Teman-teman

Sunday, November 21, 2010

..::Terengganu-Perak::..


Salam Aidiladha...

Dah lama tak update blog. Sebelum balik kampung hari Isnin lepas, tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua rakan-rakan blogger. Rasanya sempat lagi kot aku ucap sekarang. 

Hampir seminggu gak la aku di kampung. Seronok. Semua adik beradik balik. Hari-hari dapat makan daging fresh sampaikan kepala aku pening. Haha.. Tapi sedappp... Raya korban kali ni abah amik bahagian juga. So, dapatla tengok adik dan abang aku potong daging kat rumah. Time sembelih tu tak sempat la sebab dorang sembelih kat tempat lain. Habis 1 rumah bau hamis daging. Adik pempuan aku yang bongsu sampai tak leh makan lauk yang mak aku masak sebab katanya rumah bau lembu. Haha.. Kelakar je. Last-last megi gak yang die bedal.

Hari ni aku balik berdua. Dengan adik aku. Tapi die sampai Temerloh jela. On the way ke Perak, melalui jalan Genting.. boleh plak keta ex bf aku depan keta aku. Huhu.. Masa sampai kat polis guard yang last tu, aku dah perasan keta depan tu plat Perak. Tapi bukan keta dia. Lepas keta yang aku kata tadi tu aku potong, baru aku perasan yang keta depan aku ni macam pernah aku tengok je. Stiker, plat, perhiasan dalam keta tu sume aku pernah tengok. Rupa-rupanya memang keta dia. Kecik kan dunia ni? Ingatkan dah tak jumpa dah. Mujur gak dia berhenti kat perhentian rehat. Kalau tak, berlumba la aku ngan dia sampai UTP. Ops, lupa plak. Aku rasa belum terlambat kot aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada ex bf aku tu. Semoga dia bahagia la.

Ada 1 hal lagi yang buat aku runsing sangat ni. Huhu..Aku dapat surat penangguhan belajar gara-gara tersalah hantar form sebelum raya puasa lepas. Rasa-rasa leh cancel tak ek? Kalau tak boleh, terpaksalah aku balik kampung semula. Mujur gak penangguhan tu sampai hujung bulan 12 je. Kalau 1 sem, naya aku. Huhu.. Esok nak pegi settle dengan PGO dulu. Mana tau leh cancel kan. Moga-moga boleh..
 

No comments: