Teman-teman

Thursday, May 27, 2010

..::Hidung Berdarah::..

Dah lama tak jadi, kali ni jadi plak. Panas sangat kot kat sini. Rasanya dah kerap kot aku basahkan kepala. Sebab tu gakla aku tak suka keluar time matahari tengah terpacak atas kepala ni ha..

Dah start pening-pening dah..Mau rehat dulu la..Chow..

..::Perasaan yang Menggembirakan::..

Hari ni aku rasa happening sangat. Maybe sebab nak balik esok kot. Tak tahu la..Tapi yang pasti,aku epy sangat. Apa yang buat aku epy adalah......

Semalam aku dapat tahu yang ex-classmate aku yang dah 13 tahun tak jumpa kapel ng kawan bf aku. Haha..Kecik betul dunia. Agaknya Tuhan wat camtu sebab nak temukan aku ngan kawan aku ni kot. Yela, dah lama sangat tak jumpa dia. Last jumpa pun masa last day dia kat sekolah sebelum dia pindah. Pastu terus lost contact. Sedih sangat. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu selalu lepak umah dia kat belakang sekolah. Kadang-kadang time weekend pun pegi main kat umah dia ngan kawan-kawan dalam kem. Best sangat. Rindu kenangan time jadi tomboy dulu. Haha..tomboy ke? Lalala..

Semalam gak my heart gtau sesuatu yang sangat penting untuk kami berdua. Macam tak caya plak. Terus tiba-tiba jadi nervous. Serius ke dia ni? Rasa cam nak cubit pipi sendiri. Tak percaya punya pasal. Teruja pun ada. Hehe

Malam ni ada kelas tuisyen. Hopefully budak-budak tu sume tak hyperactive. Huhu..tak larat nak melayan sorang-sorang yang banyak mulut. Macam-macam nak tahu. Tapi dorang sume comel-comel. Pastu esoknya dah boleh balik kampung..Hoorey.......

Wednesday, May 26, 2010

..::Jadual Hari Rabu::..

Rutin harian yang aku buat setiap Rabu selalunya sama je. Tak seperti hari-hari lain. Pagi-pagi cam biasala..take a breakfast..wajib dah ni. Kalau tak makan pagi, mau getar badan aku kul 9 kang.

Pastu wat keje skit, kemas-kemas skit sementara menunggu jam 1 nanti. 1-2 plak ke department untuk sesi knowledge sharing by PhD student. Good for us yang nak tambah knowledge dalam prospek yang berlainan. Yela kan, duk kat sini asyik belajar benda yang sama je. Sekali sekala tambah ilmu luar dari kepakaran kita, bagus gak kan.

After that, balik bilik..rehat-rehat jap. Layan cite Tasbih Cinta. Hehe..Memang makin geram je dengan cite ni. Selalu wat jantung aku sakit. Nak tunggu klimaks punya la lama. Ntah bila nak sampai part balas dendam. Hehe..

Sambil-sambil layan cite, kadang-kadang aku semak worksheet student untuk malam esok. Marking and check apa yang nak diajar pada budak-budak tu.

Petang plak kalau rajin jalan-jalan pasar malam. Boleh cuci mata skit. Hehe..

Malam plak masa untuk relax. Tak pun wat research skit. Sekarang ni agak malas skit la. Susah betul nak hilangkan sifat ni. Camne nak buat ek...ada suggestion x? Haiyaa..

Monday, May 24, 2010

..::Ku Ada Kamu::..

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
 
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
 
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
 
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu


Buat kamu yang bernama kekasih, terima kasih kerana hadir dalam hidupku. Walau apapun terjadi, aku tahu AKU ADA KAMU yang sentiasa disisiku...

Sunday, May 23, 2010

..::Aku dan Sesuatu::..

Selamat hari Ahad..

Tak tahu nak tulis apa sebenarnya tapi tangan rasa cam gatal je nak berblogging. Amik mood untuk wat keje. Dah bape hari aku asyik bersenang-lenang melayan cite kat tv, lepak-lepak baca magazine, marking assignment student dan yang paling banyak skali...makan. Sampaikan aku dah tak tahu berat badan aku dah naik bape kilo agaknya. Rasa cam dah tembam sangat pipi ni. Bila berat bertambah, tahap kemalasan pun bertambah gak. Tu yang wat aku lemah je. Huhu..tak boleh jadi ni.

Nak tak nak this week kena siapkan keje yang bertimbun sebelum bercuti hujung minggu ni. Wajib siapkan. Kalau takde progress, aku gak yang risau lebih-lebih. Ha..time tu mula la nak gelabah mak enon. Sume keje tak dapat buat. Baru padan muka ko ye cik rimie. Hehe..

Sambil-sambil buat keje, aku menghitung hari gak ni untuk balik. Korang mesti tau sebab apa kan?? Betul tak? Ye, pandai pun korang. Actually dah sebulan aku tak jumpa buah hati aku. Rindu tak payah nak cakapla. Dah menggunung pun. Sepanjang hampir 3 bulan kami kenal, baru 3 kali kami jumpa tau. Perit betul bila duk berjauhan ni kan. Menanggung rindu jela kejenya. 

Tujuan aku balik kali ni pun sebab nak settlekan sesuatu yang agak penting selain nak menghadiri wedding bestfriend aku, Jijie. Apa yang penting sangat tu?? Hurm, stakat ni kena rahsiakan dulu la. Tak boleh nak hebahkan lagi. InsyaAllah, nanti aku bagitau punya kat korang sume ok. Doakan semuanya ok ye..

(^_^)

Saturday, May 22, 2010

..::Hujan Oh Hujan::..

Best kan bila hujan turun. Bukan hujan yang ala-ala je tu..tapi hujan lebat sampai dapat sejukkan jalan tar yang membahang. Lebih-lebih lagi bila cuaca asyik panas je sekarang ni kan. 

Dari petang semalam sampai jam 10 pagi tadi, hujan tak berhenti mencurah membasahi bumi UTP ni. Alhamdulillah, syukur. Sejuk sangat tidur semalam. Tapi tengah malam tu aku tersedar. Tiba-tiba je rasa cam sakit sangat hati ni. Rasa cam senak. Bila try pejam mata, hati aku cam lemas. 

Ntahla..tak tahu camne nak explain. Memang susah gile nak tidur balik. Dah tak dapat tidur tu, aku bangun gi amik wudhuk sume. Maybe ada gangguan something kot. Pastu aku try tidur balik. Alhamdulillah, terus lena sampai subuh.

Tu kes aku, sekarang aku nak cite kes buah hati aku plak. Dia ni sangat la alah pada hujan. Asal kena hujan sikit je, mesti demam. Kalau demam sekejap tu, tak kisah mana la kan. Ni tak, kadang-kadang amik masa seminggu gak nak sembuh. Sampai kena cucuk sume, baru ok. 

Alahai sayang aku sorang ni.. Tadi pun dia balik keje dalam hujan. Bila dia gtau aku, mula la aku kat sini dah start risau. Cepat-cepat suh dia mandi. Satu benda yang aku salute ngan dia adalah dia ni rajin sangat makan ubat. Tak payah kena suruh, dah telan ubat siap-siap dah. Hehe.. I like. 

Takmo main hujan lagi ye sayang..

Friday, May 21, 2010

..::Mesti Tanya Hal yang Sama::..

Sekejap je kan masa berlalu. Sedar-sedar dah nak masuk 21hb Mei dah pun. Hurm, tadi berborak dengan mak. Macam takde apa yang nak dibualkan melainkan soal kawen..kawen..kawen...Haish, ni la yang buat aku lemas nak telefon mak ni. Kalau abah memang takkan tanya la sebab abah suka guna orang tengah...dan orang tengah tu tak lain tak bukan, mak la orangnya. Hehe..

Hujung minggu depan aku berkampung di Terengganu. Syoknya..Tak sabar nak lepak-lepak kat rumah, jumpa buah hati dan pegi wedding bestfriend.

Ok, sudah jam 12..Mahu berbual dengan buah hati sekejap sebelum tidur...Selamat malam semua.
 

Tuesday, May 18, 2010

..::Kenapa Perlu Diungkit::..


Bengang je rasa arini. Pagi-pagi lagi mood aku telah diganggu oleh satu mesej dari kawan lama. Haish..Potong stim betul la. Aku dah lupa pun semuanya tentang dia, tapi kawan aku ni bangkitkan plak dah.

Sejujurnya memang aku dah lupakan segala. Walaupun pada awalnya bukan mudah, tapi alhamdulillah..Tuhan Maha Besar. Dia menghapuskan segala yang terakam di minda aku sejak permulaan perkenalan kami. Tiada juga dendam yang tersemat di hati.

Apa yang aku leh cakap kat sini, semoga dia bahagia dengan hidup dia sekarang.

Adios (^_+)



Monday, May 17, 2010

..::Tukar Baju Plak::..


Cantik tak baju baru blog aku ni? Hehe..dah boring dengan baju yang lama, so hari ni bagi baju baru plak. Cuma theme die je tetap sama...HITAM.

Semalam telah berlangsungnya majlis sambut menantu untuk perkahwinan ex-coursemate aku semasa di UTM. Majlis tu kat Teluk Batik. Super nice place. Sambil memenuhi jemputan, boleh makan angin kan. Kiranya dah 2 kali la aku dah sampai ke Teluk Batik tu.

Majlis berlangsung dengan meriah. Time aku datang tu memang dah ramai pun orang. Tak cukup tempat nak makan. Bila sudah makan, baru beransur lega. Makanan super delicious, lebih-lebih lagi acar buah yang sememangnya favourite aku. Biarpun pedas, aku makan gak. Pastu mulalah perut dah meragam. Haha.. Plus ada cendol yang sedap...

Pengantin sangat cantik dengan make up yang natural. Baju pun cantik. Memang sesuai dengan kulit Pya yang putih tu. Papepun, tahniah ye bagi pasangan Sofia dan Siddiq (macam janggal plak panggil Siddiq kan..slalu panggil Abu je. Theee)

So, layan pic kat bawah ye..

aku diapit oleh pasangan pengantin.hehe

jumpa ex-coursemate yang lain.sonoknye..

Tadaa..ni la die teman aku masa ke Teluk Batik, kak Syuk..n sorang lagi, yang tlg rakamkan pic ni, Zie..tenkiu sebab teman


Sunday, May 16, 2010

..::Selamat Hari Guru::..


Selamat Hari Guru

buat guru-guru yang pernah mengajar aku dari

Tadika Kemas Felda Kemelah(johor),SK LKTP Kemelah (johor), Sek.Agama Felda Kemelah (johor), SK Desa Pahlawan (kelantan), Sk Durian Mas 2 (terengganu), SMK Durian Mas (terengganu), SMT Dungun (terengganu), KMPH (pahang), UTM (johor) dan UTP (perak)

tak lupa juga untuk rakan-rakan yang kini telah menjadi guru..

Selamat Hari Guru




Saturday, May 15, 2010

..::Hijau Daun::..


Aku sekarang ni tengah addicted dengan lagu dari band HIJAU DAUN~suaraku berharap..sangat masyuk la lagu ni...Dah dengar berulang kali dari tadi..lalala (^_^)


Satu lagi berita yang membuatkan aku epy sesangat malam ni adalah perkhabaran tentang abang aku.. Mak aku gtau tadi yang abang aku dah menyuarakan hasrat dia nak bertunang. Wiwi...seronoknya. Harap-harap jadi la..Angah, kalau nak bertunang wat time org balik rumah ye. Kalau tak, org xdptla nak tolong angah wat hantaran sume. Hehe.. Ok, layan lirik lagu kat bawa ni ye..Lalala...


Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku s’lalu dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu
Aku menunggu




..::Alahai MoodKu::..


Kenapa la mood malas ni masih ada dalam diri aku? Aritu dah elok-elok buat keje, dah bersemangat pun. Alih-alih, bila tiba hujung minggu je terus hilang mood nak buat keje. Haish..payahla kalau mood ni masih berterusan..


Hurm,esok nak pegi Teluk Batik. Ada wedding invitation..sape nak ikut? Ada 1 seat kosong lagi..


Actually mood balik kampung dah start datang walaupun tarikh nak balik kampung tu lagi 2 minggu. Rindu punya pasal. Nak rest kat umah + pegi wedding my bestfriend. Huhu..tak sangka kawan baik aku sorang ni dah nak kawen. Sah-sah bila aku g umah die nanti mak die akan tanya pasal aku plak. Yela, kami dahla bersekolah sama, jadi rumate plak tu. Alahai..


Ok,ok..jom start wat keje. Lupakan mood balik kampung tu buat sementara waktu ok..Time free baru leh amik mood tu smula...



Thursday, May 13, 2010

..::Cinta dan Mencintai::..

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?

ketika kita menangis ?

ketika kita membayangkan ?

Itu karena hal terindah di dunia ini

TIDAK TERLIHAT…


Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita

kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa yang dinamakan CINTA.

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.

Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan…

Tapi ingatlah…
melepaskan BUKAN akhir dari dunia,
melainkan awal suatu kehidupan baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,

mereka yang tersakiti,

mereka yang telah mencari…

dan mereka yang telah mencuba.
Kerana MEREKALAH yang bisa menghargai
betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…

CINTA yang AGUNG adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya

CINTA yang AGUNG adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia

CINTA yang AGUNG adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum dan berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil…

BEBASKAN dirimu…

biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi.

Ingatlah…

bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…

Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.

HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kamu buat.


TEMAN SEJATI…

mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’,menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ‘bolehkah saya masuk ?’.


MENCINTAI…

BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN..

BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN..

BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN

Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati dibandingkan menangis tersedu-sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang

Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang..Tapi ketika CINTA itu TULUS,meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN kerana orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai. MELAINKAN…BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI.

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari….



Wednesday, May 12, 2010

..::Piala Thomas::..


Piala Thomas dah pun bermula. Rasanya aku tak ketinggalan lagi nak cakap pasal Piala Thomas ni. Tapi takdela nak cakap banyak pun sebab aku bukannya tau sangat. Skit-skit tu ada la..


Pas maghrib tadi aku gi pasar malam dengan osmate. Time balik tu kami dikejutkan dengan bunyi sorakan dan jeritan di cafe. Tersentak juga mula-mula tu. Pastu baru teringat masa tu tengah berlangsung perlawanan antara Malaysia dan Denmark. Dahla semalam Malaysia kalah dengan Jepun. Haiyaa..Bukan setakat kat cafe je,kat blok perempuan pun sama. Hehe..


Bila sebut pasal badminton, ingatan aku terus mengingati seseorang..Sape? Of course my beloved dad. Kalau aku ada kat rumah time ni, mesti dengar suara aku ngan abah bersorak depan tv. Ah, rindunya kat abah..Saat-saat macam tu dah lama berlalu. Bila jauh dari family, satu-satu kenangan muncul..buat aku tak sabar nak balik.


Dah,dah...jangan nak bersedih plak. (^_^)


Esok dah genap 2 bulan hubungan aku dengan my heart. Wiwi..Makin mekar bunga-bunga cinta kami. Masing-masing menanggung rindu yang menggunung. Haha..sabar ye sayang. Hujung bulan ni kite jumpa k..Kite gi shopping sama-sama, tengok muvie pastu jalan-jalan..Sonoknye..



..::Menanti dan Penantian::..

Menanti adalah menggenggam erat harapan
menanti adalah sikap bumi yang tetap setia
menanti adalah sabarnya gurun menunggu hujan

Penantianmu bagai tegarnya gunung yang menjulang
Penantianmu bagai lingkaran penuh yang bulat sempurna
Penantianmu bertahan ditengah riuh badai kerinduan
Penantianmu adalah kesetiaan yang murni abadi

Penantianku adalah air tenang yang memantulkan sinar sang bulan
Penantianku adalah riak kecil di sungai yang lembut membelai teratai
Penantianku adalah buih ombak yang bergulung merembesi pasir pantaimu
Penantianku adalah cinta kasih yang tak pernah mengalah pada waktu

Detik, minit, jam, hari… berganti
Detik menusuk
Minit menikam
Jam melingkaran
Hari melukai…

Namun kita tetap menanti
kerana penantian kita adalah cinta kasih tak terperi
yang luka nyilu namun menempa diri untuk bertahan
dan bertahan
Demi cinta itu sendiri
kita mampu mengerti
dan tetap menanti…



Tuesday, May 11, 2010

..::Rasa Macam Ada Yang Makan Kasut Aku Je Arini Tau::..


Hari ni ada sorang ni bikin aku panas hati jela..Tension betul. Ntah sampai bila nak berubah pun aku tak tahu. Anak dah berderet, tapi masih tak insaf-insaf. Camni ke nak jadi bapa contoh? Lelaki yang bertanggungjawab? Haish...hilang mood aku nak wat paper conference.


Arrrgghhhh!!!!!!!



..::Motivasi Diri Anda::..





“jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam. jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim. tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji… ”


“kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan…”


” hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan..”


” hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan “(hanieta wahab)


HADIAH TERBAIK:………

kepada kawan…….kesetiaan,

kepada musuh……….kemaafan,

kepada ketua………… khidmat,

kepada yang muda…… contoh terbaik,

kepada yang tua…….hargai budi mereka dan kesetiaan

kepada pasangan…… cinta dan ketaatan

kepada manusia…… kebebasan


“kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki… .”(A.L Alek Wong)


“sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman…….”



Monday, May 10, 2010

..::Tajuk Apa Ek Nak Letak::..


Dah masuk ari Isnin pun. This week dah takde kelas dah. Bebudak sume dah start study week. Cam cepat je masa berlalu untuk sem ni kan. Aku rasa cam baru semalam aku masuk sem 2. Haha..mengarut kan?? Motif cakap camtu sebab taknak fikir pasal sympo je sebenarnya.


Today, aku kena jaga test terakhir bagi GA work aku. Dari jam 5 sampai 7. Melepas tengok AdaMaya la jawabnya. Takpe,takpe..leh suh rumate downloadkan. Apa nak buat pagi ni?? Aku tengah bersiap-siap nak g jumpa sv ni. Terawal plak siap. Opis pun tak buka lagi. Hehe..


Tak sabar nak balik hujung bulan ni. My bestfriend's wedding. Sonoknye.



Saturday, May 8, 2010

..::Busy Kalah YB::..


Lama tak menulis. Asyik blog hopping je sejak last entri aku yang kat bawah ni. Takde mood nak menulis + agak busy dengan assignment student dan research aku sendiri. Mood malas juga sedang bermaharajalela dalam diri aku. Rasa macam nak tampar diri sendiri laju-laju supaya sedar yang masa semakin suntuk.


(T_T)


Esok adalah hari bermakna bagi ex-classmate aku masa kt UTM dulu. Sedihnya tak dapat pegi majlis dia kat Muar sana. Tersangatlah jauh untuk aku pegi. Memandangkan majlis sebelah lelaki akan diadakan di Lumut, so aku amik keputusan datang yang dekat jela. Walaupun tak dapat jumpa kawan-kawan yang lain, at least aku dapat jumpa Puan Sofiah Abdullah(esok dah tukarla title ko ye, Pya.hehe..). Terubat gakla rindu sama kawan-kawan yang lain. Sorry u all, aku tak dapat turun Muar.


Hadiah untuk pengantin? Mestilah dah beli. Cuma belum balut je lagi. Saje aku nak balut sendiri. Lagi puas hati daripada balut kat kedai. Apa yang aku beli? Rahsia. Hehe.. Hadiah ni telah dicadangkan oleh rumate dan osmate aku. Dorang kata hadiah ni bagus untuk pasangan yang baru nak melangkah ke alam rumah tangga. Tak sabar plak nak pegi ke majlis Pya.


Actually jadual aku padat sangat. Sebab tu tak dapat nak turun Muar. Jadual dah penuh sampai hujung bulan 6. Wah, dah macam YB je aku ni sampai nak penuh-penuh jadual kan..hehe..Yup, tulah hakikatnya. Aku kena pandai planning perjalanan hidup aku. Nanti mula la kelam kabut. Ok, jom buat keje....



Sunday, May 2, 2010

..::Shopping Time::..


Bosan gile semalam. Kuar breakfast ngan rumate dan anta housemate nak balik KL. Pastu terus ke Ipoh...apa lagi, shopping la.Hehe..

Tujuan asal nak mencari baju kurung baru untuk menghadiri wedding kawan-kawan nanti. Kami ke Greentown Mall. Kat sana memang banyak jual baju kurung. Dari bulan lepas dah aim kat mall ni kalau nak beli baju kurung. Pencarian yang success. Jumpa baju kurung yang sangat sweet dengan harga yang berpatutan. Berbaloi gitu. Haha..Then, mencari kasut plak. Dapat gak yang berkenan di hati. Seronoknya. Aku pilih warna favvy my heart. Lalala..

Shopping-shopping skit pastu terus ke destinasi seterusnya. Ke mana???? McDonald la...nak makan yang McDonald's Doubles tu. Syok abis bila dapat makan time hujan lebat. Rumate makan Double Spicy Chiken McDeluxe dan aku amik Mega Mac. Wee..


Puas hati gile shopping semalam. Teruja pun ada. Aku tunggu housemate aku sorang lagi balik, pastu nak pegi shopping barang dapur ngan die plak..Hilang stress tu..



Saturday, May 1, 2010

..::Selamat Hari Pekerja::..


Hoho...hari ni cuti hari buruh kan. Kat sini, semalam lagi dah cuti. Tapi bagi aku sama je cuma rasa teruja gakla sebab sepatutnya aku ada kelas semalam.


Ke mana ek nak pegi hari ni. Bosan plak. My heart ada tournament futsal hari ni. Mesti die jarang mesej aku. So, kalau aku kuar jalan-jalan hari ni ok gak rasanya. Semalam dah bagitau kat my heart pun, nak kuar gi Ipoh..cari baju kurung baru untuk wedding Pya. Wee..seronoknya. Dah nak kawen pun kawan aku sorang tu..Cam tak caye je. hehe...


Jengah ke luar tingkap, gerimis dah mula turun. Haiyaa..syoknya kalau tido balik ni. Sejuk je. Hehe..So, pape hal pun aku kena tunggu rumate aku anta keta die kat member die dulu. Baru kami boleh kuar shopping. Yezza..