Ada rindu dalam hati..
Rindu yang tak pernah padam untuk seseorang..
Seseorang yang kini telah menakluki dan memiliki hati ini..
Hati yang sebenarnya telah kering kerana cinta..
Hati yang telah kecewa kerana cinta sekian masa dulu..
Kini cinta itu kembali berputik..
Semakin hari semakin mekar..
Subur tumbuh dalam taman milik seorang puteri..
Kamu telah berjaya menyegarkan kembali bunga cinta yang pernah layu dek kerana racun perpisahan..
Walaupun sang putera tidak memiliki ciri-ciri yang diidamkan oleh sang puteri, tapi..
Mengapa RINDU dihati ini milik kamu?
Mengapa semakin hari semakin bersinar cinta yang kusam suatu ketika dulu?
Biarpun kau bukan pilihan dihatiku, aku tetap ikhlas dengan cinta ini..
Kerana kesungguhanmu..
Kerana kesetiaanmu..
Kerana kesabaranmu..
Kerana keikhlasanmu..
Menungguku hampir 12 tahun untuk cinta ini
Dengan itu..sememangnya kamu berhak memiliki rindu ini
Aku sayang kamu selamanya...
2 comments:
salam...festaim lalu...hehe
wow...ku paham maksud puisi ini...semoga kekal bahagia sampai syurga...ameen :)
salam
tenkiu..begitu juga kamu ye..
Post a Comment