Teman-teman

Tuesday, December 21, 2010

..::Thank You to Him::..

Alhamdulillah,syukur pada Ilahi kerana memudahkan segala yang berlaku hari ini. Conference yang aku hadiri telah selamat berlalu dengan lancar. Pembentangan aku pun sama walaupun tak memenangi apa-apa award. 1st trial. Maybe after this could be more confident and can win some award. Hehe.. Berangan plak kan.

Selama satu hari suntuk berada di Uniten. Keluasan universiti yang lebih besar daripada tempat aku belajar sekarang. Tapi lagi kecik dari universiti yang dulu. Nanti aku upload picture kat sini k.

Lepas mahgrib tadi keluar makan-makan dengan si dia. Hehe. Agenda lain. Selingan. Kebetulan dah ada kat sini kan. Kami serbu kedai Haji Samuri. Pekena sate Kajang. Penuh perut gara-gara dipaksa makan oleh si dia. Adoyai. Bincang-bincang sikit, pastu balik. Si dia belikan sumthing untuk aku. Happynye. Hehe.. Tenkiu, sayang. Nanti kite jumpa lagi next month eh. Kite jalan-jalan Nilai plak.

n.o.t.a.k.a.k.i.:HIM~Allah......him~love love

Monday, December 20, 2010

..::Just Arrive::..

Dah sampai hotel pun. Haha..akhirnya berjaya juga drive sendiri ke Bangi dari Perak. Cayalah.. Ok, sekarang nak pegi makan dan jalan-jalan ke Uniten plak..

Sunday, December 19, 2010

..::Dia Sangat Cute::..

Petang tadi masa aku keluar makan+isi minyak keta+pam tayar keta, aku singgah kat satu gerai ni. Gerai ke? Boleh la dipanggil gerai, gerai pisang goreng. Eh, pisang goreng ke goreng pisang yang sebetulnya? Ntahla. Mana-mana pun boleh kan.

Ok, berbalik kepada tajuk. Penjual di gerai tersebut merupakan dua orang budak lelaki yang sangat kiut miut. Kedua-duanya amat bulat dan comel. Geram je aku nak cubit-cubit pipi dia. Nasib baik ayah dia ada berhampiran gerai tu. Hehe..

Aku kagum dengan dua orang budak ni. Salah satunya aku tau nama melalui nametag di baju sukan sekolah dia. Taqiuddin. Cantikkan nama tu. Dia jaga bahagian duit dan yang sorang lagi tolong isikan pisang goreng kat dalam plastik yang aku nak beli tadi. Dorang ni kecik-kecik lagi dah belajar menjual. Berdikari untuk mendapatkan duit. Waktu aku sebaya dorang, tak terlintas pun aku nak buat semua tu. Yang aku tahu cuma main, belajar, dengar cakap mak abah.

Tapi dorang ni lain. Kena bekerja. Melalui pengamatan aku, mereka ni dari golongan yang kurang berkemampuan. Lihat dari cara dan pakaian yang dipakai pun sudah tahu. 

Satu hal yang aku kurang berkenan adalah sewaktu budak yang jaga bahagian duit tadi agak lambat mengira duit baki yang diberi rakan aku. Rakan aku bagi note 10 dan aku bagi note 1 je. So mestila pulangkan balance RM9 kan? Dalam simpanan dia cuma ada RM8 je. Kiranya jika ditambah dengan duit yang aku bagi tadi, cukuplah balance yang patut diberi. Tapi disebabkan budak tu agak blur-blur, si ayah mengatakan anakkan lembab.

Bagi aku perkataan tu agak kasar. Aku tak setuju kalau kita cakap perkataan tu pada seseorang lebih-lebih lagi anak kita kerana kata-kata kan merupakan satu doa. Kalau dah 44kali cakap camtu kat anak, memang lembab la anak tu. Ish..taknak aku jadi macam si ayah tadi.

Moral of the story.. kalau nak mengajar anak, biarlah menggunakan perkataan yang elok dan sopan waima untuk marah sekalipun..
 

..::Conference Mode::..

Sikap bermalasan makin ketara. 

Bangun awal pagi>>solat subuh>>on lappy>>godek-godek pape yang patut sekejap dannnnnn 

selamat malam kembali sambil tarik selimut (even dah pagi pun)

Adoyai..Teruk betul perangai anak dara sorang ni. Ape nak jadi ni. Agaknya kena balik rumah baru ok kot. Kalau dulu, subuh subuh dah mandi. Sejak cuaca macam kat Cameron ni, tangan asyik raba almari cari sweater je. Dah tengahari pun still bersweater bagai. Macam orang dalam pantang je rupanya.

Actually esok aku akan ke Bangi atas urusan belajar. Ada outside conference di UNITEN hari selasa. Lepas tu terus boleh 

ENJOY!!!!!

Tak sabar nak balik rumah, tak sabar nak pegi holiday di Johor, tak sabar nak bercerita dengan mak abah pasal hal TUTTT.. Haha.. Hal apa tu? Jeng..jeng..jeng..

Biarlah rahsia. Nanti aku habaq mai kt hangpa suma na...

n.o.t.a.k.a.k.i: maybe blog ni akan sunyi seminggu dua jika broadband aku masih belum disambung nyawanya.huhu..

Friday, December 17, 2010

..::Selepas Hari Itu::..

Korang perasan tak aku dah lama tak up date? Paling last pun hari Selasa. Hehe.. Gile malas kan? Mentang-mentang la dah abis presentation sume, terus lupa nak up date blog.

Lately aku bizi settle kan hal conference yang dah tak lama pun. Lagi 2 hari aku akan bergerak ke UNITEN untuk hadiri conference tu. Cuak? Of course la. Mau tak cuak. Selama ni present depan orang-orang yang familiar je. Kat sana nanti depan otai-otai transport tu. Huhu. Tapi tak pe. Aku anggap ni pengalaman aku di dunia luar. Mana tau dapat offer keje dengan dorang ke, untung gak kan? 

So, hujung minggu ni aku akan terperap kat umah je. Prepare barang-barang nak bawa ke conference nanti dan sekaligus balik kampung. Yehaa....

n.o.t.a.k.a.k.i.: semalam kan ada Jcard Day kt Jusco Kinta. Aku tengok orang membeli dah macam orang tak waras je bila ada aksi-aksi tolak menolak, selfish dan tamak. 1st time aku tengok tau. Masa kat Jusco Tmn U time aku study kt UTM xde plak camtu..

Tuesday, December 14, 2010

..::Adikku Sayang::..

Hari ni tukar topik sikit. Nak bercerita mengenai adik-adikku yang comel dan hensem. Even aku ni bukan jenis seorang kakak yang menunjukkan kasih sayang straight-to-face, tapi dalam hati aku tetap taking care dan sayang adik-adik aku.

Terlintas nak bercerita lepas dapat mesej dari salah seorang dari mereka. Seronok sangat bercerita tentang gaji pertama yang bakal diambil esok. Baru masuk semester pertama dah sibuk nak kerja. Dah puas bebel pun, tak jalan juga.

Ok, adik aku yang pertama muda 3 tahun dari aku. Atirah. Bakal bergelar seorang nurse. Pada mulanya aku sendiri tak yakin yang adik aku ni boleh go on dengan course ni sebab dia ni jenis cerewet, keras hati, pembersih (tak suka benda yang kotor-kotor) dan suka buat hal sendiri. Tapi bila dah final semester ni dan dari 1st sem dia duk bercerita tentang itu ini pesakit yang dia dah rawat, aku percaya dah. Hehe.. Sangat suka nak melawa even pegi kedai sekejap pun. Yang paling aku terharu, time aku tengah kecewa dulu dia la yang banyak bagi support kat aku. Tapi yang peliknya time dia tengah frust, tak leh nak praktikkan apa yang dia dah nasihatkan kita dulu. Haiyak....

Adik kedua aku ni plak lain sikit. Adawiyah. Seorang yang sangat lembut, sensitif, manja, teliti tapi cepat kalut. Maybe sebab dia ni anak bongsu perempuan dalam keluarga kami. So, agak dependence la skit.Sekarang dah kurang sikit la. Sejak masuk kolej ni kan. Dia amik bidang perhotelan dan pelancongan. Minat dia dari dulu. Alhamdulillah dia suka. Adik aku yang ni suka tunjuk kasih sayang dia pada kami sume tau. Hehe.. Tak mudah bantah pape je yang kami mintak tolong. Dan selalu mengalah bila kena buli dengan adik bongsu kami. Aku suka tengok muka dia yang bersih dan licin je. Jeles. Haha..

Last skali, adik bongsu yang amat manja walaupun tak ditunjukkan. Akim. Sedang menduduki SPM sekarang ni. Boleh diharap untuk jaga kakak-kakak dia tapi selalunya kalau kena suruh buat sesuatu terpaksa dengar dia merungut dulu la baru keje tu siap. Suka sangat merajuk kalau nakkan sesuatu. Ini la perangai yang paling buat mak abah kami lemah semangat. Haish..

Apapun aku bersyukur kerana dikurniakan family yang full of happiness. Semoga kamu sekeluarga akan terus dilimpahi kebahagiaan dan ketenangan.
adawiyah,cik rimie, atirah
akim...

n.o.t.a.k.a.k.i: nanti aku buat entri pasal kakak dan abang aku plak ye.

Monday, December 13, 2010

..::Aku Dah Tengok Dah, Korang??::..

Ape yang tengok tengok ni. Tengok apa? 

Ce cite,ce cite, ce cite...

Hahaha..

Serius aku cakap movie ni sangat best. Aku leh bagi 9 over 10 tau. Memang terbaik punya gelak la kalau korang tak caye. Sampai sakit perut aku gelak. Tapi kena gak cover sebab sebelah seat aku tu lelaki. Haha.. Kadang-kadang terlepas gak. Mesti mamat tu cakap...

Teruk betul pompuan ni gelak. Mujur bukan awek aku. 

Lantak la. Peduli apa kan. Dah kelakar. Entah-entah dia cover gelak sebab awek dia ada sebelah. Kalau tak, sure gelak tak ingat punya. Ececeh...

Eh, lupa plak nak bagitau cite apa kan. Ala, cite apa lagi. Cite yang Mamat Khalid buat tu... HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.. Korang dah pegi tengok ke? Aku suggestkan korang tonton cite ni. Aku pegi tengok berdua je dengan housemate aku. Mula-mula nak tengok Ngangkung. Tapi bak kata cikgu Qery, cite hantu kak Limah balik rumah ni lagi kelakar dari Ngangkung.. So aku decide la nak tengok. Haha.. Best,best.. Hilang stress bergelut dengan presentation baru-baru ni.

Banyak gak moral of the story dalam cite ni dalam tak sedar. Lawak lawak juga tapi perlu ada motif kan? Antara moral die korang leh baca kat blog Sepet. Aku malas nak cite panjang. Entri aku ni pun dah panjang berjela kan? Mesti bosan baca. Hehe.. Ok,ok. Aku stop tulis sekarang.. Sambung next entri plak k.

 

..::SuperHero::..


Banyak story nak tulis tapi biar dulu la. Belum ada masa. Sekarang korang layan soklan soklan kat bawah ni dulu k. Aku di tag oleh cik adik Safirah yang comel ni. Zassss.....


wajib letak picture cute ni...

-Siapa superhero yang paling anda minat dan yang paling SUPERB lah?
doraemon leh jadi superhero tak?hehe..dulu time aku kecik-kecik selalu je berharap doraemon datang dengan poket ajaib die. syok kan kalau ada poket tu.macam-macam leh kuar. pastu siap ada pintu ke zaman lain lagi. berangan nak tahu apa akan jadi kat aku pada 5 tahun akan datang or bila time aku kawen.boleh tahu sape pasangan kite kan? hahaha...


-Kalau anda ada POWER,nak POWER apa?
power rangers...hehe..takla.kalau la aku dilahirkan ada POWER, aku nak ada power BACA ISI HATI ORANG sebab nanti senang aku tahu orang tu tipu aku ke tak,apa niat dia dan supaya aku lebih memahami perasaan orang lain..


-Tag to 3 super readers yang anda rasa memang damn SUPER.
sape ek aku nak tag?? okla..aku tag kamu, kamu dan kamu...heeee (sape2 pun boleh wat k)


Saturday, December 11, 2010

..::Perempuan Ada Dara vs Lelaki Ada Teruna::..

Salam...

Hari ni tajuk entri agak berlainan dari yang sebelum sebelum ni. Agak kontroversi kan? Hehe.. Ok, saje je nak ketengahkan hal ni selepas membaca post di wall seorang teman FB. Katanya sukar nak mencari perempuan yang hati suci. Bila baca tang komen, hati agak tersirap jugala sebab yang dimaksudkan hati yang suci tu adalah perempuan yang masih ada dara.

Haish...

Macam macam hal kan sekarang. Sume nak mencari yang baik, suci, ada dara je. Walhal yang mencemarkannya juga adalah dari kalangan kalian. Mungkin agak kasar bahasanya tapi memang betul la kan? Lain la kalau perempuan tu jenis yang memang suka merosakkan diri sendiri. Tu kes lain.

Kat sini aku bukan nak menyalahkan sesiapa. Cuma nak meluahkan rasa tak puas hati pada kata-kata teman fb tu je. Kalau benar ingin mencari yang suci murni bak bidadari, kena la cermin diri sendiri dulu kan. Seperti yang kita tahu


"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."
Surah an-Nur; ayat 26

See...dalam al-Quran pun ada sebut. So, tepuk dada tanya iman la k.. Aku akhiri entri ni dengan pesanan kepada adik-adik perempuan yang comel lote sume kat luar sana...(termasuk diri aku juga la)
 
Lelaki ni walau sejahat mana sekalipun, tapi bila nak cari isteri dan seterusnya jadi ibu untuk anak-anaknya, dia tetap nak pilih perempuan yang baik-baik. Tak ada dia nak pilih perempuan tak senonoh buat isteri. Tapi untuk berseronok dan berfoya-foya, dia biasanya akan pilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahmat lelaki. Justeru itu jadilah anak gadis yang baik,sopan dan beragama kerana wanita yang beriman adalah untuk lelaki yang beriman juga. Ingat, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...begitulah sebaliknya..

dan....
Belajarlah Bersyukur Dengan Jodoh Anugerah Tuhan..Usah Mendambakan Teman Secantik Balqis, Andai Dirimu Tidak Seindah Sulaiman.. Mengapa Diharapkan Teman Setampan Yusof, Andai Dirimu Tidak Setulus Zulaikha..Tak Perlu Mencari Seistimewa Khadijah, Andai Dirimu Tidak Sesempurna Rasulullah SAW 

n.o.t.a.k.a.k.i: kalau perempuan takda dara senang nak tau,tapi kalau lelaki takda teruna camne plak ek??heee

..::Padan Muka Kamu::..

Jam dah menunjukkan hampir 1 pagi sewaktu aku mula menaip entri ni. Mata takde tanda-tanda mahu tido. Perut plak asyik berdangdut je. Haha.. Ape nak jadi kat aku malam ni ek? Roomate dah sedap terbang ke alam mimpi pun..

Padan muka kamu!!!!

Tu la... Gatal lagi pegi minum kopi. Sape suruh. Kan dah tak boleh tido. Huhu.. Bak kata seorang teman Nigeria petang semalam (kan dah masuk hari baru ni) sewaktu kami sama-sama minum petang... 

I really shock....U take a cup of coffee rite now!! I only drink half cup of coffee/week. I will get headache if i drink more... I hate coffee.. Its not good for ur healthy...

Lebih kurang camtula kot die cakap dengan aku. Heee... Aku memang hantu kopi pun. Kalau kat rumah, aku adalah orang kedua terbaik minum kopi selepas abah.... dan kopi hasil air tangan aku yang TERbaik tau kat rumah kami. Abah selalu suruh aku buatkan kopi untuk dia sebab taste kami sama. Hehe.. Sorry ye mak.

Aktiviti untuk bagi mata mengantuk adalah dengan blogwalking sambil dengar Suria Cinta. Yezza.. Syok bangat. Tadi dah minum coklat panas sambil tonton MegaMovie. Sempat juga blogwalking di BlogLarian... list 51,52 n 53..

Ok...Selamat Pagi Sabtu... Siang sikit nanti mau ke bengkel tayar untuk tukar tayar keta aku yang bocor. Adoyai.
 

Friday, December 10, 2010

..::Lepas Satu, Satu Lagi Menanti::..

Alhamdulillah. Sudah lepas debaran pembentangan usai jam 4 petang tadi. Agak lama di bilik pembentangan, menunggu sehingga selesainya pembentang yang kedua. 

Perjalanan pembentangan tadi agak kelam kabut pada awalnya. Disebabkan examiner yang ditugaskan untuk evaluate aku dan seorang lagi presenter adalah bukan dari bidang kepakaran beliau. Jadi agak sukar untuk beliau membuat penilaian. Cuba untuk menggantikan tempat tersebut dengan examiner yang selayaknya tapi mungkin bukan rezeki. Examiner tersebut tak dapat hadir. Second examiner juga tidak hadir kerana terlibat dengan urgent meeting. Aduhai. Dugaan Allah. Dahlah second examiner merupakan examiner yang evaluate aku dari awal sem.

Kemudian ada examiner yang baik hati untuk bantu. Tenkiu Dr. I really appreciate it. Pembentangan berjalan kembali dengan lancar sehingga tamat pembentangan kedua. Syukur. Walaupun ada komen-komen positif dan negatif dari examiner, aku terima ia sebagai komen positif. Yela, kan masih belajar. Mestila ada yang kurang.

Lepas ni akan bergelut dengan conference presentation plak. Hopefully lagi better dari tadi. Lega rasanya... Bolehla bermalasan hujung minggu ni. Yehaaa...

n.o.t.a.k.a.k.i.: very disappointed with my sv.huhu...should i regret it or not???  

..::Today is That Day::..

Salam Hari Jumaat...

Entah mengapa hari ni rasa berdebar sangat. Maybe sebab hari ni adalah hari yang super besar bagi aku. Apa dia ek? Hari ni ada symposium presentation. Sebenarnya dah start dari hari Rabu lagi. Tapi turn aku hari Jumaat jam 2.15 petang. Examiner yang aku dapat kali ni pun agak menggerunkan urat perut aku. Memang dah rasa macam ada kupu-kupu besar dalam perut ni. Cuma saja buat-buat tak tahu dan slumber je.

ada besar cam kupu-kupu ni tak??

InsyaAllah ni merupakan presentation kat department yang terakhir sebelum aku melangkah untuk viva voce. Yang itu rasanya lagi cuak kot. Kena well prepare dari awal supaya orang tak boleh nak bangkang setiap apa yang aku dah buat sepanjang dua tahun di sini.

Untuk hari ini, dengan izin Allah aku dah bersedia menerima sebarang apa jua feedback pada petang nanti. Semoga semuanya berjalan lancar dan baik sekali. Amin

Thursday, December 9, 2010

..::Mama Kembar 3 Buat Giveaway,Yay!::..

Wa kena tag dengan member wa la plak.. Ops, terbelit lidah sekejap. Hehe.. Kes makan keli goreng terus cakap wa,wa plak.

Ok, cik aisya humaira yang comel telah tag aku untuk join giveaway mama kepada kembar 3 yang kiut miut. Dah lama gak takde orang tag aku kan, so rajin la nak buat. Lagi plak dapat adiah best kalau menang. Nak tau camne nak join? Jom scroll bawah laju-laju k...

Mengikut puan MAMA KEMBAR 3 yang mahu buat giveaway ni, syarat-syarat die mudah je. Semudah A B C...

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.~Qualified

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! ~ Done

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets". ~Done

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya. ~Done dan akan diletak selepas entri ni di post



5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer. ~sape ek nak tag. Ok, puan sofea yg bakal dapat baby (tak taula kembar ke tak), cik a!n!n@ yang comel dan cik Jue yang rajin.. Hehe

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8.  Tarikh tutup: 6 Januari 2011

 Ok, faham dah camne nak join giveaway ni?? Apa lagi...jom la cepat-cepat buat. Mana tau rezeki korang ke kan? Kalau rezeki tu berpihak pada aku, lagi best. Hehe...

 






..::Debaran Semakin Terasa::..

Tajuk cam gempak je. Dah macam konsert penyingkiran AF je. Haha.. Eh,tak leh gelak sebab aku memang tengah cuak sekarang ni. Semakin hari semakin cuak. Rasa cam ada rama-rama dalam perut je. Eeuww..

Esok adalah waktunya. Jam 2.15 petang. Akan berhadapan dengan 2 orang kuat department untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam. Eh..bukan,bukan. Esok ada sympo presentation untuk semester ni. InsyaAllah, kiranya ini merupakan sympo presentation yang last sebelum viva sebenar. Haha.. Yang tu rasanya lagi besar rama-rama dalam perut aku kot.

Doakan aku do my best ye.. Pas present sympo ni,prepare untuk present masa conference plak..Yuhuu..

Tuesday, December 7, 2010

..::Disaat Aku Mencintaimu::..

Aku inginkan dirimu datang dan temui aku..
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu...

Ni salah satu petikan dari lirik lagu yang tengah aku dengar sekarang. Dari pagi tadi aku pasang berulang-ulang kali.

Petang ni mendung je. Dengar plak lagu yang mendayu-dayu, lagi sayu hati aku. Pastu aku buka balik entri-entri aku yang lama. Mau menitis airmata aku ni kalau lagi lama aku baca. Huhu.

Meh aku nak share ngan korang mengenai lelaki-lelaki yang telah mencuri hati aku dulu sampai sekarang. Hehe...Gile berani kan? Kalau encik E baca ni, die merajuk tak eh agak-agaknye? Takpe...Kisah lama. Saja nak share bagi lega hati.. 

Boleh tahan ramai la juga. Ni kira yang aku kapel je la ye. Yang crush ape sume tu ramai sangat. Payah nak cite panjang..

Ok,ok..  

1st love. Masa sekolah. Kira cam cinta monyet la. Agak lama juga bertahan. 3-4 tahun kot. Pastu tu putus pas masing-masing dah abis sekolah. Tapi ada gak yang kekal dengan cinta monyet dorang sampai sekarang kan?

2nd love plak masa matrik. Ni la kisah cinta paling best, paling gembira, paling sedih, paling duka. Kiranya sume yang paling-paling masa 2nd love ni la. Hehe.. Hampir 5 tahun berkawan dan hampir bertunang. Huhu..Sekarang ni dia pun dah kawen n masih belajar sama tempat dengan aku. End

3rd love adalah dengan seorang yang sangat baik. Aku kira dia adalah yang akan buat aku happy semula selepas aku kecewa. Tapi cuma seketika je. 6 bulan je kot bertahan. Maybe dia belum seikhlas hati untuk bercinta. Tak kisah la. Kami sekarang masih berkawan baik. Masih ada saki baki sayang aku pada dia. Tapi bukan jodoh aku dengan dia, aku kena redha juga la even dalam hati berat.

4th love ni la yang masih kekal bersama aku. Dan yang paling aku terharu,dia dah menunggu aku sejak 11 tahun yang lepas. Aku langsung tak tahu. Kami sememangnya rapat dan dia tahu setiap kisah cinta aku yang lepas. Hehe.. Mean, dia dh tangkap cintan dengan aku masa aku form 1 lagi. Haiyak...nape lambat sangat dia luahkan sampai aku kena lalui saat2 kecewa yang pahit. Kami mula rapat bila dia tahu dalam hati aku dah takde sape-sape lagi. Setiap kali raya pun dia datang rumah tapi tak pernah nampak yang dia sukakan aku. Hehe..

Tapi.....kata orang, banyak pengalaman..luas pemandangan. Betul tak? Sememangnya aku bersyukur kerana aku dah melalui segala pahit manis alam percintaan. Di mana ia membuatkan aku lebih berhati-hati dan teliti dalam memilih orang yang benar-benar menyayangi aku.

Terima kasih kepada hati kamu, kamu dan kamu yang telah dipinjamkan kepada saya dahulu. Dengan cinta kalian, aku lebih bahagia sekarang. Selamat bercinta ok. Tapi jangan lama-lama, banyak buruk dari baiknya.

(^_^)
 

..::Jom Join BlogLarian Secara Beramai-ramai::..

Tadi aku BW secara besar-besaran. Memandangkan hari ni cuti, so aku pun cuti dari study sekejap. Sekejap-sekejap pun ada setengah hari gak masa aku abis depan lappy. Haha.. Sepatutnya aku prepare untuk presentation aku Jumaat ni.

Ok, berbalik pada cerita kat atas tadi. Aku memang suka je BW di blog-blog yang sememangnya aku follows. Normal la kan. Lagi satu kalau blog tu baru kali pertama aku masuk, aku akan tengok cara penulisan dia. Kalau aku suka, terus dan dan tu gak aku klik follow. Hehe.. Dan aku akan baca blog dia sampai entri pertama. Gila tak?

Tadi aku BW kat blog member lama aku, cik a!n n!n@ az!z. Pastu aku jumpa entri pasal BlogLarian. Cam menarik je. Since aku dah tukar url blog aku kerana kena hack, so follower aku dah berkurang dari 200++ pada 42 je. Huhu..Sedih kan..

Jadi, aku teruja nak join BlogLarian yang cool abis ni. Untuk jadi salah satu blog yang tersenarai dalam list, kena la lalui ujian saringan kan? Cara-caranya adalah.....

1. kena letak banner BlogLarian ni

 2. Saya suka berblogwalking kerana dengan berblogwalking saya dapat mengenali kenalan baru dan juga dapat bertukar2 pendapat mengenai apa saja walau di mana juga kami berada. Skema plak rasanya ayat aku ni. Ayat pendeknya, blogwalking buat aku ceria setiap hari!!


3. follow BlogLarian ~ done


4. saya mahu tag:
     ~cik nana
     ~puan sofea
     ~cik aisya humaira

Ok..rasanya dah cukup kot syarat-syarat yang dipinta. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok di BlogLarian or di  Padelblog. Happy blogwalking ya!!!

Monday, December 6, 2010

..::Ku Jatuh Cinta Lagi::..

Kata orang cinta tu hanya datang bila kita dan dia saling ada perasaan yang sama. Bila mata bertentang mata, maka cinta wujud dalam hati. Kan,kan??

Tapi cinta aku kali ni pelik sikit. Aku sorang je yang merasainya setelah mata kami saling bertemu. Walaupun aku telah jatuh cinta dengan kamu, cinta aku padanya tetap utuh dalam hati. Boleh ke kamu jadi yang kedua? Aku berjanji aku akan menyayangi kamu berdua seadilnya. 

Kamu ada gaya yang aku inginkan. Tapi tak bermaksud cinta pertamaku tiada gaya. Jika tidak, masakan aku memilih dirinya dulu. Kamu buat hatiku berdegup kencang disaat aku melihat kamu. Bila agaknya aku boleh memiliki kamu, wahai PERODUA BEZZA sayang??

so gojes n sporty
bezza, im in love with u
new perodua prototype
cantiknye...
stering ada class u'll
Macam mana nak buat ni.. Sangat suka dengan kereta ini. Boleh nanges tengok lama-lama. Jom pakat tengok Bezza at Perodua’s booth at the 2010 Kuala Lumpur International Motor Show happening all week long till the 12th of December.

..::Salam Tahun Baru::..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk kita terus bernafas sehingga ke saat ini. Semoga nyawa yang dipinjamkan akan terus hidup selama yang kita harapkan.

Salam Tahun Baru 1432H untuk semua umat Islam..

Cepat je rasanya masa berlalu. Hari ni akan berakhir dengan bermulanya tahun baru Islam. Lagi 25 hari dari hari ni, kita bakal menyambut tahun baru 2011 pula. Apa yang telah kita buat sepanjang tahun ni? Dah tercapai ke semua azam korang? Hehe.. Kalau belum, masih ada 25 hari lagi tau untuk dilaksanakan. =P

n.o.t.a.k.a.k.i: maybe perubahan wajah blog aku akan menjelang pada tahun baru nanti..InsyaAllah =)
 

Sunday, December 5, 2010

..::Aku Dah Bosan::..

Korang bosan tak??

Aku dah bosan la tengok b/g blog aku ni. Kosong je aku rasa. Dah lama tak tukar cat baru kan? Blog ni dah diibaratkan macam rumah aku sendiri pun. Kalau hari-hari kite tengok pemandangan yang sama, lama-lama bosan juga. Dah rasa takde ape yang menarik pun.


Opss.....


Tapi jangan plak korang cakap camni kat bf or hubby korang ye. Merajuk plak nanti kalau korang cakap hari-hari tengok orang yang sama depan mata boleh bosan. No no no... Naya nanti. At least, cuba cari tarikan yang masih ada pada pasangan korang supaya korang takkan bosan sampai bila-bila..dan dorang pun tak bosan dengan tengok korang..hehe

Dah melalut plak dah.. Ok, aku rasa aku nak tukar cat blog aku, but not today la. Malas lagi. Bagi korang tengok puas-puas dulu b/g lama ni sampai bosan. Sampai muntah pun boleh. Hehe.. Tapi jangan plak sampai takmau jenguk blog aku ni lagi..please eyh...

Ha, sebelum tu aku nak pandangan korang juga boleh? 
Kalau korang punya blog, korang prefer b/g black or white or kaler lain? Sebab ape?

Tenkiu (^_^)

Tuesday, November 30, 2010

..::Geramnya::..

Rasa dah berasap je kepala aku gara-gara menahan geram. Mujurla tahap kesabaran aku masih banyak. Tapi aku tetap nak lepaskan geram aku kat sini. Ni jela tempat yang boleh buat aku release.

Apa korang buat bila korang nak mintak hutang yang kawan korang pinjam pada korang?

Bagi cadangan sikit kat aku boleh? Dah buntu ni. Please...

Monday, November 29, 2010

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today!




..::Mengapa Rindu Ini Milik Kamu::..


Ada rindu dalam hati..
Rindu yang tak pernah padam untuk seseorang..
Seseorang yang kini telah menakluki dan memiliki hati ini..
Hati yang sebenarnya telah kering kerana cinta.. 
Hati yang telah kecewa kerana cinta sekian masa dulu..

Kini cinta itu kembali berputik..
Semakin hari semakin mekar..
Subur tumbuh dalam taman milik seorang puteri..

Kamu telah berjaya menyegarkan kembali bunga cinta yang pernah layu dek kerana racun perpisahan..

Walaupun sang putera tidak memiliki ciri-ciri yang diidamkan oleh sang puteri, tapi..
Mengapa RINDU dihati ini milik kamu?
Mengapa semakin hari semakin bersinar cinta yang kusam suatu ketika dulu?

Biarpun kau bukan pilihan dihatiku, aku tetap ikhlas dengan cinta ini..

Kerana kesungguhanmu..
Kerana kesetiaanmu..
Kerana kesabaranmu..
Kerana keikhlasanmu..
Menungguku hampir 12 tahun untuk cinta ini

Dengan itu..sememangnya kamu berhak memiliki rindu ini
Aku sayang kamu selamanya...

Sunday, November 28, 2010

..::Bruce Lee is My Brother::..

Yeah..memang takde entri pn semalam. Tak caye? tengok date post yang lepas dengan post yang hari ni. Betul tak? Sebab ape takde entri semalam??

Sebab......

Cik rimie pergi dating. Haha.. Eh, betul la. Tak caye lagi la tu. Huh.. Semalam kan, kite kan, jumpe kan, dengan buah hati kite..dengan menaiki buah hati kite yang kedua..Haha.. Geli je baca bila tulis camtu. Ni la cara aku cakap masa kecik-kecik dulu. Korang pun aku rasa cakap camni gak dulu-dulu.. Eleh, taknak ngaku la tu.

Ok, ok..serius plak. Semalam aku meredah seorang diri ke Selangor. Dari awal pagi sampai lewat petang. Buat apa? Kan dah cakap tadi..Jumpa buah hati la. Kesian buah hati dah sebulan tak jumpa. Paling last jumpa pun masa kami balik kampung sama-sama sebulan yang lepas. Dia tak dapat cuti dan hanya hari Sabtu je dia off. Huhu.. So, terpaksala aku yang ke sana. Hehe.. Dapat juga kami jumpa walaupun tak lama. At least, dapat kurangkan rindu di hati.

Masa kami keluar tu sebenarnya dah plan nak tengok cite Ngangkung, tapi nasib tak berapa baik MBO kat Kepong takde tayang cite tu. So, kami pilih cite Bruce Lee is My Brother. Dalam panggung tu hanya kami je melayu. Penonton yang lain sume cina. Yang tua-tua la paling ramai. Hehe.. Tak kisahla janji cite tu best.

Walaupun tak banyak lawan-lawan, aku tetap berpuas hati dengan jalan cerita dia. Tambahan pula, Arief Lee a.k.a pelakon utama filem ni sangat hensem. Hehe.. Tak rugi kalau tengok cite ni kalau nak dibandingkan cite 2 Alam tu. Ops...kang kena hentam plak kalau cakap pasal 2 Alam ni. =P Seriously cite 2 Alam ni tak best pun. Bak kata abang aku la. Die cakap rugi je pegi tengok dengan awek die haritu. Baik tengok Harry Potter je. Hehe..Nasib la,Ngah..

Harini aku abiskan masa dalam bilik je. Mood nak berjalan dah takde. Tapi misi untuk tengok cite Ngangkung masih diteruskan. Maybe esok or lusa.. Sape yang dah tengok cite Ngangkung??? Best tak??

Friday, November 26, 2010

..::Dah Macam Mat Gian Je::..

Syok bila jarum suntikan menjunam ke isi tubuhku yang lembut..

Dah lama kot tak kena suntik. Akhir kalinya 2 @ 3 tahun lepas kot. Tengok, aku sendiri pun tak ingat. Hehe..

Ni sume gara-gara tangan bengkak pagi tadi. Aku dapat injection kat bahu. Merasa gak pegi klinik 1 Malaysia. Hehe.. Selalu je aku lalu depan klinik ni. Asal lalu, mesti penuh. Asal penuh je, mesti aku lalu depan klinik ni. Tadi nasib aku baik sebab hanya 2,3 orang je yang ada dalam klinik tu. So, cepat skit turn aku.

Tenkiu to Dr Nizam yang merawat aku dengan baik sekali. Doc camni la baru bagus. Tak payah bagi ubat pun pesakit dah rasa sembuh dengan layanan doc yang baik. Tak macam doc kat klinik xyz tu... Dr Nizam cakap maybe aku kena sengat dengan tebuan kecik semalam. Tu yang kena inject tu. Huhu..

So, sekarang masanya untuk merebahkan badan di katil empuk. Doc dah pesan awal-awal injection yang dia bagi tu akan buat aku mengantuk. Dengan ubat-ubat yang banyak, kepala aku cepat je rasa berat dan lali. Hehe..

Jom tido...

..::Owh Buah Hatiku Sayang::..

Cite dah lama pun. Basi dah kot..Tapi nak cite gak. 

Ni kisah sebelum aku balik raya..Hantar buah hati aku pegi klinik. Tak sihat plak. Bahaya je kalau tak hantar awal-awal, nak makin teruk sakitnye. Biarla duit aku abis untuk buah hati aku ni janji aku tak susah hati..

Meh tengok buah hati aku kena cek dengan doktor. Pucat je..

 *

*

*

*

*

*

*

*

*

tengok tu..pucat je kan??
gayat la tu naik tinggi2..

Actually chamber kit keta aku dah rosak. So, sebelum lebih parah baik aku anta bengkel dulu. Dahla aku selalu naik turun genting setiap kali nak balik rumah. Huhu..kalau tak repair awal, takut terbabas plak time drift kat sana. =p

..::Ape Dah Jadi Ni::..

Ntah serangga ape yang dah gigit tangan aku semalam. Masa mula-mula kena, aku ingatkan nyamuk yang gigit. Bangun pagi tadi aku rasa tangan kiri aku lenguh sangat. Pastu bila aku cek, dah jadi camni dah tangan aku. 

bengkak semacam je ni..merah2 plak tu


Picit-picit kat tempat bengkak tu, rasa sakit plak. Camne leh jadi camni?? Sampai sekarang tangan kiri aku still lenguh-lenguh.. Nak siap2 pegi klinik 1Malaysia la...
 

Tuesday, November 23, 2010

..::Geli Mat::..

Baru je selesai menonton drama Asmara kat tv3.
Awal-awal dulu aku tak layan pun cite ni. Tapi lama-lama cam best plak. Walaupun cite die agak slow, tapi best je layan...

Part last tadi buat aku geli mat mat..
Huhu.. Baru aku tau yang tunang bestfriend Asmara tu rupanya gay. Ish, sangat la tak sesuai pelakon tu jadi mamat lembut. Haha..

Tak sabar nak tunggu next episod..
Jom kite beradu... Nite all

..::Malas & Teruja::..

Dua perkara yang berbeza...
Tapi tula yang aku rasa sekarang ni..
Ntah ape nak jadi dengan diri aku sendiri pun tak tahu..

Lately ni perasaan MALAS yang amat menguasai diri..
Symposium tinggal seminggu dua je lagi, aku plak boleh relax2 je. Memangla paper sume dah siap, tapi tak boleh malas2. Banyak lagi benda nak settle.. Haish..

Sepanjang hari ni aku asyik blog walking je..
Kesnya bila aku tengok2 picas junior aku kawen aritu. Duk usha2 blog dia sampai dah menyimpang ke mana2 dah..

Pastu terjumpa blog yang super duper ciut. Blog Kak Aty a.k.a Aku bukan Bidadari...
Syok sangat baca entri Kak Aty, lebih2 lagi tentang persediaan perkahwinan dia. Kebanyakkan persediaan tu dia buat sendiri..

Of course la kan buat sendiri. Ape aku ni cakap belit2..
Maksud aku....
Dari id bilik pengantin, decoration sampaikan ke benda2 kecik dia yang buat sendiri dengan kekreatifan beliau..

Aku TERUJA beb.. Pastu mula la berangan masa wedding aku nanti nak buat sendiri gak. Haha.. Berangan jauh tu.


Tak salah kan kalau berangan untuk diri sendiri. Lagi plak aku pun dah tak lama lagi nak kawen. For sure kena pikir benda2 ni..
Wah, semangat je bila cakap hal kawen. Pape hal pun kena tunggu abg ngah lepas dulu la. Mana tau dapat idea baru plak nanti..


Dah2...
Berhenti berangan dan sambung keje balik ye cik rimie...


n.o.t.a.k.a.k.i: tak sabarnye nak tunggu saat family DIA datang merisik. =)
 

Sunday, November 21, 2010

..::Terengganu-Perak::..


Salam Aidiladha...

Dah lama tak update blog. Sebelum balik kampung hari Isnin lepas, tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua rakan-rakan blogger. Rasanya sempat lagi kot aku ucap sekarang. 

Hampir seminggu gak la aku di kampung. Seronok. Semua adik beradik balik. Hari-hari dapat makan daging fresh sampaikan kepala aku pening. Haha.. Tapi sedappp... Raya korban kali ni abah amik bahagian juga. So, dapatla tengok adik dan abang aku potong daging kat rumah. Time sembelih tu tak sempat la sebab dorang sembelih kat tempat lain. Habis 1 rumah bau hamis daging. Adik pempuan aku yang bongsu sampai tak leh makan lauk yang mak aku masak sebab katanya rumah bau lembu. Haha.. Kelakar je. Last-last megi gak yang die bedal.

Hari ni aku balik berdua. Dengan adik aku. Tapi die sampai Temerloh jela. On the way ke Perak, melalui jalan Genting.. boleh plak keta ex bf aku depan keta aku. Huhu.. Masa sampai kat polis guard yang last tu, aku dah perasan keta depan tu plat Perak. Tapi bukan keta dia. Lepas keta yang aku kata tadi tu aku potong, baru aku perasan yang keta depan aku ni macam pernah aku tengok je. Stiker, plat, perhiasan dalam keta tu sume aku pernah tengok. Rupa-rupanya memang keta dia. Kecik kan dunia ni? Ingatkan dah tak jumpa dah. Mujur gak dia berhenti kat perhentian rehat. Kalau tak, berlumba la aku ngan dia sampai UTP. Ops, lupa plak. Aku rasa belum terlambat kot aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada ex bf aku tu. Semoga dia bahagia la.

Ada 1 hal lagi yang buat aku runsing sangat ni. Huhu..Aku dapat surat penangguhan belajar gara-gara tersalah hantar form sebelum raya puasa lepas. Rasa-rasa leh cancel tak ek? Kalau tak boleh, terpaksalah aku balik kampung semula. Mujur gak penangguhan tu sampai hujung bulan 12 je. Kalau 1 sem, naya aku. Huhu.. Esok nak pegi settle dengan PGO dulu. Mana tau leh cancel kan. Moga-moga boleh..
 

Sunday, November 14, 2010

..::Aku Terkilan::..

Huhu..
Sedih je rasa malam ni..

Baru tahu kawan sekampung nak kawen hujung minggu ni
Agak terkilan gak la sebab tau last minute
Tu pun dia cakap sebab tak dapat join pegi wedding junior kami nanti

Pape pun aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU ye kawan
Semoga kau bahagia selamanya...


n.o.t.a.k.a.k.i:will update pasal jalan-jalan di Taiping nanti ye..Sok nak balik kampung dulu.beraya bersama jurnal dan paperwork

Friday, November 12, 2010

..::Syukur::..


Setelah 3 hari aku berulang alik ke Ipoh, akhirnya siap juga data collection terakhir aku untuk master. Hopefully tak kena repeat data collection. 

Sepanjang 3 hari tu, macam-macam gelagat yang aku tengok. Dari pagi sampai petang. Data collection kali ni tak memerlukan aku untuk gerak awal pagi dari hostel dan pulang lewat petang macam yang sebelum ni. Tapi kepala aku tiap-tiap hari gak la pening bila balik dari sana. Huhu..

Gelagat pada hari pertama sangat menggeletek hati aku. Hati aku cakap, ada gak orang camni sekarang ni ek. Kan aku distribute questionnaire kat orang ramai, so of course la aku nakkan detail dorang dan juga pendapat dorang. Meh ikuti perbualan aku ngan sorang mamat ni..

Aku: Bang, mintak maaf ganggu sekejap. Saya tengah buat kajian kat sini. Boleh tak saya amik masa abg sekejap untuk isi borang survey ni.

Mamat X: Hurm, boleh..

Tengah-tengah tulis tu dia tanya something

Mamat X: Ni sape punya?

Aku: Saya punya (jawab sambil blur-blur)

Mamat X: Dah tu kenapa tak tulis sendiri..
Aku: ????? 

Aku pun terangla balik tujuan aku kasi borang tu kat dia

Mamat X: Umur berapa?

Aku: 24..kenapa?

Pastu aku nampak kat borang tu dia tick jantina dia pempuan. Ah, sudah... Rupanya dia masih tak faham nak kena buat apa. Sekali lagi aku terang kat dia bagi lagi jelas. Haiyakk... Aku terus pandang tempat lain dan bagi dia jawab semua soalan dalam borang tu. Sambil tu aku tersenyum sendiri.. =)

Gelagat hari kedua takla kelakar cam hari pertama. Cuma aku ditegur oleh seorang brader melayu terakhir. Brader ni suh aku sertai kursus bahasa melayu. Adoyai.. Aku datang tempat tu pun sebab nak siapkan study aku. Ni plak dia suh aku masuk kursus tu. Boleh plak dia sindir aku sebab aku cakap aku tak berminat. Huhu..Dahla pakai baju yang sama selama 2 hari. Hari sebelumnya pun dia ada cuma tak tegur aku je. Hehe..

Gelagat hari ni adalah salah tegur orang. Aku ingatkan orang tu orang Malaysia. Sekali mamat Indon. Hehe.. Muka dah takleh beza, camne la aku tak salah tegur. =) 

Sepanjang 3 hari tu, aku dapati ramai gak yang duk kat stesen bas tu bukan dari rakyat Malaysia. Ada juga yang dari golongan rakyat Malaysia, tapi tak reti membaca. Huhu.. Papepun, time kasih la pada dorang yang sudi bagi kerjasama kat aku. Selesai tugasan aku. Sekarang leh fokus analyse data sepenuhnya. Tak sabar nak abiskan master.

(^_^)

Wednesday, November 10, 2010

..::Mood::..


Lately ni mood malas aku makin menjadi-jadi la. Camne nak buat ek? Aku dah puas dah aku cari mood rajin aku. Ntah ke mana hilang ntah. Asyik tangguh keje je sekarang ni. Huhuhu..

Semalam department dah keluarkan tarikh untuk symposium. Mula-mula je cuak. Pastu mood malas datang lagi. Haiya.. Bila nak sedar ni???? Cam nak cari nahas je sem ni. Gile apa. Dah nak last-last ni la nak buat halnya. Owh, tidak.. Aku takmau extend study aku.

Mood rajin...sila la datang kembali (-_-)

Tuesday, November 9, 2010

..::Permulaan Cinta Ini::..

Cewahh..tajuk jiwang seh. Hehe..Saje nak berjiwang. Semalam kan aku cite pasal bestfriend aku. Hari ni turn aku plak nak cite kisah cinta hati aku. Hehe..

Hari ni genap sebulan perhubungan aku dan dia. Sepanjang tempoh tu, belum pernah lagi aku bersedih. Ada je cara dia nak buat aku gembira. Dia memang sangat memahami aku. Even aku terlebih manja pun, dia still layan je perangai aku. Hehe.. Aku memang camtu. Kalau ada yang manjakan aku, lagila aku manja. Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih pada Cinta Hati aku untuk hubungan ini. Aku epy sangat dan aku berdoa semoga hubungan kita akan terus bahagia dan kekal selamanya. Selamat ulangtahunbulan yang pertama, sayang... Lagu ku dedikasikan untukmu

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

 p.s i love u...(^_^)

Monday, November 8, 2010

..::From Perak to Kulai with Love::..


Last Friday, 3 hari aku berkampung kat Johor. Buat apa? Of course la ada perkara menarik kat sana. Kalau tak, tak kuasa gak aku nak pegi. Perjalanan dari Perak ke Johor mengambil masa selama 8 jam. Huhu..kematu punggung duk dalam bas. Aku malas nak drive sorang-sorang.. Wah, rindunya aku kat Johor. Last aku gi sana pun time konvokesyen aku tahun lepas.

Ok,ok straight to the point. Actually aku ke sana atas jemputan bestfriend forever aku sorang ni, Baizura. Aku sayang gile kat die. Sepanjang aku kenal die, die memang bukan penyombong orangnya. Baik dan sangat caring. Dahla cantik. Untung sape dapat die ni. Ops, sory...die dah ada yang punya. Hehe..

Sabtu lepas berlangsung majlis pertunangan die. Dah bertunang pun. As her bestfriend, mestila aku pegi kan. Walau jauh camne sekali pun. Seronok sangat bila dapat tolong pape yang patut pada hari bersejarah kawan-kawan aku. Rasa nak buat yang terbaik untuk dorang. Dah,dah...jon tengok gambar yang gojes plak.....jeng,jeng,jeng.......



cantik kan???tak puas tengok...

make up session
lalala...

time sarung cincin...
from haidir side
tadaa....dah jadi tunangan orang pun

Congratulation to Baizura & Haidir. Semoga kalian bahagia selamanya. Jaga hati pasangan masing-masing k dalam tempoh bertunang ni.. Aku sayang korang sangat-sangat.