Teman-teman

Monday, May 17, 2010

..::Tukar Baju Plak::..


Cantik tak baju baru blog aku ni? Hehe..dah boring dengan baju yang lama, so hari ni bagi baju baru plak. Cuma theme die je tetap sama...HITAM.

Semalam telah berlangsungnya majlis sambut menantu untuk perkahwinan ex-coursemate aku semasa di UTM. Majlis tu kat Teluk Batik. Super nice place. Sambil memenuhi jemputan, boleh makan angin kan. Kiranya dah 2 kali la aku dah sampai ke Teluk Batik tu.

Majlis berlangsung dengan meriah. Time aku datang tu memang dah ramai pun orang. Tak cukup tempat nak makan. Bila sudah makan, baru beransur lega. Makanan super delicious, lebih-lebih lagi acar buah yang sememangnya favourite aku. Biarpun pedas, aku makan gak. Pastu mulalah perut dah meragam. Haha.. Plus ada cendol yang sedap...

Pengantin sangat cantik dengan make up yang natural. Baju pun cantik. Memang sesuai dengan kulit Pya yang putih tu. Papepun, tahniah ye bagi pasangan Sofia dan Siddiq (macam janggal plak panggil Siddiq kan..slalu panggil Abu je. Theee)

So, layan pic kat bawah ye..

aku diapit oleh pasangan pengantin.hehe

jumpa ex-coursemate yang lain.sonoknye..

Tadaa..ni la die teman aku masa ke Teluk Batik, kak Syuk..n sorang lagi, yang tlg rakamkan pic ni, Zie..tenkiu sebab teman


No comments: