Teman-teman

Tuesday, December 7, 2010

..::Disaat Aku Mencintaimu::..

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku..
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu...

Ni salah satu petikan dari lirik lagu yang tengah aku dengar sekarang. Dari pagi tadi aku pasang berulang-ulang kali.

Petang ni mendung je. Dengar plak lagu yang mendayu-dayu, lagi sayu hati aku. Pastu aku buka balik entri-entri aku yang lama. Mau menitis airmata aku ni kalau lagi lama aku baca. Huhu.

Meh aku nak share ngan korang mengenai lelaki-lelaki yang telah mencuri hati aku dulu sampai sekarang. Hehe...Gile berani kan? Kalau encik E baca ni, die merajuk tak eh agak-agaknye? Takpe...Kisah lama. Saja nak share bagi lega hati.. 

Boleh tahan ramai la juga. Ni kira yang aku kapel je la ye. Yang crush ape sume tu ramai sangat. Payah nak cite panjang..

Ok,ok..  

1st love. Masa sekolah. Kira cam cinta monyet la. Agak lama juga bertahan. 3-4 tahun kot. Pastu tu putus pas masing-masing dah abis sekolah. Tapi ada gak yang kekal dengan cinta monyet dorang sampai sekarang kan?

2nd love plak masa matrik. Ni la kisah cinta paling best, paling gembira, paling sedih, paling duka. Kiranya sume yang paling-paling masa 2nd love ni la. Hehe.. Hampir 5 tahun berkawan dan hampir bertunang. Huhu..Sekarang ni dia pun dah kawen n masih belajar sama tempat dengan aku. End

3rd love adalah dengan seorang yang sangat baik. Aku kira dia adalah yang akan buat aku happy semula selepas aku kecewa. Tapi cuma seketika je. 6 bulan je kot bertahan. Maybe dia belum seikhlas hati untuk bercinta. Tak kisah la. Kami sekarang masih berkawan baik. Masih ada saki baki sayang aku pada dia. Tapi bukan jodoh aku dengan dia, aku kena redha juga la even dalam hati berat.

4th love ni la yang masih kekal bersama aku. Dan yang paling aku terharu,dia dah menunggu aku sejak 11 tahun yang lepas. Aku langsung tak tahu. Kami sememangnya rapat dan dia tahu setiap kisah cinta aku yang lepas. Hehe.. Mean, dia dh tangkap cintan dengan aku masa aku form 1 lagi. Haiyak...nape lambat sangat dia luahkan sampai aku kena lalui saat2 kecewa yang pahit. Kami mula rapat bila dia tahu dalam hati aku dah takde sape-sape lagi. Setiap kali raya pun dia datang rumah tapi tak pernah nampak yang dia sukakan aku. Hehe..

Tapi.....kata orang, banyak pengalaman..luas pemandangan. Betul tak? Sememangnya aku bersyukur kerana aku dah melalui segala pahit manis alam percintaan. Di mana ia membuatkan aku lebih berhati-hati dan teliti dalam memilih orang yang benar-benar menyayangi aku.

Terima kasih kepada hati kamu, kamu dan kamu yang telah dipinjamkan kepada saya dahulu. Dengan cinta kalian, aku lebih bahagia sekarang. Selamat bercinta ok. Tapi jangan lama-lama, banyak buruk dari baiknya.

(^_^)
 

No comments: