Teman-teman

Monday, February 8, 2010

..::Menu Baru::..


Aktiviti hari ni agak menarik pada waktu petang. Pesal plak waktu petang je..pagi tak best ke?? Yup..Pagi memang tak best pun sebab separuh hari aktiviti aku kat atas katil. Tak senonoh kan anak dara cam aku ni duk terbongkang atas katil sampai jam 9. Hehe.. Tahu kat mak ni, sure kena bebel. Ntah kenapa berat betul nak bangun awal dan wat keje kat workstation. Huhu..



Tengok, dah start melalut plak dah. Ok,ok..aku nak cite pasal aktiviti petang tadi. After balik dari BSN, aku ingat nak stay kat IRC. Alih-alih pak guard cakap sandal yang aku pakai tak leh masuk IRC. Apa kes?? Selama ni aku pakai sandal tu gak masuk IRC. Lepas je. Takde pun kena marah. Huhu..junior aku yang masuk lebih awal pun kena sound gak. Die lagi panas hati. Siap jerit b***h kuat-kuat plak tu . Haha..Tak tau la pak guard tu dengar ke tak.


So, keputusan terakhir adalah balik hostel dan memasak. Perut aku ni kat bank tadi lagi dah berbunyi-bunyi. Belum lunch lagi. Sampai rumah terus masak spaghetti. Haha..ni idea housemate aku la. Tetiba nak makan benda alah ni.


sedap gak melayan tekak ni ek..


Tengah-tengah masak tu, timbul idea nak wat resepi baru. Memandangkan kuah spaghetti tu sikit dan mee die banyak, so aku pun watla resepi sendiri setelah diubahsuai daripada resepi pizza meggi. Tak susah pun. Dan hasilnya.....


tadaa...valentine spaghetti pizza

Motif letak nama camtu sempena bulan Februari. Haha..boleh diterima tak? Ok what. Sape nak resepi, leh tinggalkan comment ok..hehe..Sedap dimakan untuk minum petang or masa breakfast.


Kami menjamu selera beramai-ramai sambil menonton slot akasia Na O Mei. Dak rumah aku sume dah jadi peminat setia cite ni tau. Asal jam 630 je sume dah berkumpul kat bilik Sab. Kalau turun gi exercise pun, make sure ni sebelum jam 630 dah ada kat rumah. Gile addicted betul. Haha.. Aku layan cite ni pun sebab ada Elly Mazlean. Suke tengok die yang comel tu. Kat luar ke kat dalam cite ke, memang semula jadi camtu pun cara die cakap. Soft spoken betul. I like..


notakaki: plan ke Kedah telah dibatalkan dan plan tersebut telah digantikan dengan pulang ke kampung halaman. So, leh la attend reunion kat Kuala Ibai dan wedding senior aku. Tambah 1 plan lagi, bersuke ria bersama my sibling di Gambang Resort City..Tunggu!!!!



2 comments:

@juera said...

ak pnh bt pizza ngn megi..mmg sdp..meneleh air liuq noo...

rimieilya said...

betul2..sodap.lagi2 bila time lapa gle n xtau nk msk apa yg cpt dn pntas