tuhan tidak menguji dengan ujian yang tidak dapat dipikul hambaNya
Teman-teman
Thursday, October 30, 2008
..::Bicara Kasih::..
Lirik lagu ni betul betul wat aku touching..Korang bacala sendiri ek..
Haruskah aku yang meminta
Noktah hubungan cinta kita
Sedang masa berlalu pantas
Menelan waktu usiaku
Cinta yang kita bina bersama
Belum ada penghujungnya
Menghitung detik perjalanan
Mencengkam perasaan
Cinta dalam kedukaan
Bicara pada malam
Seakan mengerti apa kurasakan
Dalam keliru
Masih lagi mencari jawapan
Bicara pada sepi
Seakan memujuk hati
Kau tahu ku amat menyintai
Tak mungkin cari pengganti
Apakah aku hanya sandaranmu
Kau datang dan pergi sesuka hati
Kau hilang kala ku memerlukan
Tinggal keseorangan
Setitik kasih yang engkau berikan
Tak mampu lagi untuk ku bertahan
Izinkan ku mengundur diri
Pergi bersama hati yang terluka
*uwaaa..xmo dengar dah..kang banjir laptop aku ni..adios
..::Masak vs Imam::..
Tajuk artikel tu "salah ke perempuan tak tahu masak?" Biasa je kan. Memang sekarang ramai dikalangan perempuan kurang mahir memasak. Bukan tak tahu langsung. Ramai perempuan kurang mahir memasak sebab dari kecil tak diajar untuk turut serta di dapur. Alasannya? Fokus pada pelajaran dulu. Bukan tanggungjawab perempuan yang masih kecil untuk memasak. Lagi haru sekiranya perempuan tu dari awal persekolahan hingga ke peringkat tertinggi asyik duk kat asrama je. Masa bila nak praktik masak kan?
Bila soalan ni diajukan pada lelaki, for sure mereka akan memilih jawapan "SALAH". Kalau tanya bab calon isteri pun mesti akan cakap "nak cari yang pandai masak". Penting sangat ke?
Cuba kita tanya pula soalan ini pada lelaki, "salah ke kalau lelaki tak pandai jadi imam?" Ha, camne jawapan korang?
Walaupun keduanya adalah perkara yang berlainan, tapi mempunyai satu point yang sama iaitu KEMAHIRAN.
Kalau perempuan tak tahu masak, kenalah belajar. Bila dah belajar, mesti kena mahir. Bukan setakat masak untuk satu family tapi boleh masak untuk satu rombongan bas. Sama juga dengan jadi imam. Kalau tak tahu, boleh belajar. Dari mejadi imam untuk sebuah family, bila dah mahir boleh jadi imam untuk satu jemaah kat masjid pulak kan?
Moralnya, jangan salahkan perempuan bila mereka tak pandai memasak dan jangan salahkan lelaki bila mereka tak pandai jadi imam. Yang penting, niat ingin belajar tetap ada. Jangan menunding jari pada orang lain selagi tak cermin diri sendiri dulu..Salam.
*alhamdulillah, aku xla dikategorikan dalam kategori perempuan yang tak tahu masak walaupun hidup aku tak lari dari perkataan "tinggal di asrama"..
Wednesday, October 29, 2008
..::My 1st Award::..
Tak sangka baru berapa bulan aku create blog ni, aku dah dapat award. Jangan salah faham ok. Ni award sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan aku yang slalu view blog si zara ni. Tak delah selalu sangat pun.hehe..So, guys..good morning!!!have a good day and take care always..
Tuesday, October 28, 2008
..::Kisah April FOol::..
Semalam aku tak dapat tido. Puas aku pujuk mata aku ni tido cz ari ni aku ada kelas yang begitu membosankan dan susah nak faham. Sambil sambil nak tido tu aku kenang balik masa zaman persekolahan aku dulu. Kelakar, sedih, takut, sume ada. Ok2 aku dah lari tajuk ni.
Nak mula kan cite,tahun 2002 or 2003 masa aku sekolah teknik dulu aku sertai kadet polis. Dapat pangkat sarjan lagi tau. Bukan nak riak ok.. Aku ada 3 orang sahabat baik masa sekolah dulu. Ke mana aku pergi mesti berempat. Apa apa projek,mesti buat sama sama. So, hujung bulan Mac, aku dan kawan kawan aku ni dah rancang satu plan baik punya untuk kenakan 1 student laki kelas mekanikal ni. Aku bagi nama Z je k. Z ni pun anggota kadet polis gak tapi ala-ala control macho.hehe..
Dalam seminggu before April Fool, aku ngan kawan kawan dah pakat buat surat cinta kat Z ni. Kami gunakan nama RIMIEILYA tu sebagai empunya surat tu sempena nama belakang kami berempat,(RI-nama aku, MIE- fizieyatul aMIEra,IL-ezatil atILla dan YA-surYAntie). So, dapatla nama RIMIEILYA.
Masa sekolah dulu, meja kami kena balut dengan plastic wrap. So, salah sorang dari kawan aku ni akan selitkan surat cinta warna pink kat meja Z ni. Adalah dalam 4,5 pucuk surat kot. Ayat berbunga bunga lagi. Setiap hari mesti ada surat warna pink dari kami. Sampaikan 1 hari sebelum April Fool,kami stop bagi surat tu. Si Z ni ada cite kat kami masa latihan kawad kadet polis tapi kami buat buat tak tahu je. Tapi dalam hati dah gelak sakan kat Z ni.
Tertunggu juga Si Z sebab sehari tak ada surat dari peminat misteri. Masa April Fool tu la kami bagitau perkara sebenar melalui surat berwarna pink dan niat kami hanya nak kenakan dia sempena April Fool. Si Z ni marahkan kami, seminggu tak tegur. Hihi..nakal kan? Kami suka sakat Z ni sebab dia control macho sangat, konon tak layan perempuan yang dia tak kenal tapi best berkawan dengan dia.
Apapun, aku dah mintak maaf sebelum persekolahan aku tamat dulu. That memory yang buat aku rindu nak bersekolah balik tau. Kepada Z, u r the best buddy. Sekarang dah lost contact ngan Z. I miss u, all my friends
Monday, October 27, 2008
..::Makan::..
Lepas solat subuh pagi tadi aku stay kat depan laptop. AKtiviti rutin aku adalah kemaskini email, view blog dan friendster sambil breakfes. Dah beres sume rutin tu, baru aku buka folder assigment dan teruskan apa yang yang tertangguh. Malam semalam aku dah buat pengiraan untuk kira profit bagi layout aku yang dulu. Ingat lagi tak? Kira punya kira, ada error sikit. Terpaksalah kira semula.
Around 12 aku dah siap siap nak ke cafe. Isi perut aku yang dah berbunyi dari pukul 10 tadi. Cepat betul lapar. Gemuk, tak juga. Dalam perjalanan, dah terbayang lauk apa aku nak amik nanti.. Sedapnya bila dapat makan makanan yang betul betul kena dengan selera aku. Nyum..nyum..
Lepas zohor, aku siapkan assignment aku lagi. Time tengah mengira tu, sempat lagi dalam kepala fikirkan pizza hut. Kawan aku cakap ada menu baru untuk couple. Bestnya. Teringat lak hutang aku dengan dia masih berbaki 1. Cuti nanti mesti bayar balik.Kalau dapat makan ni, syoknya..
Sunday, October 26, 2008
..::18 Petua Mengasihi Teman Hidup::..
1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.
3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)
5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.
6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)
7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.
8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.
9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.
10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.
11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.
12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.
13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.
Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..
14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.
15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.
17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
..::Lelaki Sejati Tahu Menggunakan Seterika::..
Pepagi lagi aku dh buka blog aku. Perkara wajib sebelum wt pape keje. Time nila aku bekfes. Tengah duk kemaskini email yang berlambak, aku terbaca satu petua yang orang send kt email aku. Bagus gak..email tu tuju kat laki sejati je. Aku baca gak..ni aku pastekan utk korang baca lak..
Gosok jangan tak gosok… Saja aku postkan benda alah ni buat pedoman isteri-isteri dan anak-anak juga tak lupa kepada lelaki-lelaki sejati a.k.a suami-suami mithali dalam mengosok pakaian terutamanya kemeja dan seluar.
Persiapan menggosok pakaian.
- Baca label maklumat yang terdapat di bahagian kolar baju dan di garis pinggang seluar pakaian anda untuk mengetahui tahap kepanasan yang diperlukan untuk menggosok fabrik tersebut.
- Sediakan peralatan menggosok seperti seterika, tempat menggosok yang rata (sebaiknya menggunakan papan gosok seterika) dan penyembur air untuk membantu melicinkan kedutan. Jika desiran air terjadi apabila air disemburkan pada permukaan bawah seterika, itu menandakan bahawa seterika sudah panas dan sedia untuk menggosok.
Langkah-langkah menggosok kemeja:
- Butang.
-Tanggalkan segala butang termasuk butang di pergelangan lengan. - Bahagian kolar belakang.
-Telangkupkan kemeja dan gosok bahagian belakang kolar terlebih dahulu.
-Gosok pula bahagian hadapan.
-Gosok dengan gerakan pendek ke atas dan ke bawah tanpa berhenti kerana jika anda berhenti walaupun beberapa saat, takut pula baju akan ‘melecur’ atau terbakar. - Bahagian lengan.
-Letakkan salah satu daripada lengan di atas papan seterika mengunjur ke hujung papan.
-Urut dengan tangan agar ia betul-betul rata dan tegangkan bahagian yang terkelepet.
-Gosok dari bahagian atas lengan beransur-ansur ke bawah tanpa menggosok bahagian pergelangan.
-Setelah selesai menggosok bahagian depan dan belakang, gosok pula lengan yang satu lagi.
-Kemudian, barulah gosok kedua-dua bahagian pergelangan. - Bahagian badan.
-Rentangkan separuh bahagian depan baju selari dengan papan gosok.
-Gosok dari bahagian bahu ke bawah.
-Alihkan baju ke bahagian belakang
-Gosok keseluruhan bahagian belakang kemudian alih ke bahagian depan yang satu lagi. - Siap utk digantung!
Langkah-langkah menggosok seluar:
- Bahagian dalam.
-Terbalikkan seluar dan gosok bermula dari bahagian atas, pinggang dan kelangkang, turun ke saku dan akhirnya pelipat di bawah. - Bahagian luar.
-Kembalikan seluar dalam keadaan yang betul.
-Masukkan salah satu daripada kaki seluar ke dalam hujung papan gosok menjadikan seolah-olah papan tersebut memakai seluar tersebut.
-Tarik pangkal seluar sehingga benar-benar rata kemudian gosok.
-Lakukan pula pada bahagian seluar yang sebelah lagi.
-Tanggalkan seluar daripada papan gosok.
-Lipatkannya dua selari memanjang.
-Gosok dari atas ke bawah pada setiap bahagian.
-Ambil hujung seluar dan tariknya ke arah pinggang untuk menggosok bahagian dalam lipatan.
-Gosok bahagian pelipat bawah seluar. - Siap utk digantung!
Diolah dari : http://www.kosmo.com.my
*~ Aku sendiri pun tak tau camne nak iron baju kemeja n seluar ngan cara yang betul. Selama ni main ikut sedap je bila iron baju abah..ahaks. So bila dah ada tips ni, bolehla aku perbaiki cara aku iron baju lain kali..
Saturday, October 25, 2008
..::Very the lazy::..
Bangun subuh tadi pun dah 630. Alarm dah bunyi dari pukul 6 tapi tak sedar lak bila masa tangan ni tekan stop..Bunyi kali kedua baru bangun. Itu pun dengan perasaan yang amat malas. Tapi gagahkan juga bangun untuk solat subuh.
After prayer, tutup lampu and then sambung tido lagi..
ish2,ape punya perangaila ni. Mak tak ajar tau..
Bila dah rasa dah cukup tido, bangun mandi n bekfes.
Pukul 11 baru bekfes??haih..sambil tu on laptop n sambung edit gambar open house semalam.
Ha..nak buka cite skit pasal on the way pegi Pulai Indah semalam. Tengah syok syok borak dalam keta, tetiba hp berbunyi. Dah dapat agak dah sape yang tepon time tu bila dengar ringtone hp..So, angkat jela. Alahai, tak dapat nak romantik2 lak sb dalam keta tu ramai. Si dia lak time aku duk ramai ramai ni la nak sakat aku.haih..Siaplah time next dating nanti ok..
So,rasanya hari ni aku nak off day dari usik assignment n study. Mood nak study dah hilangla. Malam ni baru start do my assigment n study for exam. Tak sabar betul nak balik. Terpaksa extend cuti coz viva presentation 1 week after exam..tak suke betul. Whatever, wish me luck ok..
Friday, October 24, 2008
..::Open House::..
Malam tadi aku pegi jamuan hari raya kat umah lecturer aku. Actually lecturer aku ni laki, tapi untuk jamuan ni dia yang masak tau. Special menu..mee kari. Wah, best sangat.
ada mee kari, udang, ayam n hat dog bbq, puding laici, kek coklat yang sedap, ketupat dan byk lagi
First skali aku makan mee kari dulu. Pastu baru sentuh bbq, puding, kek, ketupat and last skali kena jadi tukang bakar lak..
Kat Johor ni kalau time raya tak macam negeri lain. Dorang akan sambut raya sebulan tau. Kalau kampung aku, raya kedua dah cam hari hari biasa je. Tak best pun. So, jangan heranla kalau datang Johor pada bulan Syawal, korang nampak still ada orang yang pakai baju melayu n baju kurung berkonvoi pegi raya..dan get readyla kalau yang nak menetap kat Johor tu sebab anytime je rumah korang akan diserbu oleh jiran tetangga sampai 30 Syawal k. Family aku dah pernah kena tau dulu. Terpaksa goreng mee cincai sebab nak bagi makan kat jiran jiran yang datang beraya rumah ke rumah..
Thursday, October 23, 2008
..::Perempuan vs Materialistik::..
Actually sem ni aku ada 2 paper je. So, taklah rasa takut sangat. Walaupun 2 paper, result kena maintain gak. Kalau boleh aku nak score deanlist lagi utk upgrade CGPA aku yang sekarang ni.
Pada entry yang sebelum ni aku menghadapi tekanan yang melampau. Thanks for him so much coz make my spirit back. Aku dah beransur pulih. Lagipun kerja kerja aku dah banyak yang siap. Cuma tinggal report survey dan juga studio work.
Selepas kelas transport tadi aku pegi lunch dengan baizura. Memang selalu pun aku makan dengan dia. Pastu ada lak dua orang mamat ni nak join aku makan, farhan dan shazni.
Sorylah tak sempat nak capture at the moment. Perut tengah lapar. Apa yang membuatkan aku terfikir sampai sekarang ni adalah perkara yang diungkit oleh farhan masa lunch tadi.
farhan: ko rasa la kan, perempuan ni materialistik tak?
me: kenapa ko tanya soklan cam ni lak time makan ni?
farhan: ko perasan tak, mas kawin yang pihak perempuan mintak terlalu tinggi. Tu menunjukkan perempuan tu pandang harta. Kalau laki tak de 10 ribu, mak bapak tak kasi anak pempuan dia.
baizura: itu bukan brmaksud perempuan tu materialistik tapi zaman sekarang semua benda perlukan duit. Takkanla mak bapak nak lepaskan anak perempuan yang dah dia jaga baik2 pada laki yang tak dapat nak bagi kehidupan yang selesa kat anak dia cam dia bagi. Tak ke macam masuk mulut buaya tu?
me: pempuan pun kalau nk letak harga tinggi pun, kena la cermin diri sendiri gak. cukup lengkap dan serba boleh ke sampai nak letak harga tinggi2 tu?
dan banyak lagi lah yang kami bahaskan sampai 2 jam lunch time aku..
Bagi pendapat aku sebagai perempuan, isu mas kawin mahal tak timbul. Perempuan bukan MATERIALISTIK ok. Kita mengikut peredaran masa yang mana sekarang ni semua benda mesti ada duit. Kalau betul ada niat nak kawin awal, tak salah rasanya kalau perempuan juga turut bekerja selepas kawin sehingga dia rasakan keadaan ekonomi family dah stabil. Mak bapak yang dah bagi keselesaan dan pelajaran yang bagus untuk anak dia,mesti nak juga rasa hasil dari didikan diorang.
Senang faham,takkan seorang petani yang dah tanam dan jaga tanaman dia bertahun tahun tak mahu merasa hasil titik peluh yang dia dah curahkan selama ni? Orang yang tak panjang akal je yang akan buat macam tu. So, fikirlah sendiri sama ada perempuan materialistik or keadaan yang merubah segalanya.Tak kenal maka tak cinta..
..::Bingung::..
aku kelaparan tapi tak mahu makan
aku perlukan tidur yang cukup tapi mata tak mahu lelap
what the hell im feel rite now huh?
kasarnya bahasa aku..
inilah akibat apabila tekanan diri berada ditahap maksimum
semua yang normal dan jadi abnormal
i need my usual life back!!
Wednesday, October 22, 2008
..::survey..survey..survey::..
RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.
1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
- In my opinion(ish,cam skema la plak ayat aku ni~ahaks)bagi aku tak mungkinla dia akn buat camtu kt aku. Tapi dlm Q tu ckp,if..so,aku kne imagine la ek. Hmmm..sedih la jugak. Kte mati mati setia kat dia, tiba tiba dia curang kan.since aku kenal dia, aku tau dia bukan laki camtu.
2. If you can have a dream to come true, what would it be?
- nak pegi travel around the world sambil kaji behaviour manusia. Then aku nak terbitkan buku tentang kajian aku tu or buat novel about that in my point of view...best2
3. Whose butt would you like to kick?
- takde maknanya aku nak buat benda tu. Tak sesuai kalau pempuan nak sepak2 ni. Lagipun bukan perangai aku pun. Kalau aku tengah marah pun paling teruk orang akan dengar bebelan aku. Tak pun tengok muka aku yang macam periuk steam yang kuar asap tu..=P
4. What would you do with a billion dollars?
- a billion?? banyaknya..
first of all mesti la aku nak beli apa yang aku idamkan selama ni
pastu aku simpan separuh dr duit tu utk kperluan masa depan
bagi family
blanja kawan kawan aku yang baik ngan aku je
last think, aku nak buka bisnes n besarkan bisnes dia..lalala
*agak agak aku leh dapat ke durian runtuh camni?
5. Will you fall in love with your bestfriend?
- of course la NO..nama pun bestfriend
geli la plak kalau fall in love with my bestfriend..
cam dalam lagu Jason Mraz tu..'lucky i'm in love with my bestfriend....'
ohh..tak mungkin
6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
-Being loved by someone kot..cz bagi aku, lebih baik menyayangi org yg betul2 syg kt kite dari kte syg org yg tak pernah nak syg kte.. ish,betul ke ape aku tulis ni. Dah mcm berbelit2 lak..
7. How long do you intend to wait for someone you really love?
- wait for what??
dah ada yang btl2 berkenan kat hati pun n really love him now n 4eva..tak nakla cari cinta baru..yang ada pun dah menepati ciri ciri idaman(",)
8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
-if waktu skolah dulu aku jual mahal skit. Maklumla group aku dulu group favourite kat skolah tak kira students or teachers..ahaks. Bila dah abis skolah, dah malas nak fikir pasal ni. Kalau ada pun, simpan sorang2 je..
9. What do you pray each day for your loved one?
- nak bagitau gak ke?takpela..kali ni je
aku doakan supaya dia panjang umur,murah rezeki,jadi laki yang baik n soleh,berjaya dalam ape jua dia buat and lastly never stop loving me forever..
10. How would you see yourself in ten years time?
-hmm..sorang wanita bekerjaya dan punyai family yang penuh dengan kasih sayang dan bahagia disamping suami tercinta
11. What do you really want at the moment of responding to this tag?
-aku nak ada antara yang aku tulis ni jadi kenyataan suatu hari nanti..walaupun tak tau bila aku leh dapat
12. What’s the first thing you do when you wake up?
- baca doa bangun tido (tu pun kalau teringat)pastu capai tuala n mandi
13. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
-forgive but not forget..bak kata orang, memaafkan lebih senang dilakukan daripada melupakan
aku ni kadang kadang pendendam gak. tapi at certain thing je..cume aku tak lupakan apa yang dah terjadi sbg peringatan pada aku supaya tak berulang lagi sb aku ni senang kena tipu ngan orang..huhu.
14. Do you prefer being single or having a relationship?
- relationship la..kan hidup ni saling memerlukan antara satu sama lain. Tapi dalam banyak hal, aku refer single cz tak suke nak susahkan orang
15. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
- Never leave them to chase my dream..doranglah sumber inspirasi aku selama ni. I love them so much k..family is my priority in my life..
aku nak tag
-mr chekodok
-zara
-ureen
-laila
-the spiral eyes
sile buat k..
..::Lega::..
Dalam banyak banyak kelas, kelas ni la aku rasa paling sempoi dan relaks skali. Takde tekanan langsung. 2 projek je yang aku dan group aku kena buat, tak de exam dan kelas pun tak sampai 10 kali ada. Aku dengar dari member member aku yang lain, option class dorang cam gempak dan so hard to score marks. Kesian betul ngan dorang.
Aku nak cite skit pasal lecturer option class aku. Dari first year lagi aku dah suka dengan cara dia mengajar student. Jelas dan terperinci. Semua kelas yang dia ajar, aku score 3 pointer and above. Camne tak dapat A, kalau dah cara lecturer tu mengajar senang faham dan jelas. Lecturer macam ni la yang patut ada di setiap universiti. Aku salute la dengan lecturer ni. Dialah the best lecturer dan semua student planning suka termasuklah aku.
Tuesday, October 21, 2008
..::Kebuntuan Melanda Diri::..
Aku jarang gunakan photoshop sebab bagi aku software ni leceh skit kalau kita tak rajin explore. So, untuk menyenangkan aku, aku just gunakan picasa or handmaker je. Lepas siap satu or dua pic, barulah aku boleh sambung kembali kerja kerja aku yang tertangguh tadi with fresh idea..(",)
Monday, October 20, 2008
..::Tension::..
Sunday, October 19, 2008
..::Ahad::..
Bermula dari pukul 930 pagi aku dan rakan rakan yang lain on the way ke tempat survey kami, A&W. Sebelum start tugasan, kami singgah di kedai Mama Lin dulu..isi perut dulu.
moon dan farhan yang rancak berbual pasal tesis
Selepas selesai breakfast, kami bergerak menuju destinasi sebenar. Aku dan Baizura ditinggalkan di A&W setelah sampai. 6 jam kami duduk di sana. Dari lapar hingga kenyang, dari bersemangat hingga mengantuk..macam macam ragam. Pukul 4 petang, tugas aku dan Baizura selesai dan digantikan pula dengan Moon, Farhan dan Azlan sampai pukul 11 malam..Good luck ye korang.
Saturday, October 18, 2008
..::Matrikulasi::..
Kiranya aku adalah antara orang yang bertuah kerana Allah mempermudahkan setiap urusanku dalam meniti alam kedewasaanku kini. Dari tadika, aku melangkah ke sekolah rendah. Tamat sekolah rendah,aku ke sekolah menengah. Kemudian aku menerima tawaran matrikulasi dan akhirnya aku berjaya menyambung pelajaranku ke peringkat universiti. Terima kasih mak, abah kerana ketabahan kalian menyekolahkan aku dan menjadikan aku seorang anak yang berpelajaran.
Di antara kenangan persekolahan, kenangan yang paling manis dalam hidupku adalah di zaman matrikulasi. Di sinilah segalanya bermula. Di matrikulasi aku mengenali kehidupan sebenar. Di sinilah yang mengajar aku tentang kehidupan.
Aku mengenali Laila, Ureen, Aina, Naz, Oreo dan Abby. Mereka adalah antara rakan karib aku ketika di matrikulasi. Persahabatan kami diwarnai oleh pelbagai corak persahabatan. Ureen, Aina dan Naz adalah rakan sebilik aku dan yang lain adalah kawan sekuliah dan juga merangkap jiran paling hampir ketika di hostel. Kenangan dengan kalian akan sentiasa diingatan. Di antara mereka, Laila dan Ureen merupakan sahabat yang paling mengenali siapa aku sebenarnya. Terima kasih atas persahabatan suci ini.
Matrikulasi juga mencoretkan kenangan terindah dalam hidup aku. Di sini aku ditakdirkan untuk mengenali seorang lelaki bernama kekasih. Tidak terlintas dalam hati untuk mengejar cinta tapi itu yang telah tersurat dalam kehidupanku dan tak akan aku kesalinya. Dia yang menjadikan hari-hariku di matrikulasi bertambah ceria walaupun ada tikanya aku dalam kesedihan dan berputus asa dalam pelajaranku. Dia menjadi perangsang semangat aku untuk terus berjaya menghabiskan pengajian aku. Dan sehingga kini, dia juga yang menjadi inspirasiku dalam setiap detik denyut nadiku. Terima kasih, sayang.
Friday, October 17, 2008
..::Bila berjauhan::..
Tengah: angah,anissa(anak along yg ke3),mak,abah,along,fahmi(anak along yg ke4)
Depan:ain(anak pertama along),farhana(anak along yg ke2) -hny abg iparku, abg Lan je tak ada.
Rupanya aku hanya berimaginasi. Umurku kini bukan lagi 10 tahun, bukan lagi 15 tahun. Aku kini makin mengenal dunia sebenar. Menjalani kehidupan sebagai orang yang lebih dewasa. Yang sudah mampu untuk memikul tanggungjawab menjaga sebuah keluarga.
Betapa masa itu cepat benar berlalu. Semakin umur bertambah, aku semakin takut untuk kehilangan orang orang yang aku sayangi. Semakin aku takut untuk meninggalkan mereka jauh dari diriku. Benar kata pepatah, yang patah takkan tumbuh kembali. Di mana akan kucari pengganti mereka andai suatu masa Allah mengkehendaki mereka pergi dulu sebelum aku?
Thursday, October 16, 2008
..::Cebisan Rindu Untuk Dia::..
Dalam menanggung kesakitan, aku gagahkan jua diriku untuk mengemaskini proposal research aku yang dah lama tak terusik. Sedang aku asyik mencari maklumat berkenaan PSM (Projek Sarjana Muda), telefon di atas mejaku berdering. Waktu itu aku leka dengan laptop aku yang sentiasa setia bersama aku dari pagi sampai ke malam. Dalam hati ni bertanya siapa pula yang menelefon aku tengah malam begini. Dari nada deringan yang telah aku setkan, dengan senang aku dapat mengagak siapakah gerangan si pemanggil. Rupanya dari si dia. Ah..rindu lagi.
Aku menangguhkan kerja-kerja aku sebentar. Tanpa sedar, aku dan dia telah berbual melebihi satu jam. Banyak yang kami bualkan. Dari satu topik ke satu topik. Sudah lama aku tidak berbual dengan dia seperti malam ini. Gembira dan bahagianya aku waktu itu. Dari suaranya aku dapat meneka yang dia pun merasai perasaan yang sama seperti aku. Kami akan melalui hari-hari mendatang dengan bahagia.
Dia yang kukenali 3 tahun lepas adalah orang yang sama pada hari ini. Bagaimana aku mengenalinya dulu, begitulah dia pada hari ini. Rasa sayang dan cinta pada si dia sentiasa mekar menyelubungi naluriku. Aku bertuah kerana mengenalinya.
Jarak dan masa yang memisahkan aku dan dia, aku anggap seperti satu cabaran buat aku untuk menguji sejauh mana kesetiaan, kejujuran dan keikhlasanku dalam percintaan.
Andai Tuhan mengizinkan, aku akan menyintaimu sehingga hujung nyawaku. Itu janjiku pada dia.
..::Rela Setia::..
mengunung seribu harapan
tak mampu ku melupakan
walau kian kehilangan
kerna ku terlalu ingin kan
untukmu riang berkekalan
rela ku berlalu
walau mungkin tak termampu
Selagi daya hatiku ini
akan tetap ku menyayangi
duka tiada ku peduli
bila rindu membelenggu
selagi nadi belum terhenti
ku buktikan cinta sejati
tak mungkin akan ku kesali
kerna hidup mu kian bererti
Tak mungkin mudah kau mengerti
tak ingin saling di lukai
kedaifan ini
menjadi penghalang sanubari
Selagi daya hatiku ini
akan tetap ku menyayangi
duka tiada ku peduli
bila rindu membelenggu
selagi nadi belum terhenti
ku buktikan cinta sejati
tak mungkin daku kesali
kerna hidup mu kian bererti
Rela ku terus setia
menyayangi mu
menyintai mu
walau berjauhan
teguh kalimah kasih ku
…
Rela ku terus setia
menyayangi mu
menyintai mu
walau berjauhan
teguh kalimah kasih ku
termenung bila sendirian
mengunung seribu harapan
moga kau mengerti
bila nadi ku terhenti
Ini adalah lirik lagu rela setia dendangan didicazli, penyanyi dari Singapura. First time aku dengar lagu ni di radio Ria897. Ni adalah salah satu stesen radio Singapura. Tryla dengar. Sure touching abis.
Wednesday, October 15, 2008
..::Cinta Seorang Suami::..
"Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya."
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan.
rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
"Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini"
..::Andai Dia::..
seandainya telah engkau catatkan
dia milikku....tercipta untukku.....
satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian.....
ya ALLAH ku mohon
apa yang telah engkau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
peliharakan lah daku dari kemurkaan mu
ya tuhanku yang maha pemurah
berikanlah kekuatan jua harapan
melainkan dari lesu dan tidak bermaya
semaikan lah setulus kasih dijiwa
ku pasrah kepada mu
kurniakanlah aku
pasangan yang beriman
yang bisa menemaniku
supaya aku dan dia
dapat melayar bahtera
ke muara cinta yang Engkau redhai
ya tuhanku yang maha pengasih
engkau sahaja pemelihara ku
dengarkanlah rintihan hambamu
jangan engkau biarkan ku sendiri
ya Allah yang maha mendengar
ku inginkan kebahagian
didunia dan akhirat
pada mu ku mohon segalanya....
amin yarabbal alamin....
..::12 kaedah memikat hati perempuan::..
1. BERIKAN DIA PERHATIAN.
agak2 knp perempuan suka bersolek,berhias dan mengenakan pakaian yg cantik?tidak lain sb dia mahu mencari perhatian.seorg wanita begitu mendambakan kasih sayang.perhatian pd mereka adalah kasih sayang.maka sayangilah dia terutama yang telah pn menjadi milik anda.sayangi bermakna berikan perhatian.
2. UCAPKAN SESUATU YG MEMBAHAGIAKAN.
hati wanita mudah cair apabila dia menerima kata2 yg mencairkn. rata2 wanita suka dipuji ataupn diayat dgn ayat2 yg melambangkn betapa anda menyayanginay sepenuh hati. maka ucapkanlah kata2 begini.jika tidak mampu berdepan sambil merenung matanya, menggunakan VOICESMS mahupn SMS sudah memadai. percaya atau tak, byk pasangan hilang bahagia sb keengganan pihak lelaki melakukn ini pd pasangannya. oleh itu berubahlah.
3. JANGAN TERLALU EGO.
walaupn ego adalah sifat semulajadi lelaki,jika anda ingin mendapatkn kebaikan dr keseluruhan pasangan anda, rendahkn ego tatkala bersamanya. ikut kajian dan pengamatan saya, lelaki akn smkn ego setelah dia bergelar suami. keegoan akn dibalas dgn ketakutan,bukan ketaatan yg jujur sempurna dr pasangan anda.
4. SESEKALI BUAT KEJUTAN.
jika selama ini tidak pernah mmberi hadiah, apa kata berikan kejutan dgn mnghadiahkan sesuatu y tidak pernah terduga olehnya. bknkah dlm Islam kita disuruh utamakan org terdekat,saudara mara ketika hendak bersedekah?mengapa tidak kali ini pilih pasangan anda sendiri.
5. RINGAN2KAN TULANG.
trkadang wanita memang suka bermanja2 dan mereka mahu org memanjakn diri mereka. salah satu drpnya ialah meminta tolong pdhal dia sendiri mampu lakuknnya. sama ada dia mmnta tolong atau tidak, ringan2kn tulang untuknya dan selalu bertanya, "mahu abang tolong tak?" dia pasti cair.
6. PUJUK DAN BELAI.
apabila sesorg wanita MERAJUK sebenarnya bknlah hatinya terlalu sedih.kdg2 itu hnylah taktik utk menguji sama ada anda ambil kisah atau tidak kisah. apakah anda sayang atau anda tidak peduli lagi. wanita merajuk utk dipujuk dan dibelai dgn kata2 yang menyenangkn.setiap pujukan pasti berbaloi.
7.PUJI2 SELALU.
hakikatnya tiada manusia tidak suka dipuji.wanita lebih mendambakan pujian,maka pujilah dia 10 kali jika anda ingin mengejinya sekali;pujilah dia 20 kali jika anda ingin mengejinya 2 kali. cairkan hati wanita anda dgn pujian demi pujian.
8. BERTOLERANSI TANPA HAD.
apa juga kerumitan yg ditimbulknnya,sabar dan bertolak ansur-untungnya byk. berbanding anda bertegas meskipun jangka pendek kelihatan menang ttp jangka panjang anda akn rugi. sikap tergesa2 dan suka menegakkn benang yg basah hny mengundang demdam dan marah,sebaliknya bertolak ansur memadam susah.
9. PEKA DENGAN MEMAHAMI.
tunjukkn kepekaan anda dgn mngambil tahu,memahami dan menjiwai masalah yg dihadapinya.itu cukup bermakna pd seorg wanita.
10.PANGGIL DGN PANGGILAN MANJA.
namakan dia dgn sesuatu yg menarik dan indah serta seronok didengar sbgmn Nabi SAW memanggil Humaira,panggilan manaj utk Aisyah.tidak salah memanggilnya dgn ‘AYANG,SAYANG,CUTE,COMEL" bahkan "DARLING" asalkn dia senang dgn panggilan itu.lihatlah betapa mudah dia mnjadi cair.
11. PRIHATIN TENTANG TARIKH PENTING.
kebykn lelaki tidak kisah dgn hal ini, ttp ketahuilah bg wanita tarikh ssuatu peristiwa sgt penting utk diingati. jika anda blh myimpan tarikh perkahwinan misalnya dan berikn dia kejutan dgn mmberikan hadiah atau sekadar kata2 yg indah,iut sgt memikat hatinya.
12. IZINKAN DIRI ANDA MENYUKAI BUNGA.
mmg rata2 lelaki tidak menyukai bunga atau tidak kisag dgn bunga,ttp usah tidak tahu wanita sgt teruja oleh bunga.rata2 wanita mnjadi sgt indah oleh kehadiran bunga disisinya.
praktikkn tips2 yg saya berikn ini,tidak mustahil anda akn dapat mncairknnya sekaligus menawan hatinya.ingat,wanita ibarat ‘teddy bear’. ia sgt comel dn menyenangkan,ttp kl tidak dipelihara akan hilanglah kecomelan teddy bear itu, sb ia akn jd bapa bear yg besar dn menakutkn.
-petikan dari DR HM TUAH ISKANDAR
Tuesday, October 14, 2008
..::Cancel::..
Ni layout aku yang terbaru. Kali ni aku guna software autoCad. Dah tak guna freehand lagi.Kalau ada sesiapa yang arif dengan pelan susunatur,boleh bagi komen k..
..::Keletah::..
Suatu petang, aku menerima panggilan dari mak untuk menanyakan hal nombor akaun BSN aku. Tengah asyik berbual, kedengaran suara si kecil Anissa yang mahu bercakap dengan aku. Pantang bila mak aku sedang bercakap di telefon, pasti dia juga mahu bercakap.Bila telefon dah ada dalam genggaman, jangan harapla orang lain boleh bercakap. Aku selalu rindukan keletah si kecil Anissa yang pandai berkata-kata.
Anissa:"Hello, mak de duk mane tu?"
Aku:"Tak de soalan lain ke?"
Aku saje menyakat.Seronok bila dapat berbual dengan kanak-kanak yang sentiasa jujur dalam percakapannya.
Anissa:"Mak de bila nak kawen?"
Anissa:"Mak de nak kawen ngan sape?"
Anissa:"Dengan kawan mak de tu eyh.Sape nama kawan mak de tu eyh? Shukrie eyh"
Tergelak bila aku mendengar pertanyaan dari si kecil Anissa tu. Dalam banyak-banyak soalan, kenapalah soalan tu yang diutarakan.
Pengakhiran perbualan aku dan Anissa biasanya akan berakhir begini:
Anissa:"Ok,bye-bye mak de. I love u. MMuahh".
Aku:"Bye. Love u too".
Pandai betul anak buah aku yang seorang ni. Hilang soal akaun BSN aku.
..::Anugerah 'Datuk' untuk Shah Rukh Khan::..
Bagi pendapat aku la kan, penganugerahan ni tak sepatutnya diberi kepada orang luar sedangkan ramai lagi seniman tempatan negara kita yang berbakat yang berhak dengan penganugerahan ini. Bagi sesiapa yang kurang berminat dengan filem or drama tempatan, for sure dorang boleh terima benda ni. But not for me.
Menurut akhbar tempatan tu lagi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis. Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) sebagai tanda protes.
Penganugerahan ni bagaikan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia amnya dan artis tempatan khususnya yang banyak bertungkus lumus menerbit sebuah filem yang bagus.
Moral: takkanla sebab filem One Two Ka Four dibikinkan kat Melaka, terus boleh dapat anugerah sebagai tanda mempromosikan Malaysia?
Sokonglah filem tempatan.
Monday, October 13, 2008
..::Tensi0n::..
..::Breathless::..
If our love was a fairy tale
I would charge in and rescue you
On a yacht baby we would sail
To an island where we’d say I do
And if we had babies they would look like you
It’d be so beautiful if that came true
You don’t even know how very special you are
[Chorus]
You leave me breathless
You’re everything good in my life
You leave me breathless
I still can’t believe that you’re mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you’re leaving me
Breathless
And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I’m thankful for the life we’ve made
And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don’t even know how very special you are
[Chorus]
You must have been sent from heaven to earth to change me
You’re like an angel
The thing that I feel is stronger than love believe me
You’re something special
I only hope that I’ll one day deserve what you’ve given me
But all I can do is try
Every day of my life
[Chorus]
+Lagu ni aku dapat dari besfren aku, Baizura. Mula-mula dengar, aku dah jatuh suka pada lagu ni. Aku memang sukakan lagu-lagu Shayne Ward. Lagu 'No Promises' adalah lagu beliau yang pertama aku suka. Great.
* Bestnya kalau ada seseorang yang tujukan lagu ni kat aku. (",)
..Buat Insan Bergelar Suami::..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..
..::haRi Ini dan SemaLam::..
Time lukis kat butter paper tu banyak kali gak kena reject and re-do.Tension betul. Skala xbetul la, size rumah kecik la, jalan xsama hirarki la. At last, yang ketiga kali buat atas butter paper, baru diapprovekn. Alhamdulillah..
Hari ni aku nak jmp sv aku skali lagi untuk tunjukkan progress keje-keje studio aku. Dah lama tak jumpa sv aku yang sempoi tu..(kl sv aku baca blog ni mst aku kena nnt). Sebelum raya aku dah buat skit, tapi masa tu mood raya dah datang, sume keje cam tertangguh sekejap.
Sebelum aku jmp sv, aku nak touch up layout aku dulu. Biar dia puas hati bila tengok nanti. Kat bawah ni aku tunjuk skit layout aku yang tak seberapa tu k...adios..
Sunday, October 12, 2008
..::welcome to diaRi_haTiku::..
Alhamdulillah..setelah sekian lama aku nak buat blog aku sendiri, tapi asyik kne postpone je. Maklumla banyak sgt perkara yg perlu aku dahulukan. Buat sementara tu, aku lepaskan gian menulis aku kat blog fs je. Itu pn bila ada masa terluang or ada info yang menarik minat aku untuk aku paparkan.
Tau tak siapa yang bagi ilham kt aku nk buat blog ni?hehe..my bestfriend, Laila. Memang niat tu dah lama, Tapi bila aku view blog die, smngt nk create blog aku sendiri tiba2 muncul. Thanks for ur support..
WELCOME TO MY DIARI_HATIKU