Teman-teman

Sunday, December 6, 2009

..::Kahwin Paksa::..


Selamat pagi semua. Hari ni terbangun agak lewat sebab semalam kami mengadakan parti orang bujang di bandar Ipoh sampai awal pagi. Perancangan yang dirancang last minute. Kul 9 lebih, kami decided nak ke bandar Ipoh, jalan-jalan bersama bakal pengantin yang hanya tinggal seminggu sebelum beliau menjadi seorang isteri kepada sang suami tercinta.


Ada cerita menarik yang saya nak sampaikan. Saya telah bermimpi yang saya dipaksa berkahwin oleh orang tua saya dengan bekas kekasih saya yang telah menjadi chef terkenal kini walhal ketika itu saya telah mempunyai kekasih hati yang cukup saya cintai. Apakah?? So scary. Bekas kekasih yang berjaya menambat hati orang tua saya tersenyum lebar sedangkan saya sedaya upaya mempertahankan kebaikan dan kesungguhan kekasih hati saya itu. Begitu sedih kerana kekasih hati tidak berjaya menambat hati kedua orang tua saya dan menambahkan ketidakpercayaan mereka dengan menunjukkan sikap yang buruk di suatu majlis. Hohoho..(watak-watak dalam cerita perlu dirahsiakan kerana mereka adalah pelakon sebenar di alam nyata)


Kalaulah sungguh ianya terjadi, harap tidaklah seteruk mimpi saya itu. Mak abah saya takkan paksa saya berkahwin dengan orang yang saya tak suka..mereka adalah sporting.


nota kaki: Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat mak dan abah pada hari ini.
Saya amat berbangga dengan kerukunan rumahtangga yang kalian pelihara sehingga kini.
Kepada husband to be (masih dalam pencarian),
saya harap perkahwinan kite nanti akan kekal sampai hujung nyawa..



5 comments:

v said...

Sampaikan juga ucapan Ulangtahun Perkahwinan drp saya pd mak abah tu ya!
Err ... apa kata join kontes Hidup Berani Untuk Gagal. RM5 sudah pasti. Mungkin menang banyak lagi ... Jom!

Precious

::ainbutterfly~ said...

huhu..sungguh gerun jika btl2 dipaksa kawen kan..

::ainbutterfly~ said...

uish seramnye kalo btl2 kne kawen pakse kan..

rimieilya said...

lili11~
insyaAllah..sy akan smpai ye..kontes?cam menarik je..nt sy jengah k

rimieilya said...

ainbutterfly~
memang sangat menggerunkan..kalau dapat yang kte cintai lebih bahagia rasanya..tenang bila tengok insan yang benar-benar kte syg drp terpaksa menghadap org yg kte meluat nak tengok..nt tak dapat plak jadi isteri solehah (^_^)