Teman-teman

Sunday, December 19, 2010

..::Dia Sangat Cute::..

Petang tadi masa aku keluar makan+isi minyak keta+pam tayar keta, aku singgah kat satu gerai ni. Gerai ke? Boleh la dipanggil gerai, gerai pisang goreng. Eh, pisang goreng ke goreng pisang yang sebetulnya? Ntahla. Mana-mana pun boleh kan.

Ok, berbalik kepada tajuk. Penjual di gerai tersebut merupakan dua orang budak lelaki yang sangat kiut miut. Kedua-duanya amat bulat dan comel. Geram je aku nak cubit-cubit pipi dia. Nasib baik ayah dia ada berhampiran gerai tu. Hehe..

Aku kagum dengan dua orang budak ni. Salah satunya aku tau nama melalui nametag di baju sukan sekolah dia. Taqiuddin. Cantikkan nama tu. Dia jaga bahagian duit dan yang sorang lagi tolong isikan pisang goreng kat dalam plastik yang aku nak beli tadi. Dorang ni kecik-kecik lagi dah belajar menjual. Berdikari untuk mendapatkan duit. Waktu aku sebaya dorang, tak terlintas pun aku nak buat semua tu. Yang aku tahu cuma main, belajar, dengar cakap mak abah.

Tapi dorang ni lain. Kena bekerja. Melalui pengamatan aku, mereka ni dari golongan yang kurang berkemampuan. Lihat dari cara dan pakaian yang dipakai pun sudah tahu. 

Satu hal yang aku kurang berkenan adalah sewaktu budak yang jaga bahagian duit tadi agak lambat mengira duit baki yang diberi rakan aku. Rakan aku bagi note 10 dan aku bagi note 1 je. So mestila pulangkan balance RM9 kan? Dalam simpanan dia cuma ada RM8 je. Kiranya jika ditambah dengan duit yang aku bagi tadi, cukuplah balance yang patut diberi. Tapi disebabkan budak tu agak blur-blur, si ayah mengatakan anakkan lembab.

Bagi aku perkataan tu agak kasar. Aku tak setuju kalau kita cakap perkataan tu pada seseorang lebih-lebih lagi anak kita kerana kata-kata kan merupakan satu doa. Kalau dah 44kali cakap camtu kat anak, memang lembab la anak tu. Ish..taknak aku jadi macam si ayah tadi.

Moral of the story.. kalau nak mengajar anak, biarlah menggunakan perkataan yang elok dan sopan waima untuk marah sekalipun..
 

1 comment:

Azliza Mohamed said...

comel errr. hahaha....yup, mengajar anak2, kene guna cara yg betul :)