Teman-teman

Wednesday, April 13, 2011

..:;Interview Oh Interview::..


Aku dapat panggilan interview lagi kali ni. Interviewnya hari Jumaat ni. Dah hampir sangat dah. Job yang aku mintak ni pun memang betul-betul dari bidang yang aku study dulu. Huhu.. Nervous kot sebab dah hampir 2 tahun aku tinggalkan bidang tu. Risau pun ada. Apa yang bakal disoal oleh interviewer nanti.

Pesan dari kawan-kawan yang dah menjejakkan kaki di bidang yang sama semuanya suh relax je. Takde apa sangat pun time interview nanti. Tak de tanya pasal Akta pun. Tapi aku tetap cuak. Semalam sempat juga aku buka balik nota-nota aku yang dah berhabuk tak sentuh. Hehe.. Alhamdulillah, otak masih belum berkarat.

Last 2 weeks pun aku ada interview juga. Aku dapat job tu tapi aku tolak sebab aku rasa tak kena dengan diri aku. Job tu bukan dari bidang aku pun. Ye, aku tau sekarang ni kita tak boleh demand sangat dengan job yang ada. Kalau dapat, grab je. Huhu.. Tapi aku taknak sebab aku tahu kalau aku terima job yang bukan minat aku, for sure aku takkan buat keje tu dengan ikhlas. Lebih baik lepaskan pada yang lebih layak.

Ok, stop it. Kawan-kawan... tolong doakan saya dapat job yang saya nak pegi interview ni ye. Saya memang berharap sangat dengan job ni.

No comments: