Teman-teman

Tuesday, December 11, 2012

..::Sila Redha Bila Bekerja Di Hari Cuti Umum::..

Mood bekerja arini cuma 50% je. Dalam kepala hanya fikir datang kerja untuk penuhi kemahuan bos, bukan sebab nak siapkan kerja yang berlambak. Hehe.. Ok,ok..saya bukan nak cite pasal arini ye. Saya nak cite pasal aktiviti hujung minggu saya baru-baru ni..Cekidout..=P

Sepatutnya saya ke Melaka petang Jumaat lepas dan ke PD pada hari Sabtu untuk reunion SKDP'98. Dalam lama pun plan aktiviti ni. Tapi bila Allah dah aturkan perjalanan yang lain untuk saya dan suami, tak jadi la kami ke tempat-tempat tu.

Nak dijadikan cerita, 6 Disember lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan mak abah saya yang ke 31. So, abah plan nak jalan-jalan ke rumah saya since lepas saya pindah ke Shah Alam dan berkahwin, mak abah belum pernah sampai sini. Sangat kagum dengan mak sebab mak saya adalah seorang yang penakut untuk naik bas. Bila dengar je kena naik bas, terus badan gigil dan tak sedap perut. hehe..lucunya mak..

Hari Sabtu kami suami isteri dipenuhi dengan aktiviti membawa mak abah jalan-jalan sekitar Klang dan Shah Alam. Tak banyak tempat yang kami pergi. Setakat GM Klang, makan-makan di Seksyen 7, Taman Pertanian Bukit Cahaya dan Uptown Shah Alam.  Alhamdulillah mak abah saya teruja dan berpuas hati dengan tempat-tempat yang mereka lawati.

Yang tak puas hatinya adalah saya. Yup..memang saya tak berpuas hati. Saya tak berpuas hati dengan sikap orang Malaysia recently terutamanya orang melayu kita. Meh saya ceritakan pengalaman saya masa pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya...

Siapa yang pernah pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya mesti tahukan untuk ke Rumah 4 Musim tu kita perlu naik bas yang disediakan. Lainlah kalau ada yang nak naik basikal or jalan kaki sebab jarak antara entrance dengan rumah 4 musim tu agak jauh. So, masa nak pergi tu agak bagus la sebab kite kena beratur untuk naik bas tu. Tapi masa balik, kite kena pandai-pandai sendiri untuk dapat naik bas. Saya tak kisah sangat if saya dan suami je yang naik bas tu tapi mak abah saya yang dah veteren ada sekali. Geram dan sakit hati bila lihat anak muda melayu tanpa segan silu dengan muka selamba je boleh naik bas tu laju-laju walaupun penumpang belum habis turun semata-mata untuk berebut seat. Sangat biadap kan, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan orang tua. At last, mak abah saya kena berdiri sehingga sampai ke entrance. Cian pada abah yang sakit lutut. Nak menitis airmata saya bila lihat wajah abah. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke tempat lain.

Masa tu ada juga sepasang anak muda berbangsa cina yang lebih beradab. Sanggup beri seat pada orang yang lebih tua dari mereka. Tengok, bangsa lain lebih tinggi kesedaran sivik mereka berbanding orang kite. Sia-sia je kan iklan yang media tayangkan dalam tv tu kan...Ish....geramnya saya bila teringat balik kejadian tu.

psiloveu : saya berharap sangat kite takkan hilang nilai-nilai murni dan adab sesama manusia dalam diri masing-masing sampai bila-bila...

psiloveloveu : sorry entry panjang...(^_^)


Wednesday, December 5, 2012

..::Blog Korang Kena Malware Tak::..

Dalam minggu ni blog saya langsung tak boleh buka if guna chrome. Tensi je. Korang punya blog camtu juga ke atau blog saya je yang macam tu?? Dah try scan website pun still takde improvement juga. Huhu..

So sape-sape yang nak view blog saya, please guna mozilla or ie ye...thank you...



Friday, November 16, 2012

..::Tamat Minggu Goyang Kaki::..

Yela., minggu ni kan minggu selang seli. Isnin keje, selasa cuti, rabu keje, khamis cuti dan jumaat keje. Sangat seronok okey. Kan best kalau tiap-tiap minggu camni. Heaven je keje. Hehe.. Setiap hari pun rasa cam hari isnin.

Hujung minggu ni dipenuhi dengan jemputan kahwin. Best. Dapat makan nasi minyak dan yang paling best, tak payah nak fikir untuk memasak di hujung minggu. Saya sangat tension bila memikirkan menu untuk memasak bila tiba hari minggu dan encik suami ada di rumah. Breakfast? Lunch? Tea time?(of course kena ada bila encik suami di rumah...fuhh) dan dinner? Kadang-kadang tu saje je saya masakkan makanan yang agak berat untuk breakfast, boleh gabung dengan lunch sekali. Hehe...teruk betul kan??

Owh, berbalik pada jemputan kahwin hujung minggu ni ye. Dua-dua jemputan adalah di Perak. Hehe.. Bestnya. Dah lama tak pegi Perak. Last jejak kaki kat sana rasanya awal tahun ni kot. Ntahla, dah lupa. Sabtu di Tanjung Malim, jemputan kawan encik suami. Ahad di Teluk Intan, jemputan kawan saya plak. Dah 2 hari saya request pada encik suami untuk stay kat sana je satu malam. Tak tahulah encik suami nak ke taknak. Kena cuba pujuk sekali lagi ni. Hehehe... Hopefully berjaya la.

psiloveu : SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA CHEMONG&MIRA n IQBAL&CIKYU. TAK LUPA JUGA UNTUK SESIAPA YANG BERKAHWIN HUJUNG MINGGU NI YE...




Wednesday, October 31, 2012

..::WW: Penerbangan Pertama Sepanjang 26 Tahun Bernafas::..

Akan terbang bersama ahli keluarga yang lain...wiwi





Wednesday, October 24, 2012

..::Mood Raya Haji Terbang Jauh::..

Langsung tak rasa teruja nak sambut raya haji tahun ni. Even nak balik kampung pun rasa cam taknak balik. Tapi tiket bas dah beli.  Rugi plak kalau burn cam tu je. Yela, two way ok. Hampir 100 gak la. Ye.. saya balik naik bas. Bukan dengan kereta with encik suami. Sob...sob...

Encik suami kena keje masa raya haji nanti sebab raya puasa lepas dia dah cuti. Memang shift encik suami camtu pun. Biasala keje dengan Rapid ni tak tentu masa ok. Mujurlah encik suami takde oncall work. Kalau tak, mau muncung saya panjang sedepa. Hehe..

Dua hari lepas berborak dengan mak di telefon. Mak ajak balik kampung ramai-ramai petang raya. Perasaan saya? Down. Langsung tak de mood nak balik Pekan. Huhu..Lepak rumah mak mertua jela. Boleh juga temankan mak ayah. Biarlah mak abah balik kampung dengan adik beradik yang lain je.

Owh, ada berita gembira mak sampaikan masa tengah berborak tu. Angah bakal dapat baby tahun depan. Hehe.. Kakak ipar saya dah preggy 5 weeks. Seronoknya. Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. So, raya tahun depan lebih meriahlah family saya. Bertambah lagi cucu mak.

Oklah. Dikesempatan ini, saya mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua ye. SELAMAT BERGEMBIRA....



Thursday, October 18, 2012

..::Mungkin Belum Rezeki Kami::..

Normal kan bagi setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehadiran cahaya mata secepat yang mungkin bila mereka bersedia. Tak terkecuali saya juga. Rata-rata kawan-kawan yang berkahwin sebelum, sama dan selepas saya telah dikhabarkan dengan berita gembira ini. Tapi saya dan suami, masih belum ada.

Sedih? Kecewa?

Sedih tu ada juga sikit tapi saya tak kecewa sebab setiap yang berlaku telah ditetapkan Allah dan setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin belum rezeki kami kan. Actually, saya nak ceritakan satu kisah. Ia terjadi pada diri saya sendiri. Sangat risau... Semoga ada juga panduan untuk anda semua ye...

Kisahnya macam ni..

Saya mempunyai cycle period yang regular setiap bulan. Alhamdulillah even kadang-kadang period pain tu agak kuat juga. Bulan pertama dan kedua selepas berkahwin, period saya masih regular. Kisahnya bila period untuk bulan ketiga dan keempat.

Period bulan ketiga jatuh pada bulan puasa lepas. Sebelum sampai waktu period, ada spotting dalam dua hari. Saya sudah mula risau. Adakah saya pregnant? Owh, no.. Hari sepatutnya saya period, saya period seperti biasa bersama period pain yang teruk dan tempohnya agak lama dari sepatutnya. Ok, cool lagi. Saya pun tunggu la untuk cycle seterusnya.

Cycle untuk bulan keempat lagi worse. Spotting masih juga berlaku sebelum waktu period. Seminggu menanggung kesakitan pinggang yang super dahsyat. Tidur tak boleh, duduk pun tak boleh. After 1 week, badan mula rasa tak sedap. Pregnant? Nope again. Sama seperti bulan lepas, period datang pada waktunya tapi tanpa period pain dan tempohnya lebih pendek dari selalu. Bleeding pun tak macam normal period. Huhu...super risau. Yang bulan lepas punya hal belum hilang risaunya, ditambah pula untuk bulan ni. So, bila dah dua bulan period tak menentu, saya terus ke klinik untuk check-up. Bukan sebab saya berharap sangat untuk pregnant tapi sebab saya risau ada penyakit lain yang bersarang di rahim saya. Nauzubillah..minta dijauhkan.

Hari kelima lepas suci,saya pegi buat check-up. Doktor kata 50-50 dan minta saya tunggu lagi dua minggu. Ok, fine. Menunggu dengan keadaan hati yang tak tenteram dengan kondisi badan yang tak baik. Tak sampai dua minggu, saya pergi check-up lagi sebab lepas suci selama 8 hari, saya mengalami bleeding. Kali ni saya try klinik lain plak. As result, doktor kata semua ok dan doktor syak saya ada masalah hormon. Jom baca tanda-tanda umum yang anda menghidapi masalah hormon:-

  • Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
  • Selalu cepat marah – sukar mengawal perasaan
  • Cepat merubah fikiran serta perasaan
  • Menangis tanpa sebab tertentu
  • Lesu serta kurang bertenaga
  • Kemerosotan daya ingatan
  • Selalu merasa gelisah
  • Kerap pening kepala
  • Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
  • Nafsu makan yang meningkat
  • Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
  • Mengalami jerawat degil
  • Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
  • Alopesia atau keguguran rambut
  • Hilang minat terhadap seks
  • Kulit kusam dan tidak berseri
  • Kulit berminyak
  • Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)

Serius kan? Saya pun ada beberapa petanda di atas dalam dua bulan ni. Mungkin juga stress bila diberi tekanan dari orang luar. Mesti anda semua boleh agak apa yang saya maksudkan tekanan dari orang luar tu kan..Hehe..

So, nasihat saya. Jangan ambil serius dengan kata-kata orang lain. Enjoys your life dengan perkara-perkara yang anda suka. Dan yang paling penting, kena selalu ingat.. REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH. DIA MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA.

n o t a k a k i : Doakan rezeki saya cepat sampai ye ('_')





Wednesday, October 17, 2012

..::Untuk Bakal Pengantin Yang Mahukan Majlis Yang Marvelous Tapi Dengan Harga Yang Murah::..

Hari ni saya just nak sharekan satu link yang menarik bagi bakal-bakal pengantin yang mahukan wedding yang marvelous+ elegance+modern+nice... Jom klik sini...


Walaupun dorang ni baru ditubuhkan tapi kerja-kerja dorang memang superb. Saya tak sempat nak gunakan perkhidmatan dorang time saya punya wedding sebab belum ada lagi masa tu. Tapi saya sempat gunakan perkhidmatan salah sorang pemilik Indah Wedding ni a.k.a my BIL. Hehe...Dia punya hasil kerja, memang meletops uoll..

Meh tengok antara hasil kerja my BIL masa wedding saya

Mini pelamin...ringkas dan trendy...sile abaikan muka pengantin yang penat tu ye

HB comel dan cantik

Hantaran yang digubah sendiri oleh BIL saya...unik dan fresh kan???

Kalau ada sesiapa berminat,sila la singgah di Indah Wedding Rental And Stationary ye..cekidout




Tuesday, October 9, 2012

..::Genap 2 Tahun::..


9 Oktober 2010 merupakan detik bersejarah dalam hidup saya apabila saya bulatkan hati untuk menerima cinta seorang lelaki setelah kecewa mempertahankan cinta terdahulu selama 5 tahun. Pada ketika itu, hati dengan 100 peratus berserah dengan ketentuan Ilahi untuk jalan hidup saya yang seterusnya. Keputusan yang dibuat, alhamdulillah memberi kebahagian yang dicari selama ni.

Siapa sangka, insan yang pernah dikenali selama 13 tahun dengan gelaran 'abang angkat' adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah sebagai teman hidup, pelindung dan tempat bermanja bagi saya. Syukur ke hadrat Allah.

Kalau difikirkan masa saya terima suami saya pada waktu itu, memang rasa macam tak percaya je. Keputusan yang saya buat masa tu pun bukan dengan sepenuh hati. Ikhlas saya bagitahu, suami saya tu bukan 'taste' saya. Hehe.. Tapi bila saya bersama dengan dia, hati saya rasa tenang. Dalam tempoh 3 bulan  dari saat kami 'declare' sebagai pasangan serius, keluarga suami terus datang merisik. Lepas tu, bulan Mac kami bertunang selama lebih setahun. Dan sekarang, alhamdulillah sudah 4 bulan kami menjadi suami isteri.

Selamat ulangtahun kedua, sayang...

n o t a k a k i : Indah sungguh percaturan Allah, bukan...... (^_^)


Wednesday, August 29, 2012

..::Pengalaman Berhari Raya Dengan Dua Keluarga::..


Assalamualaikum dan selamat hari raya....

Dah 11 Syawal pun kan. Cepat je masa berlalu. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.

Rata-rata blogger yang baru berkahwin sebelum ramadhan lepas, asyik bercerita pasal pengalaman raya mereka. Hehe.. Saya pun nak story mory gakla. Boleh ye...

Alhamdulillah, saya dan suami dapat cuti raya seminggu. Seronok dapat cuti lama-lama ni. Boleh spend time lama sikit kat kampung. Kami bertolak dari Shah Alam ari Jumaat sebelum raya tu. Saya dah start cuti pun Jumaat tu. Bos bagi free leave. Best. Tapi kena tunggu suami dengan adik ipar abis keje gakla, baru boleh balik kampung.

Sampai di Terengganu, dalam jam 1 pagi. Alhamdulillah, jalan smooth je. Maybe sebab ramai yang dah balik dari hari Rabu kan. Malam tu stay rumah saya dan bersahur sekali di rumah saya. Dalam jam 10 pagi, saya balik rumah mertua plak. Mentang-mentang rumah sendiri dengan rumah mertua sekangkang kera, bolehla gilir-gilir. Walaupun penat, tapi seronok juga. So, sehari sebelum raya tu aktiviti mengemas rumah mertua dan juga menyediakan juadah untuk hari raya. Dalam keluarga mertua, cuma mak, along dan saya je perempuan. Tahun depan, terpaksala saya dengan mak je buat persiapan raya. Next raya along balik Perlis. Huhu..

Nak jadikan cerita, ada insiden yang lucu + memalukan berlaku pada hari Sabtu tu. Hehe.. First time saya tahu selok belok rumah mertua saya adalah masa raya tahun ni. Oleh itu, saya dengan tidak sengaja telah merosakkan pintu tingkap rumah mertua. Faham tak? Camni, saya tak tahu tingkap tu tak boleh buka. Tapi saya usaha juga tolak sehingga saya dengar bunyi agak kuat di luar rumah. Rupanya pintu tingkap tu dah jatuh ke laman rumah. Mujurlah masa tu takde kereta park dekat laman. Malunya saya. Rasa bersalah pun ada. Tu la, memandai sangat.

Stop pasal peristiwa memalukan tu. Meh saya cite pasal sistem bergilir masa hari raya plak. 

  1. Malam dan pagi raya saya di rumah mertua. 
  2. Lepas solat raya sehingga raya kedua di kampung saya di Pekan. 
  3. Malam raya kedua sehingga raya ketiga di rumah mertua.
  4. Malam raya ketiga sehingga raya kelima di rumah saya.
  5. Malam raya kelima di rumah mertua.
  6. Raya keenam di rumah saya (sebab buat open house)
  7. Raya ketujuh di rumah mertua
  8. Pagi raya kelapan di rumah mertua & rumah saya sebelum bertolak pulang ke Shah Alam
Saya banyak mengelat kan?Hehe...Next raya, malam dan pagi raya wajib di rumah saya coz encik suami tak balik raya. Huhu..Hehe..

Itulah serba sedikit kisah hari raya saya bersama keluarga saya dan keluarga mertua. Yeay..Korang plak camne?





Tuesday, July 24, 2012

..::Rezeki Bulan Ramadhan::..


Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi. Dengan izinNya juga saya peroleh rezeki yang tak disangka di bulan Ramadhan yang penuh berkah ni. Alhamdulillah.

Pagi semalam big bos panggil masuk bilik dia. Ingatkan nak bagi projek baru untuk saya uruskan. Rupanya sangkaan saya meleset. Dengan keadaan blur + monday blues + lemau, saya cuba fahamkan apa sebenarnya bos tengah terangkan. Rupanya big bos nak upgrade insentif saya. Yeay... Syukur sangat. Yang paling penting kat sini bukannya insentif yang diberi tapi kepercayaan big bos kepada setiap hasil kerja yang saya buat dah meningkat. Insentif tu dikira sebagai bonus jela. Hehe.. Lepas dapat berita gembira tu, terus semangat kerja datang. Teruk kan?Hehe..

Mungkin lepas ni kena bekerja keras lagi. Tambahan plak senior dalam company ni a.k.a my classmate, cik bakal puan zuliana dah nak benti keje. Huhu. Nanti dah takdela orang nak ajak bergosip lagi. Tak bestnye. Papepun, good luck la kat tempat baru after ur wedding nanti ye. Jangan lupa SAVING ok...



Monday, July 23, 2012

..::Ramadhan Bersama Suami::..


Alhamdulillah..Sudah 3 hari umat  Islam menjalani ibadah puasa. 3 hari juga saya berpuasa bersama suami tercinta. Walaupun hati sayu mengenangkan tak dapat menyambut awal puasa di kampung, saya tetap gembira dengan adanya suami disisi. InsyaAllah cuti nuzul Quran nanti saya balik kampung. Itu pun sorang-sorang. Encik suami kena keje time tu.

Selama 3 hari ni saya agak gagal dalam menyediakan juadah berbuka untuk kami. Hehe..Apa punya isteri la saya ni kan. Eh, salah-salah. Encik suami yang tak bagi saya masak. Lagipun kami berdua je, so beli lauk siap kat param je la. Tapi lauk sahur, saya berjaya lagi untuk siapkan. Masak lauk simple-simple je. Alhamdulillah, suami saya bukan seorang yang cerewet dalam bab makanan. Apa yang saya masak, itulah yang dia makan. Even saya tau lauk yang saya masak tu tak sesedap rupanya, tetap juga ditelan tanpa sebarang rungutan. Terima kasih, abang...

Petang ni, insyaAllah saya akan gigihkan diri untuk masak juadah berbuka. Doakan saya berjaya ye. Setakat ni saya ikut tips dari blog cik puan manis yang bakal dapat baby tak lama lagi ni: IDEA KAHWIN SAYA untuk sediakan lauk untuk bersahur. Biasala bila si isteri bekerjaya, mesti ada solusi untuk mengendalikan rutin di rumah agar segalanya teratur dan suami pun senang hati..

Okla...Selamat hari Isnin dan Selamat Berpuasa....



Wednesday, July 18, 2012

..::Takziah Buat Keluarga Mak Ngah::..


Tanggal 17 Julai 2012, saya dan suami kehilangan seorang bapa saudara yang amat rapat, periang, ceria dan terbaik. Hiba rasa hati disaat menerima perkhabaran sedih dari along seawal jam 7 pagi. Esak tangis along jelas menggambarkan kepiluan yang amat dirasai dilubuk hati kecil. Saya juga turut mengalirkan air mata kesedihan saat itu.

Cuba untuk bertenang. Dengan kekuatan yang masih tersisa, saya meyampaikan khabar pilu kepada suami yang telah pun sampai di tempat kerja. Telefon adik-adik, mak dan semestinya bos untuk menyampaikan khabar duka.

Begitulah ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Pak ngah menemui Ilahi disaat dia ingin menunaikan fardu Subuh. Tergelincir dalam bilik mandi. Innalillahiwainnailaihirojiun....Semoga pak ngah tenang dan dikelilingi oleh orang-orang yang beriman. Al-fatihah....



Monday, July 16, 2012

..::Selamat Hari Lahir, Abang::..

Ya Allah ya tuhanku..

Aku bermohon padaMu di atas kesejahteraan dan kemuliaanMu..
Panjangkan umur suamiku, murahkan rezeki kami suami isteri dan
 kurniakanlah kebahagiaan dan kelapangan dalam rumahtangga kami..
Peliharalah kesihatan suamiku, tetapkan iman dan
 ketakwaannya kepadaMu.

Amin Ya Rabbi..



Sunday, July 15, 2012

..::Selamat Hari Lahir Abah Sayang::..


Semoga Abah dipanjangkan umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Sayang Abah sangat-sangat....

MMMuuaaaHHHH!!!!!!!!!


Friday, July 13, 2012

..::Setiap Jodoh Telah Ditentukan::..



Begitu juga dengan saya....

Saya pernah berjanji nak cerita pasal pertemuan saya dengan suami kan...so, sekarang ni la kisahnya....

Untuk pengetahuan semua, saya dan suami buat keputusan untuk bertunang selepas 3 bulan kami declare. Sekejap je kan...Tapi.........

Saya dan suami dah kenal antara satu sama lain sejak 13 tahun yang lepas. Dulu, suami saya tu abang angkat saya tau. Hehe..Macam tak percaya je bila diri sendiri yang terkena ayat "adik angkat dah terangkat". Selalu dengar cerita dari orang lain je..Walaupun sekadar adik-abang angkat, saya cuma berbual dengan suami melalui sms dan akan berjumpa sekali setahun di hari raya. Konon-konon taknak terputus hubungan. Padahal masing-masing kekok.

Nak tau tak macam mana kami boleh jadi adik-abang angkat tak???

Masa kami mula-mula kenal, saya baru je form 1 dan suami plak form 5. Kami satu sekolah dan berkongsi kelas yang sama selama setahun. Hehe.. Dia kelas sesi pagi, saya plak kelas sesi petang. Yang lebih uniknya, kami juga berkongsi kerusi dan meja yang sama di dalam kelas tu. Pada permulaannya, suami saya ada tinggalkan biodata dia dalam laci meja kami. So, start dari situ la saya mula tahu siapa suami saya ni. Lepas biodata, surat-surat berunsur nasihat plak berterusan selama setahun. Sekarang dah tak tau kat mana semua surat-surat tu...

Mengikut cerita versi suami saya plak (part ni saya baru tau bila saya bakal jadi tunangan incik suami tau), dia terlebih dulu mengenali abang ngah saya dan dia dapat tahu abang ngah saya ada adik perempuan yang bersekolah di sekolah yang sama dengan dia which mean saya la tu. Hehe.. So, encik suami ni tryla cari saya kat sekolah. Akhirnya bila dapat jumpa, incik suami letak biodatanya dalam laci meja kami. Sejak dari tu la dia dah start in love dengan saya dan saya langsung tak tahu sehingga la saya menjadi tunangan incik suami..12 tahun ok. Lama tu. Dah berapa ramai ex-bf yang saya ada masa tu. Hehe..

Incik suami cakap dia simpan rasa cinta dia pada saya sebab dia tahu masa tu saya dah ada bf dan akhirnya raya tahun lepas baru dia berani luahkan bila dia dapat tahu saya dah single. Terharunya saya bila tahu begitu lama dia memendam rasa cintanya pada saya. Tak sangka pun ada sebab ada orang yang sukakan kite dalam diam. Hehe...

Dan sekarang, saya bahagia dengan kehidupan saya. Begitu sempurnanya peraturan yang Allah tentukan untuk jodoh saya. Alhamdulillah. Terima kasih, sayang kerana sanggup menunggu selama 13 tahun untuk penyatuan antara kita. I love u so much...Sekian.



Tuesday, July 3, 2012

..::Happy Birthday To You::..


Sweet 20 my dearest sister. May Allah always protect u and bless u. Take good care of ur healthy and keep ur iman forever..

love u so much..





Sunday, July 1, 2012

..::Alhamdulillah Syukur::..

Genap sebulan saya bergelar isteri, mempunyai keluarga sendiri, tidur berteman, makan bersama, solat berjemaah.

Selamat ulangbulan pertama buat kami. Semoga Allah sentiasa memberi ketenangan dan rahmah kepada keluarga kami. Amin..



Friday, June 22, 2012

..::Setelah Bergelar Isteri::..

Alhamdulillah..segala urusan pada 1/2/3 Jun 2012 berjalan dengan lancar dan seperti yang diimpikan. Malahan majlis tersebut lebih meriah daripada yang dibayangkan. Terima kasih kepada semua yang meraikan hari bahagia saya terutamanya yang telah banyak membantu di belakang tabir. Syukur ke hadrat Ilahi, kini saya telah bergelar isteri kepada Emran Bin Mohamad pada 1 Jun 2012 tepat jam 4 petang.

Majlis sudah, honeymoon pun sudah.... Sekarang masanya saya menjadi isteri berkerjaya. Jangan tak percaya, kehidupan selepas berumah tangga sangat mencabar. Hari ni genap 3 minggu bergelar isteri, alhamdulillah saya masih berjaya menyediakan segala keperluan sang suami. Walaupun penat, tapi itulah rewards buat saya di akhirat.

Apa rasa bila dah berdua???

Sangat best, happy dan tenang. Hari-hari bersama menjalani kehidupan, cuba untuk membentuk rumah tangga yang sakinah.

saat indah dalam hidup akan sentiasa menjadi kenangan dihati




Friday, May 25, 2012

..::Jumaat Terakhir Sebelum Bergelar Isteri::..

Cewah....tajuk cam xleh blah kan...hehe.. Nebes sangat ni. Ada 6 hari je lagi. Saya dah nak kawen..dengan siapa? Bekas abang angkat saya. Dari saya form 1 sampai saat saya bergelar tunangan orang, bakal suami adalah abang angkat saya yang sangat sporting. Dalam diam since form 1 dia dah ada hati dengan saya. Saya je yang tak tahu. Nanti saya cerita kisah percintaan kami lebih lanjut ye..

Isnin depan saya dah start bercuti. Alhamdulillah, masih diberi rahmat Allah. Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar..

Semalam saya dah dapat hadiah perkahwinan pertama saya dari bos melayu. Hari ni pun saya dapat hadiah dari bos juga.. bos yang lain satu. Best bila ada dua bos ni. Hehe...Tenkiu bos...

p/s: Selamat bercuti untuk saya!!!!!!!!!!!!!



Monday, May 21, 2012

..::Review Checklist Lagi::..



Cuma tinggal 10 hari je lagi. Perasaan teruja baru seminggu yang lepas dirasai. Minggu ni plak perasaan takut menguasai diri. Hahaha...macam tak percaya je rasanya. Macam-macam dugaan terjadi bila dah hampir-hampir disatukan. Dugaan tu bukan antara saya dan encik tunang, tapi dugaan menghadapi persiapan perkahwinan saya. Saya kat Shah Alam ni rasa nak terbang sekejap ke kampung sebab nak tengok apa problem yang mak, abah saya hadapi. Kesian betul kat dorang..

Apa-apa pun, saya berserah pada yang di atas. Dia yang lebih Berkuasa mengatur segalanya. Jadi, meh kita lupakan sekejap problem tu dan jom tengok checklist saya kat bawah ni apa lagi yang belum lengkap sebelum angka 10 bertukar menjadi 0........cekidaut...


Date
- Nikah : confirmed
- Bride's Reception :  confirmed
- Groom's Reception :  confirmed

Venue
- Nikah :  confirmed
- Bride's Reception :  confirmed
- Groom's Recept :  confirmed

Time
- Nikah : done
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception :  done

Important Stuffs
- Duit hantaran :  confirmed
- Mas kahwin :  confirmed
- Tok Kadi :  confirmed

Hantaran for Groom (9 dulang)
- sirih junjung :  pending
- baju melayu :  done
- kasut :  done
- psp :  done
- sejadah & quran :  done
- perfum set :  done
- buah :  pending
- manisan :  done
- kek :  pending

Hantaran for bride (7 dulang)
- sirih junjung :  pending
- mas kahwin & bracelet :  done
- baju :  done
- set telekung :  done
- handbag :  done
- kasut :  done
- perfum set :  done

Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin : bride & groom  done
- Legal Docs -HIV Test : groom & bride  done
- Legal Docs -Nikah form : both  done
- Legal Docs -Tok Kadi form :  done

Guest Count
- Nikah : Approx 100 guests
- Bride's Reception : Approx 1000 guests

Invitation Cards
- Nikah : -
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception :  done

Wedding Guestlist
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception : FIL task

Overall Theme & Theme COLOUR
- Nikah :  done  (cream gold)
- Bride's Reception :  done  (red white)
- Groom's Reception :  done  (lite green white)

Pelamin & Decoration (Theme)
- Nikah :  done
- Bride's Reception :  done
- Groom's Recept : FIL task

Pelamin & Decoration (Vendor/Decorator/Planner)
- Nikah : done
- Bride's Reception : done
- Groom's Reception : FIL task

Make Up Artist (MUA)
- Nikah : done
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception :  done

Wedding Dress and Accessories
- Nikah(Bride) :  done  except veil
- Nikah(Groom) :  done
- Bride's Reception(Bride) :  done
- Bride's Reception(Groom) : done
- Groom's Reception(Bride) :  done  except tudung dan veil
- Groom's Reception(Groom) :  done

Wedding Shoes
- Nikah : -
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception :  done

Pengapit
- Nikah :  done  (my bff)
- Bride's Reception :  done  (my bff)
- Groom's Reception :  done  (my sister/bff)

Catering
- Nikah :   done    - rewang
- Bride's Reception :   done    - rewang
- Groom's Reception :  pending  - FIL

Canopy
- Nikah :  done
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception :  FIL task

Wedding Cake
- Nikah : -
- Bride's Reception : -
- Groom's Reception :  FIL task

Official Photographer (OP)
- Nikah :  done
- Bride's Reception :  booked
- Groom's Reception :  FIL task 

Official Videographer (OV)
- Nikah :  done
- Bride's Reception : -
- Groom's Reception : -

Wedding Favors & Doorgifts
- Groom’s family :  done
- Guest : done

Handbouquet
- Nikah :  done  (BIL)
- Bride's Reception :  done  (BIL)
- Groom's Reception :  done  (BIL)

Entertainment
- Nikah (PA System) :  done
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception : FIL task

EXTRAS
Guest Corner
- Frame : pending
- Guestbook : on progress

HONEYMOON : booked


Ha...macam dah banyak yang hijau. Lega sikit. Tinggal small matter je yang belum ready. Saya akan start bercuti dari 28 Mei sehingga 13 Jun...Yeay!!!!



Tuesday, May 1, 2012

..::Selamat Ulangtahun Pertama::..

Genap setahun saya memerah keringat di office tercinta ni. Alhamdulillah...rezeki untuk meneruskan hidup. 

Selamat Hari Pekerja!!!!!!!!!!!!



Monday, April 30, 2012

..::Perihal Honeymoon::..

Wohoo..kawen tak lagi, dah plan honeymoon ye. Nampak sangat tak sabar. Hahaha.. Apa tujuan honeymoon sebenarnya? Very huge scope to describe it. If they think honeymoon for makes baby, so they will get it. But for me, honeymoon is time to rest with your partner right after the busier tasks on your BIG day.


Yezza.. Saya mahu berbulan madu jauh-jauh dari keluarga dan aktiviti rutin saya selama ni dengan menghabiskan masa untuk berehat bersama pasangan. Tempat dan penginapan dah complete booked. Lapang rasa hati. Tak perlu risau lebih pasal bulan madu.


Dah pegi nanti baru saya story ye.. 

Wednesday, April 25, 2012

..::Wedding Checklist Updated::..

Ada 36 hari je lagi ni. Jom tengok apa lagi yang belum lengkap. Rasanya almost done..


Date
- Nikah : confirmed
- Bride's Reception :  confirmed
- Groom's Reception :  confirmed 

Venue
- Nikah :  confirmed 
- Bride's Reception :  confirmed 
- Groom's Recept :  confirmed 

Time
- Nikah : done
- Bride's Reception :  done 
- Groom's Reception :  done 

Important Stuffs
- Duit hantaran :  confirmed 
- Mas kahwin :  confirmed 
- Tok Kadi :  pending

Hantaran for Groom (9 dulang)
- sirih junjung :  pending
- baju melayu :  done 
- kasut :  done 
- psp :  done 
- sejadah & quran :  done 
- perfum set :  done
- buah :  pending
- manisan :  pending
- kek :  pending

Hantaran for bride (7 dulang)
- sirih junjung :  pending
- mas kahwin & bracelet :  pending 
- baju :  done 
- set telekung :  done
- handbag :  done 
- kasut :  done 
- perfum set :  done 

Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin : bride & groom  done 
- Legal Docs -HIV Test : groom & bride  done
- Legal Docs -Nikah form : both  pending
- Legal Docs -Tok Kadi form :  pending 

Guest Count
- Nikah : Approx 100 guests
- Bride's Reception : Approx 1000 guests

Invitation Cards
- Nikah : -
- Bride's Reception :  done 
- Groom's Reception :  done 

Wedding Guestlist
- Bride's Reception :  done 
- Groom's Reception : FIL task

Overall Theme & Theme COLOUR
- Nikah :  done  (cream gold)
- Bride's Reception :  done  (red white)
- Groom's Reception :  done  (lite green white)

Pelamin & Decoration (Theme)
- Nikah :  done 
- Bride's Reception :  done
- Groom's Recept : FIL task

Pelamin & Decoration (Vendor/Decorator/Planner)
- Nikah : booked
- Bride's Reception : booked
- Groom's Reception : FIL task

Make Up Artist (MUA)
- Nikah : booked
- Bride's Reception :  booked
- Groom's Reception :  booked

Wedding Dress and Accessories
- Nikah(Bride) :  done  except veil
- Nikah(Groom) :  done 
- Bride's Reception(Bride) :  booked
- Bride's Reception(Groom) : booked
- Groom's Reception(Bride) :  done  except tudung dan veil
- Groom's Reception(Groom) :  done

Wedding Shoes
- Nikah : -
- Bride's Reception :  done 
- Groom's Reception :  done 

Pengapit
- Nikah :  done  (my bff)
- Bride's Reception :  done  (my bff)
- Groom's Reception :  done  (my sister/bff)

Catering
- Nikah :  pending  - rewang
- Bride's Reception :  pending  - rewang
- Groom's Reception :  pending  - FIL

Canopy
- Nikah :  done
- Bride's Reception :  done
- Groom's Reception :  FIL task

Wedding Cake
- Nikah : -
- Bride's Reception : -
- Groom's Reception :  FIL task

Official Photographer (OP)
- Nikah :  done 
- Bride's Reception :  booked
- Groom's Reception :  FIL task  

Official Videographer (OV)
- Nikah :  done 
- Bride's Reception : -
- Groom's Reception : -

Wedding Favors & Doorgifts
- Groom’s family :  done
- Guest : done

Handbouquet
- Nikah :  done  (BIL)
- Bride's Reception :  done  (BIL)
- Groom's Reception :  done  (BIL)

Entertainment
- Nikah (PA System) :  pending
- Bride's Reception :  pending
- Groom's Reception : FIL task

EXTRAS
Guest Corner
- Frame : pending
- Guestbook : on progress

HONEYMOON : booked


p/s Tak sabar plak rasanya...hehe =)


Tuesday, April 24, 2012

..::Upset::..

Rasa down sangat-sangat  sekarang ni. Dapat news dari my sis pasal cadangan pelamin kami. Agak sedih sebab cadangan asal saya untuk buat pelamin dalam rumah dapat bantahan daripada my brother and my dad. Satu lagi cadangan asal untuk nikah di rumah mungkin akan berubah ke masjid.

Sangat sedih..Impian mungkin  tak menjadi kenyataan =(



Monday, April 23, 2012

..::Cepatnya Masa Berlalu::..


Alamak...tinggal 38 hari je lagi nih.. Macam banyak je yang belum ready. Diri sendiri pun rasanya belum ready. Camne ye...


Countdown...countdown...buat saya lebih cuak tau...


Monday, April 16, 2012

..::Aku Ada, Kau Ada::..

Syahdu sangat bila dengar bait-bait lirik Beginilah Caranya. Dedikasi untuk tunang tercinta...Love you more forever...



p/s debaran menanti saat diijabkabul.....

Saturday, April 14, 2012

..::Oh ST95::..


Tadi duk usha-usah Groupon website. Tengok punya tengok, nampak discount untuk Samsung ST95. Hati meronta-ronta nak beli. Memang dah lama pun teringin nak punyai kamera sendiri. Dulu pernah ada satu, tapi spec kamera tu tak memuaskan hati. Beli pun sebab perlukan kamera masa study. 

Ni la kamera tu. Hati dah berkenan sangat. Kalau beli under Groupon leh jimat 3ratus tau. Geramnya. nak je klik order sekarang juga. Tapi.........kena jimat duit untuk kawen. Huhu.. Terpaksala pendam keinginan tu dulu. 

Nak tahu apa lagi spec ST95 ni tak? Jom klik sini.......Samsung ST95 Kalau nak tengok dekat Groupon pun boleh..Klik sini ye. Check it out...



..::Bertukar::..


Yeay...dapat baju baru. Cantik tak?hehe..Buat masa ni saya dah berpuas hati dengan template baru ni. Kalau rasa ada yang slack dimata, nanti saya tukar lagi...

Datang opis bukan buat keje tapi main internet. =P


Friday, April 13, 2012

...................


Sesungguhnya percaturan hidup itu hanya Yang Esa mengetahui. Sepahit mana pun perpisahan yang berlaku pasti ada kemanisan yang telah terwujud selama mana perhubungan itu terjalin dan ianya akan tetap menjadi kenangan hidup yang manis bagi setiap insan.....


p/s  Tahniah untuk dia yang telah menyambut kelahiran anak pertama baru-baru ini..



Monday, April 2, 2012

..::Enam Puluh Hari Lagi::..


Alamak...camne ni. Cepatnye masa berlalu. Pejam celik, pejam celik...saya cume tinggal ENAM PULUH HARI lagi. Cuak plak rasa. Banyak lagi persiapan yang belum siap. Encik tunang pun masih belum buat HIV test.

Saya plak masih belum buat gambar. Gambar lama ada la tapi tu gambar masa tingkatan 5...TINGKATAN 5 tau..Banyak sangat perubahan. Time tu muka tengah sweet2 lagi. Sekarang? Haha...dah macam mak orang pun ada. Ish, panjang plak cakap pasal gambar. Ha...ada lagi tau yang belum siap. Surat akuan bujang, salinan ic segala saksi..

Harap2 segalanya berjalan lancar. Risau juga ni. Sekarang saya tengah mencari idea untuk decorate guestbook saya. Nanti dah siap, saya tunjuk ye.



Monday, March 19, 2012

..::HIV Test Done::..


Alhamdulillah, semalam saya dah selesai salah satu perkara besar dalam proses kahwin. HIV test. Besar ke? Besar la kan. Kalau tak, takkanla dalam checklist perlu ada dan diselesaikan sebelum hantar dokumen kat tok kadi.

Perasaan? Berdebar campur lega. Hahaha.. Berdebar masa sebelum keputusan keluar. Lega bila dah tau result. Walaupun setakat cucuk jarum sikit je kat jari, saya tetap gementar. Darah gemuruh tak pernah nak hilang. Ish.. Padahal dah biasa pun cucuk-cucuk ni. 

Bila dah selesai HIV test, terus rasa nak hantar borang cepat-cepat. Tapi tak boleh plak. Kena tunggu Encik Tunang selesaikan his parts dulu. Hopefully dia dapat selesaikan dengan segera. 


So sekarang, saya dah boleh kawen!!!!!!!! Hehe..

Monday, March 12, 2012

..::My Wedding Checklist::..


Dah lama sebenarnya saya nak expose checklist ni, tapi asyik tak sempat je. Dah tinggal beberapa bulan je lagi, baru nak buat...apela.Hehe.. So, meh kite tengok apa lagi yang tak complete..

Date
 - Nikah : confirmed
- Bride's Reception : 
confirmed 
- Groom's Reception : 
confirmed 

Venue
 - Nikah : 
confirmed 
- Bride's Reception : 
confirmed 
- Groom's Recept : 
confirmed 

Time
 - Nikah : done
- Bride's Reception : 
done 
- Groom's Reception : 
done 

Important Stuffs
- Duit hantaran : 
confirmed 
- Mas kahwin : 
confirmed 
- Tok Kadi : 
pending 

Hantaran for Groom (9 dulang)
 - sirih junjung : 
pending 
- baju melayu : 
done 
- kasut : 
done 
- psp : 
done 
- sejadah & quran : 
pending 
- perfum set : 
pending 
- buah : 
pending 
- manisan : 
pending 
- kek : 
pending 

Hantaran for bride (7 dulang)
- sirih junjung : pending
- mas kahwin & bracelet : 
pending 
- baju : 
done 
- perfume : 
pending 
- handbag : 
done 
- kasut : 
done 
- perfum set : 
pending 

Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin : bride & groom 
done 
- Legal Docs -HIV Test : groom & bride pending
- Legal Docs -Nikah form : both pending
- Legal Docs -Tok Kadi form : 
pending 

Guest Count
- Nikah : Approx 100 guests
- Bride's Reception : Approx 1000 guests

Invitation Cards
- Nikah : -
- Bride's Reception : 
done 
- Groom's Reception : 
done 

Wedding Guestlist
- Bride's Reception : 
done 
- Groom's Reception : FIL task

Overall Theme & Theme COLOUR
- Nikah : 
done  (cream gold)
- Bride's Reception : done (red white)
- Groom's Reception : done (lite green white)

Pelamin & Decoration (Theme)
- Nikah : 
done 
- Bride's Reception : 
done 
- Groom's Recept : 
FIL task 

Pelamin & Decoration (Vendor/Decorator/Planner)
- Nikah : 
booked 
- Bride's Reception : 
booked 
- Groom's Reception : 
FIL task 

Make Up Artist (MUA) TBA
- Nikah : 
booked 
- Bride's Reception : 
booked 
- Groom's Reception : 
booked 

Wedding Dress and Accessories
- Nikah(Bride) : 
done except tudung and veil
- Nikah(Groom) : 
done 
- Bride's Reception(Bride) : 
booked  except tudung and veil 
- Bride's Reception(Groom) : 
booked 
- Groom's Reception(Bride) : 
booked  except tudung and veil 
- Groom's Reception(Groom) : 
booked 

Wedding Shoes
- Nikah : -
- Bride's Reception : 
done 
- Groom's Reception : 
done 

Pengapit
- Nikah : done (housemate)
- Bride's Reception : done (housemate)
- Groom's Reception : done (my sister)

Catering
- Nikah : pending - rewang
- Bride's Reception : 
pending  - rewang
- Groom's Reception : 
pending  - FIL

Canopy
- Nikah : 
pending 
- Bride's Reception : 
pending 
- Groom's Reception : 
pending 

Wedding Cake
- Nikah : -
- Bride's Reception : -
- Groom's Reception : 
FIL task 

Official Photographer (OP)
- Nikah : 
done 
- Bride's Reception : 
booked 
- Groom's Reception : 
FIL task 

Official Videographer (OV)
- Nikah : 
done 
- Bride's Reception : -
- Groom's Reception : -

Wedding Favors & Doorgifts
- Groom’s family : 
done 
- Guest : 
done 

Handbouquet
- Nikah : 
pending 
- Bride's Reception : 
pending 
- Groom's Reception : 
pending 

Entertainment
- Nikah (PA System) : 
pending 
- Bride's Reception : 
pending 
- Groom's Reception : 
FIL task 

EXTRAS
Guest Corner
- Frame : 
pending 
- Guestbook : pending

HONEYMOON : booked

Rasanya tu je kot. Nanti saya tambah lagi kalau ada yang tertinggal..



Thursday, March 1, 2012

..::Allah Beri Aku Peluang::..



Syukur dengan usia yang masih dipanjangkan..
Syukur dengan hembusan nafas yang masih bersisa..
Syukur dengan rezeki yang sentiasa cukup..
Syukur dengan kasih sayang yang melimpah ruah..
Syukur dengan iman yang masih berbaki dalam diriku...


Sehingga ke hari ini, genap 26 tahun saya diberi kesemua nikmat-nikmat itu. Terima kasih Allah untuk anugerah yang tak terhingga Kau berikan pada hambaMu yang naif.


Satu yang saya pohon, semoga saya sentiasa diteguhkan iman, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan nikmat, dikelilingi orang-orang yang saya sayangi dan lebih matang mengharungi hidup akan datang. ALHAMDULILLAH. AMIN


Monday, February 27, 2012

..::Fuhhh....Fuhhhh...Fuhhh...::..


Lama seh tak post cite terbaru dalam blog comey ni. Hehe.. Super duper bizi la sekarang ni. Sempat BW je. Tu pun seminggu sekali. Keje menimbul start 9am to 7pm. Tu pun dah terlebih 1 jam dari opis timing tau. Kadang-kadang ada gak terlebih sampai jam 9. 

Sekarang ni saya tengah menahan debaran bergelar raja sehari...puteri sehari..hehe.. Takut nak letak counter kat sebelah ni sebab kalau selalu sangat tengok, lagi saya cuak. Banyak lagi perkara-perkara penting belum settle. HIV test pun saya belum buat ok. Huhu..InsyaAllah akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac.

Owh..lagi 2 hari umur saya akan bertambah. Weewoo...Alhamdulillah. Jumaat lepas angah ada tanya nak balik kampung sekali tak? Saya tahu dia ada agenda lain tu...mau saya sambut birthday dia and belikan present la tu. Maklumla birthday angah awal sehari dari saya dan cuma 4 tahun sekali je akan wujud tarikh lahir beliau. Hehe...sangat kesian. Saya tak dapat balik coz ahad saya kena pegi site. So, jimat duit saya. Hehe...adik yang teruk kan??

Tak sabar nak tunggu wedding card saya siap. Maybe minggu ni dah boleh collect. Teruja tau. Ada sesape bloggers yang nak datang kenduri saya nanti tak? Kalau ada, tinggalkan alamat anda ye. Nanti saya poskan wedding card saya pada anda. 

Okla..stop here. See u all again...DAAA

Friday, January 27, 2012

..::Semakin Hampir Saat Itu::..



Perasaan saya ketika ini tak tahu nak digambarkan. Bercampur baur. Ada gembira, sedikit takut, cemas, sedih, teruja. Hanya tinggal 4 bulan lagi untuk majlis besar saya. Alhamdulillah, setakat ni segala tempahan yang besar-besar telah settle. Cuti Maulud Nabi nanti kena tarik en tunang sekali untuk fitting baju. Cuti CNY lepas dah chop baju yang berkenan di hati. Tapi bila tunjuk pada encik tunang, si dia plak tak berkenan. Kali ni, biar encik tunang lihat sendiri supaya keduanya berpuas hati. Hurm...

Saya nak minta pendapat kawan-kawan la...Bila agaknya masa yang sesuai untuk saya reveal kan tarikh majlis besar saya nanti ye? Terlalu cepat tak kalau saya reveal sekarang? Atau tunggu bila dah tinggal sebulan dua? Tak terlalu lambat ke untuk kawan-kawan save the date supaya mereka dapat datang ke majlis besar saya nanti??

Friday, January 6, 2012

..::Terbekenan Samsung SH100::..


Awal pagi tadi duk godek email. Penuh ngan sampah-sampah je setiap hari. Pastu nampak email dari Groupon. Yang ni tak delete terus. Kena cuci-cuci mata dulu sebelum masuk dalam trash folder. Hihi..

Masa tengok offer yang ada kt Groupon ni, aku nampak ada satu kupon ni pasal kamera Samsung SH100. Nak tau yang mana satu tak? Tengok sini ok--->>KLIK2

Lepas tengok die punya features, rasa cam terdetik kat hati nak beli satu. Camne ni...Bila hati dah berkenan, susah nak padamkan niat tu. Huhu.. Boleh tak kalau mintak encik tunang sponsor? Hikhik...

Nanti saya nak p survey kat lowyat la..Mana tau ada yang bagi lagi murah dari Groupon.Hehe..

Wednesday, January 4, 2012

..::Tahun Baru Sudah::..


Malam tahun baru lepas korang sume sambut kat mana? Saya cuma sambut sendirian je di rumah. Nothing special. Encik tunang plak keje, CeCil still kat bengkel..so saya terperap kat rumah saje ari minggu yang lepas.

Dalam nothing special tu pun  saya still dapat melihat firework yang super banyak dan meriah di beranda apartment. Cantik sangat. Warna warni. Boleh nampak dengan jelas firework sekitar bandar Klang dan juga di I-ciy. Orang cakap kalau tengok firework, lagi best tengok dengan insan yang kita sayang. Warna firework akan dilupakan tapi insan yang melihat bersama kita akan kita ingat sampai bila-bila. Hehe.. Betul ke?

Malam tahun baru tu saya tengok firework sorang-sorang sambil berbual dengan mak tersayang yang jauh di kampung. Miss her so much. Tak sabar nak balik cuti raya cina nanti. Mahu berbincang perihal kawen yang tinggal 5 bulan saje lagi. 

Buat masa sekarang, kebanyakan perkara yang besar-besar dah settle. Ada 2, 3 perkara je yang masih dalam perancangan untuk dibuat. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk kami..