekolahan, kenangan yang paling manis dalam hidupku adalah di zaman matrikulasi. Di sinilah segalanya bermula. Di matrikulasi aku mengenali kehidupan sebenar. Di sinilah yang mengajar aku tentang kehidupan.

Aku mengenali Laila, Ureen, Aina, Naz, Oreo dan Abby. Mereka adalah antara rakan karib aku ketika di matrikulasi. Persahabatan kami diwarnai oleh pelbagai corak persahabatan. Ureen, Aina dan Naz adalah rakan sebilik aku dan yang lain adalah kawan sekuliah dan juga merangkap jiran paling hampir ketika di hostel. Kenangan dengan kalian akan sentiasa diingatan. Di antara mereka, Laila dan Ureen merupakan sahabat yang paling mengenali siapa aku sebenarnya. Terima kasih atas persahabatan suci ini.

Matrikulasi juga mencoretkan kenangan terindah dalam hidup aku. Di sini aku ditakdirkan untuk mengenali seorang lelaki bernama kekasih. Tidak terlintas dalam hati untuk mengejar cinta tapi itu yang telah tersurat dalam kehidupanku dan tak akan aku kesalinya. Dia yang menjadikan hari-hariku di matrikulasi bertambah ceria walaupun ada tikanya aku dalam kesedihan dan berputus asa dalam pelajaranku. Dia menjadi perangsang semangat aku untuk terus berjaya menghabiskan pengajian aku. Dan sehingga kini, dia juga yang menjadi inspirasiku dalam setiap detik denyut nadiku. Terima kasih, sayang.

No comments: