tuhan tidak menguji dengan ujian yang tidak dapat dipikul hambaNya
Teman-teman
Wednesday, December 30, 2009
..::Bisikan Subuh::..
Aidid, seorang pemuda yang dilahirkan dari keluarga berada di ibu kota tapi kekurangan kasih sayang dari kedua ibubapanya. Sejak lahir diasuh oleh pembantu.
Semakin meningkat dewasa, kehidupan semakin liar. Hilang sopan santun, hilang akal waras untuk membezakan baik buruk sesuatu. Bergaul dengan mereka yang tiada arah hidup. Berpeleseran untuk menumpang kasih sayang dari teman yang mempunyai kisah hidup yang hampir serupa.
Ditakdirkan dia ke suatu daerah yang begitu asing baginya. Kampung yang jauh dari kemodenan, keluarga yang penuh kasih sayang dan beramal soleh.
Ibarat seekor burung yang kepatah sayap. Memerlukan belas ihsan dari seseorang yang bisa merawat dan memandu arah hidup agar kembali ke pangkal jalan, jalan Allah yang satu.
Hidayah Allah itu ada di mana-mana, untuk sesiapa saja dan pada bila-bila masa. Aidid terpilih untuk menerima hidayah itu sebelum ajal menjemput beliau. Mati dalam keimanan adalah suatu nikmat yang amat besar.
Bisikan Subuh menarik penonton untuk menyedari realiti hidup yang seharusnya bergantung harap pada Rabbul Izzati. Dia lah satu2nya tempat kita memohon, memberi setulus cinta buatNya yang tanpa henti mencintai makhluk ciptaanNya walau apa keadaan.
Sesungguhnya hidup ini hanya sementara. Kita dipinjamkan nyawa untuk terus menambah berat timbangan amal untuk kehidupan hakiki.
Tuesday, December 29, 2009
..::Kau Bukan Dihatiku Lagi::..
Dah lari tajuk plak. Entri ni sebenarnya bukan nak bercerita pasal hal orang lain, tapi aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Bukan nak meraih simpati orang, cuma nak melupakan kenangan paling pahit dalam tahun 2009. Kan dah nak masuk tahun baru, so aku nak lupakan sume kenangan 2009 setibanya tanggal 010110 nanti.
Dah genap sebulan aku kembali single setelah Tuhan pinjamkan aku seorang insan bernama kekasih selama 5 tahun. Banyak kenangan aku bersama dia. 5 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Walaupun sampai saat ni aku tak mengenali dia sepenuhnya, tapi pahit manis menjadi kekasih dia tetap bermain dalam ingatan aku. Dan sekarang, aku berjaya untuk melupakan dia. Kau bukan dihatiku lagi...
Bagi aku, dia memang seorang yang cukup lengkap. Boleh dikatakan dia menepati setiap ciri-ciri lelaki yang aku angankan. Pandai menjaga batas pergaulan dan ada ilmu agama. Tapi satu je yang aku tak suka tentang dia...panas baran. Aku cukup tak suka dengan lelaki yang panas baran. Lebih-lebih lagi pada wanita. Aku tak dapat terima bila kata-kata yang kasar bagi aku, keluar dari mulut dia. Sejak kecil, aku tak dididik untuk bercakap kasar sebegitu. Jadi, aku pun tak suka dengar orang cakap kasar dengan aku.
Aku bersyukur pada Allah kerana DIA telah beri aku petunjuk sebelum kami disatukan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku tak cakap dia jahat, aku tak berdendam pun dengan dia. Aku dah maafkan dia seikhlas hati aku. Mungkin aku hanya ditakdirkan menjadi kekasih dia, bukan isteri. Dan mungkin diri aku tak sesuai untuk menjadi pasangan hidup dia. Mujur gak perpisahan ini terjadi masa aku belum ada jadi isteri dia. Aku tak sanggup kalau sekiranya aku jadi isteri dia, and then dia maki hamun aku bila dia marah. Aku seorang yang sangat sensitif. Ye, benar. Sensitif. Hati aku lembut. Cepat terguris dengan kata-kata yang kasar. Apatah lagi kena marah. Dengan adik aku pun aku boleh menangis, inikan pula dengan seorang lelaki a.k.a suami. Silap hari bulan, aku boleh masuk wad sakit jiwa sebab tertekan.
Dari awal perkenalan, memang semuanya indah. Semua yang bercinta pun rasa cam tu kan. Sangat epy sebab ada yang care pasal kita, yang sayang kita, yang selalu ada untuk kita. Hubungan aku selama 5 tahun tu selalu ada pasang surut. Mungkin kat situ aku boleh nampak yang kami tak serasi, tapi aku butakan mata aku sebab sayangkan dia. Aku banyak bersabar dengan dia. Boleh dikatakan aku tak menjadi seperti diri aku bila bersama dengan dia. Banyak yang aku ubah untuk menyenangkan hati dia. Biasalah, dah nama pun kekasih. Mesti nak jadi yang terbaik di mata dia kan. Apa yang aku tak puas hati, aku diamkan je. Aku tak pernah nak marah dia. Aku sabar je. Tapi pada tahun terakhir hubungan kami, banyak pahit dari manisnya. Macam-macam hal yang terjadi. Sampaikan satu tahap, aku rasa dah tak boleh nak teruskan. Tapi masa tu aku tak cakap pun dengan dia. Aku diamkan je. Sebab aku tak sanggup lukakan hati dia kalau aku mintak putus.
Akhirnya 2 hari sebelum Aidiladha, di mana genap setahun kami mempunyai ikatan..dia putuskan hubungan kami. Masa tu dah tak ada air mata lagi yang keluar sebab dah abis dah air mata ni mengalir pada perpisahan-perpisahan sebelum ni. Aku dah tak rasa apa-apa pun. Terima dengan redha.
Aku harap lepas ni kalau aku bercinta lagi, biarlah ianya selepas perkahwinan. Aku tak nak merugikan masa aku bercinta terlalu lama dan memberi sepenuhnya kasih sayang dan kepercayaan kepada orang yang belum tentu menjadi milik aku. Sekarang, aku bahagia dengan hidup aku. Pergilah jauh-jauh wahai kenangan. Aku dah tak nak ingat dah semua tu. Hati aku dah terbuka untuk menerima cinta yang baru. Takkan ada erti serik dalam kamus hidup aku mengenai cinta. Semoga pertemuan yang akan datang adalah cinta terakhir buatku.
pengalaman mengajar kita menjadi orang yang lebih berhati-hati.
tuhan takkan berhenti menguji.
terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasi kesedihan dan kekecewaan.
bagi aku, ini cara aku, hidup aku.
takdir dah menetapkan aku terluka di saat ini, supaya aku lebih tabah di masa hadapan.
untuk awak, saya ucapkan terima kasih kerana menjaga saya dulu.
terima kasih untuk segalanya.
semoga awak temui insan yang benar-benar sempurna untuk diri awak.
Sunday, December 27, 2009
..::Kembali Ke Sarang::..
Setelah seminggu bercuti, aku kembali ke sarang aku semula. Indahnya percutian. Kalau setiap hari bersama keluarga tercinta alangkah bahagianya. Tambahan pula ada si kecil yang banyak celoteh tu, siapa lagi kalau bukan Annisa Farihah. Sejak dia datang ke rumah, rumah tak pernah senyap. Ada saja keceriaan yang dia bangkitkan. Kalau tak petah bercakap, dia akan menyanyi. Cepat betul menghafal..kalau ada anak secerdas itu, aku pun mahu.
Kini tibalah masa untuk bergelumbang dengan kertas-kertas tugasan semula. Sunyi sebentar hidup. Perlu cari keriuhan itu semula untuk mulakan kerja. Malam ini, aku cuma mahu merehatkan diri setelah seharian memandu dari timur ke utara seorang diri. Pemanduan pertama yang cemerlang. Tahniah untuk diri sendiri.
Nanti aku uploadkan gambar percutian aku bersama keluarga terutamanya gambar anak buah aku yang paling kecil. Sungguh comel. Geram dengan pipinya yang tembam. Sudah pandai menegur orang.
Thursday, December 17, 2009
..::Salam Maal Hijrah::..
Alhamdulillah, usia masih dipanjangkan sehingga dapat menyambut tahun baru Islam.
(memantapkan Ukhuwah Dan Memperkasa Ummah)
Sebagaimana penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi agama suci kita, agama Islam..begitu juga dengan diri aku. Berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, tak kiralah dari segi perangai, sikap, tahap ilmu dan sebagainya. Seperti ceramah yang baru je aku hadiri di Masjid An-Nur tadi.
Firman Allah
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kedamaian dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah." (QS Al Anfal 72)
Wednesday, December 16, 2009
..::2010::..
Tinggal setengah bulan je lagi untuk melangkah ke tahun yang baru. 2010 akan menjelma tak lama lagi. Azam tahun baru? Hurm, azam tahun lama pun masih ada yang belum tercapai. Yang tak tercapai pun ada. Yela, kita merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Hari ni merupakan hari terakhir aku mengajar. Alhamdulillah, selesai juga. Perit untuk menghabiskan kelas ketika perasaan dan keadaan diri yang tak sihat. Tadi, aku hanya menyuruh pelajar-pelajarku membuat ulangkaji dan menyalin kembali jawapan untuk ujian minggu lepas. Mujur mereka faham dengan keadaan aku. Melihat wajah mereka yang ceria, aku rasa bagaikan mahu kembali ke usia muda, zaman kanak-kanak. Hidup penuh dengan keceriaan dan kegembiraan di samping keluarga dan kawan-kawan. Bila dah dewasa ni, kena pilih salah satu je. Kawan atau keluarga. Belajar jauh dari keluarga sedikit sebanyak mengajar aku berdikari tapi rindu yang menggunung tu la yang sukar untuk ditarah.
Gaji pertama sudah berada ditangan. Alhamdulillah, walau tak seberapa ia datang dari hasil titik peluh aku sendiri. Jerih usaha aku selama ini. Panggilan 'cikgu' akan tetap kekal sampai bila-bila. Pernah sekali aku ke kedai, pelajarku menegurku dari jauh. Terasa bagaikan besarnya makna seorang guru itu.
InsyaAllah, tahun baru yang akan tiba nanti menjadi tahun baru buat aku. Baru dalam setiap segi. Baru dari kenangan lama, baru dari sifat lama, baru dari pencapaian lama. Akan aku buktikan yang aku juga boleh berjaya dengan sendiri. Tak perlu bergantung hidup pada yang lain kecuali Allah. Usia makin meningkat, fikiran semakin matang. InsyaAllah, aku akan mengingati suatu perkara yang tak pernah aku sedari ianya adalah kelemahan diri aku sendiri. Aku akan ubah.
Anda pula bagaimana? Sudah ada azam untuk tahun baru? Let share with me..(^_^)
..::Tak Pernah Menyesal::..
Mengapa ku harus menangis
Menyesali kepergianmu
Aku harus setegar karang
Kukuh berdiri di lautan
Yang takkan hancur kerana
Ombak yang tak tentu menerjang
Tak pernah menyesal
Mengenal dirimu
Jalan yang kutempuh
Telah tertuju pada mu
Ku takkan sesali
Pengalaman cinta ini
Mungkin kau pernah terluka
Jalanku tanpa dirimu
aku bahagia dengan takdir yang ditentukan.
pengalaman terindah yang dianugerahkan.
Monday, December 14, 2009
..::Cinta::..
Cinta..memang indah untuk diperkatakan apatah lagi jika merasai kehangatan cinta itu sendiri. Cinta adakalanya membunuh, jika terlalu mengagungkannya. Mencintai dan dicintai tidak salah. Ia merupakan lumrah hidupan yang dicipta. Mahukan belaian kasih sayang, perhatian dan ketenangan. Cinta tanpa amal ibarat menabur janji manis tanpa melaksanakannya. Cinta hadir ketika dua jiwa bersatu dalam erti kata perasaan.
Aku pernah merasai cinta yang begitu indah. Sumpah aku rasa cukup bertuah. Tapi, benar kata bidalan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada berpisah hidup mati atau berpisah kerana tiadanya rasa cinta itu lagi. Takkan aku menyesal kerana cinta mengajar aku erti kepahitan, kemanisan dalam hidup. Itulah yang mewarnai kehidupan kita. Cinta yang hakiki itu yang teragung. Cintakan bunga, bunga kan layu, cintakan manusia, manusia kan mati..
Bagi yang baru mengenal erti cinta..rasailah perasaan itu dengan betul. Jangan terlalu mendalam mencintai seseorang yang kita belum pasti menjadi miliknya. Biarlah berpada-pada kerana pahit kekecewaan yang akan kau alami amat menyakitkan. Tahniah bagi mereka yang telah menemui cinta sejati mereka. Semoga berbahagia selamanya. Sayangilah insan yang menyayangi kita dengan kesetiaan, kejujuran dan berpegang kepada komitmen yang telah dikatakan.. Jangan biarkan insan yang kita cintai mengalirkan airmata kesedihan pabila bersama kita.
Hayatilah cinta dengan ceria. Selamat berjuang untuk cinta sejati anda *\(^_^)/*
Friday, December 11, 2009
Thursday, December 10, 2009
..::Aku Wanita Biasa::..
Ada persoalan yang membelenggu. Aku rasa ni medium yang paling terbaik untuk aku bertanya. Aku harap ada yang membantu aku, walaupun hanya sebagai nasihat.
Aku nak tanya pada wanita di luar sana sama ada anda seorang yang beremosi atau tidak? Bagaimana tahap emosi anda dan masa bila anda beremosi? Bukankah wanita sangat berkait rapat dengan emosi? Aku pun selalu je beremosi tapi tengok keadaan gak. Bagi yang mengenali aku sebagai sahabat, ramai yang beranggapan aku ni adalah sahabat yang baik untuk berkongsi, untuk menjadi kawan susah senang dan selalu cakap yang aku ni seorang yang cukup sabar dan tabah (ni bukan rekaan ok, mereka pernah jujur dengan aku tentang diri aku dari pandangan mereka). Ok, berbalik kepada tajuk asal..Aku mahukan pendapat kalian tentang kaitan wanita dan emosi..Sama tak emosi anda bila anda bersama sahabat dengan bila anda bersama kekasih or suami anda?
Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku
Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..
..::Cinta Yang Sempurna::..
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimu
Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan..
Terima seadanya adalah sebaik-baik perbuatan.
..::Maaf BuatMu::..
Mulai sekarang kata ganti nama akan bertukar ye.
kecuali dalam keadaan tertentu (^__^)
Wednesday, December 9, 2009
..::Saya Mahu Gelak Sambil Berguling-guling::..
Epynye rasa malam ni. Tak tau kenapa hati berbunga-bunga je. Nak gelak kuat-kuat takut rumate kata saya mereng. Gelak dalam hati je boleh?Gelak dalam penulisan jela. Hahahahaha...Kenapa saya epy???
Report dah siap? Mungkin..
Hari yang dilalui begitu indah? Mungkin juga..
Dah hampir hujung minggu? Mungkin..
Saya epy sebab Allah beri saya ruang untuk tersenyum hari ini. No reason..Alhamdulillah,syukur. Saya sudah tak sabar untuk ke Melaka hujung minggu ini. Menghadiri perkahwinan rakan serumah. Hadiah sudah dibeli. Sangat suka dan berpuas hati dengan pilihan tersebut.
hati masih berbelah bagi sama ada mahu menerima atau tidak. harap memperolehi keputusan yang terbaik.
Monday, December 7, 2009
..::Semuanya Sama::..
Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu. TIDAK SAMA!
Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama...
Otak ~ Yup!...begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka 'enjin' untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!...
Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!
CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, "Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh...adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan" ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi...Jangan sesekali berhenti dari bercinta!
Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu...hanya menyerah pada yang Esa. Hey....Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!!...
Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta...SEPERTI KERETA & OTAK kita tadilah...enjin mati, otak beku!...CINTA? ?...samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang... akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan?
Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda semakin faham tentang percintaan, bila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!... kan itu yang anda mahu?...jika itu keinginan anda, jawapannya simple je, "JANGAN BERHENTI BERCINTA!"
..::Cikgu,janganlah pergi::..
Esok, saya akan mengadakan ujian buat anak murid untuk menguji tahap pencapaian mereka semua seperti yang telah diarahkan oleh tuan pengerusi. Lusa adalah hari terakhir saya mengajar mereka.
Saya masih belum puas untuk mengajar mereka tetapi kontrak saya akan berakhir Rabu ini. Terharu dengan kata-kata anak murid yang tak mahu saya berhenti..
Murid 1: Cikgu, kalau saya mintak cikgu mengajar kami lagi kat pengerusi boleh tak?
Murid 2: Ala...lepas ni cikgu Z mengajar semula ke?
Murid 3: Kenapa cepat sangat cikgu nak berhenti?
Sungguh dalam hati masih ingin mengajar, memberi segala ilmu yang ada. InsyaAllah, jika masih diperlukan kita akan bertemu lagi. Jangan nakal-nakal ok..
Kamu menceriakan hari, cikgu..
..::Suke Hati::..
Suke hati bila melihat blog sendiri tersenarai di antara blog-blog lain yang hebat. My blog tersenarai pada 21st blog list di sini.akhirnya...kat sini leh dapat kenal lebih ramai blogger baru dan lama or yang femes..di samping memperkenalkan blog anda sendiri
Sunday, December 6, 2009
..::Kahwin Paksa::..
Selamat pagi semua. Hari ni terbangun agak lewat sebab semalam kami mengadakan parti orang bujang di bandar Ipoh sampai awal pagi. Perancangan yang dirancang last minute. Kul 9 lebih, kami decided nak ke bandar Ipoh, jalan-jalan bersama bakal pengantin yang hanya tinggal seminggu sebelum beliau menjadi seorang isteri kepada sang suami tercinta.
Ada cerita menarik yang saya nak sampaikan. Saya telah bermimpi yang saya dipaksa berkahwin oleh orang tua saya dengan bekas kekasih saya yang telah menjadi chef terkenal kini walhal ketika itu saya telah mempunyai kekasih hati yang cukup saya cintai. Apakah?? So scary. Bekas kekasih yang berjaya menambat hati orang tua saya tersenyum lebar sedangkan saya sedaya upaya mempertahankan kebaikan dan kesungguhan kekasih hati saya itu. Begitu sedih kerana kekasih hati tidak berjaya menambat hati kedua orang tua saya dan menambahkan ketidakpercayaan mereka dengan menunjukkan sikap yang buruk di suatu majlis. Hohoho..(watak-watak dalam cerita perlu dirahsiakan kerana mereka adalah pelakon sebenar di alam nyata)
Kalaulah sungguh ianya terjadi, harap tidaklah seteruk mimpi saya itu. Mak abah saya takkan paksa saya berkahwin dengan orang yang saya tak suka..mereka adalah sporting.
Saya amat berbangga dengan kerukunan rumahtangga yang kalian pelihara sehingga kini.
Kepada husband to be (masih dalam pencarian),
saya harap perkahwinan kite nanti akan kekal sampai hujung nyawa..
Saturday, December 5, 2009
..::Peluk Cium Dariku::..
Sempena ulangtahun pertama sahabat alam maya dan juga merupakan bekas teman sebilik yang baik hati, buat julung-julung kali saya sertai pertandingan sebegini sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang saya buat kamu, zara yang comel..
Syarat-syarat pertandingan:
Pertama : berikan nama yang sesuai untuk beruang putih...
saya namakan beruang putih itu dengan nama 'Irman Hafiz'. cantik seperti maksudnya sentiasa menjadi pelindung untuk kamu setiap masa..(merujuk pada beruang-beruang kamu yang lepas2, sume nama yang unik untuk seekor beruang)
Kedua : LIMA KENYATAAN mengapa saya mengunjungi Dunia Sebelah Zara.
1) Menarik
2) Unik
3) Comel
4)Suka
5)Mahu tahu tentang kamu..sebab kamu adalah kawan sejati saya
Ketiga : Saya suka penulisan kamu yang bertajuk "MEMENUHI KEPERLUAN ATAU MEMUASKAN NAFSU?"
Suka dengan cara penulisan kamu dalam meluahkan apa yang terpendam. Kata-kata yang mempunyai maksud yang mendalam dan hanya yang mengerti, bisa mengolah setiap bait kata yang tertulis.
Keempat : Lengkapkan slogan ini. "Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan saya peluang menyelami dunia indah yang penuh dengan rasa cinta dan kasih yang takkan pernah berhenti"
Friday, December 4, 2009
..::Tak Mungkin Kerna Sayang::..
Walau sejauh mana aku cuba lari dari kisah silam, ia takkan merubah apa-apa. Sememangnya kenangan itu akan sentiasa hadir walaupun sesaat cuma. Pahit manis yang tercatit selama 5 tahun lenyap bagaikan tsunami. Mungkin silap aku semua ini terjadi.
Kuberikan kebebasan yang dimahukan. Kuberi kebahagian yang dicari. Kuberi kegembiraan yang tak tercapai ketika bersamaku. Satu pengorbanan, mungkin. Andai dengan cara itu boleh dianggap sebagai salah satu cabang CINTA, biarlah dia terbang bebas.
Aku bukan mengungkit kisah silam yang aku sendiri ingin lupakan, tapi aku mahu luahkan supaya lebih mudah untuk aku lupakan. Pahit, manis, suka, duka di alam percintaan amat indah. Pengalaman paling berharga buat dunia kedewasaanku.
Terima kasih untuk kasih sayang, cinta dan rindu yang pernah hadir dulu. Terima kasih untuk setiap waktu yang terluang, perasaan yang terluah, perbuatan yang amat manis. Selamat tinggal cinta..
..::Hujung Minggu::..
Mood: macam-macam
Lokasi: dalam bilik
Selesai sesi mengajar untuk hari kedua yang bermula jam 8 pagi tadi. Ntah kenapa hari ni saya liat skit nak bangun. Cam kurang bersemangat. Alarm dah menjerit-jerit seawal jam 6 tapi saya bangun mandi bila 40 minit berlalu. Hehe..mujur gak saya cuti hari ni. Jadi takdela rasa bersalah sebab bangun lambat.
Semangat saya hari ni hilang entah ke mana. Seakan hanya badan je yang pergi mengajar, tapi fikiran di tempat lain. Rasa down yang paling saya benci. Tapi bila saya tengok wajah anak murid saya tadi, semangat tu dah ada balik. Thanks adik-adik..Sememangnya saya geram dengan kamu semua. Gelagat kamu yang nakal, buat saya terhibur. Tak sabar nak jumpa kamu lagi minggu depan.
Hujung minggu akan terisi dengan research yang terbengkalai selepas jumpa supervisor Rabu lepas. Hope dapat siapkan sebelum next weekend kerana saya akan ke Melaka pada hujung minggu tersebut. Menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik di sini. Tentunya meriah..
Jom makan nasi lemak bersama saya.. (ending yang tiada kena mengena)
Thursday, December 3, 2009
..::Akibat Terlalu Percaya::..
"Panas hati saya. Sanggup dia buat saya begini setelah 100% kepercayaan telah saya berikan padanya.. Inilah akibat terlalu setia"
Bacaan lanjut, sila klik disini..
..::Kamu Sangat COmel Di Mataku::..
Bermula episod baru dalam hidup saya. Haha..cam tak percaya je saya dah menjadi seorang pendidik. Walaupun bukan mengajar seperti guru-guru saya dulu, saya tetap berbangga kerana dapat mendidik anak bangsa terutamanya saudara seagama yang sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim a.k.a. khalifah Allah di muka Bumi ini.
Alhamdulillah, kelas pertama berjalan dengan lancar walaupun agak gementar. Wajah-wajah comel yang berada di depan mata benar-benar meruntun hati wanita saya. Sangat comel dan baik. InsyaAllah, saya akan curahkan segala ilmu yang ada untuk kamu semua, sayang.. Hari pertama bersua, rasa kasih sudah berputik. Begitu indah perasaan yang dikurniakan.
Semoga anak didik saya menjadi seorang yang berguna dan berilmu kelak. Selamat maju jaya.
Wednesday, December 2, 2009
..::Inikah Namanya Cinta::..
Cinta ibarat kupu-kupu..
Makin kau kejar,makin ia menghindar..
Tapi..bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak terduga..
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti..
Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berkan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.
Kepada yang ragu dengan PERNIKAHAN..
Cinta bukannya mencari seseorang yang 'SEMPURNA', tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal PERASAAN bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau SENTUH hidup seseorang bila kau hanya berniat MAIN-MAIN dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya PEMBOHONGAN.
Hal yang paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang JATUH CINTA, sedangkan kau tidak berniat langsung UNTUK MENERIMANYA saat ia terjatuh.
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar KEPERLUANmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.. Begitujuga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlahkamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimi, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.
..::Segalanya Ketentuan Tuhan::..
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau baik di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
..::Selamat Pagi, Cikgu::..
Menerima panggilan dari seseorang semalam. Dari perbualannya, aku dapat meneka ada sesuatu yang cuba dia sampaikan. Hati berbunga dalam diam. Tamat perbualan, hati berdetak lagi. Teringat kembali kata-katanya. Terima atau tidak..
Sewaktu percutian, aku telah nekad dengan keputusan aku. Kini, goyah kembali setelah menerima panggilan itu. Senang betul hati ini berbelah bagi. Mungkin ini yang terbaik untuk aku.
Jam 9 nanti aku akan bertemu dengan seseorang, Cikgu Zul namanya. Indah nama tak mungkin indah rupa, tapi yang utama ilmu yang di dada. Mungkin selepas ni anda semua boleh panggil saya "cikgu"..
(^__^)
Tuesday, December 1, 2009
..::Aku Kembali Kini::..
Salam buat semua. Kembali bersiaran dari bumi Toronto. Kembali ke asal. Bergelumang dengan cerpen cinta yang bisa membuat akal berfikir jauh, menerawang ke segenap dimensi otak yang sarat dengan pelbagai hal. Tinggal 18 hari je lagi untuk hari yang dinantikan.
Penat setelah hampir 7 jam bersama buah hati tercinta dari timur ke utara..meredah hujan dan panas. Kubenarkan kau istirehat untuk semalaman ya..Esok temani aku lagi ok..
Aku perlukan rehat secukupnya untuk aku benar-benar sembuh supaya boleh fokus pada pengajian. Tekanan darah rendah kembali menghantui. Hampir setahun aku bertahan, ia datang kembali. Serik menyusahkan semua orang. Hanya dia yang selalu menemani aku disaat aku sakit. Terima kasih..
Selamat malam....