Teman-teman

Friday, August 27, 2010

..::Harinya Sudah Tiba::..


Time to pack all things... Balik kampung!!!!!

Hehe.. Seronok je rasa bila nak balik kampung. Tapi yang tak bestnya sebab kena drive sorang-sorang merentasi Perak-Selangor-Pahang-Terengganu. Jauhnya. Nak bawa helikopter je boleh tak?

Doakan semoga aku selamat sampai ke destinasi ye. InsyaAllah akan ada entri-entri baru sepanjang aku offline nanti.

Salam semua (^_^)

Thursday, August 26, 2010

..::Tertelan Ubat Kumur::..


Hahaha.. Aku tulis tajuk entri ni pun sambil gelak-gelak tau. Kejadian yang masih panas. Baru 2 jam yang lepas berlaku. Lawak,lawak..

Actually bukan tertelan tapi tersedak time berkumur. Perit gila tekak. Mujur tak minum terus. Ni sume gara-gara bangun tido dan tergesa-gesa nak ke kelas. Arini kelas aku jam 8-10 dan 12-2. So, pas sahur aku tak tido la sebab takut terbabas. Lepas jam 10 terus balik bilik dan tido selama 1 jam 45 minit. Malas gile nak bangun. Tapi memandangkan esok dah public holiday, gagah gak la bangun. Ntah macam mana time nak berkumur dengan ubat kumur Colgate tu, aku tersedak. Huhu..Cepat-cepat ludah. Takut tertelan je.

Harap puasa aku masih sah lagi. Tak pernah seumur hidup jadi cam tu.

p/s: esok aku dah cuti raya sampai 21 Sept. Jangan jeles ye. Hoho..balik kampung. Doakan aku selamat sampai k..

Wednesday, August 25, 2010

..::Untuk Panduan Bersama::..

 
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


..::Yok Balik Kampung::..


Tadi aku pegi settlekan hal conference dengan sv. Bincang sikit-sikit, tanya itu, tanya ini. Pastu tanya sekali pasal test. Dah jawapan yang sv aku bagi cukup menceriakan hati aku. Hahaha..

Yes, boleh balik kampung awal.....

Esok ada kelas sehari je lagi. Kalu takde pape, lusa dah boleh balik kampung. Hooreyy... Ari sabtu leh shopping raya.

..::Duit Raya Nuffnang::..

First time cash out from Nuffnang. Ketaq gak tangan nak click. Hehe.. Walaupun tak banyak, tapi syukur la dengan apa yang dah aku buat selama ni. Kira cam duit raya dari Nuffnang la ni. Bestnya..

Cam dah gatal je tangan ni. Hehe..

Tuesday, August 24, 2010

..::Kalau Awak Rindu Saya, Awak Tengok Langit Ye::..


Dah terawih ke 15 pun malam ni kan? Amacam terawih korang? Dah ada lubang ke? hehe.. Alhamdulillah, aku tak tinggal lagi pose dan terawih. Tapi cam dah tak lama dah ni. Takpe, takpe.. Dah lumrah jadi perempuan kan. Kelebihan tu jangan ditolak.

Malam ni bulan penuh tau. Masa balik terawih tadi dapat tengok dengan jelas. Subhanallah, cantik sangat. Semalam langit mendung, takut-takut tak dapat tengok bulan penuh. Aku kan suka tengok langit. Of course la salah satu favourite aku adalah bulan dan bintang. Hehe..cantik sangat. 

Kalau rindu saya, pandanglah langit.. Kalau awak nampak bulan penuh dan bintang yang berkelip, mesti rindu awak hilang..

Sweet kan ayat tu? Hehe.. Cuba teka siapa yang cakap?? Akulah... kan aku yang tulis kat atas tu, for sure la aku yang cakap. Hahaha..

Ok, ok..mengarut je malam-malam ni. Sebenarnya aku rindukan en.A. Dia masih di offshore. Rindu bangat. Hope raya nanti dia dapat balik beraya kat darat.. 

(@_@)

..::Cinta Jarak Jauh::..


Nak share something la petang-petang ni. Boleh kan? Aku tahu ramai je kat luar sana yang bercinta jarak jauh termasukla aku kat sini. So, meh kite baca sama-sama tips ni ok..

creadit to ISTIMEWA UNTUKMU..


Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
 

Monday, August 23, 2010

..::Dah Siap Dah::..


Seronoknya. Ntah kenapa arini rasa cam excited sangat. Sampaikan nak tido pun tak boleh. Hehe..

Paper work untuk conference dah siap. Dah submit kt sv untuk pembetulan. Harap-harap tak perlu baiki banyak sangat. Lega, lega.. Buat paper work sampai demam, demam tu. Mujur gak en.A ada. Sangat prihatin ok..

Mood balik kampung dah mai dah. Tak sabarnya. Nak balik awal je rasa tapi students plak ada test. Dah 2 bulan tak balik ni. Nak pi shopping-shopping dengan adik-adik, nak buat kuih, nak makan masakan mak...bubur lambuk yang meletup. Hehe..

Semalam berbuka di Ipoh. Makan kat McD. Tapi ada terdengar ura-ura yang McD tak halal. Ish, betul ke ni? Sebab apa ek? Abis sume takleh makan. Tadi plak terbaca pasal air laici dalam tin yang biasa kite minum tu pun tak halal. Takut plak..Sume benda dah jadi haram kan..

Aku beli kad raya semalam. Comel sangat. Hehe.. Pilih sambil gelak-gelak je ngan rumate n housemate semalam. Kelakar. Hari ni nak pos dah. Bape banyak kad ntah aku dapat tahun ni ek.. Kad kawen banyak la. Huhu.. Orang sekarang ni dah tak suka agaknya anta kad raya. Tak best kan. Asyik anta sms je sampai penuh inbox.

Hoho balik kampung!!!!

\(^_^)/

Sunday, August 22, 2010

..::Tak Suke Bila Kau Datang::..


Awal pagi lepas solat subuh, aku tak sambung tido macam selalu. Pagi ni aku sambung buat paper work yang tinggal lagi sekerat nak siap. Dengan harapan esok boleh submit untuk pembetulan.

Ntah macam mana KAU datang mengganggu ketekunan aku. Rasa tak selesa dan terganggu dengan kehadiran KAU. Nampak gayanya tak siap juga paper work aku pagi ni.

Save paper work, kemas meja sikit-sikit, capai handphone dan terus menuju ke katil. Bila KAU datang, ubatnya hanyalah tidur sementelaah ubat tak boleh ditelan sewaktu berpuasa. Kenapalah KAU datang time aku tak bersedia menerima kehadiran KAU wahai SELSEMA!!!! Abis kepala aku pun turut sakit. Huhu..

(*_+)

Saturday, August 21, 2010

..::Bikin Panas Je::..

Petang-petang ni sure perut tengah penuh dengan angin. Ada plak sorang mamat ni nak cari gaduh dengan aku. Kalau korang, korang pun rasa berasap telinga kan? Kite tegur baik-baik, die plak nak sentap..

Citenye camni..

Aku tulis something kat wall fb aku. Ayat ni memang ayat aku dan tak tiru dari mana-mana pun. Ni ha ayatnye....

rindu adalah satu perasaan yg tak dpt dihindari.rindulah selagi tuhan msh menganugerahkan nikmat rindu pd kta..andai rindu tiada,jgn diharap rasa syg akn hadir..krn tnp rindu,apalah maknanya syg

Aku create sendiri untuk aku tujukan pada en.A semalam. So pagi ni aku tulis la plak kat wall fb aku. Pastu ada sorang mamat ni dah copy n paste ayat aku tu dan letak kat wall fb die. Aku takdela nak marah kalau die copy n paste saje-saje kan. Nak amik, amik la. Tak kisah pun. Yang aku bengang tu boleh plak die wat ayat tu cam ayat die sendiri. Bila aku tegur sebab amik ayat aku, die leh marah aku..siap suh aku hidden kan je kalau taknak die amik. Ish, ape punya manusia la. Dah amik yang orang, bukan nak terima kasih..nak marah-marah plak. Siap ngaku kat kawan-kawan die yang die tulis plak tu.

Geramnya rasa.. Geng, kalau dah hak orang tu, mintakla izin dulu ke apa sebelum guna. Ni tak..mintak izin pun tak de, ni kan plak ucapan terima kasih.

Sabar-sabar...kurang pahala puasa nanti. Aku dah delete pun mamat tu dari friends list aku. Padan muka.

..::Aku Pun Rindu::..


Dah 2 bulan kot aku tak balik rumah. Lama tu.. Selalunya tiap bulan aku balik. Lagi teruk sebab aku tak balik langsung time pose. 

Teruk ke???

Takla.. Mana ada teruk. Aku tak balik pun sebab aku ada keje nak disiapkan sebelum aku boleh bersenang lenang kat rumah. Conference paper buat aku pendamkan niat untuk balik ke kampung. 

Tak rindu ke???

Mestila rindu. Maunye tak. Sangat rindu...pada mak, abah, adik-adik, anak buah dan my heart. 2 bulan tu lama tau..Huhu

Ni ada cite kelakar sebelum berbuka semalam antara aku dan parent aku. Hehe.. Mak tepon time aku bersiap-siap nak ke masjid. Borak sikit-sikit dengan mak, pastu terdengar suara latar kat belakang. Haha..Dah boleh agak pun sape.

Sape???

Of course la abah aku. Selalu je macam tu. Mak cakap abah rindu kat aku. Hahaha..lagi kuat aku gelak. Dah rindu tapi taknak tepon. Mak juga yang kena tepon. Abah aku ni suka wat camtu. Kalau diingat-ingat, peel die yang ni la buat aku tersenyum tau. Ni antara perbualan aku dengan parent aku...

mak: buat ape tu? berbuka kt luar lagi ke?
aku: tengah siap2 nk pi masjid..berbuka kat sana je, mak
mak: ni ha ada orang rindu ni..tu yang mak tepon awk tu..suh tepon sendiri taknak..
aku: sape? ha, dah tau dah.hehe..dah rindu tapi taknak tepon sendiri
mak: awak bukan tak tahu abah awk tu..suka suh orang tengah jadi perantaraan

abah: bila balik raya? (soalan ni dah 4 kali abah tanya aku. asal tepon je mesti tanya benda sama. rindu sangat dah ke?)
aku: tak tahu lagi. tengoklah 2,3 ari sebelum raya. Kena jaga test student la,bah
abah: lambatnya..dah tu nanti nak balik rumah ke terus balik kampung?
aku: balik rumah dulu la. kan lambat lagi raya..
abah: belajar macam mana?
aku: ok je..(hehe..selalunya memang jawapan ni yang aku bagi kalau abah tanya hal study..dari dulu lagi)

Sekejap je aku cakap dengan abah. Die dah dengar suara aku sekejap pun dah ok dah. Abah aku ni jenis yang tak banyak cakap tapi suka mengusik. Hehe.. Wah, rindunya pada abah dengan mak.. Lepas cakap dengan abah, sambung berborak dengan mak plak pasal kuih, rumah terbuka dan plan di hari raya. Excited plak nak raya. Hehe..

Sape nak balik Kuantan, jom tumpang aku. Ada 3 tempat kosong lagi...

..::Selalunya...::..


Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
 
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkeliru.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkilan.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang, 
suka membuatkan ianya hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan…

Dan kita terpaksa melepaskan orang yang kita
sayang..kerana kita sayangkannya..

kerana kita terlalu amat menyayanginya..

Dan kita pinta perpisahan kerana kita tak mampu untuk membenci dirinya..

kerana dia sentiasa berada dalam hati kita..
walaupun dia yang paling banyak mencalarkannya…

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan org yang kita sayang..

semoga kita semua mendapat rahmat dariNya…

Thursday, August 19, 2010

..::Teringatkan Seseorang::..


Tak tahu nak start cite ni dari mana. Sebenarnya nak tanya pendapat korang pasal 1 perkara ni. If ada yang boleh tolong bagi nasihat or pandangan pada cik rimie, amatla dialu-alukan.

Kisahnya begini....
  
Kawan cik rimie ni ada masalah sikit. Die buntu camne nak solvekan perkara ni. Kawan cik rimie dulu ada family angkat. Perhubungan mereka akrab sangat, dah macam family sendiri. Disebabkan ada salah faham di antara family tu dengan kawan cik rimie ni, hubungan tu dah terputus hampir setahun. Sekarang ni kawan cik rimie tu nak bertanya khabar dan nak memulihkan hubungan yang dah terputus tanpa mengungkit kisah yang dah lepas. Patut ke kawan cik rimie ni berhubung balik dengan family angkat die tu or just berdiam diri dan mendoakan family tu dari jauh je??

Tolong ye kawan-kawan blogger..

Wednesday, August 18, 2010

..::Berenang Ke Lautan Biru::..


Jiwang tak tajuk post aku kali ni? Hehe.. Ada maksud tersirat tau. 

Andai kumampu, akan kuredah lautan biru agar aku bisa bersamamu selamanya..
Kau pergi kerana amanah..
Aku menunggu kerana setia.. 
Pergilah sayang...
Aku izinkan pemergianmu 
dengan doa yang tak putus asa..
Andai waktu itu untuk kita, pasti akan bertemu jua...

Dah,dah..jiwang plak cik rimie petang-petang ni. Hehe.. Sebenarnya nak share kesedihan yang secubit ni dengan sume. Hope dapatlah hilangkan perasaan ni terus. Hari ni en.A dah berangkat ke offshore untuk kali yang kedua. Alahai, siannya. Puasa-puasa pun kena keja jauh-jauh, panas plak tu. Makin gelap la en.A nanti.

Awal pagi tadi die mesej aku, just nak bagtau yang die nak naik kapal dah. Haiya..kali ni ntah berapa lama plak. Hope janganla sampai hari raya. Nanti tak ceria la raya aku tanpa die. Huhu..

Masa en.A ke offshore kali pertama dulu die ada la cite sikit-sikit pasal keje die kat sana. 5 jam terbuang cam tu je atas bot untuk sampai ke kapal. Lamanya... Dah la panas. Pastu keje plak still di bawah cahaya matahari. Tak nampak daratan, hijau daun. Mujur gak 5 hari je. Semoga en.A kuat untuk bekerja kat sana masa bulan puasa ni. Amin..

Tuesday, August 17, 2010

..::Award::..

First time dapat award sejak tukar url blog ni. Teruja tu takdela sangat tapi gembira tu ada. Tenkiu cik Aisya for this award. Hurm..nak juga la bagi kat orang lain. Benda baik patut dihebahkan kan? Betul tak? Sharing is caring la katakan.


So kepada follower blog cik Rimie, amik la award ni ye. Pada sape-sape yang datang lawat blog cik Rimie pun boleh amik. 

..::Ngeri..Seram..Takut..Benci::..

Memang tu perasaan yang aku rasakan saat ni. Badan ni dah ketar-ketar je. Panas macam nak demam.

Aku bermimpi tadi. Ye, tadi. Kes tido lepas subuh la ni. Tapi takde la aku tido dan dan lepas aku solat pagi tadi. Ada la dalam dekat-dekat nak jam 8. Bukan satu mimpi je tau, ni kira mimpi 2 dalam 1 la ni.

Mula-mula tu aku mimpi pasal aku kena hantar sorang budak skolah. Aku pun tak kenal budak ni tapi aku terpaksa hantar. Masa nak hantar tu, budak tu sibuk nak bawa keta aku. Kami cam gaduh-gaduh sikit. Time tu gak datang polis tanya pasal apa gaduh-gaduh. Polis tu pun ingat budak tu yang nak drive. Mestila tak boleh sebab budak tu bawah umur. So, aku pun berbincang la dengan akak polis yang marah-marah tadi. Dalam duk bincang tu, budak skolah tadi dah bawa lari keta aku. Tergamam jap. Terus aku pi kejar dengan akak polis tu skali. Last-last tak dapat..

Ni mimpi kedua plak. Tapi scene dia sambungan dari mimpi kat atas tu, masa aku tengah cari keta aku.  

Tiba-tiba aku dengar mak abah aku berbual sesama sendiri pastu mak berbual dengan seseorang dalam phone. Dari apa yang aku dengar cara dia bercakap tu macam ada kaitan dengan komplot nak sabotaj keta aku. 

Pening kepala aku sebab aku duk pikir kenapa mak abah aku jadi jahat time tu. Haha..

Pastu kan aku dah ada kat rumah. 

Rumah masa aku duk Kelantan dulu.  

Keta plak masih tak jumpa. Yang peliknya ada seekor kucing yang MAHA JAHAT tengah gigit aku. Kucing tu kucing kesayangan mak aku. Huhu.. Aku penah dengar orang cakap kalau kite kena gigit ngan kucing sampai lebam, kite akan kena demam yang boleh bawa maut. Time tu aku dah jerit-jerit suh adik-adik aku tarik kucing tu. Tapi dorang buat dono je. Takut sangat time tu. Ntah camne aku dapat lepaskan diri dari kucing tu dan aku terus masuk bilik. Kucing tu ikut aku gak. Die duk ketuk-ketuk pintu bilik aku. Pastu kan kucing tu lemparkan kertas yang dibakar dalam bilik tu.  

Pintu bilik aku tu ada ruang skit kat bawah, so dapatla kucing tu lempar benda alah tu. 

Banyak kali aku cuba padamkan api sambil pikir camne nak hapuskan kucing jahanam tu. Lastly bila aku dah tak tahan sangat, aku bunuh kucing tu dengan kejamnya. Aku ketuk-ketuk kepala kucing tu, aku pijak-pijak, aku kelar-kelar, aku siat-siat...sume benda la aku buat janji kucing tu mati. Dah macam orang hilang akal je. Kucing tu still tak mati-mati dan boleh senyum kat aku. Aku dah patah-patahkan tulang die pun masih bernyawa. Aku campak kucing tu ke luar tingkap. Tapi aku terfikir plak nanti mak aku tau yang kucing die dah mati. Aku buka pintu and then gi cari balik kucing yang aku campak tu. 

Pastu aku terus terjaga..Tak sanggup dah nak teruskan mimpi tu.

Takut kan mimpi aku tu...ada yang logik dan tak logik. Tapi siyes aku takut sangat. Hope takde makna pape. Rasanya sekarang ni aku bukan saje tak leh dekat dengan kucing tapi terus fobia kot. Aku dahla alah dengan bulu kucing.. Oh,tidak...

Monday, August 16, 2010

..::Terawih ke 7::..


Dah malam ke tujuh pun kan? Cepat je masa berlalu. Alhamdulillah setakat ni aku tak tinggal lagi puasa dan solat terawih. Anda macam mana? Dah ada yang dapat cuti awal ke? Heheh...

This time bukan nak cite pasal terawih ke apa. Saje nak share beberapa cerita menarik dan tak menarik semasa solat di masjid selama 7 hari. Rasanya anda sume pun menghadapi situasi yang sama macam aku. Cuma keadaan dan tempat je yang berbeza.

Meh aku cite yang menarik dulu k. Sepanjang aku berbuka di masjid, perut aku tak pernah rasa senak bila nak solat. Alhamdulillah. Mungkin ni berkat makan dalam dulang agaknya. Syukur nikmat Allah. Lepas tu dapat solat berjemaah maghrib dan isyak di samping memperbanyakkan tadarus Al-Quran. Syoknya rasa. Banyak masa untuk beribadah.

Yang tak menarik plak sebab solat aku kadang-kadang terganggu dengan keadaan sekeliling. Tak khusyuk betul bila ada budak-budak yang main kejar-kejar dan menjerit-jerit. Pastu kalau ada orang yang sendawa tak ingat dunia. Kalau sekali dua tu boleh terima la,ni tak..sekejap-sekejap sendawa. Mana la aku nak khusyuk. Kalau duk sebelah aku, lepas 2 rakaat aku tukar tempat. Confirm.

Harap-harap lepas ni aku boleh solat dengan lebih khusyuk lagi. Pada kakak-kakak or makcik-makcik yang bawa anak-anak time solat tu harap boleh pesan kat anak-anak supaya jangan buat bising. Kalau tak, better solat kat rumah jela. Lebih baik daripada buat orang lain tak khusyuk dalam solat.(maaf sebab teguran aku agak kasar,tapi ini yang terbaik). Satu lagi kepada sape-sape yang bawa phone dalam masjid, please change your ringtone setting to silent mode ok. 

..::Lawak Petang Puasa::..

Aku dapat video ni dari member fb. Memang lawak abis la. Nak pecah perut aku ketawa. Macam ni punya kes pun ada. Layannnn......





Sunday, August 15, 2010

..::Dia Ke Sabah::..


Ye, dah seminggu pun. Ada hal keje yang perlu dibereskan. Kesian kekasih hati yang ditinggalkan di rumah. Sepanjang puasa ni belum sempat berbuka dan sahur bersama. Hari ni dia sudah boleh pulang ke rumah, bersama-sama kekasih hati yang sudah menggunung rindu di hati.

Sape dia tu??? Buah hati aku ke? Bukan lah..tapi dia ni merupakan insan yang paling aku sayang juga tau. Kekasih hatinya pun sama. Suspen je kan. Hehe.. Dia yang aku maksudkan tu adalah abah. Ye, abah aku la, sape lagi. Seminggu ke Sabah atas urusan kerja. Semalam abah ada telefon aku. Suara sayu je aku dengar. Abah aku memang selalu telefon aku bila dia pegi outstation. Tapi bila abah ada kat rumah, mak la yang selalu telefon..jadi orang perantaraan. Hehe..

Borak-borak dengan abah, tanya pasal keadaan di sana sume. Kesian abah..terpaksa berbuka di kedai. Kedai plak tu kena pilih kedai yang betul-betul halal. Yela, kat sana kan ramai yang bukan muslim. Bila aku tanya bila abah balik, tiba-tiba je suara dia ceria. Pagi ni dia naik flight. Tak sabar nak jumpa kekasih hati la tu. Hehe..

Mak plak lain kisahnya. Bila abah takde, selalu juga la aku telefon mak. Tak mau bagi dia sunyi. Tapi apa la sangat suara anak-anak kalau nak dibandingkan dengan suami kan?? Lagi plak bila dah berjauhan. Mak aku ni kalau bab memasak, memang super power la. Sume mak pun cam tu kan? Hehe.. Tapi bila abah tak de, mak masak simple je. Sebab senang ke sebab takde selera, mak. Kan kekasih hati jauh nun di Sabah. Takpe, malam ni leh berbuka sama-sama ngan abah ye mak. Walaupun mak tak cakap, aku tau perasaan dia. Aku tau abah pasti telefon mak setiap hari. Perkara wajib bila abah outstation.

my beloved person in my life


Bila aku cite kat En.A kan, die cakap perangai aku sebijik je cam mak. Haha..mestila. Anak mak kan. Adik-adik aku pun dah lama cakap hal ni. Dalam ramai-ramai, aku je yang berperangai sebijik cam mak. Nasibla En.A la dapat aku kan. So, die tak boleh la tinggalkan aku lama-lama pas ni. Hehe..
 

Friday, August 13, 2010

..::Bukan Rezeki Kami::..


Puasa hari ketiga sudah. Alhamdulillah. Macam mana pengalaman puasa anda 2 hari lepas? Semua ok ke?

Aku nak cite pasal pengalaman puasa aku selama 2 hari ni. So far, semuanya baik-baik je. Cuma semalam rezeki tak berapa bagus untuk kami. Petang semalam kami ke bazaar. Saje jalan-jalan cari kuih dan lauk untuk sahur. Pelik kan? Orang cari lauk untuk berbuka, tapi kami cari lauk untuk sahur. Hehe.. Kami berbuka di masjid la. Dah 2 hari berturut-turut. Nanti aku kasi upload pic berbuka ye. Sekarang aku nak sambung balik cite aku tadi. Kami di sini merujuk kepada aku, rumate dan housemate aku.

Kami beli 3 jenis lauk.. sup sayur, pajeri nenas dan ayam panggang. Balik dari bazaar, terus bersiap nak ke masjid plak. Simpan lauk di tempat biasa. Lepas terawih, terus balik rumah. Tercium bau yang menyelerakan dari luar pintu. Rupanya bau tu datang dari lauk yang kami beli petang tadi. Dah selamat pun jadi makanan untuk kucing. Huhu.. Sape ntah yang tak tutup tingkap. Kucing hutan dah dapat curi masuk rumah kami. Kucing tu plak pandai betul, pilih lauk paling sedap plak tu. Melepas kami nak rasa ayam panggang. Mujur masih ada 2 lauk lagi.. Owh ye, sekarang ni kami jadi penonton setia drama bersiri Syurga Ramadhan tau. Best cite tu. Ditayangkan di TV3 setiap Selasa sampai Khamis jam 1030 malam. Ngam-ngam je time kami balik terawih.

Rupanya Tuhan nak beri kami rezeki lain la. Bangun sahur pagi tadi, ada tambahan 2 jenis lauk lagi. Jiran rumah atas a.k.a ex-housemate aku dulu yang kasi. Dapatla kami makan dengan selera. Terima kasih.

Dah abis pun cite. Jom layan pic berbuka kami di masjid An-Nur plak...
 
juadah berbuka untuk hari pertama...

rumate dan cik rimie

housemate dan rumate plak bergambar

juadah berbuka untuk hari kedua
 Hari ni tak tahu apa plak menu juadah berbuka.. Sama-sama kite tunggu dan lihat ye..

Wednesday, August 11, 2010

..::In Love Again::..

Currently I'm in love with Owl City's songs.. Most lovely song was Fireflies..and I've started using this song since 6 months ago for my msg ringtone..very lovely melody.

Try this songs also:



Feel free to download it here...and enjoy!!!!





Tuesday, August 10, 2010

..::Khas untuk Pembaca Blog Cik Rimie::..

Sticky Mode



Sunday, August 8, 2010

..::Memory Lane ke Memory Lost::..


Berhujung minggu di Ipoh hari ni. Dah plan awal dengan housemate. Memandangkan hanya tinggal aku berdua je, so kami berdua je la yang berjoli sakan. Housemate lain sume balik termasuk rumate aku. Huhu.. Nak juga berpuasa di rumah. Apakan daya, duit tak ada. =P

Housemate nak mencari wallet leather and jaket macam aku pakai time pegi Cameron dulu. Kalau nak tau camne, tengok entri  Cameron.... Aku beli jaket tu kat Ipoh je..bundle lagi. Caye tak? Hehe.. Nak tahu kami ke mana??? 

kat sini la....

Aku plak nak makan kat satu kedai ni, betul-betul sebelah  kanan Memory Lane. Dah lama aku aim kedai ni. Bila?? Time aku wat survey la. Bosan kot duk dalam bas kire orang. So, sambil-sambil tu..cuci mata dan memahirkan lagi selok belok jalan di Ipoh la.

Sampai sana kena soru dulu. Kang pengsan di tengah lautan orang plak. Kedai makan yang aku cakap tu memang superb la..nama kedai tu Restoran Semenanjung. Pilihan makanan yang banyak dan sedap. Ada lontong, nasi lemak, mee rebus, bakso, laksa, makanan goreng-goreng dan nasi berlauk. Hiasan dalaman kedai ni macam kedai zaman dulu-dulu. Oldest betul.. Dari luar lagi dah nampak.. Aku tak sempatla nak amik pic dalam tu..segan weh. Pelayan kedai tu ramai, kang diorang kata ape plak.


 aku amik lontong yang sangat sedap dan housemate plak amik nasi lemak

Pas makan, round-round Memory Lane sambil membakar lemak tepu. Hehe.. 2 kali tawaf tu.. Akhirnya tercapai gak hasrat aku dengan housemate. Die dah jumpa wallet Levi's yang diidamkan. Cantik. Harga hanya RM20..kulit ori plak tu. Nanti aku nak cari gak la..Hehe

..::Malasla Nak Cite Panjang::..














Ni la hasil dari cuci mata semalam.Hehe..


Saturday, August 7, 2010

..::Bila Dah Bosan::..


Tak de yang menarik pun hari ni. Hanya memerap di bilik. Mood mengemas bilik sangat high pagi tadi, then terus gigih-gigih operasi bilik. Bila tinggal sorang ni best plak mengemas. Abis sume rumah labah-labah aku ranapkan. Haha..padan muka.

Petang-petang camni rasa bosan sangat. Nak bermesejan dengan En. A or calling-calling die pun tak dapat. Solusinya, jom memcuci mata di tepi tasik sambil memecahkan lemak yang semakin bermaharajalela di segenap tubuh aku. Lets go babeh...

..::Puasa Pun Belum, Tapi Dah Dengar Lagu Raya::..


Semalam agak tension sikit. After class, misi menghilangkan tension bersama housemate pun berjalan dengan lancar. Dari jam 1 petang sampai jam 8 malam berjimba di bandar Ipoh. Hehe.. Memang puas hati sangat-sangat. Silent handset and enjoy the jimba session.

Actually pegi teman housemate bershopping je. Kan sekarang banyak mega sale..Aku just nak cari 1 barang untuk si dia. Lain-lain tu mencuci mata jela. Masuk kedai ni, kuar kedai tu, usha sini, usha sana.. Memang berkesan sangat terapi window shopping bagi menghilangkan tension.

Aku ada masuk 1 kedai ni. Kalau tak salah kedai F.O.S kot. Haha..banyak sangat kedai yang diterjah, sampai lupa kedai mana satu. Tengah mencuci mata, skali terdengar lagu femes time raya. Nak gelak pun ada time tu. Pose pun belum start, lagu raya dah didendangkan. Tak feel la camni. Hilang mood nak usha baju-baju kat dalam tu. Terus keluar..

Esok nak pegi jalan-jalan lagi. Yeay..

Monday, August 2, 2010

..::First Award for My New Blog::..

Just got this award from Pereka Cerita






Tenkiu so much ya..

..::Ampun Pak Polisi::..


Cam dah buang tabiat je aku ni. Ntah tak pasal-pasal rasa bersemangat giler. Cek tak tahula pasai apa.. Kot sebab mimpi malam tadi kot. Hehe.. Rasa riang gembira yang amat sangat. Ish, cuak plak bila berperasaan begini.

Bangun pagi rasa fresh sangat. Dapat tido lama-lama arini sebab dah takde survey. Hehe.. Breakfast sambil blogwalking. Sonoknye..dah lama tak buat aktiviti camni.

Aku nak share cite aku kena saman trafik buat pertama kali. Hehe..Korang pernah kena saman speed-trap tak? Aku dengar sekarang ni dah tak boleh mintak kompaun. Nape ek? Sebab ramai sangat ke yang wat salah laku kat atas jalan? Huhu..

Aku belum bayar lagi. Camne nak bayar kalau elaun tak masuk lagi kan. Banyak plak tu...3 ratus tu.. Haiyak..

Selama aku balik Terengganu tak pernah pun kena apa-apa saman. Dah nak kena kat aku, time aku balik bulan lepas aku kena saman speed-trap. Nyesal plak rasanya bawa laju. Ye, memang aku suka bawa laju pun. Rasa cam siput je kalau bawa keta 80kph,90kph.. Jangan ikut perangai aku ye.. Merbahayakan keselamatan. Selalunya aku akan bertolak dari Perak ni awal pagi tapi time aku balik bulan lepas tu aku bertolak dari sini jam 3 petang. Tu pun kes balik tak dirancang. Padan muka aku. Hahaha...

Bila surat saman sampai kat umah, mak aku dah bebel. Pasni takleh dah la bawa laju-laju. Huhu.. Ye mak, saya janji saya tak bawa laju-laju lagi. Takmo dah kena saman. Rugi duit. Kan dah tak boleh shopping-shopping. Padan muka skali lagi..

Sunday, August 1, 2010

..::Dah Tamat Pun::..


Yeehaa...azab aku dah abis arini. Sonoknya. Rasa cam nak jerit, bagitau satu dunia yang aku dah tak payah nak naik bas dari awal pagi sampai lewat petang lagi. Terasa sangat ringan bahu aku saat ni.

Dah masuk bulan baru ni fokus utama aku sekarang nak siapkan paper for conference, bukan 1 tapi 2. Huhu..Dateline pada hari yang sama plak tu. Bermulalah upacara mencari jurnal-jurnal yang berkaitan. Dah lama rasanya tak jejak kaki kat IRC dan dah lama gak tak pakai baju kurung.

Sepanjang aku kat Ipoh, banyak sangat benda yang aku lalui. Pahit, manis sume ada. Kalau bab bau, macam-macam bau dah aku hidu sampaikan tiap hari aku balik dari survey, baju aku berbau asap diesel. Very dislike. Time survey tu gak aku kenal Shah, Abg Zambri, Auntie Surey, Uncle Chong Ben dan uncle n auntie2 yang lain. Boleh dikatakan sume orang kat bus stand tu dah kenal aku la. Gile glamer. Hehe.. pakcik teksi, ummi, acik ara dan ramai lagi. Best dapat kenal dengan mereka ni. Sangat baik hati dan suke membantu. Cam nak je aku balas pertolongan mereka tapi hanya doa jela yang aku dapat buat. Ish, banyak sangat yang aku nak cite tapi mesti tak cukup 1 entri.

Hope nanti bila aku datang sana lagi, dorang masih kenal aku. InsyaAllah, atas pertolongan kalian aku akan abiskan master ni dengan jayanya. 

Esok nak settlekan hal yang tertangguh nak buat sebab pegi survey. Dah settle sume baru leh fokus dengan paperwork dan tesis. Hujung minggu plak nak balik kampung. Sukenya...