Bila Allah takdirkan kau berjodohan dgn dia.. maka, ada perkara yg Allah ingin kau belajar mengenainya.. ada rahsia yg Allah ingin kau bongkarkan bersama-sama.. ada halangan dan dugaan yg Allah ingin kau harungi semampunya.. Dan Allah tidak akan pernah memberikan sesuatu yg tak sepatutnya kpd hamba-hamba-Nya dgn tujuan sia-sia..
kau punya cinta jujur yg luhur utk lelaki itu.. mengapa harus rasa kecewa..? bukankah rasa cinta sesama manusia itu adalah anugerah Allah... cinta suci kau di sambut mulia juga oleh lelaki itu, mengapa harus berasa sangsi...? bukankah itu apa yg selalu kau harapkan dan impikan saban hari.. kini semua pintu sudah terbuka untuk kalian saling memiliki.. saling membina jejantas utk ke syurga.. apakah itu sesuatu yg harus kau kesali..?
sahabat..
aku.. kau.. dan dia.. percaya bahawa CINTA SEJATI itu adalah segala-galanya yg terbaik di dalam dunia.. dengan cinta kita kenal Pencipta.. kerana cinta kita kenal erti isi dunia.. Mengapa harus persoalkan lagi keagungan cinta.. memang cinta sejati itu wujud dalam dunia ini.. sejarah telah membuktikannya.. kita harus belajar mempercayai cinta.. kita harus belajar juga menghargai cinta apa adanya...
kau terima dia.. kerana cinta..
dia terima kau juga kerana cinta..
bersiaplah kalian menempuh segala-galanya yg merentangi jalan menuju syurga..
tak kan ada yg mudah utk menikmati bahagia..
sedangkan Nabi Adam dan Hawa juga Allah campakkan ke dunia..
ini kan lagi kita manusia biasa...
sahabat ku..
aku tidak ingin bercakap soal kelemahan mu.. aku juga tidak mahu mengutuk pandangan dan cara berfikir kolot keluarga bakal mertua mu.. kerana itu tidak akan membuatkn kau menjadi lebih bahagia.. malah, satu hari nanti mereka2 yg mempersoalkan diri mu hari ini itu lah yg akan menjadi keluarga mu juga.. Aku tidak mahu bermulut celupar mengatakan mereka benar atau sebaliknya.. dan aku tidak mahu menjadi kuah yg berlebih-lebih dari sudunya..
aku hanya ingin mengajak kau sejenak, melihat hidup ini dari sisi yg indah dan bahagia.. aku ingin kau bangkit dan buka mata melihat nikmat dan tuah yg Allah hadiahkan utk kau dan dia.. Mari kita sama-sama terbang menggapai pelangi.. percaya pada kudrat yg Allah kurniakan ini.. sesungguhnya kau lebih dari mampu mencipta bahagia.. lebih dari mampu.. percayalah...
sahabatku..
kau punya banyak kelebihan lain utk kau banggakan.. pertahan kan lah itu..
kau memilki bnyk perkara yg tak ada pd org lain.. malah didamba-dambakan...
kau punya sudut kualiti yg mengukir bahagia dan ceria manusia sekeliling..
kau punya sesuatu..!! sesuatu yg tak mungkin mampu aku gambarkan di sini..
hanya kau dan Allah yang tahu...
setiap makhluk Allah itu unik.. buktikan lah kau unik..!!
persetankan kata orang... tikam-tikamkan suara hati yg busuk..
bangkit dan terus berjalan..
kau sudah sangat hampir... mengapa mahu berhenti...?
yg di depan itu adalah pintu bahagia..
kau hanya perlu melangkah sedikit lagi untuk mampu membukanya..
terus lah melangkah... sedikit sahaja lagi..
bulatkan tekad.. kuatkan hati..
positifkan firasat... pusatkan semangat...
kau akan pasti menikmati kebahagian itu..
dan yg lain hanya akan memerhatikannya tanpa bicara lagi....
{ sahabatku.. aku akan selalu berada di belakangmu... selalu..!! }
notakaki: terima kasih 'sunyi hati' untuk nasihat ini.
kata-kata darimu begitu merangsang semangat aku.
dan...aku juga tujukan nasihat ini untuk mereka yang pernah putus asa untuk mengejar CINTA
kata-kata darimu begitu merangsang semangat aku.
dan...aku juga tujukan nasihat ini untuk mereka yang pernah putus asa untuk mengejar CINTA
1 comment:
layari butik online kat sini..tq
Post a Comment