Hari ni tajuk entri agak berlainan dari yang sebelum sebelum ni. Agak kontroversi kan? Hehe.. Ok, saje je nak ketengahkan hal ni selepas membaca post di wall seorang teman FB. Katanya sukar nak mencari perempuan yang hati suci. Bila baca tang komen, hati agak tersirap jugala sebab yang dimaksudkan hati yang suci tu adalah perempuan yang masih ada dara.
Haish...
Macam macam hal kan sekarang. Sume nak mencari yang baik, suci, ada dara je. Walhal yang mencemarkannya juga adalah dari kalangan kalian. Mungkin agak kasar bahasanya tapi memang betul la kan? Lain la kalau perempuan tu jenis yang memang suka merosakkan diri sendiri. Tu kes lain.
Kat sini aku bukan nak menyalahkan sesiapa. Cuma nak meluahkan rasa tak puas hati pada kata-kata teman fb tu je. Kalau benar ingin mencari yang suci murni bak bidadari, kena la cermin diri sendiri dulu kan. Seperti yang kita tahu
"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Surah an-Nur; ayat 26
See...dalam al-Quran pun ada sebut. So, tepuk dada tanya iman la k.. Aku akhiri entri ni dengan pesanan kepada adik-adik perempuan yang comel lote sume kat luar sana...(termasuk diri aku juga la)
Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri. Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya..
dan....
Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha..Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu Tidak Sesempurna Rasulullah SAW
n.o.t.a.k.a.k.i: kalau perempuan takda dara senang nak tau,tapi kalau lelaki takda teruna camne plak ek??heee
4 comments:
setuju.. bese kalo laki .. da x de truna pon nak y dara jugak kn.. haih
aah kan..payah nk tau dorang ni sume ada teruna lagi ke x...huhu
follow lah blog nie ! best ! huhu
tenkiu apish_hc..slalu2la dtg sni ye
Post a Comment