Teman-teman

Tuesday, April 19, 2011

..::Setelah Sebulan Berlalu::..


Dah lama sangat tak up date blog ni. Ntah ke mana hilang mood nk up date pun tak tahu. Asyik blog walking je. Hehe..

Ok. Nak bercerita sikit apa yang terjadi selepas sebulan berlalu. Pada tarikh yang sama sebulan yang lepas kan aku dah selamat bertunang. Alhamdulillah. Orang cakap tempoh bertunang ni banyak dugaan. Memang betul pun. Awal-awal lagi aku dah merasainya. Tak sampai beberapa minit lepas aku bertunang pun aku dah rasa. Sangat menguji kesabaran tau.

Alhamdulillah, lepas daripada dugaan tu walaupun masih belum settle, aku dapat hadapinya dengan tenang. Encik tunang sangat supportive. Aku je yang dah rasa down habis. Berkat dorongan encik tunang dan family, aku jadi kuat. Sempat jugala banjir depan encik tunang hari tu. Malu sangat. Huhu..

Bila dah masuk bulan kedua ni, pemikiran dah jauh melayang. Macam-macam yang aku fikirkan. Mujurlah family tak memaksa untuk aku percepatkan tarikh perkahwinan. Aku beri laluan pada abang aku dulu memandangkan kami belum bersedia dari segi kewangan dan abang plak perlu segarakan majlis dia untuk terbang ke Sabah.

Its ok. Boleh gak aku praktikkan masa persediaan majlis abang aku nanti untuk majlis aku plak. Takla kelam kabut nanti.

Papepun, aku harapkan hubungan aku dengan encik tunang akan sentiasa bahagia dan tenang selalu..

Kepada sahabat aku yang baru je bertunang minggu lepas, Nurzawani Muktarah...tahniah aku ucapkan. Semoga kekal selamanya bersama yang tersayang.

No comments: