Teman-teman

Friday, January 1, 2010

..::Pastikan Datang::..


Tahun baru telah pun hadir.
Aku sambut tahun baru dalam keta je tadi. Jumpa abg polis dari Sabah yang sangat hensem.hehe..sempat berbual mesra sebentar. Selamat datang 2010. Selamat tinggal 2009 dan segala kenangan pahit. Semangat baru, azam baru.


Perasaan teruja untuk memulakan tahun baru dengan sesuatu yang baru. Azam aku tahun ni? Seperti tahun-tahun lepas gak. Cuma ada yang berubah dan bertambah. Ok, aku list kan apa azam tahun baru aku ek. Aku harap ianya tercapai walaupun tak semua.

1.Tamat pengajian sarjana hujung 2010 (insyaAllah, boleh buat)
2.Kumpul duit (sambung yang tahun lepas)
3.Cari pasangan hidup (haha..yang ni penting sebab target aku nak tamatkan zaman bujang sebelum umur aku 26. So, kena cari cepat2la. Hope jumpa yang serasi bersama)
4.Bina kerjaya dan kumpul aset (setakat ni baru ada kereta, insyaAllah akan tambah dengan rumah plak)
5. Last but most important, melupakan kenangan 2009 (ni wajib buat dulu sebelum apa-apa sebab aku taknak ia mengganggu kelancaran azam tahun baru aku yang lain)


Cukuplah 5 je. Kalau banyak-banyak pun belum tentu tercapai. Hurm..ada gak azam tahun lepas yang tak tercapai. Tapi takpe. Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Apa yang aku harap, tahun 2010 akan memberi tuah dan kebahagian serta kesihatan yang baik buat aku, kamu dan insan-insan yang aku sayang. Amin..

SELAMAT TAHUN BARU!!



2 comments:

Marina Monroe said...

Go baby go...go ahead with life, never look back, see forward for betterment in life.

rimieilya said...

thanks so much auntie..yeah,life must go on..never looking back.

(^_^)...love u auntie