Teman-teman

Thursday, January 14, 2010

..::Hadiah Buat Keluarga::..


Alhamdulillah,akhirnya aku berjaya abiskan semester pertama dengan jayanya. Presentation petang tadi membuatkan aku tersenyum lebar. Banyak feed back yang aku terima daripada examiner aku. Cuma aku terkilan sikit sebab supervisor aku tak dapat hadir untuk lihat aku buat pembentangan. He currently at Ipoh and will be back at UTP on Monday.huhu..


rafi,mirza,kak syuk,me

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang datang bagi support masa aku present petang tadi. Cayalah korang. Terutamanya pada Mirza, the super senior yang hensem. Haha..kalau Rafi dan Kak Syuk baca ni, confirm dorang gelak guling-guling. I like his new look. Lagi nampak chubby bila berambut pendek.


Dah abis satu task, malam ni task terakhir sebelum aku pulang ke kampung..mengajar English di pusat tuisyen. Alhamdulillah gak kerana kontrak aku dengan pusat tuisyen ni masih berterusan. Tak sangka plak aku ada bakat terpendam sebagai seorang pendidik. Tapi, deeply inside aku tak berapa suka untuk mengajar sebab aku cepat bosan dengan kerja yang berulang-ulang. Kalau setakat ngajar kat pusat tuisyen, bolehla sebab tak perlu masuk banyak kelas dan mengulang ajar benda yang sama.


aku bersama kak syuk

Dan esok, aku akan memandu bersendirian selama 7 jam dari utara ke pantai timur. Sapa nak join?hehe..Rindu pada keluarga dah membuak-buak ni. Lagipun nak tunggu souvenir dari Sarawak ni. Hehe..


Okla..excited plak bercerita. Tak sedar dah nak maghrib. Nanti lambat plak aku gi mengajar. Nak pi mandi dan bersiap plak.


notakaki: amat bersyukur dengan pertolongan Allah, aku selesai menghadapi saat-saat getir dengan mudah.. semakin hari aku dapat rasakan perubahan yang ketara dalam hidup aku. Alhamdulillah,syukur



No comments: