Teman-teman

Tuesday, November 30, 2010

..::Geramnya::..

Rasa dah berasap je kepala aku gara-gara menahan geram. Mujurla tahap kesabaran aku masih banyak. Tapi aku tetap nak lepaskan geram aku kat sini. Ni jela tempat yang boleh buat aku release.

Apa korang buat bila korang nak mintak hutang yang kawan korang pinjam pada korang?

Bagi cadangan sikit kat aku boleh? Dah buntu ni. Please...

Monday, November 29, 2010

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!




..::Mengapa Rindu Ini Milik Kamu::..


Ada rindu dalam hati..
Rindu yang tak pernah padam untuk seseorang..
Seseorang yang kini telah menakluki dan memiliki hati ini..
Hati yang sebenarnya telah kering kerana cinta.. 
Hati yang telah kecewa kerana cinta sekian masa dulu..

Kini cinta itu kembali berputik..
Semakin hari semakin mekar..
Subur tumbuh dalam taman milik seorang puteri..

Kamu telah berjaya menyegarkan kembali bunga cinta yang pernah layu dek kerana racun perpisahan..

Walaupun sang putera tidak memiliki ciri-ciri yang diidamkan oleh sang puteri, tapi..
Mengapa RINDU dihati ini milik kamu?
Mengapa semakin hari semakin bersinar cinta yang kusam suatu ketika dulu?

Biarpun kau bukan pilihan dihatiku, aku tetap ikhlas dengan cinta ini..

Kerana kesungguhanmu..
Kerana kesetiaanmu..
Kerana kesabaranmu..
Kerana keikhlasanmu..
Menungguku hampir 12 tahun untuk cinta ini

Dengan itu..sememangnya kamu berhak memiliki rindu ini
Aku sayang kamu selamanya...

Sunday, November 28, 2010

..::Bruce Lee is My Brother::..

Yeah..memang takde entri pn semalam. Tak caye? tengok date post yang lepas dengan post yang hari ni. Betul tak? Sebab ape takde entri semalam??

Sebab......

Cik rimie pergi dating. Haha.. Eh, betul la. Tak caye lagi la tu. Huh.. Semalam kan, kite kan, jumpe kan, dengan buah hati kite..dengan menaiki buah hati kite yang kedua..Haha.. Geli je baca bila tulis camtu. Ni la cara aku cakap masa kecik-kecik dulu. Korang pun aku rasa cakap camni gak dulu-dulu.. Eleh, taknak ngaku la tu.

Ok, ok..serius plak. Semalam aku meredah seorang diri ke Selangor. Dari awal pagi sampai lewat petang. Buat apa? Kan dah cakap tadi..Jumpa buah hati la. Kesian buah hati dah sebulan tak jumpa. Paling last jumpa pun masa kami balik kampung sama-sama sebulan yang lepas. Dia tak dapat cuti dan hanya hari Sabtu je dia off. Huhu.. So, terpaksala aku yang ke sana. Hehe.. Dapat juga kami jumpa walaupun tak lama. At least, dapat kurangkan rindu di hati.

Masa kami keluar tu sebenarnya dah plan nak tengok cite Ngangkung, tapi nasib tak berapa baik MBO kat Kepong takde tayang cite tu. So, kami pilih cite Bruce Lee is My Brother. Dalam panggung tu hanya kami je melayu. Penonton yang lain sume cina. Yang tua-tua la paling ramai. Hehe.. Tak kisahla janji cite tu best.

Walaupun tak banyak lawan-lawan, aku tetap berpuas hati dengan jalan cerita dia. Tambahan pula, Arief Lee a.k.a pelakon utama filem ni sangat hensem. Hehe.. Tak rugi kalau tengok cite ni kalau nak dibandingkan cite 2 Alam tu. Ops...kang kena hentam plak kalau cakap pasal 2 Alam ni. =P Seriously cite 2 Alam ni tak best pun. Bak kata abang aku la. Die cakap rugi je pegi tengok dengan awek die haritu. Baik tengok Harry Potter je. Hehe..Nasib la,Ngah..

Harini aku abiskan masa dalam bilik je. Mood nak berjalan dah takde. Tapi misi untuk tengok cite Ngangkung masih diteruskan. Maybe esok or lusa.. Sape yang dah tengok cite Ngangkung??? Best tak??

Friday, November 26, 2010

..::Dah Macam Mat Gian Je::..

Syok bila jarum suntikan menjunam ke isi tubuhku yang lembut..

Dah lama kot tak kena suntik. Akhir kalinya 2 @ 3 tahun lepas kot. Tengok, aku sendiri pun tak ingat. Hehe..

Ni sume gara-gara tangan bengkak pagi tadi. Aku dapat injection kat bahu. Merasa gak pegi klinik 1 Malaysia. Hehe.. Selalu je aku lalu depan klinik ni. Asal lalu, mesti penuh. Asal penuh je, mesti aku lalu depan klinik ni. Tadi nasib aku baik sebab hanya 2,3 orang je yang ada dalam klinik tu. So, cepat skit turn aku.

Tenkiu to Dr Nizam yang merawat aku dengan baik sekali. Doc camni la baru bagus. Tak payah bagi ubat pun pesakit dah rasa sembuh dengan layanan doc yang baik. Tak macam doc kat klinik xyz tu... Dr Nizam cakap maybe aku kena sengat dengan tebuan kecik semalam. Tu yang kena inject tu. Huhu..

So, sekarang masanya untuk merebahkan badan di katil empuk. Doc dah pesan awal-awal injection yang dia bagi tu akan buat aku mengantuk. Dengan ubat-ubat yang banyak, kepala aku cepat je rasa berat dan lali. Hehe..

Jom tido...

..::Owh Buah Hatiku Sayang::..

Cite dah lama pun. Basi dah kot..Tapi nak cite gak. 

Ni kisah sebelum aku balik raya..Hantar buah hati aku pegi klinik. Tak sihat plak. Bahaya je kalau tak hantar awal-awal, nak makin teruk sakitnye. Biarla duit aku abis untuk buah hati aku ni janji aku tak susah hati..

Meh tengok buah hati aku kena cek dengan doktor. Pucat je..

 *

*

*

*

*

*

*

*

*

tengok tu..pucat je kan??
gayat la tu naik tinggi2..

Actually chamber kit keta aku dah rosak. So, sebelum lebih parah baik aku anta bengkel dulu. Dahla aku selalu naik turun genting setiap kali nak balik rumah. Huhu..kalau tak repair awal, takut terbabas plak time drift kat sana. =p

..::Ape Dah Jadi Ni::..

Ntah serangga ape yang dah gigit tangan aku semalam. Masa mula-mula kena, aku ingatkan nyamuk yang gigit. Bangun pagi tadi aku rasa tangan kiri aku lenguh sangat. Pastu bila aku cek, dah jadi camni dah tangan aku. 

bengkak semacam je ni..merah2 plak tu


Picit-picit kat tempat bengkak tu, rasa sakit plak. Camne leh jadi camni?? Sampai sekarang tangan kiri aku still lenguh-lenguh.. Nak siap2 pegi klinik 1Malaysia la...
 

Tuesday, November 23, 2010

..::Geli Mat::..

Baru je selesai menonton drama Asmara kat tv3.
Awal-awal dulu aku tak layan pun cite ni. Tapi lama-lama cam best plak. Walaupun cite die agak slow, tapi best je layan...

Part last tadi buat aku geli mat mat..
Huhu.. Baru aku tau yang tunang bestfriend Asmara tu rupanya gay. Ish, sangat la tak sesuai pelakon tu jadi mamat lembut. Haha..

Tak sabar nak tunggu next episod..
Jom kite beradu... Nite all

..::Malas & Teruja::..

Dua perkara yang berbeza...
Tapi tula yang aku rasa sekarang ni..
Ntah ape nak jadi dengan diri aku sendiri pun tak tahu..

Lately ni perasaan MALAS yang amat menguasai diri..
Symposium tinggal seminggu dua je lagi, aku plak boleh relax2 je. Memangla paper sume dah siap, tapi tak boleh malas2. Banyak lagi benda nak settle.. Haish..

Sepanjang hari ni aku asyik blog walking je..
Kesnya bila aku tengok2 picas junior aku kawen aritu. Duk usha2 blog dia sampai dah menyimpang ke mana2 dah..

Pastu terjumpa blog yang super duper ciut. Blog Kak Aty a.k.a Aku bukan Bidadari...
Syok sangat baca entri Kak Aty, lebih2 lagi tentang persediaan perkahwinan dia. Kebanyakkan persediaan tu dia buat sendiri..

Of course la kan buat sendiri. Ape aku ni cakap belit2..
Maksud aku....
Dari id bilik pengantin, decoration sampaikan ke benda2 kecik dia yang buat sendiri dengan kekreatifan beliau..

Aku TERUJA beb.. Pastu mula la berangan masa wedding aku nanti nak buat sendiri gak. Haha.. Berangan jauh tu.


Tak salah kan kalau berangan untuk diri sendiri. Lagi plak aku pun dah tak lama lagi nak kawen. For sure kena pikir benda2 ni..
Wah, semangat je bila cakap hal kawen. Pape hal pun kena tunggu abg ngah lepas dulu la. Mana tau dapat idea baru plak nanti..


Dah2...
Berhenti berangan dan sambung keje balik ye cik rimie...


n.o.t.a.k.a.k.i: tak sabarnye nak tunggu saat family DIA datang merisik. =)
 

Sunday, November 21, 2010

..::Terengganu-Perak::..


Salam Aidiladha...

Dah lama tak update blog. Sebelum balik kampung hari Isnin lepas, tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua rakan-rakan blogger. Rasanya sempat lagi kot aku ucap sekarang. 

Hampir seminggu gak la aku di kampung. Seronok. Semua adik beradik balik. Hari-hari dapat makan daging fresh sampaikan kepala aku pening. Haha.. Tapi sedappp... Raya korban kali ni abah amik bahagian juga. So, dapatla tengok adik dan abang aku potong daging kat rumah. Time sembelih tu tak sempat la sebab dorang sembelih kat tempat lain. Habis 1 rumah bau hamis daging. Adik pempuan aku yang bongsu sampai tak leh makan lauk yang mak aku masak sebab katanya rumah bau lembu. Haha.. Kelakar je. Last-last megi gak yang die bedal.

Hari ni aku balik berdua. Dengan adik aku. Tapi die sampai Temerloh jela. On the way ke Perak, melalui jalan Genting.. boleh plak keta ex bf aku depan keta aku. Huhu.. Masa sampai kat polis guard yang last tu, aku dah perasan keta depan tu plat Perak. Tapi bukan keta dia. Lepas keta yang aku kata tadi tu aku potong, baru aku perasan yang keta depan aku ni macam pernah aku tengok je. Stiker, plat, perhiasan dalam keta tu sume aku pernah tengok. Rupa-rupanya memang keta dia. Kecik kan dunia ni? Ingatkan dah tak jumpa dah. Mujur gak dia berhenti kat perhentian rehat. Kalau tak, berlumba la aku ngan dia sampai UTP. Ops, lupa plak. Aku rasa belum terlambat kot aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada ex bf aku tu. Semoga dia bahagia la.

Ada 1 hal lagi yang buat aku runsing sangat ni. Huhu..Aku dapat surat penangguhan belajar gara-gara tersalah hantar form sebelum raya puasa lepas. Rasa-rasa leh cancel tak ek? Kalau tak boleh, terpaksalah aku balik kampung semula. Mujur gak penangguhan tu sampai hujung bulan 12 je. Kalau 1 sem, naya aku. Huhu.. Esok nak pegi settle dengan PGO dulu. Mana tau leh cancel kan. Moga-moga boleh..
 

Sunday, November 14, 2010

..::Aku Terkilan::..

Huhu..
Sedih je rasa malam ni..

Baru tahu kawan sekampung nak kawen hujung minggu ni
Agak terkilan gak la sebab tau last minute
Tu pun dia cakap sebab tak dapat join pegi wedding junior kami nanti

Pape pun aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU ye kawan
Semoga kau bahagia selamanya...


n.o.t.a.k.a.k.i:will update pasal jalan-jalan di Taiping nanti ye..Sok nak balik kampung dulu.beraya bersama jurnal dan paperwork

Friday, November 12, 2010

..::Syukur::..


Setelah 3 hari aku berulang alik ke Ipoh, akhirnya siap juga data collection terakhir aku untuk master. Hopefully tak kena repeat data collection. 

Sepanjang 3 hari tu, macam-macam gelagat yang aku tengok. Dari pagi sampai petang. Data collection kali ni tak memerlukan aku untuk gerak awal pagi dari hostel dan pulang lewat petang macam yang sebelum ni. Tapi kepala aku tiap-tiap hari gak la pening bila balik dari sana. Huhu..

Gelagat pada hari pertama sangat menggeletek hati aku. Hati aku cakap, ada gak orang camni sekarang ni ek. Kan aku distribute questionnaire kat orang ramai, so of course la aku nakkan detail dorang dan juga pendapat dorang. Meh ikuti perbualan aku ngan sorang mamat ni..

Aku: Bang, mintak maaf ganggu sekejap. Saya tengah buat kajian kat sini. Boleh tak saya amik masa abg sekejap untuk isi borang survey ni.

Mamat X: Hurm, boleh..

Tengah-tengah tulis tu dia tanya something

Mamat X: Ni sape punya?

Aku: Saya punya (jawab sambil blur-blur)

Mamat X: Dah tu kenapa tak tulis sendiri..
Aku: ????? 

Aku pun terangla balik tujuan aku kasi borang tu kat dia

Mamat X: Umur berapa?

Aku: 24..kenapa?

Pastu aku nampak kat borang tu dia tick jantina dia pempuan. Ah, sudah... Rupanya dia masih tak faham nak kena buat apa. Sekali lagi aku terang kat dia bagi lagi jelas. Haiyakk... Aku terus pandang tempat lain dan bagi dia jawab semua soalan dalam borang tu. Sambil tu aku tersenyum sendiri.. =)

Gelagat hari kedua takla kelakar cam hari pertama. Cuma aku ditegur oleh seorang brader melayu terakhir. Brader ni suh aku sertai kursus bahasa melayu. Adoyai.. Aku datang tempat tu pun sebab nak siapkan study aku. Ni plak dia suh aku masuk kursus tu. Boleh plak dia sindir aku sebab aku cakap aku tak berminat. Huhu..Dahla pakai baju yang sama selama 2 hari. Hari sebelumnya pun dia ada cuma tak tegur aku je. Hehe..

Gelagat hari ni adalah salah tegur orang. Aku ingatkan orang tu orang Malaysia. Sekali mamat Indon. Hehe.. Muka dah takleh beza, camne la aku tak salah tegur. =) 

Sepanjang 3 hari tu, aku dapati ramai gak yang duk kat stesen bas tu bukan dari rakyat Malaysia. Ada juga yang dari golongan rakyat Malaysia, tapi tak reti membaca. Huhu.. Papepun, time kasih la pada dorang yang sudi bagi kerjasama kat aku. Selesai tugasan aku. Sekarang leh fokus analyse data sepenuhnya. Tak sabar nak abiskan master.

(^_^)

Wednesday, November 10, 2010

..::Mood::..


Lately ni mood malas aku makin menjadi-jadi la. Camne nak buat ek? Aku dah puas dah aku cari mood rajin aku. Ntah ke mana hilang ntah. Asyik tangguh keje je sekarang ni. Huhuhu..

Semalam department dah keluarkan tarikh untuk symposium. Mula-mula je cuak. Pastu mood malas datang lagi. Haiya.. Bila nak sedar ni???? Cam nak cari nahas je sem ni. Gile apa. Dah nak last-last ni la nak buat halnya. Owh, tidak.. Aku takmau extend study aku.

Mood rajin...sila la datang kembali (-_-)

Tuesday, November 9, 2010

..::Permulaan Cinta Ini::..

Cewahh..tajuk jiwang seh. Hehe..Saje nak berjiwang. Semalam kan aku cite pasal bestfriend aku. Hari ni turn aku plak nak cite kisah cinta hati aku. Hehe..

Hari ni genap sebulan perhubungan aku dan dia. Sepanjang tempoh tu, belum pernah lagi aku bersedih. Ada je cara dia nak buat aku gembira. Dia memang sangat memahami aku. Even aku terlebih manja pun, dia still layan je perangai aku. Hehe.. Aku memang camtu. Kalau ada yang manjakan aku, lagila aku manja. Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih pada Cinta Hati aku untuk hubungan ini. Aku epy sangat dan aku berdoa semoga hubungan kita akan terus bahagia dan kekal selamanya. Selamat ulangtahunbulan yang pertama, sayang... Lagu ku dedikasikan untukmu

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

 p.s i love u...(^_^)

Monday, November 8, 2010

..::From Perak to Kulai with Love::..


Last Friday, 3 hari aku berkampung kat Johor. Buat apa? Of course la ada perkara menarik kat sana. Kalau tak, tak kuasa gak aku nak pegi. Perjalanan dari Perak ke Johor mengambil masa selama 8 jam. Huhu..kematu punggung duk dalam bas. Aku malas nak drive sorang-sorang.. Wah, rindunya aku kat Johor. Last aku gi sana pun time konvokesyen aku tahun lepas.

Ok,ok straight to the point. Actually aku ke sana atas jemputan bestfriend forever aku sorang ni, Baizura. Aku sayang gile kat die. Sepanjang aku kenal die, die memang bukan penyombong orangnya. Baik dan sangat caring. Dahla cantik. Untung sape dapat die ni. Ops, sory...die dah ada yang punya. Hehe..

Sabtu lepas berlangsung majlis pertunangan die. Dah bertunang pun. As her bestfriend, mestila aku pegi kan. Walau jauh camne sekali pun. Seronok sangat bila dapat tolong pape yang patut pada hari bersejarah kawan-kawan aku. Rasa nak buat yang terbaik untuk dorang. Dah,dah...jon tengok gambar yang gojes plak.....jeng,jeng,jeng.......



cantik kan???tak puas tengok...

make up session
lalala...

time sarung cincin...
from haidir side
tadaa....dah jadi tunangan orang pun

Congratulation to Baizura & Haidir. Semoga kalian bahagia selamanya. Jaga hati pasangan masing-masing k dalam tempoh bertunang ni.. Aku sayang korang sangat-sangat.
 

Tuesday, November 2, 2010

..Fuh..Fuhhh...::..

Opss...ni bukan rancangan televisyen FUHH tu ok. Aku saje kasi tiup ini blog untuk hilangkan habuk yang dah mula melekat sejak seminggu yang lalu. Maklumla, cik puan blog malas nak up date. Hehe..

Cerita terbaru?? Ada cite best ke? Hurm.. Ada la sikit-sikit. Actually aku balik kampung minggu lepas. Tu yang tak up date blog sampai hari ni. Kes merajuk dengan broadband sebab bil tak sampai umah. Alih-alih dah kena potong. Padan muka. So, sekarang aku still tak bayar bil bb memandangkan aku kat hostel. Boleh guna internet free je kat sini. Hehe.. Nanti-nanti la aku bayar. Tu pun kalau rasa nak pakai bb.

Peristiwa balik kampung yang sangat menarik. Hehe.. Ingat tak entri aku yang lepas? Ala..entri Jadi Tak Jadi tu.. Jawapannya adalah JADI. Buat pertama kalinya dia jumpa parents aku as my future ....... dan aku jumpa parents dia as his future ............... Gementar? Of course la. Even aku tiap-tiap tahun raya umah dia pun, nervous tu tetap ada. Nanti aku cite lebih detail ye. 

After balik dari kampung, aku busy dengan study aku yang tak abis lagi ni. Banyak lagi yang belum siap. Petang tadi aku dapat email dari department, suh prepare paper untuk sympo this sem. Ayok....satu apa pun aku tak siap lagi. Baru feeling-feeling nak fokus pada conference next month. Sekarang dah ada 2 perkara kena settlekan sebelum balik raya aji nanti.

Sekarang ni asyik malas je nak buat keje. Huh...camnela nak hilangkan sifat malas ni ek? Ada yang boleh tolong jerit kat aku tak supaya aku tak malas-malas????