Teman-teman

Thursday, February 25, 2010

..::Batal Lagi::..


Sekali lagi rancangan terpaksa dibatalkan. Rancangan ke LUMUT hanya tinggal rancangan. Hujung minggu ni aku terpaksa berjemur di bawah terik mentari untuk menjadi mak guard bergaji. Haha..


After class tadi, supervisor mengumumkan hujung minggu ni bakal ada fieldwork di hadapan pintu masuk UTP dan juga simpang Taman Maju. Alahai, lenyap program aku. Dahla tadi kelam kabut sediakan bahan untuk survey sendiri, ditambah plak dengan menyediakan kelengkapan untuk aktiviti hujung minggu ni. Takpela..demi adik-adik transport tersayang, akak rela.


Minggu depan pun ada lagi tapi rasanya aku taknak terlibat kot untuk minggu depan. Biar Rafi plak take over. Haha..tu la,sape suh tinggal aku sorang-sorang buat keje..Baru plan nak raging junior master. Dah tak jadi. Huhu..


Ok, mahu bersiap untuk mengajar malam ni plak. Pasti tergelak tengok gelagat mereka malam ni..


Ops,lupa plak...SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua blogger dan selamat bercuti!!!



Wednesday, February 24, 2010

..::Lumut::..


Lama plak takde entri baru. Mood malas nak up date dah datang, tu yang berhabuk je blog ni. Mujur gak ada pelawat yang datang jengah. Boleh gak tolong bersihkan sawang-sawang segala..


Pagi ni cuaca baik sangat. Hujan lebat mencurah, mendamaikan hati melihat. Hijau hutan di jendela menyejukkan mata yang lelah. Tak selalu dapat merasai cuaca macam ni sejak dilanda panas yang melampau kebelakangan ni. Syukur nikmat Tuhan.


Semalam, aku mendapat perkhabaran dari teman lama. Reunion SKDP terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Huhu..baru plan nak jumpa kawan-kawan lama sekaligus sambut hari lahir aku dan teman lelaki yang hari lahirnya jatuh pada hari ini. Tak kesampaian. Camnila lumrah hidup. Apa yang dirancang tak semestinya berjalan seperti yang dirancang. Tuhan Maha Mengetahui. Mungkin kalau kami jumpa juga, ada sesuatu yang buruk berlaku..siapa tahukan.


So, plan hujung minggu ni bertukar. Plan awal nak ke Lumut untuk jalan-jalan ke sana bersama teman lelaki. Tapi tak manis plak kalau hanya berdua. Ajak rumate barangkali. Lumut...tunggu kedatangan kami..



Saturday, February 20, 2010

..::Kisah Februari::..


13 Februari 2010
Perjalanan balik ke Terengganu. Ni first time aku balik secara 'car pool'. Seronok beb..Selama ni balik Terengganu drive sesorang je. Bosan yang amat. Kali ni perjalanan agak menarik sebab banyak persinggahan. Aku, Nabil, Rose dan Kak Syuk merentasi Utara ke Timur..

Persinggahan pertama adalah di Sungkai..anta Kak Syuk balik rumah mak mertua dia. Tak sangka plak rumah mak mertua dia dekat sangat dengan Hot Spring Sungai Klah. Lain kali leh lepak sana la..

Persinggahan kedua adalah di Gebeng..anta Rose plak kat kuarters guru. Jauh gak rumah Rose ni rupanya. Aku dahla tak pernah sampai Gebeng. Selalu dengar nama je. Kali ni baru dapat tengok sendiri tempat tu.

Persinggahan ketiga plak, of course la rumah aku. Hehe.. Nabil? aku angkut skali ke rumah aku..sebabnya rumah dia kat Kuala Terengganu. So, tunggu parent dia datang amik kat rumah aku la. Tak larat aku nak drive lagi selepas 9 jam aku drive sorang. Huhu..patah kaki koi..

Itu je untuk hari tu


14 Februari 2010
Orang kata hari ni hari kasih sayang. So, nak menunjukkan hari kasih sayang sedunia..familiy aku wat Family Day. Best sangat..Ops, ada ahli baru masa family day ni..Jeng,jeng,jeng..cuba teka siapa??



Lokasi: Bandar Kuantan
Masa: 1200-2300
Aktiviti: Karaoke + Bowling


15 Februari 2010

Lokasi: Hutan Lipur Cemerung
Masa: 0900-1300
Aktiviti: Mandi manda + berkelah


Sambungan family day hari semalam. Kali ni dalam Terengganu saje. Mula-mula plan nak pegi Air Terjun Sekayu, tapi memandangkan jaraknya agak jauh dan bakal kakak ipar akan pulang pada malam harinya..plan bertukar kat Air Terjun Cemerung je. Lagi pun dekat dengan rumah..


16 Februari 2010
Hari ni plak hanya aku je yang terlibat. Tapi aku bawa gakla adik aku sorang ni sebab acaranya akan berakhir di malam hari. Takut plak aku nak drive balik sorang tengah malam. Reunion SMKDM kat Kuala Terengganu. Tak ramai yang dapat hadir memandangkan masing-masing ada komitmen sendiri. Ni jela antara yang ada masa nak join.. Next time leh wat lagi..


Lokasi: Motel Desa, Kuala Terengganu
Masa: 1100-2100
Aktiviti: Gathering SKDM+SMKDM


17 Februari 2010
Aku dah bertolak balik UTP time ni. Sorang-sorang je..Dalam perjalanan balik ni, aku accident plak. Sile rujuk entri sebelum ni ok..Malas dah nak cite. Nanti aku angin plak..


Ok..tamat cuti-cuti di bulan Februari. Next month nak pegi mana plak ek..Owh, lupa. Belum abis lagi la. Hujung minggu depan ada reunion SKDP plak. Ni la susah bila banyak sekolah ni. Tu belum masuk SKKS, SEMTED, KMPH, UTM..huhu.. Its ok,jauh perjalanan luas connection. Betul tak? Hehe..


notakaki:kes wat gambar kecik2 sebab malas nak upload gambar satu-satu.
nanti panjang plak entri aku..
nak tengok besar-besar, klik kat gambar tu k..
hehe


..::Accident::..


Lama plak rasanya tak menulis. Mood tak de bila dah sampai kat UTP ni. Maybe sebab accident masa on the way balik sini kot yang buatkan aku malas je nak menaip. Tak pun sebab kat rumah dah puas main internet. Btw, rumah aku dah ada internet. Pasni boleh la berhubung tanpa batas. Kalau tak tu, leceh je rasa nak kena pegi CC. Huhu..


CIte pasal accident baru ni, taklah teruk mana pun. Tapi yang buat aku panas tu, kerana kesalahan orang lain..buah hati aku plak yang kena. Mujur kereta yang aku terlanggar gara-gara nak mengelak kereta AGE4213 tu tak suh aku bayar ganti rugi ke apa. Ish..ni la lelaki. Dah rasa pandai sangat la tu bawa keta sampai peraturan pun taknak ikut. Geram betul..


Haa..aku nak cite pasal cuti-cuti aku kat rumah hari tu. Tapi aku rasa better aku buat 1 entri baru yang penuh dengan gambar je.. Aku malas la nak menaip satu-satu..Biar gambar yang menceritakan segalanya. Hehe..


Ok..Stop here. Selamat berhujung minggu!!



Monday, February 15, 2010

..::Home Sweet Home::..


I'm currently at home sweet home. Yeah, seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai kat rumah. Tak sangka plak cuti raya cina ni, abang ngah dan adik-adik yang lain ada kat rumah. Meriah sangat. Cuti aku pun terisi dengan aktiviti yang menarik. Sampai tak sempat aku nak buat soalan kuiz untuk student aku. Hehe..


Bila time cuti, sekejap je masa berlalu kan..Rabu ni dah nak balik Ipoh semula. Haih..berat betul bila fikir nak balik.


Hari Sabtu lepas, buat pertama kalinya aku balik beramai-ramai. Seronok bila ada orang teman balik jauh-jauh. Takla rasa penat sangat dan mengantuk walaupun aku sorang yang drive. 9 jam tu.. Bila sampai rumah, baru rasa letih yang amat.


Nanti aku up load pics cuti raya cina aku ek. Malam ni rasanya tak sempat je *padahal, malas nak cari usb hand-phone*. Nanti aku transfer pics kat hand-phone dulu ye. Baru lepas menonton movie SANTAU bersama family. Jalan cerita yang menarik dan ceritanya pun takdela slow je. Banyak part yang menggeli dan meloyakan tekak aku. Uwek..uwek..hehe..Aku suggestkan sape yang tak tengok lagi cerita ni supaya tonton. Best...


Oklah. Time to sleep. Esok nak pegi reunion sekolah plak. Wee..tak sabarnya. Will up-date it soon..



Saturday, February 13, 2010

..::Entri ke 330::..

Ini entri aku yang ke 330. Kenapa aku pilih entri ke 330? Kenapa tak pilih yang ke 100 ke, ke 120 ke..bla..bla..bla..*ikut suke hati tuan punye blog la kan*. Hehe..takdela. Aku rasa cam nak buat sumthing yang dah selalu blog lain buat iaitu.....GIVEAWAY


Yezza..sempena entri ke 330 dan sempena birthday aku yang bakal tiba 15 hari lagi, aku dengan murah hati nya nak bagi hadiah pada sesape yang berjaya menambat hati aku.


Syaratnye mudah je..

1. Terbuka kepada followers diaRi_haTiku sahaja. So, sesape yang belum jadi follower..sile berbuat demikian sebelum menyertai giveaway ni okies
2. Ceritakan mengenai mengapa anda suka baca blog diaRi_haTiku. Paling kreatif akan dipilih.
3. Linkkan blog ni di blog list anda
4. Tinggalkan komen beserta link dan email anda.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada
01032010


notakaki:Pemenang akan diberitahu pada 03032010 iaitu sempena besday my mum.hadiah telah pun disediakan.




Friday, February 12, 2010

..::Perlukah Putus Hubungan Dengan Orang yang Kita Sayang?::..


Korang pernah tak terfikir or berfikir, mengapa ada yang putuskan hubungan setelah sama-sama berkongsi perasaan sayang dan cinta bertahun lamanya?? Walhal korang pernah berjanji di awal perhubungan korang yang korang mahu perhubungan tu kekal sampai hujung nyawa. Cewah, janji manis belaka time hangat bercinta kan? Betul tak?

Aku suka dengan entri dari blog encik mello's ni. Menarik perbincangan yang dia ketengahkan dan aku tertarik untuk berkongsi perbincangan tersebut dengan korang. Sile la klik sini ye..



Thursday, February 11, 2010

..::Paper Writing Talk::..


Petang semalam aku attend talk yang department aku adakan. Quite helpful to do my research. Tak ramai pun yang datang ada la dalam 20 orang kot tapi sebab bilik tu kecik, nampak ramai la.


Rugi kot sape yang tak join especially pg students dari civil department. Sebab aku rasa department aku yang paling rajin buat sume talk and meeting dengan pg students dia. Kalau dalam email tu, tak payah cakapla..penuh dengan email dari pg coordinator department aku. Thanks Dr Indra.


photography session..antara yang hadir.yang pakai tie tu la lecturer yg bg talk tu, Dr Saeid


Talk semalam pasal paper writing. Aku join pun sebab aku tau aku tak pandai sangat bab-bab menulis ni. Lagi-lagi dalam second language ni. Weekend ni ada gak paper writing talk, tapi tu untuk pg students bagi semua department la. Aku plak balik kampung time tu. So, tak dapat la nak join. Pengisian talk ni cukup simple. Lebih kurang cam informal talk la sebab sepanjang masa adalah Q&A session je. Lecturer yang bagi talk tu plak memang best. Serius tak boring.


After this, nak join lagi la if department ada wat talk lagi..



..::Ketika Cinta Bertasbih::..


"Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar,

mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi ria, mengubah
amarah menjadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah."


Kata-kata indah yang aku petik dari filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Kata-kata yang menggambarkan cinta itu sesuatu yang indah. Bilamana hadirnya cinta dalam hati, segala kekusutan, keresahan, kelemahan hilang ditelan rasa bahagia. Dan tak lupa juga, cinta yang hakiki itu hanya untuk Allah..


Aku dah tonton KCB 1 & 2. Fuh, sebuah cerita yang amat menarik dan menusuk kalbu. Sehinggakan menitis air mata aku ketika menyaksikan filem ini. Jalan cerita yang mudah difahami dan paling terkesan di hati apabila melihat kebesaran JODOH yang sememangnya menjadi rahsia Allah.


Bak kata seorang teman..

"Seandainya DIA adalah JODOH buatmu, sejauh mana pun kamu berdua terpisah pasti akan bertemu juga dan bersatu. Tetapi seandainya DIA bukan JODOH yang ditetapkan untuk kamu, walau hanya tinggal kamu berdua di dunia ini pasti tidak akan bersatu dan tidak akan terbit rasa CINTA itu.."


Lebih kurang begitulah jalan cerita yang hendak disampaikan dalam filem ini. Aku kagum dengan watak Anna, seorang muslimah solehah yang redha dengan setiap ketentuan Tuhan dalam hidupnya terutama mengenai jodoh. Sama seperti Khairul Azam. Ada lagi tak lelaki sebegini di dunia nyata? Bertuah kalau dapat lelaki begini.


Aku rasa korang sume patut tengok cerita ni. Kalau tak dapat cari, beli novel dia pun ok juga. Aku masih ada simpan KCB 1 & 2 dalam lappy aku. Sape nak, boleh pm aku k..


"Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu"


Wednesday, February 10, 2010

..::Ilham Sepi::..


Sunyi malam begitu mendamaikan
hembusan angin bayu menarik diriku untuk terus hanyut
dibuai kenangan silam yang masih tersimpan kemas dalam sanubari..

Aku,
tetap seperti aku yang dulu
yang masih setia menanti hadirnya bahagia

Angan dan realiti adalah dua perkara berbeza
aku mengangankan begini, tetapi realitinya begitu..
itulah dikatakan takdir



Monday, February 8, 2010

..::Alahai Bapakku::..


Malam ni aku borak-borak ngan adik aku yang baru pas SPM tu. Sembang-sembang pasal plan cuti tahun baru cina nanti. Kami adik beradik rancang nak gi holiday kat Bukit Gambang Resort City. Since masih ada promotion, better gi sekarang. Tengah murah woo..


Tengah-tengah sembang, ada la terselit pasal 1 benda ni. Time aku baca mesej adik aku tu, aku dah tergelak besar kat meja study aku ni. Rumate aku pun gelak sama. Haha..


Ayat adik aku lebih kurang camni...


Adik: Tadi abah tanya koi, aok tak cari pakwe baru ke?

Dalam aku gelak tu, aku balas la gak mesej adik aku tu...

Aku: Aok ckp kt abah, koi suh abah tlg carikan koi pakwe. Koi terima je kalau abah dah berkenan..*cam pasrah je kan ayat aku balas*

Adik: Abah suh aok cari sendiri. Aok cepat la kawen. Koi dah tak sabar nak wat kenduri kat umah ni.


Cam tu la lebih kurang. Panjang lagi perbualan tu sebenarnye. Tapi part yang ni paling wat usus perut aku melompat-lompat tau. Tak pernah-pernah abah aku tu teruja tanya soalan camtu kat adik aku. Pasal aku plak tu. Haha..


Patutnye mak aku la yang beria kalau pasal teman hidup anak-anak dia ni. Tapi sekarang dah terbalik plak. Mak aku cool je. Tapikan..aku suke ngan perubahan abah aku sekarang. Dah gemar jadi Pak Nam plak dalam rumah tu. Haha..banyak benda aku nak cite pasal perubahan abah aku ni. Nanti aku ingat balik, aku cite kt korang ek..Alahai bapak ku...Love u la daddy.Mmuahh..


notakaki: abah, anakmu ini masih belum berfikir tentang hal cinta. belum tiba saatnya.kalau jodoh anakmu ini sampai, akan aku khabarkan padamu..cukup rasanya aku katakan, aku sedang berkawan dengan 'seseorang'. bila semuanya clear, abah orang pertama yang tau ok..*nak gelak lagi la.hehe..*



..::Menu Baru::..


Aktiviti hari ni agak menarik pada waktu petang. Pesal plak waktu petang je..pagi tak best ke?? Yup..Pagi memang tak best pun sebab separuh hari aktiviti aku kat atas katil. Tak senonoh kan anak dara cam aku ni duk terbongkang atas katil sampai jam 9. Hehe.. Tahu kat mak ni, sure kena bebel. Ntah kenapa berat betul nak bangun awal dan wat keje kat workstation. Huhu..



Tengok, dah start melalut plak dah. Ok,ok..aku nak cite pasal aktiviti petang tadi. After balik dari BSN, aku ingat nak stay kat IRC. Alih-alih pak guard cakap sandal yang aku pakai tak leh masuk IRC. Apa kes?? Selama ni aku pakai sandal tu gak masuk IRC. Lepas je. Takde pun kena marah. Huhu..junior aku yang masuk lebih awal pun kena sound gak. Die lagi panas hati. Siap jerit b***h kuat-kuat plak tu . Haha..Tak tau la pak guard tu dengar ke tak.


So, keputusan terakhir adalah balik hostel dan memasak. Perut aku ni kat bank tadi lagi dah berbunyi-bunyi. Belum lunch lagi. Sampai rumah terus masak spaghetti. Haha..ni idea housemate aku la. Tetiba nak makan benda alah ni.


sedap gak melayan tekak ni ek..


Tengah-tengah masak tu, timbul idea nak wat resepi baru. Memandangkan kuah spaghetti tu sikit dan mee die banyak, so aku pun watla resepi sendiri setelah diubahsuai daripada resepi pizza meggi. Tak susah pun. Dan hasilnya.....


tadaa...valentine spaghetti pizza

Motif letak nama camtu sempena bulan Februari. Haha..boleh diterima tak? Ok what. Sape nak resepi, leh tinggalkan comment ok..hehe..Sedap dimakan untuk minum petang or masa breakfast.


Kami menjamu selera beramai-ramai sambil menonton slot akasia Na O Mei. Dak rumah aku sume dah jadi peminat setia cite ni tau. Asal jam 630 je sume dah berkumpul kat bilik Sab. Kalau turun gi exercise pun, make sure ni sebelum jam 630 dah ada kat rumah. Gile addicted betul. Haha.. Aku layan cite ni pun sebab ada Elly Mazlean. Suke tengok die yang comel tu. Kat luar ke kat dalam cite ke, memang semula jadi camtu pun cara die cakap. Soft spoken betul. I like..


notakaki: plan ke Kedah telah dibatalkan dan plan tersebut telah digantikan dengan pulang ke kampung halaman. So, leh la attend reunion kat Kuala Ibai dan wedding senior aku. Tambah 1 plan lagi, bersuke ria bersama my sibling di Gambang Resort City..Tunggu!!!!



Sunday, February 7, 2010

..::Rasmi Set Badminton Baru::..


Fuh..dah lama tak mengeluarkan peluh di petang hari. Latest aku exercise pun aku rasa awal bulan 1 kot..pegi gym ngan rumate n swimming. Pastu dah tak pegi-pegi dah.


Petang ni baru start balik. Padahal nak merasmikan set badminton yang baru beli semalam. Haha...Kekok gak nak main mula-mula tu. Last main badminton pun masa cuti sebelum masuk belajar kat sini dulu. Lama giler kan? Dah 7 bulan kot. Krem tangan ni ha..


Main punya main, abis gak 2 shuttle cock *betul ke nama die ni?hehe..* kiteorang kerjakan. 1 dah selamat masuk longkang..1 lagi dah tercabut2 bulu die. Haha..ganas tak kitorang main? Maklumlah..yang murah. At least peluh aku kuar gak. Biar murah, asal berbaloi..*Dah macam iklan celcom plak.*


Part paling best adalah masa melompat. Haha..cam tak caye je diriku ini masih boleh melompat tinggi. Rasa dah berat kot badan ni, tapi tadi aku dah buktikan yang aku leh melompat lebih tinggi. Yezza..Syok gile time lompat-lompat tu. Ringan je rasa badan. Pas ni solid la badan ku.. Hilang segala lemak-lemak yang suke suki menyorok ni. Harap-harap tak la hangat-hangat chicken shit *opie...curi peribahasa ko jap*


Tengah sejukkan badan. Pasni nak mandi plak. Ada plan nak makan ikan bakar di Lumut. Meleleh air liur..Sedapnya.



..::Cun Saja::..


Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja

Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta

Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu

Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..

Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut

Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay

Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh


Aku dah terminat dengan lagu dari sleeq ni. First time dengar cam pelik je lagu ni. Cam kelakar pun ada, tapi aku ni jenis yang tak heran dengan lagu camne sekalipun janji lirik lagu tu aku suka dan ada makna. So, lagu tu akan aku layan walaupun orang lain cakap lagu tu tak sedap pun..Layan....hehe



Saturday, February 6, 2010

..::Aku Rasa Aku Dah Gemuk::..


Dah lama aku perasan, tapi baru tadi aku mengesahkannya. Haha..lawak betul. Time aku gi Tesco dengan housemate aku tadi, kitorang terperasan alat penimbang kat sana. Pastu masing-masing duk berebut nak timbang dulu. Padahal kat rumah ni ada je alat penimbang.

Tula..xnak caye sangat. Tengok kat cermin pun leh tau berat tu dah naik, tapi still tak nak ngaku.


Bukan apa, bila aku timbang kat rumah, berat aku duk takat tu je. Mestila xcaya..Petang tadi baru la akur yang berat aku dah naik. Tapi still maintain la..Takla sampai overweight ke apa..BMI ideal ok..


So, tadi aku beli set badminton. Dah lama pun plan ngan rumate nak beli, tapi tak terbeli-beli pun. Saje nak mengisi masa lapang petang-petang. Tapi sekarang ni cuaca plak yang tak ok.. Asal petang je, hujan.. Pagi-pagi elok je panas terik. Nak tak nak, kena tengok cuaca gak la kalau nak turun main. Aku nak kembalikan berat badan aku yang dulu. Sebab aku tak suke sangat bila muka aku chubby. Hehe..


Tapi aku ok gak bentuk badan aku sekarang ni sebab takla nampak sekeping je cam masa degree dulu. Sampai kan banyak kali terjatuh. Dah macam papan je. Hehe..Sekurang-kurangnya ada gak perubahan dalam hidup aku. Dan aku semakin gembira sekarang. Aku bebas dengan hidup aku. *tetiba plak kan..motif??*


Dah tak sabar nak ke Kedah hujung minggu ni. Ada sesape nak ikut?? Muat lagi kalau nak naik CeCiL aku tu. Ada gak teman aku nanti..




Thursday, February 4, 2010

..::Aku yang Tak Berarah Tujuan::..


Aku dah start kelas, merangkap GA work aku untuk semester kedua ni. First day kelas, dah kena tunda dari jam 9 ke jam 12. Aku plak dari awal pagi dah bersemangat ni, bersiap sebab nak jumpa dengan student baru. Alih-alih, kelas kul 12 plak. Nak balik bilik, malas walhal bilik dekat je. Kang tak pasal-pasal aku sambung tidur plak. So, aku plan keluar ke Taman Maju untuk settlekan bahan untuk mengajar malam ni.


Mula-mula aku gi kedai photostat kat taman tu untuk anta buku nak photostat. Pastu aku gi bank in duit kat pejabat pos plak. Dah settle sume tu, aku sempat plak singgah klinik gigi yang baru buka tu. Niat hati nak bertanya beberapa soalan jela. Alih-alih melayan duit aku 70 ringgit. Hehe..


Ha..ni satu lagi tempat di mana aku dengan bermurah hatinya menyerahkan duit aku yang baru je masuk semalam. Haha..nak tahu kat mana??? Jeng..jeng..jeng...

v
v
v
v
v

aku gi bagi mandi CeCiL aku la...dah sebulan kot aku tak mandikan die..cian my hubby ni tau



tengok abg tu..bersungguh cuci hubby aku.Bagus-bagus..dan hasilnya

v
v
v
v
v
v
tadaaa.....






CeCiL ku dah kembali comel...


Malam ni plak aku dah bawa hubby aku tu jalan-jalan gi kelas tuisyen. Hehe..sayang sebenarnya nak bawa bila dah mandi bersih-bersih ni, tapi takkan nak simpan kat parking lot je kan. Kalau kotor nanti, kite gi mandi lagi eyh..


notakaki: CEO Petronas akan bertukar tangan daripada Tan Sri Mohd Hassan Merican kepada Datuk Shamsul Azhar Abbas bermula 10 Februari 2010. Tahniah



Monday, February 1, 2010

..::Bowling and Karoks Session::..


Aktiviti hujung minggu yang best. Hari Jumaat tu kan cuti, so aku ke Shah Alam..tolong kawan aku amik barang-barang dia kat umah sewa dia. Hari Sabtu plak, aku join kawan aku ni pegi wedding kawan dia kat Seksyen 16. Pastu petangnya kami bertolak balik UTP.


Aku nak cite kisah hari Ahad je sebenarnya. Tapi mukadimah mestilah baik punya.hehe..Semalam aku kuar bersama BF round bandar Ipoh. Kami berempat. Plan asal sebenarnya nak gi Zoo Taiping. Tapi memandangkan aku penat drive dari Shah Alam ari Sabtu lepas, so kami decided gi bandar Ipoh jela. Nak tau apa aktiviti kami kat Ipoh??? Sile la tengok gambar-gambar di bawah ye..


-rumate menunjukkan bakat-



-juara antara juara.hehe..-


-kasut kami sama.lalala-



-khusyuknye korang.tengok apa tu...-



-daya.me.yani-


-tuan punya blog tunjuk skill gak-


-eh,eh..yang belakang tu pun nak masuk gak.hehe..-


-try kedai makan baru kat depan Jusco..Ayam Penyet-




-air yang marvelous..siap ada jely-


-nasi ayam penyet.not bad..tapi tak leh lawan lagi nasi ayam penyet kat Tmn U,Skudai-


-next activity...karoks-


-thanks for sponsorship.haha..syok gile nyanyi ek-


Bestla kuar ngan korang sume. Happening sangat. Thanks kat kawan aku, Zie sebab belanja kami semalam. Next time, my turn plak ok..



..::Lata Kinjang + Warisan Kapal Korek::..


Seperti yang dijanjikan dulu. Aku nak upload gambar-gambar masa aku gi picnic kat Lata Kinjang last 2 week. So, enjoy yourself ok..Malas nak tulis panjang-panjang. Yang pasti, memang best woo..

-hampir sampai-


-watak-watak utama-


-kat depan pintu masuk-


-ni bahagian bawah je-


-gigih berjalan.semangat berkobar-kobar nak mandi ni-


-tuan punya blog bersama teman sebilik-




-inilah die aras paling tinggi.kami mandi di sini-



-wajib posing sebelum mandi manda-



-muka orang penat berendam.haha..gile selekeh-



-pas mandi,pekena cendol.syorga....kalau korang gi sini,wajib makan cendol ni ok..superb sedap-



-aktiviti seterusnya...ke warisan kapal korek.on the way dari Tapah ke Tronoh,ikut jalan Tg.Tualang-



-ada skill jadi minah lombong tak?haha..-



-depan kapal korek..besarrr punya-



-kapal korek lagi..-



-posing jap depan pintu masuk.time ni panas gile.still control ayu time bergambar-



-rumateku ala-ala pekerja kapal korek-



-suasana dalam kapal-





-nak balik dah-


-ni la die bijih timah-